Tuesday, November 26, 2013

Bagaimana Cara Angkasawan Negara Eratkan Hubungan Bersama Keluarga?

Assalamualaikum semua

Angkasawan Negara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dah memang lama jadi idola aku. Yes, selain daripada meminati Dr. Harlina sebagai mummy blogger, Dr.SMS memang tak dinafikan punya aura tersendiri untuk dikagumi selain daripada kejayaan beliau mengharumkan nama negara. 

Minggu lepas bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, aku berpeluang bertemu empat mata dengan Dr.SMS. Fuhyoh! Macam tak percaya. Orang yang kita kagumi berdiri depan mata. Lengkap. Dengan senyuman manis, gaya yang humble dan mesra memang tak syak lagi kenapa Dr. SMS diminati seluruh rakyat Malaysia baik tua mahupun muda. 


Bersempena musim cuti sekolah kali ni, Dr.SMS mengajak para peminatnya untuk melancong, mengembara dan menghayati sejara Islam di Bumi Andalusia, Morocco & Spain bersama beliau dan keluarganya. Pengembaraan dengan tujuan mengimbau kegemilangan Tamadun Islam ini akan mengambil masa selama 12 hari 11 malam bermula 26 Disember 2013 sehingga 6 Januari 2014. 

Sebenarnya menurut beliau, aktiviti ini bukan sekadar hanya melancong suka-suka tapi dari melancong inilah pelbagai ilmu dan sejarah dapat dipelajari. Malahan budaya, adat dan kepesatan pembangunan sesebuah kaum itu dapat ditelusuri. Untuk pengembaraan kali ni, ia merupakan pengembaraan ketiga Dr.SMS bersama peminatnya selepas ke Krabi & Baitulmaqdis. 

Selain tu, beliau jugak memberitahu bahawa dengan bercuti inilah dapat memberikan beliau masa untuk bersama keluarga dan anak-anaknya, Bella & Tasya. Untuk trip kali ni, sama seperti ke Baituilmaqdis pada Mei lepas, beliau akan membawa keluarga bersama-sama.  

Aku ada tanya jugak soalan pada beliau, adakah Dr.Harlina akan update trip kali ni di blog beliau, Barely Supermommy dan bagaimana nak handle dua anak kecil ketika melancong?

Dan jawapannya adalah YA! Yahooo... memang best lah kalau macam tu. Dapat jugak aku intai-intai pengembaraan yang best ni. Yelah, tempat-tempat tu memang menjadi antara Top 10 Most Wonderful Places in The World tau! Manakala dari segi penjagaan anak-anak pula, beliau yakin isterinya bijak menguruskan kedua mereka disamping bantuan daripada peserta rombongan sendiri. 


Aku pun yakin yang dua-dua anak Dr.SMS memang independence. On the day, beliau bawa bersama Tasya. Sepanjang majlis, Tasya elok je didukung ramai orang. Tak menangis siap boleh bermain sama lagi. Nampak kamera, terus smile! Aloh comel :)


Kagum jugak aku pada pasangan ni sebab boleh handle dua anak kecil untuk melancong. Aku yakin Blog Barely Supermommy akan bagi tips pada ibu-ibu di luar sana, macam mana nak melancong bila ada anak kecil. Mesti berguna betul kan? 

Last but not least, aku rasa takde perkara yang paling menggembirakan hati aku pada hari tu selain daripada gambar di bawah ni... oh my... sumpah aku ada rasa gigil sikit bila mana inspirasi dan idola seluruh rakyat Malaysia ada disebelah aku. Hew hew hew ;) 


Jadi untuk mereka yang berminat nak mengembara dan bercuti bersama Angkasawan Negara, Dato' Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dan keluarganya ke Bumi Andalusia, Morocco & Spain, ini adalah details pengembaraan beliau :

Tarikh: 
26 Disember 2013 - 6 Januari 2014
(12 hari 11 malam)

Bayaran :
RM 12,700/seorang (Dewasa)
RM 12,500/seorang (Kanak-Kanak)

Agensi Untuk Dihubungi :
Al-Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd
03- 55109448 (Yusaini)
@
Cik Wani Idris 
017 - 3052663
email : wanyidris.angkasawan@gmail.com


Alahai seronoknya kalau aku kaya.... heheheh....



5 comments:

  1. suke tengok dan baca tentang Dato' Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dan keluarga.Perancangan keluarga & lifestyle yang bagus.Bestla jugak kalau kaya boleh melancong bersama angkasawan negara kan.

    ReplyDelete
  2. haha...kalau gua kaya, gua belanja lu pegi nanie oi. hikss.

    takpela nanie. dapat jumpa Dr SMS tu pun dah tak ternilaiii pengalamannya kann..bestnya. jeles ngan nanie.

    ReplyDelete
  3. Untungnya jadi orang berduit ni kan? Dapat jugak join melancong ngan Dr. SMS.. Huhu.
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork