Monday, November 18, 2013

Gaya Fesyen Untuk Lelaki di Instagram

Assalamualaikum semua

Dekat instagram salah satu hashtag yang menjadi kegilaan aku dan ramai orang sekarang ni, terutama kaum lelaki adalah #INSTAGAYAHAAZIQ . Kalau korang nak tahu, Haaziq ni adalah senior aku masa kat Sek. Tinggi Kluang dulu. Yes, dia dengan adik dia dua-dua budak bijak. Well, tak sangka si Haaziq ni boleh aku kategorikan sebagai trendsetter dalam Instagram.


Jika perempuan, OOTD sangat menjadi trend. Tapi bagi lelaki, trendnya adalah #INSTAGAYAHAAZIQ. Dengan gaya posing nampak kasut dan jam tangan, pada aku lah macam klasik gila lah trend tu. Nampak versatile dan high class.



See. Comel kan. Sekarang ni lebih dari 500 gambar telah di tag di bawah #INSTAGAYAHAAZIQ. Macam-macam jenama jam, kasut dan fashion yang digayakan oleh sang jejaka di luar sana. Sepanjang yang aku follow #InstagGayaHaaziq ni kan, ada beberapa shot yang aku suka. Ni dua bawah ni. Memang cute and class!


Cool & sangat artistik gaya mereka ni. Dengan angle shoot yang cantik, lighting pun cantik, semuanya nampak perfect dalam satu gambar. Paling penting, tanpa menjual "paras rupa"!



Cakap pasal gaya lelaki ni kan, memang susah sebenarnya untuk aku jumpa blogshop atau blog yang ketengahkan gaya fesyen lelaki. Jauh sekali yang jual aksesori untuk lelaki. Tapi, aku selalu usha Zalora Malaysia. Heheh. Lawa-lawa baju dan aksesori lelaki yang dijual kat situ. Geram jugak! Banyak pilihan yang up-to-date, diskaun pun banyak, dan paling penting Free Delivery! Wow!




Hahaha. Korang jangan pelik pulak kenapa aku usha fesyen lelaki ni. Sebabnya senang lah kalau aku nak beli hadiah untuk kawan-kawan baik aku. Bukan korang tak tahu, kawan baik aku semua ramai lelaki beb. Kehkehkeh. Kalau perempuan senang lah nak beli. Ni lelaki, aku mana tahu sangat fesyen dorang. That's why lah aku guna #INSTAGAYAHAAZIQ + Zalora Malaysia untuk tahu perkembangan terkini. 

Pada aku lah, memang cool jugak fesyen lelaki sekarang ni. So bukan sekadar perempuan je yang suka fesyen ok. Lelaki pun boleh! Cakap je nak gaya apa, santai...maskulin...rock semua ada! Asalkan jangan jadi mangsa fesyen sudah! 

Lelaki.... jom berfesyen! 






6 comments:

  1. even sye on9 insta tiap2 hari ,sye tak taw pon pasal trending semua tu..haha..kalau fashion lelaki nie,sye just akan tgk artis2 korea..and sye akan suggest bf sye pakai mctu..style dia memang pelik2 mcm korean style ahaha

    ReplyDelete
  2. Baru lepas shopping di Zalora.. Ada gak rembat t-shirt utk hubby.. Memang best shopping dengan Zalora ni.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ini sangat menarik.Memang cantik angle dorang snap tu kan..style sangat!

    ReplyDelete
  4. okey. baru tau pasal insta gaya haziq nih. xpenah tengok plak. lepas ni boleh slow2 bukak mata update trend lelaki terkini sikit. hahaha

    ReplyDelete
  5. Menarik la info - info kt sni....klu nk shopping blh dtg sni dlu cari idea nk shopping mne....lengkap...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork