Wednesday, November 20, 2013

Hati-Hati Ladies Driver!

Assalamualaikum semua

Aku nak share satu pengalaman sendiri yang aku rasa patut semua orang ambil pre caution. 

Kejadian ni berlaku minggu lepas. On that time aku pinjam kereta Akim sebab nak ke Publika. Kau tahulah kalau duduk rumah flat kat KL ni, mana ada spesifik parking. Memang aku kecik besar je hati masa nak parking. Tapi tawakal pada Allah.Kereta orang kan, jadi haruslah aku jaga 200%. Aku parking malam tu elok je. Semua aku pastikan terkunci dan selamat. Dalam hati memang doa sangat takde apa-apa berlaku. 

Pagi tu aku turun awal. Sepatutnya ke Publika pukul 1pm. Tapi hati aku nak turun awal. Pukul 10.30 pagi aku dah tercegat depan lif nak turun. Jantung tiba-tiba rasa berdegup kencang. Kepala aku, aku ingatkan supaya jangan terlalu fikir negatif. 

Yes! Sesampainya aku depan kereta Viva tu... seperti yang dijangka... memang sesuatu buruk berlaku. Tayar depan pancit! Flat habis! Cuak. Sumpah aku cuak. Tak nak bagitau Akim. Cuba selesaikan sendiri. Nak tukar tayar tak pandai pulak! Nasib baik ada sorang pakcik tukang sampah kat situ. Dia tolong aku tukar tayar. Auchhhh!!! Tak boleh. Nat tayar tu susah nak bukak manually. Kena pakai machine. Kesian aku tengok pakcik tu berpeluh-peluh bantu aku. Aku panik. Buntu! 

Akhirnya aku terpaksa bagitau Akim. Aku call Akim. Takut jugak mana tahu kena marah ke apa kan. Ye lah. Kereta orang woi! Nasib baik Akim cool. Tak marah aku. Cuma dia pelik lah macam mana boleh pancit? Sedangkan dia baru tukar tayar. Akim sampai 10 minit kemudian.

Gulp! Sah. Ni bukan pancit. Sebab aku takde langgar lubang semua. On that time fikir, ni bad luck aku lah. Tak nak fikir lain. 

Bawak lah ke bengkel. Nak tukar tayar ke, tampal ke apa ke. Abang mekanik tu keluarkan tayar. Bawak cek guna bubbles. Lama...tak jumpa any part yang bocor. Haa dah mula cuak dah. Kenapa pulak? Than salah sorang abang mekanik tu, ambil penutup tiub tayar tayar tu. 

Got it!!! 

Ada batu kecik diletakkan dalam tiub penutup tayar tu. What??? Ada orang dengki. Abang mekanik tu kata dah dua kes dia jumpa macam ni. Dia kata batu kecik dimasukkan supaya angin keluar tapi tak keluarkan bunyi. So tricky!!!


Aku terus rasa nak nangis. Its like, wei...aku baru parking kat sini korang dah dengki. Apahal wei? Apa salah aku? Aku pandang Akim, mata aku dah berkaca dah. Pa'kal kat bengkel. Kalau tak, sumpah dah melalak aku kat situ. 

Susahkan orang tau! Dah lah aku nak cepat, nak tukar tayar tak pandai, kena bawak pi bengkel, korang pancitkan saje-saje je! Sampai hati.... memang tak selamat hidup orang jahat tu 7 keturunan!!!

So, girls hati-hati kat luar sana. Kalau tayar pancit, cuba tengok kat tiub tu... kalau ada batu, sahih lah ada orang aniaya korang. Mustahil batu kecik melompat masuk dalam tiub kan? 

Kesimpulannya, kawasan rumah aku tak selamat!!! Beware ye ladies walau dimana pun korang parking kereta. Lagi-lagi waktu malam!



p/s: kawasan rumah aku, Pantai Dalam. (berhampiran UM)



21 comments:

  1. lahai .. apalah dapat nak mendengki kat orang neh ? tak rasa bersalah ker apa ? haehh ..ehh , thanks share ..

    ReplyDelete
  2. kalau perempuan sorang2 memang challenging skit nak tukar tayar T.T sebab payah nak pusing2 tuh.. memang ter-kial2, takpe la innanie..b postive jer la.. da nak jadi.. kalau org nak dengki kite bukan ade kuasa nak halang pun.. layanzzz jer

    www.illyariffin.com

    ReplyDelete
  3. klu umh flat mmg ssh sikit bab parking melainkan parking berbayar baru selamat kereta kita

    ReplyDelete
  4. ade je yang dengki kan..padahal kita tak kacau org kot..

    ReplyDelete
  5. terima kasih ingat kan. boleh jadi peringatan buat kita semua!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum nanie.. kesiannya awak. sabar lah. ada hikmahnya. kuatkan semangat k. be carefull dear!

    ReplyDelete
  7. scarynya :( tak suka lah org dengki-dengki ni haih

    ReplyDelete
  8. bahayanya..kurg ajr diorang nih main sumbat2 batu...

    ReplyDelete
  9. risau kalau jadi macam ni. setiap kali nak keluar ke apa, memang langkah berjaga2 tu lebih. tak pernah lagi jadi macam ni tapi harap2 tak terjadi. amin..

    ReplyDelete
  10. Jahatnya orang yang pancitkan tu.. Ada masalah mentak ke apa.. Huhu.. Sabo jela.. Nasib baik Nanie perasan awal.. Kalau tengah drive baru perasan lagi bahaya..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Innanie,

    Astaghfirullah al azim ada jugak orang macam ini ya. Rasanya diorang ini jenis target kereta baru lah, gatal sangat tangan tu sampai nak kacau orang punya tayar. Alhamdulillah nothing happen to you on the road ke apa. Kalau x perasan macam mana, lagi bahayakan? Anyway thanks for the info ya, rasanya bukan orang yg tinggal flat sahaja akan experience macam ini, mana2 pun boleh berlaku. So we ladies just have to be extra careful where ever we are.

    Anyway kalau ada masa please follow me @ my blog link below:-
    http://angeliccelestialm.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. kita duduk di kawasan yg sama. ermmm.. nasib baik saya tak bawak kereta.. ermm..

    ReplyDelete
  13. Duk umah flat camgitue lah, banyak masalah. Tragedi yang akk kena dulu, baru seminggu beli kete, cermin depan retak sebab orang balik botol dr atas. Sakit hati wooo.

    ReplyDelete
  14. tak masal nyusahkan orang lain skali. apa punya faedah la aktiviti macam ni. hadoi. free-free dapat doa orang teraniaya. hati-hati ye nanie sayang!

    ReplyDelete
  15. sebagai lady driver sangatlah perlu berhati-hati... sementelah hidup di KL ini, terlalu banyak jenayah berlaku.. (I am trying my very best with my malay sentence).. lol.. Anyway your experience sounds creepy babe.. Hopefully we all ladies can be more careful tho.. =) Touch wood for any misfortune in future.. huhuhuu

    ReplyDelete
  16. Nak cari tayar nanti? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork