Tuesday, November 5, 2013

Honda Hybrid Family Road Trip 2013 : Journey to Ipoh Mali!

Assalamualaikum semua

Memang salah satu impian aku adalah untuk mendapatkan sebuah kereta. Tapi sebelum kita beli kereta, ada beberapa kriteria yang perlu aku penuhi. 

1. SELESA
2. JIMAT MINYAK
3. TIP TOP PERFORMANCES
4. CANTIK, ELEGANT & LADIES STYLE
5. ECO-GREEN

Jadi mari aku perkenalkan korang dengan sebuah kereta yang telah memenuhi KESEMUA kriteria yang telah aku tetapkan di atas! 

HONDA JAZZ HYBRID



Kalau nak tahu macam mana semua kriteria di atas tu dipenuhi oleh si comel HONDA JAZZ HYBRID ni kan... meh follow perjalanan aku bersama HONDA HYBRID FAMILY ROAD TRIP 2013. Yeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaa!!!!

Nak tahu aku pergi mana? Aku drive baby HONDA JAZZ ni dari KL-IPOH tu!!! Sekali lagi, berpeluang menjejakkan kaki ke Ipoh. Bandar Heritage yang aku paling suka! Jom!


Seramai 12 orang blogger telah terpilih untuk menyertai trip ni. Selain daripada menguji sendiri kehebatan kereta HONDA HYBRID masing-masing, kami juga berpeluang meneroka keindahan alam semulajadi dan kekayaan sejarah Bandar Ipoh! 

Tak dinafikan, memang sepanjang perjalanan ke Ipoh, kiri kanan highway memang cantik dengan pemandangan... ada banyak lagi hutan hijau, gua-gua dan gunung-ganang yang memang saujana mata memandang! Suka pemandangan macam ni!




*nampak tak HONDA CRZ beraksi depan tu? 
Pemandu: Shakiddo & Melastik Bintang! Fefeling Hot Stuff lettew!!! LOL

Sesampainya di Ipoh, kami semua ke Tesco Taman Teh Teng Seng. Kat sana sedang berlangsung The Honda Hybrid Family Road Show! Ada banyak aktiviti indoor dan outdoor yang telah disediakan! 



Bukan sekadar untuk memperkenalkan HONDA HYBRID FAMILY semata-mata, malahan di sana jugak HONDA berperanan memberi pengetahuan dan mendidik masyarakat untuk menjalankan kehidupan secara eco-green terutamanya melalui kenderaan/kereta. Ini semua adalah kearah menyelamatkan bumi kita dan mengekalkan kehijuan alam sekitar. 





Sebelum aku cerita lebih banyak tu, mungkin ada yang tak tahu, apakah itu HYBRID? 


Daripada penerangan yang diberikan, HYBRID merupakan gabungan dua sumber kuasa untuk sesebuah kenderaan. Melalui HONDA HYBRID, sesebuah kereta itu menggunakan dua kuasa iaitu enjin (menggunakan petrol) dan di sokong oleh motor elektrik. 



SIMULATOR HYBRID - KAYUHAN BASIKAL  :

Dengan satu sumber tenaga (petrol) maka banyak tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan kereta. Tapi kalau dua sumber digunakan (petrol + motor elektrik), makanya penjimatan dapat dilakukan. Sebab sumber digunakan secara berhemah dan bertukar-tukar! Tak lah satu sumber je! 



BAGAIMANA SISTEM INI BERFUNGSI & MENJIMATKAN POKET ANDA?



Good Question! Ada 4 cara bagaimana HONDA HYBRID membantu anda menjimatkan duit minyak. I mean dengan 4 sistem ini, telah terbukti penggunaan petrol oleh HONDA HYBRID dapat dikurangkan sehingga 54% setahun!!! Wah banyak tu... lebih dari separuh perbelanjaan kan! Malahan sekembalinya aku dari Ipoh ke KL, dengan pemanduan dan speed yang konsisten duit minyak kira-kira RM 30 aje!

4 cara tersebut adalah :

1. Ketika enjin dihidupkan
2. Ketika memandu dalam keadaan low-speed
3. Ketika memandu dalam keadaan high-speed
4. Ketika membrek kereta

Sepanjang aku memandu HONDA JAZZ HYBRID dari KL-Ipoh, 4 keadaan diatas dapat aku alami. Masa mula-mula start enjin tu, sangat smooth bunyinya. Hampir senyap secara keseluruhan. Kedua, dalam keadaan low speed, iaitu pemanduan di bawah 40 km/j, enjin kereta digerakkan secara automatik oleh motor elektrik. Tidak menggunakan petrol.

Untuk memudahkan pemandu, di bahagian speedometer, diletakkan lampu hijau & biru. Bila menggunakan petrol, lampu biru menyala. Dan jika kita bawak konsisten, lampu hijau akan menyala menandakan pemanduan menggunakan motor elektrik! 


Dan apabila keadaan high-speed, iaitu lebih 40 km/j barulah petrol digunakan. Walau bagaimanapun, jika kita memandu dalam keadaan speed yang konsisten, penjimatan masih berlaku. Iaitu kedua-dua kuasa digunakan serentak!

Keadaan seterusnya adalah apabila membrek kereta. Ini lagi kelakar. Aku dengan Kak Yana, my partner mula-mula terkejut jugak. Bila berhenti di traffic light, secara tak langsung kita rasa seolah-olah kereta mati. 

No! Bukan mati, tapi sebenarnya kereta secara automatik telah dikuasakan menggunakan motor elektrik. Bila lepas semua brek, kereta hidup seperti biasa! Panik sekejap lah aku dengan Kak Yana. Tapi lama-lama dah ok!!! Nampak tak penjimatan kat situ? Bila brek, atau dalam mode menunggu... petrol tidak digunakan!!! 


Meh kita close-up sikit dalaman HONDA JAZZ HYBRID ni... Baru korang tahu cemana selesa dan cantik sangat rekaan dalamannya! Memang sesuai untuk perempuan macam aku ni! Stylish dan feminin! *perasan*


BUTANG HIJAU = ECO ON! 

Apabila kita menghidupkan Butan Hijau ni, secara automatik ia menandakan mode eco green dihidupkan. Maka penjimatan petrol akan bermula, penghasilan emission juga akan berkurangan!


Selesai majlis di sana, kami semua begerak untuk EXPLORE IPOH!!! 

Yes! Yes! Yes! Korang tahu lah kan Ipoh ni memang kaya dengan pelbagai sejarah, tempat menarik, pusat pelancongan, taman rekreasi semula jadi dan paling penting... apa lagi lah kalau bukan MAKANAN!!! Yahoooooooooooooo! Perut pun dah berkeroncong di tengahari ni....


1. NASI VANGGEY @ NASI GANJA

Kalau kau datang Ipoh, tak pekena Nasi Vanggey ni.... memang tak lengkap lah trip korang ke Ipoh tu. Selain dari dua nama diatas, Nasi Vanggey ni pun terkenal dengan nama Nasi Beratur. Rasanya korang dah boleh agak sendiri kot kenapa nama dia cam tu kan. Of course lah, sebab ramai orang beratur nak makan nasi ni. 


Sudah semestinya aku tak ketinggalan untuk beratur sama-sama! :)


2. FAIR PARK HOTEL 

Perut dah kenyang, mula lah mata pun berat kan. Jadi, kami semua check-in ke Fair Park Hotel yang terletak kira-kira 10 minit dari Kedai Nasi Vanggey tu. Fair Park Hotel pernah diiktiraf sebagai salah sebuah hotel budget terbaik di Ipoh. Keadaan bilik selesa, kemas dan luas. Jadi, kami semua pun berehat sekejap sementara menunggu Zohor.

Harga Bilik :

Deluxe -  RM 99/malam (weekdays) @ RM 109/malam (weekend) 



3. TAMAN GUNUNG LANG

Sebelum aku ke Ipoh, ada kawan-kawan yang suggest tempat ni. Katanya ia sangat bersesuaian dengan tema HONDA HYBRID iaitu ECO-GREEN. Taman Gunung Lang merupakan salah sebuah taman rekreasi yang terkenal di Ipoh. Menggabungkan unsur alam semulajadi seperti air terjun, tasik, gua batu kapur, serta kebudayaan.. Taman Gunung Lang menjadi pilihan penduduk setempat dan para pelancong untuk kembali kepada alam semulajadi dan menenangkan fikiran!




4. PADANG POLO

Sekali lagi, sampai Ipoh kenalah cari Laksa Kedah. Orang Johor selalu makan Laksa Johor je kan, so ni dia Laksa Kedah. Fuhyoh beb! Memang sedap. Kena pulak dengan cendol & keropok lekor. Memang awesome petang aku di saat itu. Kat mana nak cari? Jom ke Padang Polo, Ipoh! Confirm kecur air liur!




5. GERBANG MALAM

Kalau kat KL namanya adalah uptown, tapi di Ipoh, di-Melayukan bunyiknya! Baru betul-betul Malaysia beb. Uptown-uptown! Kasi rare sikit GERBANG MALAM! haaaa tak ke meremang bunyiknya. Di Gerbang Malam ni ada macam-macam barang yang dijual. Antaranya adalah art wood. Aku beli jugak souvenir kat sini.



6. MEMORY LANE

Masa aku pergi Tambun dulu, kan aku ada cerita pasal Memory Lane ni kan, Alhamdulillah berkesempatan jugak pergi. Hanya dibuka pada hari Ahad seawal 7 pagi, Memory Lane ni atau dalam bahasa tempatan dipanggil Loken / Pasar Karat memang menjadi syurga buat pengumpul barang terpakai. Memang macam-macam beb! Dan paling seronok, semuanya dijual dengan harga murah gila! Seriusly, barang rare harga murah!





7.  IPOH RAILWAY STATION & MAJESTIC STATION HOTEL

Ini juga legend. Aku jatuh cinta pada Ipoh pasal benda ni lah. Pada aku, bangunan ni memang kena dipelihara dan dipulihara dengan sebaiknya.  Selain daripada tarikan untuk pelancong dan pusat hentian KTM, Ipoh Railway Station ni juga dipengaruhi dengan seni bina dan rekaan Inggeris yang mana mengikut sejarah, arkiteknya adalah anak Melayu!




Memang seronok bila diingat semula. Dua elemen bergabung. Satu elemen teknologi dan satu lagi elemen heritage. Persamaannya adalah masing-masing bertujuan yang sama, mengekalkan alam sekitar supaya terus terjamin dan warisan terus dipelihara.  

Pengalaman memandu HONDA JAZZ HYBRID yang melambangkan betapa teknologi juga mampu menyumbang kepada alam sekitar yang sihat memang tak akan aku lupa. Terima kasih banyak-banyak pada HONDA MALAYSIA kerana bagi peluang untuk aku dan kawan-kawan blogger yang lain!!!





Kalau korang nak rasa sendiri bagaimana hebat dan seronoknya memandu HONDA JAZZ HYBRID.... kena lah beli satu!  :)





Jadi memang terbukti HONDA JAZZ HYBRID memenuhi kesemua ciri-ciri kereta idaman aku! Kalau korang berminat dan nak usha kereta ni jugak, sangat-sangat dialu-alukan. Korang boleh layari : 

Website HONDA HYBRID MALAYSIA : 

FB HONDA MALAYSIA :

NAK UJI PANDU HONDA HYBRID ANDA SENDIRI?

Yes, korang pun boleh merasai sendiri pengalaman memandu HONDA HYBRID.
Sekarang ni HONDA tengah lancarkan program pandu uji untuk 3hari 2malam.
Kalau nak try...

UJI PANDU 3H2M HONDA HYBRID: 
http://hybrid.honda.com.my/





Terima kasih juga buat teman blogger yang sangat ceria sepanjang journey ke Ipoh ni. Memang satu kepala! Buat IG video semua tak hingat kan? Kehkehkeh! :

- Shakiddo
- Yana Yassin
- Melastik Bintang
- Boni Kacak
- Reezluv Reez 




11 comments:

  1. seronok betul event Honda nih
    terliur weh tengok nasi ganja
    arghh, rindu nk lepak-lepak kat Ipoh macam zaman belajar dulu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat gathering bersama event honda. Honda hybrid antara kereta impian..Nak beli tu tak lah bila..haha

    ReplyDelete
  3. waaaahhhh... hebat!! saya seronok memandu Honda Hybrid CRZ!! terbaik lah....

    ReplyDelete
  4. waaa.... best nyer trip ni. i want to go to gunung lang :D

    ReplyDelete
  5. wahhhh bestnya nanie..drive sendiri ke ipoh tu dgn kereta baru pula..sgt awesome..:)

    ReplyDelete
  6. Seronok.. jelas terpancar keseronokan dekat wajah kak nanie.. hahaha

    ReplyDelete
  7. lovely day aite?So sangat untung to have it :).

    ReplyDelete
  8. tp belakang kete ni xlawa. macam besor sgt. haha

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan, baru jumpe blog nih, bestlah pulak, suka sebab gamba2 yg besar2 n clear! Best nyer dpt join event cam ni..

    ReplyDelete
  10. innanie!!!!!! nk test drive honda kauuuu...hewhewhew

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork