Sunday, November 3, 2013

Italiannies 7 Wonders Pizza : Bawa Resipi Unik Seluruh Dunia!

Assalamualaikum semua

Hola!!! Ok beb, awal-awal lagi ni aku nak pesan yang entry ni sekali lagi bakal membuatkan korang lapar. Serius beb. Aku masa taip entry ni pun banyak kali berhenti... masuk dapur dulu. Craving!!!

Wohhhoooo!!! Berita baik untuk si penggemar pizza!!! Kau tahu tak yang Italiannies, restoran makanan Italy yang paling famous sekitar Kuala Lumpur ni tengah adakan promosi terhebat untuk menikmati 7 jenis pizza yang sangat amazing! Yes!!! Promosi yang julung kali diadakan ni akan berlangsung sehingga 31 Disember 2013 di kesemua outlet restoran Italiannies. Antaranya bertempat di : 

- The Curve, Mutiara Damansara
- The Gardens Mall, Mid Valley
- Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
- Paradigm Mall, Petaling Jaya
- Gurney Paragon, Penang

It called..

 7 WONDERS PIZZA


Berpeluang dapat 'makan free' di Italiannies, Empire Gallery Subang Jaya dan merasai kesemua 7 WONDERS PIZZA sangatlah best! Bukan sekadar kelazatan hand-made pizza dan resipi unik mereka je jadi tarikan, malahan suasana restaurant yang cozy, classic dan tenang buatkan suasan dinner aku malam tu sangat enjoy!




Mana taknya, bukan senang kan kita nak merasa keunikan dan kelazatan makanan Itali original ni. Yummmay!! Mari aku bawak korang menjamu mata.. aku menjamu perut. heheheh!



1. BABY SHRIMPS PIZZA - RM 34.90

Merupakan pizza dengan basic topping. Tanpa sebarang sauce, rasa masin crust digabung dengan masam dari lemon dan lemak manis dari baby shrimps. Memang sedap dan sesuai menjadi permulaan yang bagus!



*arugula adalah sejenis sayuran dari keluarga Mustard yang sangat popular digunakan dalam masakan tradisional Itali. 



2. SPICY SMOKED DUCK PIZZA WITH BUFFALO MOZZARELLA CHEESE - RM 39.90

Haaa yang ni memang kalau tengok nama macam pelik sikit. Ada duck dan ada buffalo. Tapi, jangan risau. Memang sedap beb! Aku first time kot makan duck masa ni. And rasa duck meat tu, macam ayam aje. Yang ini sesuai untuk mereka yang suka pedas. Selain ada tambahan Pomodoro Sauce, ada jugak ditaburkan fresh red chillies! Fuh!!! Berpeluh.... 




3. SICILIAN PIZZA - RM 24.90 

Tang ni pulak memang resipi original orang Sicily. Satu kepulauan cantik di Laut Mediterannean. Walaupun pada mulanya aku rasa macam bukan gabungan yang best untuk ikan bilis dan grilled chicken, tapi bila digabungkan dengan topping sauce original dari Sicily, woooooooooow!!! Rasa dia memang lain dari yang lain. Ada masin, lemak dan rasa kubis tu bagi lagi balance!





4. BARBEQUE SMOKED DUCK PIZZA - RM 35.90

Pizza yang keempat ni pulak ada sentuhan yang menarik. Ada taburan buah peach yang masam-masam manis, gegelang bawang segar yang rangup, hirisan daging itik yang disaluti barbeque sos, cheese dan arugula. Ianya lengkap dan sangat ideal kombinasi rasanya. Oh, tak lupa, ada chillis flake sekali. Jadi, kena dengan tekak rakyat Malaysia yang suka not-to-spicy dish! 




5. ROMAN VEGETARIAN PIZZA - RM 31.90

Untuk pizza yang ini pula, sesuai bagi mereka yang vegetarian. Dah nama pun ada vege kan, jadinya pizza ini dilitupi sayur-sayuran yang sesuai dengan rasa topping basenya, Alfredo. Ok, walaupun korang nampak ada Artichoke Heart, tapi jangan risau. Ianya bukan hati haiwan. Ia adalah sejenis tumbuhan yang famous digunakan dalam masakan orang Mediteranean. Macam biasa, gabungan masam manis dan sedikit garlic buatkan ia tak jemu dimakan!




6. ROASTED CHICKEN WITH HOT SAUCE PIZZA - 39.90

Disebabkan ianya adalah 7 Wonders Pizza, jadi untuk pizza yang ini ia ada sentuhan ala-ala Indian Spicy sikit. Lebih-lebih lagi marinated black bean tu. Ia ada macam rasa rempah sikit. Walaupun ada rempah tapi ianya bukanlah tak boleh diterima tekak. Sedap dan gabungan arugula membuatkan ia fresh!





7. SEAFOOD PESTO PIZZA - RM 39.90

Tak sah lah kalau pizza takde topping seafood. Gabungan capsicum, tomato dan udang dengan perisa Cajun pedas buatkan seafood tu balanced dari segi rasa. Tambah pulak ada sedikit rasa pedas dan herba. Arugula macam biasalah sebagai pelengkap dan buatkan pizza ni fresh! 



DESSERT : STRAWBERRY/MANGGO PANNA COTTA



Fuh!!! Macam mana? Kau boleh bayangkan tak kelazatannya? Serius beb. Sangat-sangat lazat dan kau boleh rasa keenakan resipi original pizza dari Italy. Dengan setiap pembelian 7 Wonders Pizza, korang jugak boleh menikmati minuman complimentary dari Italiannies iaitu Mountain Dew Pitch Black for free!


Ada dengar tak bunyi kruk-kruk-kruk? Kalau ada, bagus!!! Cepat nikmati 7 Wonders Pizza dari Italiannies. Sangat lazat sampai kau rasa ada di Italy!!! 


With Andrea Rossi, Regional Manager for Italiannies (behind me) and other blogger!


Untuk maklumat lanjut : 

FB : 

Website : 






3 comments:

  1. mak aihh nanie..memang boleh buat orang lain lapor ni

    ReplyDelete
  2. Wow! so sedap! thanks share benda best ni..harap berkesempatan merasainya! semua nampak sedap ni cemana?kena marathon pizza seminggu ni baru abis rasa.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork