Thursday, November 7, 2013

Kalaulah Ada Rawatan Spa Di Rumah...

Assalamualaikum semua

Bila balik je dari kerja ke pergi event ke, biasanya badan aku rasa melengas. Ye lah mana tak melengas je kalau kau dah kena berpeluh-peluh, berhimpit dalam bas dan train. Tu belum tambah lagi tu kalau kau kena menapak jauh. Lagi lah rasa tak selesa! 

Setiap kali badan penat, melengas semua tu, terus aku terfikir kan ke seronok kalau boleh pergi spa hari-hari. Ada orang urut kita, ada orang lulur kita. Dengan aromatherapynya lah.


Seronoknya kalau dapat macam tu selalu kan!!!



But wait... korang tahu tak yang sekarang ni memang dah ada pun konsep spa di rumah? Yes, actually aku pun baru tahu yang kita boleh dapatkan sendiri servis macam spa tu di rumah sendiri. Bezanya, takde orang buatkan untuk kau. Kau kena buat sendiri. Eh, tapi kalau ada suami apa salah mintak suami buatkan untuk kita kan? Romantik gitu! Heheheheh *tutup mata, malu!*





SPA*D*RUMAH. Yerp, inilah satu konsep terbaru, terbest dan termudah untuk anda yang suka dibelai bagaikan spa. Bukan sekadar boleh buat hari-hari, nak buat sejam sekali, setiap kali mandi pun boleh. Selain daripada bertindak untuk mengurangkan tekanan & memberi lebih keselesaan dan kebersihan kepada tubuh badan, melalui set Spa*D*Rumah ni, ada pelbagai lagi kebaikan dan manfaat yang bakal korang peroleh. Mari aku perkenalkan set kat atas tu.

1. Garam Spa Kaki--- RM 29
2. Lulur Mandi Biji Kopi---RM 15
3. Gel Mandian Santan Kelapa----RM 12
4. Heel & Body Scrapper----RM 10

Kalau korang tengok pada bahan-bahan yang digunakan semua adalah bahan-bahan yang memang selalu digunakan di spa-spa. Dan yang paling penting takde bahan campuran kimia. Semuanya semulajadi.





GARAM SPA KAKI 

Merendam kaki memang telah lama menjadi amalan dan petua orang tua-tua. Menurut mereka, amalan merendam kaki dapat mengurangkan penat dan lenguh untuk urat-urat kaki dan bermula dari kaki lah semua sistem organ dan perjalanan darah kita kembali teratur. Di tambah pula rendaman menggunakan garam bukit yang telah dipercayai mempunyai banyak khasiat.

Antara khasiat garam bukit:
  • melancarkan darah
  • mempunyai tenaga atau aura 
  • menstabilkan tekanan darah dan pH darah
  • meningkatkan oksigen dalam darah
  • melancarkan sistem metabolik darah 
  • menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata
  • mengendurkan ketegangan urat-urat 
  • mengurangkan rekahan pada kaki dan tumit 
Bukan tu je,  Garam Spa Kaki ni jugak ditambahkan dengan herba dan lavender seed. Secara tak langsung terapi aroma dapat dihasilkan. Serius rasa rileks je! Aku buat lepas jalan satu hari, rendam kaki dengan air suam tambah garam spa kaki ni... fuh... macam nak tidur!





LULUR MANDI BIJI KOPI

Sebagai perempuan kan, melulur badan adalah juga menjadi tradisi orang Melayu. Dulu kan aku fikir kalau nak melulur semua ni, bila nak kahwin je. Tak pun dalam pantang lepas bersalin. Tapi tak jugak. Sebenarnya dari muda lah kena biasakan lulur badan semua tu. Bukannya susah pun!  Just campurkan/gaulkan dengan gel mandian santan. Buat pekat-pekat dan lumur satu badan selepas korang mandi macam biasa. Biarkan luluran lebih kurang 5-10 minit dan bilas.

Khasiat Biji Kopi :
  • mengandungi anti-oksidan yang tinggi 
  • penghilang bau badan
  • membuang sel-sel kulit mati pada badan
  • menghaluskan kulit 
  • mengawal bukaan pori-pori pada kulit
  • sebagai agen mengurangkan kedutan 
  • menghilangkan sisa daki pada badan




GEL MANDIAN SANTAN KELAPA 

Haaa jangan ingat dalam masakan je guna santan kelapa. Dalam kecantikan pun santan kelapa ada gunanya! Tapi memang betul pun, dulu aku selalu lah belek majalah remaja ke, majalah wanita ke, kan ada tips dan petua kan, memang kelapa ni banyak kebaikannya. Dari hujung rambut sampai kaki korang boleh guna.

Untuk perawatan Spa*D*Rumah ni, disediakan sekali dengan gel mandian santan kelapa. Gel mandian santan kelapa ni boleh diguna dua cara. Satu guna untuk mandian biasa, satu lagi untuk digaul dengan lulur biji kopi tadi.

Khasiat Santan Kelapa dalam kecantikan :
  • memperbaiki kondisi dan struktur kulit kita
  • membersihkan kotoran dan minyak pada kulit
  • memberi kelembapan pada kulit 
  • menimbulkan aroma dan keselesaan selepas penggunaan
  • sebagai sumber vitamin dan mineral pada kulit

Last but not least, sebagai pelengkap kepada penggunaan spa di rumah, korang boleh dapatkan HEEL & BODY SCRAPPER



HEEL & BODY SCRAPPER

Body & Heel Scrapper ni diperbuat dari tanah liat. Berfungsi untuk membantu membuang daki dan sel kulit mati pada badan, memang sesuai untuk menyental... heheheh. Walaupun korang nampak permukaannya agak kasar, tapi bila dah kena air dan badan ianya tak lah macam kita gosok batu pada badan. Kalau korang rasa permukaan ni kasar, gunakan permukaan belakangnya yang lebih lembut. Kalau diamalkan selalu, maka bercerailah nyawa dan badan... eh salah... bercerailah daki di badan! heheheheh :)


NAK CUBA? 

Haaa kalau dah kau sental, kau rendam, kau lulur dan lumur satu badan... barulah rasa selesa. Barulah segar sentiasa. Memang best kan buat spa kat rumah ni. Oh, mesti korang nak tahu kan mana aku dapat barangan spa di rumah ni? Jangan malu jangan segan, meh korang boleh baca details & beli di online shop SPA*D*RUMAH. Dan ada banyak lagi pilihan.... mari cuba!


Untuk keterangan lanjut :


FB : 

Blog :




4 comments:

  1. yg gel santan kelapa tu nmpak best! pastu igt yg heel scrapper tu, hell scrapper.. hehe.. mata kero...

    ReplyDelete
  2. Wah! Dah berspa kat rumah skang ni kan? Harga pun not bad.. Boleh cuba! Yeahooo! ^^,
    Mieza

    ReplyDelete
  3. salam nanie...thanx for review... cuma nak tanya link entry kat sebelah sidebar ni, kalau klik takleh ke entri ni kan.. sorry just nak kepastian... :)

    ReplyDelete
  4. teringin nak berspa dr rumah je. :)

    http://www.suplemenvitamin.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork