Friday, November 1, 2013

Klinik Mediviron UOA : Rawatan Laser Untuk Kulit Wajah Yang Cantik

Assalamualaikum semua

Masih ingat dengan rawatan aesthetic aku bersama Klinik Mediviron UOA? Masa last entry [KLIK SINI], aku telah diberikan 3 pilihan untuk buat rawatan kan, so yang mana satu agaknya pilihan aku?

1. Medlite C6 ND : YAG Laser
2. Fractional CO2 Laser
3. LED Phototherapy 

Daripada 3 pilihan tersebut, aku pilih yang pertama. Iaitu Medlite C6 ND : YAG Laser. Yes, Laser. Memang aku pun mula-mula cuak sangat. Ye lah, macam-macam fikir. Teringat final destination lah, entah apa lagi aku fikir. Elok ke treatment ni, sakit ke tidak, macam mana rawatannya? Semua bermain dalam kepala. 

Tapi, macam aku jelaskan sebelum ni, korang tak perlu risau. Klinik Mediviron UOA mempunyai pakar yang berpengetahuan dan luas pengalamannya. Aku diperkenalkan dengan Dr. Lashela. Beliau merupakan pakar Aesthetic untuk Klinik Mediviron UOA

Bila jumpa Dr. Lashela, macam-macam lah aku tanya. Dari A-Z semua benda aku tanya. Soalan wajib aku adalah, sakit ke tidak. Menurut Dr.Lashela, rawatan Medlite ini tidak lah sakit mana, macam kena jentik je... hehehe. Lega hati aku!

Well,  Apa itu Medlite C6 ND : YAG Laser ?



Medlite C6 ND : YAG Laser merupakan satu rawatan menggunakan sinar laser yang berfungsi merangsang penghasilan kolagen. Ia juga membantu merawat kesan parut dan garis halus terus ke dalam kulit kita tanpa merosakkan lapisan kulit atas. Dengan pembaikan secara dalaman, maka kolagen semulajadi dapat dihasilkan dan memberikan kesan untuk keanjalan dan kesihatan kulit muka yang cantik. 

Selain daripada garisan halus dan kesan parut, ada lagi beberapa kebaikan Medlite ni :

1. Birthmark removal
2. Tattoo removal
3. Improving acne scars
4. Diminishing wrinkles
5. Reducing brown spots
6. Enhancing & improving skin textures
7. Rebuilding skin's collagen
8. Reducing pigmentation

Sebagaimana yang aku bagitahu sebelum ni kan ada buat Facial Assessment, jadi dari result tu, Dr. Lashela cadangkan Medlite boleh membantu. Sebabnya aku ada sedikit brown spots, skin textures yang kurang elok dan juga sedikit pigmentation

Setelah bersetuju terus Dr. Lashela bawak aku ke bilik perawatan. Ok, time ni aku dah nervous dah. Serius aku nervous. Aku memang doa dalam hati supaya semua berjalan lancar dan tak sakit!


KAEDAH RAWATAN :

Masa mula-mula tu, memang Dr. Lashela dah terangkan yang dia rasa seperti dijentik. Kalau agak sakit, bagitahu tapi jangan gerakkan kepala. Dan tibalah masanya.... untuk aku 'dijentik'.

Mula Dr.Lashela acuh laser pada aku, yes aku terkejut. Terus tersentak. Sebab dia rasa macam ada semut gigit dan bunyi "tik...tik...tik..." tapi Dr. Lashela akan ikut kesesuaian kita dengan level yang digunakan. Untuk aku, mula-mula slow dia guna...lepas tu dia naik sikit. Dan mula-mula je aku terkejut. Lepas tu dah ok!

Selepas kira-kira 2-3 minit, aku terbau bau hangit. Sudah! Aku fikir bukan-bukan lagi. Mana tahu berlubang ke muka aku kan. Oh tidak!!! Menurut Dr. Lashela, bau hangit tu adalah disebabkan tindakan sinaran laser terhadap rerambut halus / bulu roma pada muka aku. phewwwwwwwwwww!!! 


Rawatan yang diberikan adalah kira-kira 15-20 minit. Ada beberapa bahagian yang sakit dia agak ketara. Antaranya ialah di bahagian bawah mata, dan bahagian atas bibir. Menurut Dr. Lashela, sebab kulit di bahagian tu lebih nipis dari yang lain. 


KESAN SELEPAS RAWATAN: 

Daripada apa yang diterangkan, kebiasaannya seseorang akan mengalami sedikit gatal pada kulit muka selepas rawatan. Malahan ada yang timbul seolah-olah  "mosquito bite" pada kulit wajahnya dalam masa 24-48 jam selepas rawatan.

Untuk aku, keesokan harinya ada tumbuh sedikit "mosquito bite" di bahagian pipi sebelah kanan. Tapi tak gatal atau sakit lah. Just biarkan je, lama-lama dia surut sendiri. And FYI, tak nampak pun mosquito bite tu. Just a lite one! 


PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN : 

Untuk lepas rawatan pulak, aku tanya Dr.Lashela apa pantang larangnya. Mana tahu tak boleh pakai apa-apa bahan kosmetik atau makan apa-apa kan. Kena hati-hati semua ni. 


Menurut Dr. Lashela, selepas rawatan laser aku tak boleh pakai apa-apa bahan cuci muka, atau mask yang berunsurkan whitening/cooling. Sebabnya, kulit muka aku masih lagi 'panas' dan terbakar, jadi kalau diberikan elemen untuk whitening/cooling ia akan menyebabkan pigmentation. 

Selain dari tu, dalam masa 2 minggu jugak sebolehnya elakkan dari direct sunlight. Dan aku mesti kena pakai UV Protection Cream yang mempunya SPF 50++. Ini adalah bagi mengelakkan sinaran UV matahari yang tinggi membunuh sel kulit baru dan menyebabkan kolagen yang terhasil tidak berkualiti. 

Untuk pemakaian make up pulak, Dr. Lashela cakap aku boleh je pakai make up terus. Nak makan pun takde pantang-pantang! :) weeeeeeeeee.... penting kena pakai make up tu. Kalau tak cemana nak nampak "macam comel je" hahahahah!



Gambar atas ni betul-betul lepas rawatan. Alhamdulillah, rawatan sesi pertama dah selesai. Aku ada 2 kali lagi sesi rawatan. Kiranya keseluruhan rawatan adalah 3 kali. Tapi mengikut Dr.Lashela, ianya juga bergantung kepada tahap keseriusan masalah seseorang. 

Untuk entry seterusnya, aku akan review keputusan facial assessment selepas aku menggunakan Medlite C6 ND: YAG Laser ni. Agak mengejutkan jugak keputusan tersebut... tapi of courselah menggembirakan hati aku! 

Dan entry seterusnya juga.... ada before and after...

Tunggu ok!!!


Untuk maklumat lanjut :

Website : 

FB :




27 comments:

  1. macam best je,,
    macam best je..

    hikhik

    ReplyDelete
  2. Ermmm berapa cost ni? Mahal x? Teringin la pulak..

    ReplyDelete
  3. Macam mahal jer.. Macam mahal jer.. Macam mahal jer.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. sangat best dapat treatment macam ni :)

    ReplyDelete
  5. omg i was looking for this dah laaaama sgt! yup sure will contact but awk xbleh bg estimate price ke?? per treatment?? or pakej huhu its ok la will search d fb thank for sharing!! n thanks a lot for d support! :)

    ReplyDelete
  6. baca nanie punyer entry yang tang terkejut tu nad terasa plak..hehhee..seram sejuk je..tapi cara laser memng berkesan muka..kawan nad ade cuba

    ReplyDelete
  7. How much ye costnye?

    ReplyDelete
  8. Salam

    Hai .boleh ta sharekan berapa kos nye

    ReplyDelete
  9. TO ALL : KOS ADALAH DEPEND RAWATAN YANG ANDA PILIH DAN KESERIUSAN MASALAH ANDA.

    ReplyDelete
  10. Teringinnnya nak cuba~ kena cari waktu yang cuti panjang sikit ye dak? Downtime berapa lama?

    ReplyDelete
  11. Kt mne location klinik ni?anggaran kos rawatan minimum brp?

    ReplyDelete
  12. salam..boleh thu tk lu tuk masalh jerawat kat muka mne stu ye pilihan rawatan yg ok antara 3 pilihan tu?

    ReplyDelete
  13. sy penah buat gak..lbih drp 5 sesi..

    ReplyDelete
  14. sy prnah buat gak..lbih drp 5 kali

    ReplyDelete
  15. Klinik ni kat mane ye? Dia ada buat x utk tatto removal?

    ReplyDelete
  16. untuk parut berlubang brape?

    ReplyDelete
  17. rawatan untuk lelaki ada tak?

    ReplyDelete
  18. patut semakin cantik sis nanie ..wat laser

    ReplyDelete
  19. Nak tahu harga boleh ? kalau parut hitam berapa harga ?

    ReplyDelete
  20. berapa harga untuk parut hitam ?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork