Friday, November 1, 2013

Mahukan Mentor Dalam Bisnes Online? Sertai Program PROTEGE GIGIH!

Assalamualaikum semua

Baru dapat berita ni. Dan aku rasa ianya sangat bagus. Lebih-lebih lagi sekarang ni memang ramai yang bukak bisnes online kan. Baiklah, hari ni keluar kat paper kata bisnes online dikenakan GST. Tapi takpe. Kalau itu lah yang diputuskan, nak buat macam mana. Kita rakyat biasa. Tapi ada yang menarik ialah, kerajaan sedang melancarkan satu program bantuan dan mentor yang dinamakan "Program Protege GIGIH". 



Basically ianya adalah program mentor & mentee/protege. Korang yang diterima dalam program ni akan dapat seorang Mentor yang akan membantu secara moral dan memberi tunjuk ajar kepada korang dalam selok belok perniagaan. 

Sebanyak 50 cadangan dan idea perniagaan telah dipilih untuk first batch ni dan ia merangkumi pelbagai bidang sama ada makanan, pakaian, perkhidmatan, pertanian dan kemahiran. Malahan dengan Idea Gigih ini juga, setiap peserta akan diberikan unjuran keuntungan, modal dan sasaran yang sedikit sebanyak boleh dijadikan contoh untuk memulakan perniagaan. 





Jadi, aku rasa program ni bagus dan jika mereka yang betul-betul follow dan bersemangat waja, confirm-confirm boleh berjaya. Man Jadda Wa Jadda kan! 

Untuk pengetahuan korang, salah seorang daripada mentor yang dipilih untuk program ini adalah Nabihah Abd Rahman, pemilik kepada KZ Nabihah Boutique. Yes, seperti yang korang tahu, beliau merupakan antara pemilik online boutique yang berjaya. Dan aku sendiri tabik spring dengan dia. 



So, inilah masanya untuk korang yang berminat korek rahsia para mentor dan mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan. Ingat, 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan kan. Jadi, yakinlah bahawa bidang perniagaan mampu memberi anda pulangan yang lumayan. 

Kalau korang berminat, mudah je caranya... isi borang kat bawah ni :




Nanti kalau korang berjaya dan diterima untuk Program GIGIH ni, pihak penganjur akan contact korang sendiri dan bermulalah siri pengajian korang dengan mentor pilihan! Insya Allah usaha gigih akan terbalas jika niat kita baik dan betul. 

Semoga berjaya semua!!!


11 comments:

  1. Menarik ni ... izinkan saya untuk kongsi info ini di blog.

    ReplyDelete
  2. Bunyi macam menarik je ni..gigih kan diri :)

    ReplyDelete
  3. Trima kaseh sebab berkongsi info. Bagus jugak kalau dapat involve. :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih for the info. Sangat menarik dan berguna :-)

    ReplyDelete
  5. senang kalau ada mentor..nak cuba tapi kene pikir dulu

    ReplyDelete
  6. Satu program yang bagus untuk disertai.

    ReplyDelete
  7. Program yang amat berguna untuk pemula dalam bisnes online.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork