Sunday, November 24, 2013

Menulis Entry Dengan Yakin

Assalamualaikum semua


Beberapa hari lepas dapat satu email dari pembaca Blog Coklateyes. Heheh. Dah macam kaunter pertanyaan pulak. Tapi tak kesah pun. Sebab pada aku once orang mula bertanya pada kita, itu tandanya penerimaan pembaca pada idea dan butir entry kita. Alhamdulillah. 




Pertama sekali, thank you so much sebab menjadikan Blog Coklateyes & penulisnya *cewah* sebagai salah satu inspirasi anda. Dan terima kasih jugak sebab dapat rasakan keyakinan akak dalam menulis entry. Much appreciated. *lap air mata kejap*

Baiklah, Hanani... kita balik pada persoalan awak.

KEYAKINAN UNTUK MENULIS ENTRY

Dalam menulis blog, akak selalu ingatkan diri akak bahawa blog kita bukan untuk kita seorang. Ianya adalah perkongsian idea antara penulis dan pembaca. Mungkin di awal penulisan blog, kita memang kurang pembaca tapi hari demi hari, tanpa sedar atau tidak kita sebenarnya ada pembaca tersendiri. Dan sekali lagi diingatkan bahawa pembaca kita adalah rencam. Dari pelbagai kategori umur, profesion, tahap pendidikan, dan juga pemikiran serta pandangan. 

Walaupun berbeza,  satu perkara yang kita semua kena sedar adalah setiap dari kita perlu menghormati satu sama lain. Sekiranya awak buat entry dengan baik, menghormati sensitiviti pembaca dan isu-isu lain, akak rasa tak perlu awak risau sama ada entry awak diterima pembaca atau tidak. Sebab itu adalah buah fikiran awak. Idea dan pandangan awak. Jangan takut bila ada yang menolak pendapat tu, sebab dari situ kita belajar untuk menulis dengan lebih baik dan matang.

Pada akak, awak sebenarnya bukan takde keyakinan. Tapi awak lebih kepada "takut bayang-bayang sendiri". Cuba buangkan perasaan tu. Sebab ianya akan melemahkan semangat awak dan meletakkan awak rendah diri. Bukan dalam penulisan blog saje, tapi dalam apa juga pekerjaan kalau awak terusan macam ni, boleh sebabkan awak tak perform well. 

Hanani...

Keyakinan itu merupakan satu skill yang perlu dibina. Dibina melalui pengalaman, pandangan, support, kritikan dan paling penting sekali dalaman. Yes. Sebagai kawan, akak hanya boleh memberi support dan pandangan. Tapi pengalaman dan sokongan dalaman itu berpunca dari diri awak sendiri. Awak kena bersikap terbuka. Berani menulis, bijak melontar idea dan bersifat terbuka untuk segala pandangan dan idea dari pembaca. Dari situ lah keyakinan akan dibina. 

Seperkara lagi, satu tips yang akak selalu amalkan dalam penulisan blog adalah dengan menjadi diri sendiri. Yes. That is the the right keyword. Be yourself. Blog ni pada akak satu tempat yang magik. Walaupun kita duduk jauh beribu batu, tapi melalui entry saje... boleh dikatakan sedikit sebanyak pembaca dapat rasa perasaannya. Sebab tu akak amalkan penulisan yang polos. Kalau suka kata suka, kalau tak suka kata tak suka. Tapi biarlah berhemah, berbudi bahasa dan bijak. 

Ingat, entry kita melambangkan karekter kita. Pembaca boleh rasa apa yang kita rasa! Jadi jangan risau dan takut. Awak kena terima & yakin pada entry awak dulu barulah orang lain juga rasa yang sama! OK :)





13 comments:

  1. Saya suka entri ni. Sebenarnya kawan-kawan saya tak pernah tahu pun kewujudan blog saya ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Tulis aje la. Aku bayar kot dot com ni hahahahah

    ReplyDelete
  3. really nice tips..saya pon bru otw tgh belajar menulis blog..thx >,<

    ReplyDelete
  4. semestinya kena rajin whatver you do and be yourself..jujur dan Insha Allah akan diterima oleh orang lain :)

    ReplyDelete
  5. saya nih baru didunia blog, so saya dak tahu aturannye...apa yang ada dalam pikiran pastilah saya tulis, hehe

    ReplyDelete
  6. pendapat saya, tak semua penulisan blogger tu melambangkan pesonaliti die. :)

    ReplyDelete
  7. weehuu....good tips untuk saya jugak. haha. thanx nanie. pinjam semangat sikit boleh? :p

    ReplyDelete
  8. Good tips untuk orang baru berblog macam saya :) Salam perkenalan..

    ReplyDelete
  9. good tips. bagi semangat kat Sha yang baru nak tulis blog balik bebetul ni

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork