Thursday, November 28, 2013

Tambah Koleksi Beg Anda dengan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2013 dari GUESS Luxe!

Assalamualaikum semua 

Sapa kat sini suka beg, kasut, purse and clutch? Angkat tangan!!! Ya Allah, of course lah semua pembaca Blog Coklateyes angkat tangan kan? Alaa aku tau ramai pembaca aku adalah kaum wanita. Heheheh. Ok, ini ada cerita seronok disamping boleh usha cuci-cuci mata. Perempuan ni, kalau tak dapat beli pun tak pe, asalkan dapat cuci mata. Betul tak? 

Baru-baru ni, Guess, jenama yang tak asing lagi di Malaysia ni telah melancarkan sebuah butik di The Gardens iaitu Guess Luxe. Aku dan 50 lagi geng The Butterfly Project Malaysia telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. 

Jom lah tengok gambar-gambar sekitar majlis :)







Pelancaran pada hari tu jugak adalah bersempena dengan pelancaran untuk Fall/Winter 2013 Collection. Ya Allah, haruslah semua orang meroyan tengok bag, kasut dan clutch yang semua cantik-cantik tu kan! Geram je aku tengok....







Memang makan hati jugak lah tengok colour dan design collection GUESS ni. Hadoi... geram je rasa. Of course lah cantik dan cantik juga harganya. Tertelan-telan air liur kira duit dalam akaun cukup ke tak nak rembat satu! Kehkehkeh.





Bertabahlah ye semua orang melihat liuk lentik cantiknya bag kat atas tu semua. Aku sendiri cuba menenangkan hati tatkala buat entry ni. *sambil urut-urut dada, kasi kuat sikit iman tu!

Tapi aku dengar orang gomen dapat bonus kan? Halamak...apa salah rembat seketul dua. Cantik ni bawak rumah orang kawen. Kehkehkeh :)

Last but not least, layan gambar aku pulak boleh? Malam tu, dengan bertemakan "WHITE", semua Butterflies nampak cantik! Aku macam biasa je, pakai apa yang selesa. Tapi gigih jugaklah sebab beli blouse baru. Kehkehkeh. Tudung tu actually tudung bawal biasa. Lilit sikit jadi shawl dah. Kan mudah...




Malam tu jugak ada Insta Contest. Kita pilih bag mana kita berkenan and than post it dekat Instagram. Kalau ada rezeki, berjaya bawak balik bag tu... dan aku memilih Leopard Printed Shopping Bag ni. Malangnya...takde rezeki.. Kak Sabby Prue antara yang berjaya! Tahniah!


Paling tak disangka, malam tu Tammy tak kenal aku... huhuhu sedih! Mentang-mentang aku tak pakai spectacles kan. And ramai yang kata memang nampak berbeza aku malam tu. Kehkehkeh. Berjaya lettew kan maksudnya aku 'menyamar'.

bersama Edazz Lucinda & Amelie Teapot yang dua-dua comel :)

I love this pic so much! Thanks Sab! :) 

Semua butterflies balik dengan muka gembira. Sebab masing-masing bawak balik 'clutch' comel Guess bewarna hitam ni.


dan juga.... Pendrive Guess Eksklusif dan sehelai scarf dari Italy :)

sumber pic : Sabrina Tajudin 

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan collection Guess yang super duper comel dan awesome ni, ada beberapa butik Guess yang boleh korang terjah :

STORE LISTING
- Guess Boutiques -
Suria KLCC . 1st Floor . Lot 125-126
Pavilion . 2nd Floor . Lot 2.56
Mid Valley . Ground Floor . Lot 94-96
One Utama . Ground Floor . Lot G1,53-1.55

- Guess Accessories Boutique -
Pavilion . 3rd Floor . Lot 3.53.00
The Gardens . 1st Floor . Lot F228
One Utama . Ground Floor . Lot G128A
Sunway pyramid . Ground Floor . Lot G1.46-1.47



5 comments:

  1. wow,....bestnya dapat beg guess...idaman hati..lagi lagi warna pink tu

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat cluth comel guess tu.kalau duit banyak boleh gak shopping kat sini..tak mampu nak membeli lagi sikit..bag biasa biasa je mampu :)

    ReplyDelete
  3. Auww,.. memang lawo melelh ayaq liuq,..tapi harga buat jantung jatuh ke tanah. muhahahahha .

    ReplyDelete
  4. alololo tomeynye gambo dgn guess leopard tu

    ReplyDelete
  5. tengah syok scroll down tgk gambar dlm entri ni, terkejut dgn gambar no 5 tu. adeh!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork