Assalamualaikum semua
Minggu lepas, satu majlis perasmian sebuah shopping lot yang diberi nama The Atmosphere telah berlangsung. Terletak di Seri Kembangan, betul-betul di belakang pasaraya Giant, The Atmosphere merangkumi showrooms, butik, shop lot, restaurant dan bank. Apa yang menarik dan lain dari yang lainnya, The Atmosphere menjadi tempat pengumpulan 80 mural 3D yang pertama di Lembah Klang!
LOKASI THE ATMOSPHERE :
Jalan Atmosphere Utama 1,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300 Seri Kembangan.
sumber gambar : ohfishee |
Walaupun masih baru dan nampak kosong, tapi dengan adanya hasil karya seni 20 pelukis tempatan The Atmosphere bukanlah satu tempat yang sia-sia. Hampir keseluruhan dinding & penjuru yang sesuai dijadikan kanvas lukisan untuk para pelukis hebat ini.
Memang seronok dan excited semua orang bila masuk ke The Atmosphere ni. Bayangkanlah, semua mural nya memang out of the box. Ada yang comel, ada yang seram, ada yang pelik-pelik... tapi semuanya memang nampak alive! Nampak hidup! Kalau dah nampak mural cantik-cantik ni, tak kan nak lepaskan peluang kan? Haruslah penuhkan Instagram!
![]() |
Mana train ni? Lambat sangat. Jalan kaki baru tau! |
![]() |
Ah! Ni gambar mengada-ngada si Mahamahu! Aku suruh pandang kamera, dia fefeling pandang cenggitu Cepuk kang! |
![]() |
I really love this one! So cute. Rumah terbakar panggil bomba, tapi sibuk pulak si budak blogger! heheheh |
![]() |
Yang ini memang menjadi kesukaan semua. Drama sangat. Kau rasa yang drama queen yang mana? Dah tentu lah yang tengah tu, Kak Sabby! Ni semua idea dia ni suruh berlakon gini! Hewhewhew! |
Kiteorang semua memang teruja lah layan satu per satu mural. Kau tahu, setiap mural tu detailing dia memang terbaik. Setahu aku lah kan, bukan senang tau nak lukis gambar 3D. Kau kena ada imaginasi yang tinggi dan ketelitian yang memang superb. Haaa baru nampak hasilnya terbaik!
![]() |
Mural ni terletak di entrance. Kereta tu memang betul-betul terkeluar dari dinding ye! |
Kifly tu memang selalu over acting!
Sabrina Tajudin comel macam budak kecik
|
Tahniah pada kesemua pelukis 3D mural yang memang berbakat besar ni. Memang kasi 5 bintang lah untuk hasil kerja mereka yang awesome ni!
Bukan sekadar mural yang menarik je ada kat situ, untuk sesi perasmian pun tak kurang hebatnya. Siap ada flash mob lagi tu. Meriah sungguh lah event di The Atmosphere ni. Rasa macam masuk dunia fantasi!
![]() |
Flash mob best! Ada violin + superheroes & superwoman |
![]() |
Barisan pelukis mural |
![]() |
Seronok layan dorang ni! Lagi-lagi yang magik tu! |
Sebenarnya kiteorang pose depan mural ni bukan saje-saje. Ada Photo Contest yang korang pun boleh sama turut serta. Contest ni ada dua pusingan. Satu untuk MOST LIKE photos, satu lagi MOST CREATIVE. Pertandingan ini bermula 22 Disember 2013 sehingga 16 Feb 2014. Dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 15, 000 ada pelbagai hadiah menarik yang menanti korang. Tengok je lah bawah ni... ok fine, aku mengidam Ipad Mini. Tapi Note 3 tu nampak cun. Leica camera pun best jugak!!! Awwww Awwww Awww..... *mengidam*
Caranya mudah sangat, korang hanya perlu tangkap gambar dengan pose menarik bersama mural-mural di The Atmosphere. Lepas tu, terus ke FB The Atmosphere [KLIK SINI], dan ikut 3 langkah mudah kat seperti di bawah. Paling penting jangan lupa SHARE & dapatkan seberapa banyak VOTE untuk gambar anda!
FACEBOOK :
WEBSITE :
FB PHOTO CONTEST :
6 Inspirasi Dari Pembaca
Wow! Nice place.. Mesti pergi ni nanti.. hehe.. =)
ReplyDeletehttp://miezashaklee.blogspot.com
wow..gambarnyer memng nampak real..
ReplyDeleteMacam betul gambar tu. Lawa :D
ReplyDeleteJemput baca & komen entri terbaru - http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2013/12/hotel-murah-di-kuala-terengganu.html
amboi dating kt atas tu nohhhh..heheh
ReplyDeletewaves! nice meeting you there :) have a great new year !
ReplyDeleteNak try pergi jelajah jugak ni..
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!