Sunday, December 15, 2013

Cara Mengawal Boros Shopping Online

Assalamualaikum semua

Dah masuk hari ketiga, hidung aku sok-sek-sok-sek. Selesema macam paip bocor. Dengan sakit kepalanya lagi. Aduhai. Time ni rasa nak cabut je hidung. Letak tepi dulu. Memang tak larat nak buat kerja. Meleleh manjang! Haih! Walaupun selesema + demam + sakit kepala, tapi online tetap online. Tak dekat laptop, kat handphone pun jadilah. Janji mengikuti perkembangan terbaru setiap minit katanya kan! Hahahaha.

Aku rajin tengok igshop.Geram eh tengok satu-satu. Dari tudung, casing handphone, beg, shawl, makeup, semua aku geram. Rasa macam nak picit-picit skrin phone sendiri. 

Disebabkan aku tahu bahawa memang agak susah mengawal dan menundukkan nafsu shopping aku, makanya satu cara terbaik yang aku gunakan untuk kawal diri dari over-shopping atau over-bajet adalah dengan....



TIDAK MENGGUNAKAN ONLINE BANKING!!! 




Yes, memang nampak macam hek-eleh, hari-hari online tapi takde online banking. Tapi tahukah anda bahawa dengan cara itu sajelah aku dapat kawal kelajuan jari aku dari terus klik button BUY NOW. Dan seterusnya mengarahkan akal aku untuk menundukkan nafsu dengan mengatakan "Itu tak penting, ada banyak lagi benda yang nak kena bayar! Simpan duit eh!" 

Aku memang mengaku kadang ada benda yang sangat-sangat memerlukan online banking. Contohnya macam nak beli tiket bas balik kampung waktu raya. Nak book awal-awal lah senang. Lambat takut habis. Tak kan gigih semata-mata sekeping tiket nak pergi TBS. Tapi takpe. Aku mintak tolong akak aku. Dari aku broken beli benda bukan-bukan! 



Seperkara lagi, aku ni paranoid sikit.  Bila aku dengar je cerita kes-kes duit hilang waktu online payment, aku dah gelabah. Walaupun duit dalam bank bukan berkoyan. Tak sampai 4 angka. Tapi duit tetap duit woi! Sapa tak sayang duit? Anyone? Makanya, ketakutan aku dalam online banking menyebabkan aku membantutkan hasrat untuk bayar secara klik. 

Biarlah orang nak kata aku lame ke, buta-IT ke apa... duit aku habis bukan dorang tolong pun. Secara amnya lah kan, aku tengok memang cara ni banyak bantu aku untuk manage finance sendiri. Sebab bila kau takde online banking, kau kena bank-in guna mesin. Kena pergi bank sendiri kan. Lepas tu kau malas... than time tu kau fikir, peri pentingnya benda yang kau nak beli tu. So bila dah berfikir dua kali, mesti dalam hati kau akan tergetus "Eh... yang ini kan ada lagi. Buat apa nak beli banyak-banyak. Pakai apa ada dulu!"

Psikologi perniagaan memang mengancam sekarang ni. Ayat-ayat power pancing pelanggan seperti "barang terhad", "tak restock lagi", "book ASAP", "selling fast" dan macam-macam lagi agak kerap memperdaya nafsu kita. Bila kau dah beli sana, beli sini...barang sampai...akhirnya kau kata "menyesal pulak beli. yang lama kan ada lagi!". Takpun, "alamak! duit dah habis. kenapalah aku beli benda ni. Banyak lagi nak kena bayar ni!".  Setuju?

So, ladies...ini cara aku lah. Aku tak tahu orang lain. Aku tak de lah cadangkan ia sebagai cara terbaik. Sebab ada bagus jugak guna online banking ni, memudahkan banyak urusan, jimatkan masa dan etc. Cuma kita ni lah sebagai pembeli kena banyak fikir. Dua tiga empat puluh lapan kali fikir kalau boleh. 

Tapi....

Kalau korang banyak duit... apa ada hal? Bolos saja dinding bank itu! Hahahah :) 

Happy shopping babe! Shopping with your brain! Wisely...



7 comments:

  1. Hahahaha...good idea...leh jd inspirasi spya xboros lg dlm shopping on9

    ReplyDelete
  2. Get well soon kak innanie :D Seriously I need to stop shopping, ade online banking and credit card, shop till I drop T____T now dah buka paypal lagi @@

    ReplyDelete
  3. Dari pengalaman saya, sejak ada online banking ni memang kerja online shopping je. Hehe. Tidak dinafikan banyak juga habis duit. Kadang beli benda tak berbaloi, kadang ada juga kebaikan online banking ni. Bagi saya, kena pandai fikir samada perlu beli atau tidak. Itu saja. Kalau jenis terlalu boros lebih baik jangan buka online banking. Bahaya! :)

    ReplyDelete
  4. salah satu cara kurangkan nk belanja..tp mmeber ofis ada online banking... leh mntak tlg....haha

    ReplyDelete
  5. setuju ngan nanie. tapi saya ada online banking. senang nk setel bil sebab kat tempat ni xde bank. paling dekat pun kena kuar ke bandar dalam 45 minit. sobss~

    ReplyDelete
  6. yang penting kena kawal diri dari boros shopping online..ade banking online tak jadi masalah..boleh distribute duit ke bank lain yg xde online banking..sbb online banking ni boleh menjimatkan masa dan tenaga.lebih cepat untuk urusan pembayaran bil dan beli brg keperluan :)

    ReplyDelete
  7. haha setuju with all that you have mentioned babe! for me i love to put stuff into carts, but then later just close the page...unless it's super cheap stuff :p hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork