Tuesday, December 17, 2013

Food Review : Flora Terrace, Hampshire Place

Assalamualaikum semua

Bercakap soal makan, semua orang suka makan. And sometimes kita rasa boring kalau hari-hari makan benda yang sama. Tekak kita ni pun bijak jugak. Kadang demand nak makan itu ini. Kalau korang adalah food searcher & food lover, juga suka mencuba sesuatu yang baru dan unik, apa kata singgah di FLORA TERRACE, HAMPSHIRE PLACE. 


Well, bila dah dijemput untuk sesi food review sudah semestinyalah menjadi top notch aku adalah untuk merasa makanan dan hidangan signature restauran tersebut. Macam biasa, sebelum aku ke satu-satu event memang aku akan research sedikit sebanyak background organizer. Bukan apa, memudahkan aku untuk meletakkan expectation kata orang tu kan. 

Pertama sekali, apa yang menarik perhatian aku bila google FLORA TERRACE, sudah semestinya adalah ambience atau dekorasi FLORA TERRACE sendiri. Telah banyak kali menjadi pilihan beberapa event kenamaan dan artis, memang tak syak lagi suasana FLORA TERRACE memukau pandangan aku. 



Susun atur dan dekorasinya yang eksklusif, selesa dan romantik memang mencairkan hati aku. Senang cerita, sekali melangkah masuk ke FLORA TERRACE terus aku fefeling ada candle light dinner bersama yang tersayang kat sini. Kehkehkeh. Ruang makan yang luas, juga terdapat ruang privasi untuk majlis-majlis korang, cukup selesa untuk kira-kira lebih 50 orang pelanggan dalam satu masa. 




Malam tu, kami dihidangkan dengan hidangan signature mereka. Antaranya ialah nasi serai, ayam masala, daging black pepper, salted-fish spaghetti dan banyak lagi. Merangkumi masakan barat, Melayu dan ala-ala India, FLORA TERRACE cuba memberi kelainan dari aspek rasa & cubaan berani mengetengahkan fusion food.  *wah dah macam chef pulak aku ni!


APPETIZER @ PEMBUKA SELERA



Untuk pembuka selera, ianya sesuatu yang menarik. Flora Spring Roll memang mengancam digabungkan dengan 'sambal tumis' nya. Well, it is not basically a sambal tumis sebenarnya. Ada rasa sos tomato sikit, pedas, manis semua digabung menarik. Dalam spring roll diletakkan spinach dan sayuran lain. Complete untuk membuka taste buds anda! Kemudian untuk Salmon salad pula, pada aku ia nya memang totally raw taste. Fresh daun salad + salmon yang digabung dengan olive oil memang sedap. Cuma quail egg tu dah tak berapa fresh, jadi rasanya ada sikit kurang sedap disitu. Overall boleh diterima sebagai pembuka selera yang menarik! 


MAIN COURSE

Daging Black Pepper

Chicken Masala

Sambal Udang Flora

Nasi Tomato

Nasi serai

Salted fish spaghetti 
Pada keseluruhannya, aku boleh katakan dari segi rasa dan keenakan main course sebagai "BOLEH DITERIMA & SEDAP".  Ada sesetengah yang memang tip top sedap, dan ada pula yang agak hambar rasanya. 

Paling menarik untuk aku adalah of course gabungan Nasi Tomato + Daging Black Pepper + Ayam Masala & Sambal Udang. Lauknya memang superb sedap. Gabungan herba, rempah dan segala macam bahan memang menaikkan bau dan rasa masakan ala-ala India di restauran ni. Ayam Masala dia paling mendapat tempat di hati aku. Sedap! Bagi Nasi Serai pula, untuk aku rasa serainya agak kuat. Ada sedikit rasa pedas tapi masih lagi menarik untuk digabungkan dengan lauk pauk di atas. 

Next. Yang ini memang takde dan tak pernah jumpa di tempat lain. Salted fish spaghetti. Rasanya unik! Walaupun at first kau akan fikir, "what? Ikan masin?" tapi itulah kelainan yang diberikan di FLORA TERRACE. Mungkin pada aku, ikan masin hanya sesuai untuk masakan Melayu kan? Di sini ikan masin diberikan gabungan fusion. Untuk aku, yes masih sedap & boleh diterima!


Last but not least. This is my super favourite!!!

Penamat & penutup hidangan yang aku memang bagi 4/5 bintang. Superb fantastic. Sedap gila untuk chocolate molten ni. Fully chocolate! Gabungan vanilla ice cream, strawberry & rasa coklat yang lazat buatkan aku tak nak balik! Memang terbaik. 

Walaupun pada asalnya aku agak kecewa sikit lah sebab kek kecik ni kena kongsi untuk dua orang, but finally I realize kenapa ianya kena kongsi. Sebab memang tak kan habis wei. Rasa coklat pekat yang manis tu buatkan kau cepat puas! Hahaha. See. Tamak kan aku? 


HARGA

Dari segi harga, pada aku ianya masih affordable bila dikatakan restaurant di tengah kota KL ni. Ada beberapa promosi yang menarik minat aku. Contohnya seperti Breakfast mereka dengan pakej RM 10 boleh dapat nasi lemak, kopi & roti bakar. Manakala untuk hi-tea pulak bermula jam 3pm-6pm RM 15++ sahaja. Ada jugak Friday Buffet yang disediakan bermula jam 12.30pm - 3.00pm dengan harga hanya RM 28++. Untuk dinner kami malam tu, tak dapat pulak maklumatnya... heheheh :) 


RATING KESELURUHAN

This is a part that I loved. Rating section. Basically, judgement aku adalah atas beberapa kriteria dan paling penting of courselah dari segi rasanya. Juga tak ketinggalan, servis, ambience, kebersihan dan lain-lain. 
RASA : 
3/5

SUASANA / AMBIENCE : 
4.5/5


KEBERSIHAN : 
4/5

SERVIS : 
3.5/5

HARGA :
 AFFORDABLE 

TEMPAHAN UNTUK EVENT: 
SANGAT SESUAI

Bagi aku, bila ada tag JJCM tu secara tak langsung, persepsi & expectation pelanggan menjadi tinggi. Kata orang ITS RECOMMENDED lah kan. Untuk FLORA TERRACE, secara purata aku boleh katakan ianya masih di tahap yang MEMUASKAN! 




Ini sekadar pandangan aku je lah kan. Kalau korang nak tahu dan rasa sendiri macam mana makanan & suasana romantik yang ada di FLORA TERRACE ni boleh datang sendiri ke sana. 

Alamatnya adalah seperti di bawah ni : 

157 Hampshire Place, A-LG-1, Lower Ground Floor,

No.1 Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.

03-21810872 atau 017-6052604 ( Ona ) / 0123465787 ( Fara)

Waktu Operasi:
11.00 am – 11.00 pm (Isnin – Jumaat)
11.00 am – 1.00 am (Sabtu)
Ahad TUTUP


Facebook : 




sumber gambar : Thanks to blogger Shakkido & blogger JMR. Thanks jugak pada blogger Wani @ Laskar Pelangi atas dating pertama kita! :)



13 comments:

  1. wah..best tu..makanan sdap..tempat plk selesa..:)

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh nak celebrate besday kat sini.. heheh

    ReplyDelete
  3. Assalam kak, blogwalking sini. Lapar pulak tengok gambar2 tuh :)

    ReplyDelete
  4. memang terbaiklah tempat ni..untung dapat merasa makanan dan suasana kat sini :)

    ReplyDelete
  5. Nampal sedapppppp...mesti try nie...

    ReplyDelete
  6. wah beb looking at this in the middle of the night is not good for my diet >.< semua nampak sedap!!!

    ReplyDelete
  7. dah pernah gi flora terrace ni heheh memang best utk small event cmni. ni my review pulak. saja sharing is caring :)) http://kahwinbetulbetul.blogspot.com/2013/02/bride-blogger-gathering.html

    ReplyDelete
  8. currently deorng skg ada new promotion lunch buffet RM22 net.... seriously berbaloi and sedap!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork