Thursday, December 19, 2013

Jom ke Artsy Affair @ The Atmosphere, Seri Kembangan Ahad Ini!

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.

Ramai antara kita suka dengan seni. Walaupun kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan, tapi seni adalah satu karya yang cantik, halus dan patut dibanggakan. Jika korang adalah peminat seni, apa kata Ahad ni luangkan masa dengan aku untuk sama-sama join satu event berprestij di bawah ni.



Sebenarnya majlis ni adalah bersempena dengan perasmian sebuah Shopping Area baru di Seri Kembangan iaitu The Atmosphere. Untuk lebih memeriahkan perasmian, The Atmosphere telah menjemput 20 artist international dan local untuk menghasilkan 80 mural di sekitar shopping mall tersebut.



Paling best, mural-mural tu semua bersifat 3D! Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok teaser video bawah ni :





Cantik kan??? Aku pun suka. 3D tu... tak sabar pulak nak amik gambar dengan mural-mural tu. I think for those in art, or maybe art student mesti suka mural macam ni. Something yang alive kan?


Eh, bukan tu je tau... kalau korang join event Sunday ni, ada banyak hadiah menarik yang menunggu korang. Jumlah hadiah bukan sikit-sikit... RM 15, 0000 tu! Fuhyoh! Mana tau ada rezeki... caranya mudah korang nanti hanya perlu join contest STRIKE A POSE je. Contest ni akan bermula 22 Disember 2013 sehingga 16 February 2014. Kalau korang nak tau maklumat & perkembangan terkini contest, boleh tunggu update di website @ FB ok. Pelbagai hadiah boleh dimenangi. Antaranya, pocket printer, camera, ipad mini & banyak lagi.

sumber gambar : http://www.sabrinatajudin.com/
Jadi apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita ke sana ok. Maklumat lanjut untuk event ni boleh korang tengok di website dan FB The Atmosphere, Seri Kembangan.


EVENT : 
GRAND LAUNCHING OF THE ATMOSPHERE, 
SERI KEMBANGAN
TARIKH: 22 DISEMBER 2013
MASA : 10 PAGI
TEMPAT: THE ATMOSPHERE, SERI KEMBANGAN
*MASUK PERCUMA*


Jangan lupa untuk LIKE & SHARE info ini. Makin ramai yang join, makin seronok!



WEBSITE : 

FACEBOOK :

GUNAKAN :
#artsphere208ty untuk gambar Instagram anda! 



Jumpa kat sana ok. Kalau korang nampak aku kat sana, tegur je. Nanti aku belanja ais krim 20sen. Kehkehkehkeh!





3 comments:

  1. Untung sangat kalau dapat pergi ni tapi sadly Fiza tak dapat join.Kalau tak boleh tambah knowledge dalam dunia seni ni kan..:(

    ReplyDelete
  2. dekat gila dengan rumah aku punn. sebelah giant :p

    ReplyDelete
  3. dah pergi , terima kasih share. Pergi pun sebab terbaca dekat blogger punya entri

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork