Wednesday, December 18, 2013

Kinohimitsu X The Butterfly Project : The Exotic Luau Party!

Assalamualaikum semua

Sorry lah agak lewat pulak ni nak update! Hehehe. Bukan lupa, tapi aku kalau nak tulis entry kena tunggu mood sampai. Seru kiri kanan sikit, kasi mood in the high level, baru lah... pap...pap...pap... siap entry! :) 

Korang ingat tak KINOHIMITSU LUAU PARTY? Ok, tak pe kalau tak ingat. Faham sebab dah lama dulu kan. Hehehe. Korang boleh baca entry 1st aku KLIK SINI. Memang bersungguh beb aku nak join Luau Party ni! Dan Alhamdulillah berjaya! Yeaaaaaah!

Sebelum pergi, mestilah siapkan kostum. Aku bukanlah dikalangan orang kaya-kaya yang setiap kali pergi event mesti beli baju baru. No-no-no! Lagipun aku support SUSTAINABILITY LIFESTYLE. Makanya, dengan hanya bermodalkan RM 5 aku dapat buat kostum Hawaiian aku sendiri. Murahkan? 


Aku beli tali rafia, water colour dan colour paper. Lepas tu, guna je lah segala kreativiti yang ada untuk dapatkan grass skirt, flower headband juga necklace. Boleh lah labu dari takde....


Dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Aku tumpang Kak Sabby untuk ke Vila Manja Spa. Thank you so much kak Sabby. Dia memang baik hati. Dahlah cantik. Nasib baik aku takde abang. Kalau tak aku ngorat Kak Sabby untuk abang aku. Baik sangat! *mesti ada orang kembang baca part ni...kihkihkih* 

sumber gambar : shashashekaran
Sampai Vila Manja Spa tu masih belum ramai lagi butterflies yang sampai. Sempat lah kami melenjan ambil gambar dulu. Cantik sangat Vila Manja Spa ni. Memang calming & relaxing. Bau-bau lilin aromaterapi serta bau-bau bunga segar menghiasi laman dan menyambut kedatangan kiteorang. Oh! Heavennya...memang sesuai untuk memanjakan diri.



Kau perasan tak muka aku memang jenis happy kemain kan? To be honest lah beb, aku mana lah pernah pi Hawaiian Party ni. So, of course lah aku excited. Some more party with all the butterflies kan. Haruslah aku gumbira. Thank you so much Butterfly Malaysia for organizing this beautiful party!

Oh lupa nak bagitau, selain daripada tempat yang dihias cantik, setiap seorang participant akan diberikan kalungan bunga. Haaa lagilah aku fefeling macam macam dalam cerita Lilo & Stitch tu. Idea aku untuk DIY grass skirt & flower headband tu pun dapat dari cerita tu lah! 



Aktiviti malam tu, macam biasalah kalau nama party of courselah ada barbeque section, makan-makan, games, lucky draw, performance dan photobooth. Bergembira sakan kami semua. Tak habis-habis amik gambar! Macam-macam aksi keluar. Photobooth malam tu ditaja oleh 123Cheese! 

Kinohimitsu sediakan 4 booth untuk kiteorang serang. Ada lucky draw booth, booth redeem hadiah, booth untuk try minuman kesihatan mereka & lagi satu booth untuk sweet cupcakes mereka. Memang ternyata, malam tu semua orang bertenaga. Sebab Kinohimitsu drink bukan sekadar mencantikkan kulit tapi turut memberi tenaga. 




Malam tu jugak, kumpulan aku yang terdiri daripada butterflies kepochi + havoc antaranya : kak sabby, kak lily putih, kak liza menang untuk games. Alaa game mudah je. Masukkan air guna span, towel etc. ke dalam balang. Sapa cepat dia menang. Walaupun nampak mudah, tapi susah ye uolls nak mengumpul air. Sebab kau kena lari dalam 30m macam tu berulang alik. Lagipun, kawasan licin. Sangat berhati-hati. Tapi kiteorang pakai strategi. Kak Lily kumpul air yang tumpah tepi-tepi balang, yang lain lari gilir-gilir. Semput gua! Nasib baik menang!


kat belakang tu group kiteorang tengah bergumbira menang game.
kak sabby ni ape hal? menang pun menangis? terharu lettew!

Sebenarnya games tadi tu semua adalah simulation untuk menunjukkan bagaimana KINOHIMITSU Drink berfungsi dalam badan kita semua. Kita makan sehari-hari, adakah semua nutrisi diserap dengan betul. Atau adakah ianya sekadar pembaziran semata-mata? Sebab tulah, Kinohimitsu berperanan membantu untuk clearkan usus kita daripada bahan-bahan tercemar dan memudahkan nutrisi pemakanan diserap


pergh. konfiden je muka masing-masing bila dengar talk!
fokus muka cik lily putih
model untuk Kinohimitsu
Kinohimitsu Drink ni bukan sekadar sesuai untuk perempuan, lelaki pun boleh guna sama. Ye lah, sekarang ni kecantikan...lelaki perempuan kena jaga. Lagi-lagi kesihatan dan kecantikan dalaman. Itu paling penting. 

Bukan sekadar minum kat situ je, dalam goodie bag kami semua, dibekalkan dengan sekotak Kinohimitsu J'pan Collagen Diamond 5300 dan sekotak Kinohimitsu Bio Booster. Untuk hadiah menang game tadi pulak, setiap ahli kumpulan dapat 5 botol Kinohimitsu J'pan Stem Cell Drink! Yeay!!!! Dah cakap dah kalau pergi event Butterflies Project ni memang semua tak balik tangan kosong!




Jom aku introduce sikit pasal minuman Kinohimitsu ni. :)


1. KINOHIMITSU J'PAN BEAUTY DRINK COLLAGEN 






2. KINOHIMITSU BIO BOOSTER 

Yang ini produk terbaru. Dan ianya dilancarkan sewaktu LUAU PARTY ni lah. Sangat berbangga bila aku menjadi antara yang terawal untuk mencuba Kinohimitsu Bio Booster ni. 


Packed with advanced probiotics, prebiotics, vitamins and the good bacteria (Bifidobacterium longum), the formula restores healthy gut flora to improve the digestive system. It works by further breaking down semi-digested and undigested food to enable cells in the body to naturally absorb and derive the nourishing substances. 

---sumber : blog Oh Fishee---


3. KINOHIMITSU J'PAN STEM CELL




Memang tak dinafikan lah, Kinohimitsu drink memberikan banyak manfaat untuk kecantikan dan paling penting kesihatan. Minuman collagen mereka, bio-booster & stem-cell drink sampai sekarang aku gunakan. Ambil pagi satu, nak tidur satu. So far Alhamdulillah. Rasa badan bertenaga. Nak kata cantik tu... hmmmm....cantik dalaman lagi penting! 

Malam tu untuk aku sangat-sangat happy. Jumpa kawan-kawan Butterflies, chit-chatting, games, have fun dan segala macam keseronokan. ;)




Untuk korang yang berminat & nak cuba KINOHIMITSU DRINK ni, boleh usha info dulu :


Website :

FB :


Terakhir sekali, terima kasih banyak-banyak pada semua penaja & organizer. Terutama sekali, of course lah Butterfly Project Malaysia! 


Facebook Butterfly Project Malaysia :

Facebook 123Cheese :

Facebook Vila Manja Spa : 




#Warning : Exotic tu tak refer pada apa pun...no 18SX ok. Paling-paling Edazz je menari Hawaii! kihikihkih. So it is porn-free! ;)




7 comments:

  1. Kenape gambo aku tak semengah yang ko amikk!!! Hahahahahhahahahjajaj

    ReplyDelete
  2. Muka confident dengar talk? Apsal muka akak mcm nak tido je? hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha naniieeee kenapa gambar akak macam tu??? Hahahaha

    ReplyDelete
  4. kreatifnya awak. cantik skirt rumput tu. hehe

    ReplyDelete
  5. hiak hiak hiak.... Cik Lily kena stalked by Inannie hahhahaha!!! EH MANA MUKA AKU & ILLY JADI MC pertama kali!!!!!!!!!!!!!! nak nanggis ni...

    ReplyDelete
  6. seronoknya Nanie! mana tak seronok kalau di jemput join party macam ni kan.Dapat pengalaman,jumpe kengkawan dan yang penting kesihatan dan kecantikan tu :)

    ReplyDelete
  7. Good sharing, Kinohimitsu Collagen Drink is no ordinary collagen drink. It comes with 5,300mg of Collagen Peptide specially designed for mature skin to restore youthfulness, resilience and radiance. For detail review visit:
    http://kidbuxblog.com/the-one-and-only-beauty-drink-you-ever-need/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork