Wednesday, December 25, 2013

My Akiyo Story : Aksesori Pelengkap Gaya Manis Si Gadis!

Assalamualaikum semua

Salah satu ciri untuk menigkatkan GIRLISH STYLE dalam diri aku adalah dengan barang kemas. Secara jujur aku bukanlah peminat barang kemas. Memang dari kecik lagi, bila mak ayah belikan barang kemas, aku paling susah nak lekat. Kau tahulah aku kan jenis sensitif skin, so kalau pakai barang kemas, tak kena gaya memang allergic jawabnya. 


Bila dijemput oleh The Butterfly Malaysia untuk AKIYO JEWELLERY Project, aku betul-betul teruja. Yelah, bila dah besar ni tengok orang pakai barang kemas... nampak macam comel je! So teringin nak ada satu. Awal-awal aku dah plan, memang nak try sejauh mana AKIYO JEWELRY ni bersesuaian dengan orang kulit sensitif macam aku


Bersempena Krismas ni, AKIYO JEWELLERY meraikan peminat dan pelanggan mereka dengan pelbagai set barang kemas yang menarik, cantik dan up-to-date. Untuk yang belum tahu, AKIYO JEWELLERY turut menjual set mutiara clear water yang memang bermutu tinggi. Terdapat 3 pilihan warna iaitu white pearl, pink rose dan champagne. Masing-masing memang buat aku geram lah!






Satu perkara yang menariknya mengenai mutiara dari AKIYO JEWELLERY ni, setiap set dipadankan dengan satu 'charm' yang comel dan mempunyai pelbagai design dan gaya. Harga untuk setiap charm jugak memang berpatutan iaitu bermula dari RM 75 - RM 189. Banyak pilihan, cute-cute semuanya!



Bagi anda yang mungkin sukakan kelainan, AKIYO JEWELLERY tetap memberi pilihan kepada anda. Selain daripada mutiara, di sini juga terjual bracelet Sterling Silver 925. Sterling Silver 925 ini bermaksud sebanyak 92.5 peratus material silver digunakan dalam barang kemas ni manakala 7.5 peratus adalah bahan lain. Kelebihan silver 925 ini adalah dari segi ketahanan materialnya juga kehebatannya dalam melambatkan proses kusam iaitu apabila besi didedahkan kepada open air. 



Pada hari tersebut, kesemua Butterfly Teams diberikan hadiah paling best oleh AKIYO JEWELLERY iaitu seutas Bracelet Sterling Silver 925 bersama satu charm pilihan. Alahai sweetnya! Terima kasih AKIYO!!!

Mandy, Founder of Akiyo Jewellery


Malahan lagi sweetnya, kami semua diberi peluang untuk memilih satu charm yang comel sebagai hiasan bracelet kami.  


Ada 3 pilihan yang diberikan iaitu Eiffel Tower, Gift Box dan Snowflake. Kalau nak diikut kesemuanya cantik, semuanya aku nak. Tapi mana boleh tamak kan. Akhirnya aku telah memilih snowflake charm. 


KENAPA SNOWFLAKE? 

A snowflake is either a single ice crystal or an aggregation of ice crystal that falls through the Earth's Atmosphere. Snowflakes form in a wide variety of intricate shapes leading to a famous expression that "no two are alike". 

Disebabkan itu, aku memilih Snowflake untuk melengkapkan Akiyo Story aku. Snowflake cukup melambangkan bahawa aku adalah aku dan tidak ada yang lain. Strong personality yang ada dalam diri aku menjadi satu kekuatan buat diri aku menjalani apa saje dalam hidup ni. Malahan shape snowflakes yang selalu digambarkan sebagai 'sejuk' menandakan aku adalah seorang yang disenangi ramai dan mudah bergaul dengan orang. Jadi memang tepatlah pemilihan Snowflakes Charm untuk AKIYO STORY aku! 


Apa lagi masing-masing bila dapat bracelet sorang satu terus lah melawa. Cuba pakai kat situ jugak. Oh, korang janganlah risau kalau bracelet terlalu besar atau terlalu kecik. Pembelian di AKIYO JEWELLERY menyediakan servis untuk menyesuaikan saiz bracelet dengan pergelangan tangan anda. Ini penting ni. Lagi-lagi kalau macam aku yang tangan besar kan. Perlu lah ada bracelet yang saiz selesa untuk aku. Dan semua servis tu Free! 


Lagi satu kan, dah lebih kurang seminggu lebih aku gunakan barang kemas dari AKIYO JEWELLERY ni, Alhamdulillah sehingga sekarang takde allergic di tangan. So, bila selesa macam ni, tak memudaratkan aku, haruslah aku recommend AKIYO JEWELLERY pada korang yang mengalami allergic skin macam aku. So, lepas ni kita pun boleh ber-aksesori jugak! 


Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada Mandy dan AKIYO JEWELLERY. Pengalaman dan hadiah yang diberikan sangat-sangat menarik dan menggembirakan hati. Kalau ada rezeki, aku nak tambah charm lagi. Kasi padat sikit ke.


Buat korang yang nak jugak memiliki seutas bracelet mahupun barangan kemas dari AKIYO JEWELLERY, ada beberapa outlet AKIYO JEWELLERY di sekitar Lembah Klang. Lokasi AKIYO JEWELLERY adalah seperti dibawah : 

FAHRENHEIT 88
Parkamaya, 3rd Floor
Bukit Bintang

DAMANSARA UPTOWN PJ
NO 24M, (1st Floor)
Jalan SS21/39
Damansara Uptown PJ

Gardens (Robinsons)
     

 Maklumat lanjut, hubungi AKIYO di laman web dan FB mereka :






4 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork