Thursday, December 5, 2013

Perempuan Yang Cepat Perasan Atau Lelaki Yang Lebih Melayan?

Assalamualaikum semua

Kalau dalam satu-satu perhubungan, memang susah sebenarnya untuk kita meneka mana letaknya status sebenar. Kadang, kita rasa si lelaki memang dah bagi hint sepenuhnya... tapi takde declaration. Perempuan jadi seperti syok sendiri atau terlebih feeling.

Yang lelaki pun satu hal... kalau rasa tak sure sama ada si perempuan tu pilihan terbaik atau tidak, jangan lah diberi layanan 'special'. Janganlah di 'caring' seperti kekasih, janganlah diberi kasih sayang dan harapan. Perempuan cepat rasa benda tu semua. Hati perempuan kan lembut.

Aku akui, tak dinafikan MEMANG PEREMPUAN CEPAT PERASAN. Memang kami dilahirkan punya hati yang sensitif dan cepat merasai sebarang perubahan, hint, green light dan petunjuk dari kaum berlainan. Malahan, lagi dasyat...kami dianugerahkan instinct. Ala-ala sixth sense gitu. Walaupun kaum Adam cuba menyembunyi, kami bijak meneka orangnya.


Pada hemat aku, ini semua anugerah. Perempuan dianugerahkan naluri dan sixth sense yang kuat sebab kami lemah. Kadang-kadang tanpa sedar kami jadi mangsa. Mangsa perasaan kepada kaum Adam. Kami rasa seperti kami ni dah punya tempat di hati mereka, tapi at last rupanya si dia takde perasaan sebegitu. Apa ingat kami ni barang mainan? Apa ingat kami ni takde perasaan? 

Kamu menatang kami macam minyak yang penuh, memberi perhatian dan kasih sayang yang kami dapat rasakan melimpah ruah, melindungi kami, mencemburui kami bila berada dengan kawan lelaki lain, dan kami rasa sangat special di mata kamu...tapi kenapa akhirnya kamu kata takde perasaan? Habis apa semua tu? Suka-suka? Kejam kamu ni!

Bila ditanya, adakah dengan semua kawan perempuan kamu layan begitu, jawapannya tidak. Tidakkah itu cukup membuktikan kami special di sisi anda? 

Itulah lelaki...

Sukar ditafsir. Apa yang jelas dimata kami, belum tentu tepat di mata mereka. Apa yang kami rasa, belum tentu mereka rasa. Apa yang kami harapkan, mungkin hanya sekadar permainan buat mereka.

Pada sang lelaki, andai kamu belum bersedia, usah bermain dengan api. Inikan pula bermain dengan jiwa. Jiwa itu fragile bentuknya. Sekali retak, belum tentu boleh dicantum picisannya. Sekali terluka, belum tentu mudah dirawat parutnya. Jadi hati-hati lah ye. Kalau suka kata suka, tidak kami ternanti-nanti.... heheheh...

Semoga kita semua ditemukan dengan si dia yang tahu menghargai perasaan kita! :)




P/s: tiada kaitan dengan diri sendiri....sekadar peringatan bersama...

12 comments:

  1. Onie sokongggggggg...pompuan hatinya lembut... selalu gak syok sendiri :P

    ReplyDelete
  2. tp sis tak pernah perasan pun kwn sis minat kt sis masa blaja2 dulu.sis layan sume org sama.flat je.org tu bagi bantal smile besar baru sis tau, tu pun kwn pompuan sis yg ckp.huahua.manalah aku tau.kuang-kuang.kira hati ku hati batu la ea? =P

    ReplyDelete
  3. perempuan mudah rasa disayangi kan :)

    http://archereverdeen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat.. sebab tu kita sebagai orang perempuan sekurang-kurangnya letak satu border apabila nak berkawan dengan lelaki, anggap je apa yg dituturkan sekadar dia caring dgn kita sebagai seorang kawan.. kalau da sampai tahap dia berani jumpa family kita dan bawa kita pi jumpa family dia, haa time tu baru boleh mula nak feeling2 sikit.. hihii

    ReplyDelete
  5. ehehehehehehe alaa tengok contoh Shila Amzah dgn Johan Ashaari tu je.
    Shila agak kuat perasan. Johan bagi harapan. Habis cerita. Dua dua sama je hahahahaha

    tapi girl always do that hehehehe :]
    berangan, perasan, gedik hahahahah padahal boy tu takbuat pape pon lol

    ReplyDelete
  6. Yeah true.. There were guys out there yg mcm tu. Kita perempuan, lagi fragile and sensitive. Haihhh teringat zaman dulu2.. Hahaha tp kan, kadang2 pun bole jadi terbalik, maybe perempuan tu layan baik semua lelaki (as friend) tapi ada lelaki yg terperasab jugak kan.. :D

    ReplyDelete
  7. lelaki akan berterus terang kalau dia betul² serius kan. :)

    ReplyDelete
  8. setuju dgn tajuk artikel ni. sebenarnya mmg lelaki akan layan lebih sbb memang lelaki ni jenis melayan. bila dah terlebih, si perempuan pun akan bertambah perasan. nak lebih jelas, elok tanya terus. silap haribulan, 2 2 melepas.

    ReplyDelete
  9. Ish..tulakn...susahla terlebih emotional nie...being a woman is complicated, always in deep thought..laki plak kdg2 terlalu lurus dn telus...

    ReplyDelete
  10. Saya jenis yang tak kisah@takde perasaan. Dan memang malas nak layan perasaan macam nih. Kita buat biasa2 jer :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork