Thursday, December 12, 2013

Review Facialroom Beauty Center, Danau Impian

Assalamualaikum semua

Beberapa minggu lepas, Facialroom Beauty Center telah menjemput aku untuk merasai sendiri nikmatnya facial mereka. Wah, bak kata orang tu pucuk dicita ulam mendatang. Sapa tak nak kan? Facial ni pun ibarat terapi untuk aku dalam hilangkan stress. 

Apa yang menariknya, Facialroom Beauty Center ni pada aku ialah lokasinya. Yes, lokasinya terletak di shop lot condominium. Biasanya kan, kalau shop lot condo ni mestilah kita jumpa kedai, gym, dobi ke kan...tapi kelainannya pada Facialroom Beauty Center ni ia berada dekat pada kawasan residence. Mudahlah kan. Tak payah drive jauh-jauh masuk shopping complex ke apa untuk buat facial. 





Bukan tu je, seperkara lagi yang best adalah Facialroom Beauty Center juga berdekatan dengan kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak & swimming pool. Menurut Nana, ada customernya yang datang dengan keluarga. Jadi, selain daripada ibunya buat facial, ayah dan anak boleh swimming & main-main kat taman. Bagus kan? Tak lah si suami & anak bosan menunggu. 



Mula-mula bila sampai, Nana terangkan dekat aku apa servis yang ditawarkan di facialroom miliknya. Telah lama berkecimpung dalam bidang kecantikan, menyebabkan Nana mengambil langkah berani untuk memulakan perniagaan sendiri. Antara servis yang ditawarkan adalah : 


Bagi aku, untuk facial salah satu perkara paling penting adalah penggunaan skincare yang digunakan. Itu memang asas utama. Ye lah, sebagai pelanggan kita kena tahu produk apa yang digunakan. Adakah ianya selamat untuk kita dan lebih details, kita kena tahu bahan-bahan kandungannya. 

Untuk Facialroom Beauty Center, Nana menggunakan produk daripada Paula's Choice. Untuk pengetahuan korang, Paula's Choice skincare and cosmetic memang telah lama terkenal secara meluas di Eropah, Asia dan banyak lagi negara. Ia adalah disebabkan penggunaan bahan semulajadi dan kajian mendalam Paula terhadap setiap bahan yang digunakan. Disebabkan oleh itulah Nana percaya dan yakin dengan Paula's Choice product. 






Sebelum mulakan treatment, aku kena isi satu form untuk tahu jenis kulit dan sensitiviti kulit aku. Dan kemudian barulah rawatan dijalankan. 


Untuk aku, rawatan yang diberikan adalah Hydration Facial. Rawatan selama 80 minit betul-betul syok. Rasa macam princess pulak bila Nana urut-urut lembut pipi aku ni ha. Menurut Nana, kulit muka aku bukan jenis yang sensitif dan mengalami masalah yang teruk. Cuma biasalah, dengan pencemaran yang banyak dan rutin harian yang sibuk, takde masa ni haa nak menyental muka. Hehehe. 


Selain daripada keselesaan, semasa rawatan, Nana juga mainkan lagu-lagu yang sangat menenangkan. Aduhai, memang aku tidur lah masa rawatan tu. Syok dan selesa sangat-sangat. 


Selepas rawatan, to be honest memang muka aku rasa segar, bersih dan fresh. Haih, facial ni memang syok lah kan. Semua produk yang Nana gunakan buat muka aku rasa bertenaga semula. Selain daripada urutan dan terapi stim yang Nana berikan. 80 minit tu macam tak cukup pulak rasanya. Sebab syok sangat kan? heheheh ;)




Jadi pada korang yang nak dapatkan khidmat facial yang menyegarkan, apa kata cuba dengan Facialroon Beauty Centre. Insya Allah kepuasan yang tak terhingga yang korang dapat. :) 

Oh, sebelum terlupa...kalau korang nak datang dan buat facial, disarankan buat appointment dulu ok. Maklumat lanjut semua boleh ke FB di bawah ni :

Facialroom Beauty Center 

Contact Person for appointment:
Nana : 012-363 2702

Operation Hours :
Start  11am

Email :
facialroombeautycenter@gmail.com

FB: 

Alamat: 
Danau Impian Condo,
Taman Danau Desa.
(near Mid Valley City)


4 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork