Wednesday, December 25, 2013

The Butterfly Project & YADAH : My Beauty Resolutions for 2014

Assalamualaikum semua


Haish makin hari makin ramai ni yang join The Butterfly Project X Yadah 2014 Beauty Resolutions Event. Tak boleh jadi ni. Dahlah Yadah is one of my favourite brand. Kang tak pasal tak sempat pulak nak join. Sebab hanya 50 tempat yang disediakan. So, sapa nak join baik cepat buat entry!


LET ME INTRODUCE WHO IS YADAH & YOM YOM

Yadah!!! My birthday is on 4th May!!! 


YADAH merupakan salah satu favourite brands aku. Selain daripada packaging yang comel tu kan, YADAH menjadi kegemaran sebab formulasi bahannya adalah daripada Nature Based. Kau kan tahu aku adalah sebahagian dari Sekretariat Alam Sekitar UM, jadi aku sangat menyokong produk-produk yang berasaskan alam semulajadi ni. Bebas dari bahan kimia dan seterusnya selamat untuk digunakan!




Jadi bersempena tahun 2014 yang akan datang ni, YADAH telah berkolaborasi dengan The Butterfly Project Malaysia untuk bersama-sama meraikan tahun baru dan seterusnya merealisasikan impian kecantikan kita semua. Yahooo!!! 




1. NAK LEBIH MINUM SUSU & JUS BUAH



Sapa yang tak suka jus? Untuk 2014, aku harap dapat jadikan minum jus & susu sebagai rutin harian. Jus buahan segar memang banyak khasiatnya. Bukan sekadar untuk membersihkan saluran pemakanan dan penghadaman, malahan vitamin buah-buahan memberikan kecantikan dalaman yang memang terbaik. Sama macam susu. Khasiat kalsium dalam susu membantu untuk menguatkan tulang. Maklumlah usia dah semakin bertambah!



2. LEBIH BANYAK BERJALAN KAKI


Yang ini dari awal tahun ni aku dah mulakan. Cuma biasalah benda belum jadi rutin, kadang banyak excuse. Tapi, seriously aku dah nampak hasilnya. Dengan hanya berjalan kaki, period cycle aku kembali normal. Alhamdulillah! Biasanya aku berjalan kaki dengan cara gunakan public transport. Mana yang tahu, setiap kali aku ke event, memang aku akan guna public transport. Melainkan yang jauh-jauh lah. Dengan public transport, elemen berjalan kaki menjadi kebiasaan! 


3. CUBA UNTUK TIDUR LEBIH AWAL


Walaupun aku tahu target yang ini agak susah untuk aku capai, tapi takpe... aku tetap berusaha. Diletakkan dalam priority nombor 3, aku akan cuba biasakan dan amalkan tidur pada jam 12.00 malam. Tidur yang cukup dan berkualiti memberi pulangan kesihatan yang sangat bagus. 



4. BANYAKKAN MAKAN SAYUR HIJAU

Bukanlah kata aku tak makan sayur. Tidak! Aku sekarang ni memilih untuk makan sayur. Aku prefer makan sayur putih compara to sayur hijau. Walaupun aku tahu sayur hijau sangat banyak khasiatnya. Sebab aku tak suka rasa pahit tu. Cuma certain sayur hijau je yang aku makan seperti bayam, kangkung dan kubis. Most of green vegetables memang tak makan. So, for 2014 aku nak pelbagaikan lagi senarai sayur hijau aku supaya dapat khasiat dan nutrisi seimbang!



5. KURANGKAN PENGGUNAAN GADGET UNTUK WAKTU LAMA


Resolusi ini berkait rapat dengan nombor 3. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk kurangkan penggunaan gadget dalam masa yang lama. Efeknya pada mata aku lah. Power spectacles aku sekarang semakin naik. I'm really worried. Jadi, aku nak cuba untuk tidur awal dan jangan main handphone sebelum tidur!



JOIN US! 

Walaupun hanya 5 Beauty Resolution aku untuk tahun 2014, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi dan menjadikan ia sebagai realiti. Insya-Allah kata orang tu kalau kita kuat dan yakin dengan diri sendiri, kecantikan itu akan muncul. Ye lah, macam yang aku selalu cakap, CONFIDENCE IS A PART OF BEAUTY! 


Jadi, apa BEAUTY RESOLUTION anda untuk tahun 2014? Kongsikan dengan pembaca & joinlah event  YADAH X THE BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA. Seronok tau! Rugi sangat kalau tak join!


Maklumat lanjut mengenai event - 

FB THE BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA:




4 comments:

  1. wah..bestnye.. ambilkan untuk saya satuuu.hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnye kalau dapat join..rebut peluang yang ada..all the best nanie untuk next year..banyak project nanie sekarang kan :)

    ReplyDelete
  3. gambar jus buah tu cantik sangat lah!!! dan yesh kurang kan pengunaaan gadget!!

    ReplyDelete
  4. jelesss ko dah dapat invitation dulu....tak per k lily bersabar ekkk

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork