Friday, December 20, 2013

Top 5 Pilihan Untuk Holiday Collection dari Benefit Cosmetics

Assalamualaikum semua

First sekali, aku nak tanya ada tak mana-mana perempuan tak meroyan bila nampak barang make-up penuh satu meja macam bawah ni? 


Walaupun skill make up aku masih lagi di tahap katak bawah tempurung, tapi bila nampak meja penuh dengan barang make up automatik je mata aku bling-bling-bling! Terus tangan gatal nak cuba itu ini. Well...perempuan kan? 

Dijemput untuk menghadiri Beauty Bash with Benefit minggu lepas betul-betul buat aku excited super duper! Kau bukan tak tau, Benefit ni memang dah lama menjadi MOST FAVOURITE MAKE-UP BRAND untuk aku. Walaupun secara jujur aku belum pernah ada satu barang mereka dalam koleksi. Yang menarik minat aku pada Benefit Cosmetic ni mestilah tak lain tak bukan sebab packagingnya yang vintage dan super cute! 


Untuk kali ni, Benefit mengetengahkan tema HOLIDAY bersempena dengan sambutan hari Krismas tak lama lagi. Bila dah bertemakan Holiday, secara basicnya mestilah solekan yang ceria, simple tapi tetap menawan & anggun menjadi pilihan!


Kat atas ni merupakan set untuk Holiday Collection. Complete. Semua dengan warna-warna yang terang, memukau, ceria tapi tetap anggun diketengahkan dalam koleksi kali ni. Antara beberapa set kegemaran aku untuk koleksi Holiday ini adalah :


1. PRIMPING WITH THE STARS (RM 120)

  1. Stay Don't Stray - primer for concealer & eyeshadow 
  2. the POREfessional - Pore balm to minimize the pore size
  3. some kind-a gorgeous - foundation 
  4. benetint - rose lip & cheek tint
  5. girls meets pearls - liquid pearl for face
  6. they're real - mascara 


2. LOVE AT FIRST SHINE (RM 110)


Untuk mereka yang suka kumpul lip gloss, inilah masanya. Boleh dapat kesemua flavour & colour dalam satu kotak. Semuanya nampak natural & shining! 


3. LITTLE LOVE POTIONS (RM140)

Ini pada aku memang double berbaloi-baloi. Dalam satu kotak, dengan hanya RM 140 korang boleh dapat 10 item yang semuanya memang best!  Walaupun item tersebut bersaiz mini, tapi pada aku untuk first timer memang sesuai.  Dalam set ni terdapat :
  1. LE Mini POREfessional
  2. LE It's Potent Eye Cream
  3. LE High Beam
  4. LE Posietint
  5. LE Stay Don't Stray
  6. LE Watt's Up 
  7. LE BADgal Lash
  8. LE That Gal
  9. LE Hoola
  10. LE Ultra Plush Lip Gloss in Hoola


4. Crescent Row Limited Edition Set (RM 140) 



Untuk penggemar perfume macam aku, mana mungkin lengkap pilihan Top 5 aku tanpa ada set perfume. Yes babe, semua bau dia memang extremely sweet. Long lasting & sangat berpatutan ye harganya. C'mon grab it now. I have one! :)


5. LUV IT UP! (RM 95)



Ini jugak tak kurang menarik minat aku. Dalam set ni korang akan dapat 3 eyeshadow dengan warna-warna nude & natural. Satu Dandelion Ultra Plush Mini Lip Gloss & satu creaseless mini cream eye shadow. 


Pada aku kesemua set Holiday dari Benefit ni sangat berbaloi. Kalau korang nak compare harga selain waktu promotion macam ni memang tak dapat lah kan. Kesemua produk mereka memang awesomely cute + vintage look. 



So, untuk entry akan datang aku akan share apa aktiviti 20 Butterflies yang dijemput untuk Beauty Bash with Benefit minggu lepas ok! Tunggu tau sebab memang best gila. Best sebab dapat main-main make up! Dengar cerita ada transformation ni...

Tunggu ok! 




5 comments:

  1. wow, naik bulu roma tgok.. suka tgok desain vintage die tu..

    ReplyDelete
  2. Peh, rm140 mekap baik belanja aku kentaki weh

    ReplyDelete
  3. wow..bestnya kalau dapat..memang meroyanlah tengok

    ReplyDelete
  4. Besttt...nanti ada rezeki lebih boleh beli ni..
    Hehee

    ReplyDelete
  5. Dear..brapa ml perfume tu eh??mcm best jek

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork