Thursday, January 31, 2013

What Makes Me Confident: Pt.7 [Terima Kasih Sang Penginspirasi]

As Salam semua

Eh sejak domain dot my dah elok ni, makin galak pulak aku mengupdate blog kan. Kangen katanya. Rindu gilos kat Blog Coklateyes ni. Mana taknya, korang boleh tengok beberapa hari lepas aku meroyan jugak lah bila mana domain buat hal. Alhamdulillah kini semuanya dah ok. Syukur sangat-sangat. Tu yang kemaruk nak update blog ni. :) heheheh. 


Dan dalam ke-meroyan-an itu, setelah penantian, Alhamdulillah hari ni sekali lagi ada berita gembira. Di akhir Januari 2013, follower Blog Coklateyes telah bertambah kepada 3000 orang. Terharu sekejap. Sob-sob-sob. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi follow blog picisan ini. To be honest, it is not something to proud off. It just a compliment from others to this blog. Itu yang aku rasa. 



Again, sebagaimana yang aku dah kata kat facebook dan fanpage Blog Coklateyes : 

Its not about being famous or being followed by others,
Its about how you inspired them by BE YOURSELF.

Peh keluar terus best quotes aku! Hahaahha. Sekali sekala apa salahnya. Sebab korang semua kan sumber inspirasi aku. Tu yang aku keluar terus inspiration quotes tu. :) Eh, kenapa tak caya ke korang menjadi sumber inspirasi aku? Tak caya macam mana readers boleh menginpirasi penulis?

Baiklah, anda tahu tak bahawa setiap dari kita ni punya semangat tersendiri. Bila aku menulis, aku selalu membayangkan yang korang semua sedang khusyuk mendengar apa yang aku cakapkan. Ia monolog dalaman. Monolog yang susah aku gambarkan. Tapi percayalah, setiap satu perkataan yang aku taip ianya satu persatu keluar dari hati dan minda aku. Mulut aku tak perlu kumat-kamit. Tapi tangan aku lancar menaip apa yang aku bisikkan dalam hati. Sebab tu bila aku gembira, Insya-Allah perasaan gembira jugak yang korang rasa bila membaca entry tersebut. Dan perasaan gembira tu akan dapat aku rasai dan menyebabkan aku lagi nak-nak-nak update blog. Macam tu jugak sebaliknya. Ramai jugak kawan-kawan yang secara peribadi mengenali aku, bila dorang baca blog aku... dorang dapat rasa dan bayangkan seoalah-olah aku sedang cakap depan dorang. Dorang siap tahu intonasi, gaya dan mimik muka aku lagi! Dasyat dorang tu!!! Hahahaha.... 

Entah, aku tak tahu itu hukum apa. Mungkin hukum aura. Tapi yakinlah bahawa kita semua terhubung antara satu dengan satu. Biarpun kita tak kenal, tak pernah bersua tapi yakinlah semangat itu tersalur dalam setiap penulisan aku. Dan moga yang baik-baik juga yang korang perolehi dari Blog Coklateyes ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjadi sang penginspirasi! :)


Oh, lupa nak bagitau... sekarang aku di Kluang. Hometown yang juga menjana banyak inspirasi aku. Mengajar aku untuk hidup dan kehidupan. Aku sayang Kluang ni. Tak berapa besar, dan tak berapa kecik. Mungkin di mata orang ianya biasa-biasa je, tapi di mata aku, Kluang ini nyawa aku. Sebab mak ayah aku ada kat sini...





p/s: Love you more and more, fellas!






Hardcore Environmentalist

As Salam semua

Bercakap pasal alam sekitar, aku sangat berkobar-kobar. Dekat instagram profile pun aku mengaku yang aku hardcore environmentalist. Walaupun masih lagi tak layak sebenarnya untuk menggelar diri sebegitu, tapi seriusly aku sangat-sangat suka eco-green semua ni. 



Semalam, hati aku sakit sangat bila tengok berita tentang kematian 10 ekor gajah di Kota Kinabalu. Ya Allah, 10 ekor terus diracun. Kalau aku dapat orang tu, aku suruh gajah pijak dia. Tak de otak betul lah sampai nak beracun-racun ni. Apa motifnya? Gajah tu kacau kau ke? Paling sedih bila tengok ada anak gajah yang baru beberapa bulan dan masih menyusu sedang belai mak dia yang dah mati. Kesiannya dia! 




Moga orang yang buat perkara jahat ni dapat segera ditangkap dan dibalas kejahatannya. Takde hati perut langsung. Binatang!!! Penguatkuasaan pun kena diperketat. Sebab aku wondering, kan ni hutan simpan macam mana strangers boleh masuk sesuka hati. Ehmmmm??? 

Next, semalam koordinator UM Cares, Dr. Zeeda Fatimah Mohamad publish satu artikel. Tak sangka pulak, dia letakkan gambar aku dan kakak-kakak kesayangan sedang berkebun di UM Crops. Malu aku. Mana taknya, satu Asia gambar tu dipublish. Ecececeh. Bajet famous sekejap lah kan. :)

KLIK LINK untuk baca artikel 
Projek ni sebenarnya dah lama jugak aku join. Lebih kurang sebulan dua yang lepas. UM Crops adalah satu projek kebun organik yang mana diusahakan oleh Abang Lan yang diimport khas dari Tanjung Kupang, Johor yang mana dulu dia seorang nelayan dan sekarang dah jadi staff UM Cares. Semua tanaman di UM Crops ni menggunakan baja kompos yang diproses sendiri oleh Abang Lan. Kami geng UM Cares yang lain akan bergilir-gilir jaga kebun ni. 


bangga sekejap. Ni abang Lan yang buat.
nama anak rabbit ni Ateen. Hahaha. Abang Lan saje bubuh nama dia gitu. In honour of me katanya! Hahaha :)
Thanks Abang Lan & Kak Ina
Tapi kepala wabbit ni teleng tau. Sebab mak dia. Entah buat apa. Vet kata sampai besar maybe dia gitu. Sian!







UM Cares memang banyak bagi aku pendedahan tentang alam sekitar. Dan benda ni lagi menyebabkan aku peka dengan semua isu alam sekitar. Oh, dah banyak jugak aku post pasal UM Cares dalam BCE ni. Kalau nak baca, boleh search di bahagian reception sidebar blog ok! :)

Jangan lupa untuk jaga alam sekitar! 




p/s: Tak susah sebenarnya nak jaga alam sekitar. Asalkan kita peka! 





Domain [dot my] Kembali Pulih. Alhamdulillah!

As Salam semua

Minggu ni sangat-sangat menguji emosi dan psikologi aku. Mood turun naik tak menentu. Menyelesaikan segala permasalah yang berkaitan dengan domain. Sungguh aku rasa bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesukaran yang korang semua hadapi. Mana taknya, domain tu semua kan hadiah dari aku. Aku rasa sedih sangat lah kalau hadiah yang diberikan tu tak menggembirakan hati korang semua. Malahan menyedihkan dan menyusahkan. Sebab tu, dengan apa cara sekalipun memang aku akan cuba bertanggungjawab sepenuhnya. 

Kalau aku di tempat korang pun, memang aku akan hilang kepercayaan kepada pihak Asiahost. Tapi, aku mengambil kata-kata dari Blog Paly. Kita kena positif. Mesti ada sebab sesuatu tu terjadi. Tak kan lah saje-saje je sesuatu pihak nak buat kita macam ni. Dan aku yakin ianya memang demi kebaikan blog kita semua. Cuma kita ni yang tak sabar. Termasuklah aku. Meroyan lebih. Semuanya sebab apa? Sebab keinginan kita tak dipenuhi, padahal orang tu dah bagi percuma dah segala servis dan domain ni kan selama setahun. Haisssh buruk perangai aku. Tak sabar punya pasal. Buat keputusan pun meluru kan

Jadi, setelah selesai masalah domain yang dihadapi... pihak Asiahost menghubungi aku dan menjelaskan beberapa perkara kepada aku. And I'm fight for our rights too. Alhamdulillah, beberapa persetujuan telah dibuat. 




Dan ini pula MUNGKIN akan diberikan oleh pihak Asiahost kepada kita semua. Insya Allah. Aku akan re-confirmkan semula ye. 


Manakala ini adalah antara sebab utama mengapa DNS perlu ditukar dan ternyata ia adalah untuk kebaikan blog kita semua juga. Moga usaha murni dan nilai kesabaran kita semua dibalas benda yang baik hendaknya.  :)



Takpelah ini semua pengajaran buat diri aku sendiri. Alhamdulillah hari ni semua masalah yang dihadapi pengguna domain dot my telah diselesaikan. Semua kembali pada normal. Melainkan mereka yang tukar domain kepada blogspot semula, anda semua jangan risau. Domain dot my anda boleh guna semula kerana termanya adalah Percuma Selama Setahun kan... cuma kena tukar setting saje di bahagian dashboard. Kalau tak yakin atau susah, hantar support ticket di laman web Asiahost dan minta mereka buatkan. 

Oh, pihak Asiahost juga menjamin bahawa perkara sebegini tak akan berlaku lagi. Dan aku jugak berharap agar dorang mengotakan kata-kata dorang. Mungkin ada sesetengah perkara boleh diperbaiki lagi servisnya. Takpelah kita beri peluang pada mereka. Memandangkan program ini lebih kepada semangat untuk membanteras jenayah siber di Malaysia, makanya aku kembali menggunakan domain dot my ini. 

Walaupun keyakinan tu memang payah dikembalikan, tapi peluang kedua sentiasa ada dan boleh diberikan. Inilah cabaran dalam dunia blog agaknya. Tak semua benda senang kan. Pasti ada pasang surutnya. 

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada semua pihak yang masih meyakini Blog Coklateyes dan menyokong sepenuhnya. Terima kasih sangat-sangat ye. Semangat aku semua ada pada korang. 




p/s: pilihan di tangan anda, aku hanya membantu. Harap maafkan aku atas kesukaran yang dihadapi :)



Wednesday, January 30, 2013

Mencari Calon Suami

As Salam semua

Kalau korang semua ada bela kucing atau tahu hal dan selok belok kucing, korang mesti dapat perasan sesuatu. Bila musim je bulan mengambang, itulah musim kucing nak mengawan. Yes. Musim miang gatal gila. Kalau di tengok memang lah rasa, alahai geli lah kau ni. Tapi nak buat macam mana. Itulah haiwan. Lumrah kehidupan. 

kecik je lagi Glory ni. Gatal lebih. Tapi bukan ikut tuan dia ye :)
Ni, Glory aku ni... tak habis-habis mengiau buat suara sampai lima enam suara memujuk rayu si jantan yang ada kat luar untuk mintak dinodai. Hahaha. *ayat aku pun tak boleh blah. Kalau tengok gayanya, macam tak tahan benar lah si Glory ni. Aku pun perasan, dua tiga ekor jugak kucing jantan lalu lalang area kawasan rumah. Usha Glory lah tu. Kesian. Memang kesian. Bukan aku sengaja halang hubungan mereka. Bersebab. 


depan aku posing cenggini wei. Desperado Glory
Menurut vet, kucing betina yang dibawah usia setahun tak digalakkan untuk bunting. Risiko keguguran sangat-sangat tinggi akibat masih tak reti untuk menjaga anak dan kandungannya. Malahan keguguran ni akan mengancam nyawa kucing kita tu sendiri. Kalau ada yang terfikir untuk 'kasi' kucing ni, bagi kucing betina dia mestilah berusia lebih setahun dan pembedahan dilakukan 2 minggu selepas melahirkan anak. *itu vet yang cakap lah. 

Bila musim dia sampai, aku tak berani nak belai-belai and manja-manja dengan dia. Lain macam dia punya getar tu. Hahaha. Memang lawak. Kesian pun ada. Tapi tengoklah, Insya-Allah dalam masa terdekat ni, aku cari pasangan yang sesuai buat Glory and "mating" kan mereka. So, secara tak langsung aku sedang mencari calon suami. Calon suami buat Glory. Bukan buat aku. Aku masih single. Mihmihmih. *gelak sopan takut mak metua pengsan kalau gelak macam pontianak




p/s: any tips yang korang tahu untuk handle masalah ni selain mating kan dia?









Tuesday, January 29, 2013

Permohonan Maaf Terbuka Dari Blog Coklateyes

As Salam semua

Mungkin ramai yang tahu, kesukaran yang dihadapi. Aku sendiri dalam dilema. Ini je yang mampu aku katakan.



Dan Alhamdulillah, ramai yang memberi respon positif dan memahami perasaan aku. Terima kasih banyak-banyak.





Tulus ikhlas, aku memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang telah dilalui. Aku sendiri tak menyangka pekara ni berlaku. Aku harap, korang semua masih tetap menyokong Blog Coklateyes dan masih lagi memberi kepercayaan kepada aku. :)

Aku mohon sangat korang maafkan aku ye. Dan mulai sekarang, aku menggunakan url ini :




Cuma buat masa ini, bila korang google coklateyes, dia akan keluar url dot my lagi lah. Aku dalam proses untuk resolve dan redirect dot my ke dot com.  Ini semua dugaan agaknya. Takpelah. Pengalaman dalam berbloging kan. Disaat UV sedang memuncak, disaat follower mencecah 3k, ini semua cabarannya. Takpe. Lepas ni, aku akan lebih hati-hati dan aku akan kembalikan kegemilangan BCE. Insya-Allah. Dengan adanya korang semua, aku kuat.... 

sekian, terima kasih.


p/s: Rindunya kat blog....



Sunday, January 27, 2013

Penyelesaian Untuk Domain [dot my] Yang Bermasalah

As Salam semua



Dunia blog kecoh dari pagi tadi. Aku pun huru hara sekejap. Domain dot my ada masalah. Semua blog yang menggunakan domain dot my tak dapat bukak. Haissh cuak aku ingat hilang ke apa ke kan... Aku cepat-cepat contact Asiahost Admin mintak bantuan.

Rupa-rupanya, pihak Asiahost sedang UPGRADE DNS domain. Ini semua untuk melajukan speed setiap blog akibat DNS yang semakin berat. Jadi ini jawapan Asiahost.


Greeting to All our Customer,

We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4


Saturday, January 26, 2013




Untuk membantu pengguna blog semua, ada diberikan tutorial bersama. Boleh tengok dan ikut setiap langkah. 





Jadi sebagai pengguna domain kita kena doakan sama-sama moga segala urusan dipermudah dan dipercepat. Mohon supaya berjaya dan blog kita semua dapat active seperti biasa. Aku jugak bagi pihak Asiahost memohon ampun dan maaf atas kesulitan yang dihadapi. Aku rasa bersalah sangat. Tapi apa nak buat kan, semuanya demi kebaikan blog :)




Saturday, January 26, 2013

Bella NTV7 Official Correspondent : Ep. 4 [#TeamMarli]

As Salam semua

Ingat lagi tak pada Melle??

Tak ingat???  Sapa tak ingat, boleh rujuk LINK INI. Kenal Melle dulu. Cantik uolls! :)


Sapa yang ingat bagus! Ini update terkini Bella Official Correspondent Episod 4. Vote #TeamMarli ok! Jangan lupa. Undian bermula Februari ni. Eh, tak sabar pulak nak tunggu Bella Award Mac ni kan??? Mesti seronok. Mana tahu, Melle boleh bagi ticket free. Mana tahu korang pun berpeluang dapat pergi sama dengan Melle? Tak pun dengan aku ke? #EH! :)



Pada Melle, 
All the best girls! Insya Allah your dream will come true soon and we as your supporters wish you good luck and keep up the spirit girl!!! Love you. 




p/s: Ada yang kata, macam pernah nampak Melle sebelum ni tapi di mana ya?? Cuba korang usha blog Kak Hamis Jalikha sekejap.... eheheheheh....


Friday, January 25, 2013

Review :The Face Shop Product & Recommended Nose Strip To Remove Whitehead

As Salam semua

Aku baru perasan ada orang tanya benda ni kat aku. Dah lama kot. Alahai siannya awak. Maafkan saya awak :) Baiklah, entry ini adalah sekadar satu perkongsian. Yang baik kena diberitahu orang. Moga mendapat manfaat. 


Masa aku ke The Face Shop tempoh hari, as usual tak ada barang spesifik yang aku nak beli. Usha-usha je. Tapi tu lah kan, promoter. Kuasa mereka memang hebat. Aku termakan pujuk rayu kata-kata manisnya. Ohoi. Duit menipis. *padahal tak tebal mana pun*



See. Girls. Always being girls. Yeay. Beauty product again. Walaupun aku tak tahu, jangan haraplah nak flawless macam k-pop ke hape bagai kan. Tapi, usaha itu penting. Cantik untuk diri sendiri kan. 

1. MILD PAPAYA PEELING [Harga: RM 39.90 ---- on promotion---]

Produk ni aku suka sebab dia membuang sel-sel kulit mati di muka kita. Apply kat muka je terus akan rasa kulit-kulit mati kita keluar. Bau papaya nya sangat fresh dan akan rasa sejuk lepas guna. Otomatik rasa muka lebih gebu gitu kan. 

2. MAKE COLOUR PAINT Lovely me:ex Orange [ Harga : RM 15.90] 

Yang ini aku belum try lagi sampai sekarang. Aku suka colour ni sebab dia earth tone dan tak terlalu menonjol untuk orang yang berkulit tak terlalu cerah macam aku ni. Another point, aku suka sebab dia takde glimmer. Kalau ada glimmer for daily usage rasa macam over pulak. Before this, eye shadow aku pakai Elianto. Tapi orang Elianto kat Kluang Mall tu kerek nak mati. Terbantut aku nak beli. Menyampah ada lah! Huh!

3. WHITE MUD NOSE PACK [ Harga : RM 9.90----on promotion----]

Produk ni pulak, aku beli sebab dia PWP. Kiranya harga yang aku beli tu atas sebab belian melebihi RM 50 kan. So far aku pakai White Mud ni agak bagus jugak. Tapi aku prefer produk ini untuk mereka yang white headnya dalam kadar biasa. Tak melimpah ruah macam atas hidung aku ni. Ini sebabnya, bila kita peel-off white mud ni, dia tak berapa nak ada kuasa tarikan. Jadi, yang akan terkeluar hanyalah white/black head yang muda-muda. Yang masak ranum, hmmm kukuh aje duduk situ. 


Tapi beb, don't worry. Aku ada satu produk bagus punya yang memang highly recommended untuk melawan white/black head. Serius. Aku suka sangat produk ni. 




4. CETTUA SILKY & CLEAR NOSE STRIP [Harga: RM 8.++ (beli kat Watson ajeee)] 

Produk ni sangat berkesan sebab white head yang dah masak ranum dapa ditarik keluar dengan steadynya. Aku dah pakai almost 2 weeks lah. So far memang performance dia hebat. Tak dinafikan. Sebab aku ni whitehead dekat kawasan hidung memang diakui banyak. 


See. Geli kan. Geli kan. Maaf lah korang. Bukan saje nak buat korang kembang tekak. Ini nak tunjuk testomoni ni. Maaf ye. Tapi sekali lagi, produk ni memang berkesan. Murah dan bagus. Maklumlah kadang-kadang tak semua benda murah tu tak elok kan???




p/s: Nanti aku update facial wash kegemaran pulak ye. 



Liyana Jasmay vs Saiful Nang : "Duit Bukan Boleh Beli Hormat"

As Salam semua

Copy paste dari FB Saiful Nang. Penjelasan dan pengajaran. Duit bukan segalanya. Belum kahwin dah kerek! Hmm tengok kan je lah...




Respon saya : Betul ke makcik? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik?
Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula?
Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BiPop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah Facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menghubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.
Walaubagaimanapun, beliau menyatakan tentang sesi pra perkahwinan dan saya jawab yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari penggambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call-time pada jam 9.00 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1.00 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana ‘overslept’. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Penggambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan penggambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambil gambar mengikut ‘flow’ dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya.
Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di Facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam). Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mahu cacatkan prinsip saya sendiri).
Sehingga habis penggambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang.
Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak eksklusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment).
Kami minta kepada BH menerusi wartawan mereka untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, Liyana, kakak Lliyana, Izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSKLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat dan BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari & Scha al-Yahya dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta.
Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi,
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawab kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya.”
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan,
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian penggambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ‘ridiculous’, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan wartawan BH yang berjaya memporakperanda hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai.
HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSKLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum penggambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang wartawan hiburan BH itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta nombor telefon dari Izuan pun tak dapat. Macam mana masalah kecil macam ini boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ini bukan artis glamor, kalau saya bersuara pun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS.
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.
SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com



P/s: Kat sini bukan pasal isu pegang-pegang. Tapi ia lebih kepada isu hormat, displin, prinsip dan hak! 




Gangguan Seksual : Pengalaman Sendiri

As Salam semua

Ada orang bagi pendapat katanya aku dah lama tak tulis perihal isu semasa. Hehehe... Terima kasih buat semua yang prihatin dan sudi memberi cadangan terbaik untuk BCE. Again, jangan risau... aku tak makan orang. Aku makan nasi. Jadi, jangan rasa takut-takut mahupun segan silu untuk memberi idea, komen dan cadangan. Oh, nak share cerita pun boleh. Email aku ada di sidebar. Kalau nak aku promote barang korang pun boleh jugak. ;) Bantu-membantu Insya Allah. 

Baiklah, since pembaca blog aku ramai tergolong dalam kaum wanita, jadi aku nak kita sama-sama peka dengan satu isu yang bukan mudah untuk dihandle sebenarnya. Gangguan Seksual. Jangan lah terus nak geli-geli pulak. Bukak minda dan anggap ini satu perkara ilmiah. Okeh. Abang-abang nak baca pun boleh. Sebab kita ada mak, kakak, adik perempuan, girlfriend, isteri mahupun kawan perempuan kan? 

Ladies, 

Mula-mula kita kena tahu, apa itu ganggual seksual (GS). 

Gangguan seksual adalah suatu  keadaan yang tidak boleh diterima,  baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual,  pernyataan yang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah  atau melemahkan situasi suasana kerjanya.

Beberapa perkataan aku high-light kan dimana perkataan itu lah yang penting. Sebabnya, kadang-kadang kita tak tahu pun diri kita sedang diganggu atau dicabul secara seksual. Atau kita tak sedar, sama ada ianya satu gurauan ataupun gangguan

Pengalaman peribadi.

First, aku memang malu untuk cerita ni pada orang lain. Apatah lagi di dalam blog sendiri. Tapi memandangkan ini adalah satu perkongsian, aku perlu ketengahkan. Aku tahu kat luar sana ramai antara kita yang pernah atau mungkin sedang diganggu secara seksual tapi kita tak sedar. Aku sendiri masa kena gangguan seksual ni, aku tak tahu pun itu adalah satu bentuk gangguan. 

Terjadi sekitar aku 17 tahun. Tingkatan 5. Masa tu, kat sekolah. Aku dalam bilik salah seorang guru lelaki yang agak rapat dengan aku. Sebagai anak murid, aku horma dia dan anggap gurauan dia hanya sebagai seorang anak-ayah. Tapi satu hari tu, aku dengan kawan aku stay di bilik dia untuk satu urusan menyiapkan projek. Jadi, botol gam terjatuh dan gamnya melimpah keluar. Tiba-tiba cikgu tu datang pada kami dan angkat botol gam tu (dengan keadaan gam yang meleleh keluar) dan cakap pada kami :

"Cuba awak jilat sikit gam yang meleleh ni. Mesti sedap!" 

Kau rasa apa reaksi aku ketika tu? Umur 17 beb!!! Aku budak baik beb. Tak explore benda-benda apa ni semua.  Aku dengan kawan aku cuma tersentak dan terdiam. Takut pun ada sebab kami dalam bilik cikgu tu berdua. Dan keadaan bilik cikgu tu di hujung bangunan. Tapi, sikit apa pun kami tak rasa itu satu gangguan seksual. Cuma kami pelik dan tergamam. Dan kami tak tahu pun itu adalah satu bentuk gangguan. 


By time, aku dah masuk universiti semua ni aku baru sedar yang itu adalah gangguan seksual. Terus cepat-cepat aku beritahu ayah aku... ayah aku tersentak jugaklah since dia kenal cikgu tu kan. Dia marah aku sebab kenapa tak bagitahu masa kejadian tu. Aku cakap, aku sendiri tak tahu itu menjurus kepada gangguan seksual. Noob gila aku kan??

Jadi, ini beberapa jenis gangguan seksual. Dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: 

1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan,  usikan bunyi  dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. (kes aku masuk sini)

2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan,  menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan. 

3.  Gangguan Visual:                                                                                                          
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

4. Gangguan Psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. 

5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual


Apa yang perlu kita buat jika kita mengalami sebarang bentuk gangguan seksual macam ni? 

1. Membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang anda alami.  Catat dengan teliti identiti pelaku, tempat kejadian, waktu, saksi, bahan bukti seperti sms yang ditujukan kepada anda oleh pelaku serta perincian ucapan-ucapan pelaku. 

2. Beritahu pada orang lain tentang gangguan seksual yang anda alami. Ceritakan kepada rakan, atasan, atau siapa saja yang anda percayai dan mahu mengerti perasaan anda. 

3. Memberi pelajaran kepada pelaku.  Apabila anda sanggup melakukannya katakan kepada pelaku bahawa tindakannya tidak dapat anda terima.  Anda dapat melakukannya dengan ucapan verbal dengan kata-kata, melalui telefon atau surat.  Ajak seorang rakan untuk menjadi saksi. 

4. Melaporkan gangguan seksual tersebut, kerana gangguan seksual melanggari undang-undang. Laporkan kepada seminima bilangan orang yang mungkin agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan sipelaku



Dan ini pulak adalah cadangan aku :

1. Berani dan tegas

Dalam apa cara, kau kena berani dan tegas untuk bersuara. Kau jangan respon dan biarkan dia berulang.  Kau kena stick dalam kepala, kalau dibiarkan ia akan melarat. *melainkan kau pun jenis melayan lah kan* 

2. Jangan sakitkan hati

Menegur jugak ada caranya. Kau jangan menolak dengan cara menyakitkan hati. Kau tegas, tapi berhemah. Kau jangan tinggikan suara cuma nada suara kena tegas. Sekiranya dia marah atau melawan, kau kena segera cuba larikan diri dari tempat kejadian. 

3. Jangan malu @ takut

Keramaian dari kita merasa malu dan takut untuk melaporkan kepada pihak sepatutnya tentang hal ini. Kau kena bertindak awal. Ini semua untuk elakkan ia melarat dan perkara tak diingini berlaku. Selain tu, kalau kau takut... kau kena gunakan seseorang yang dia hormat atau takut untuk menegur perlakuan dia secara baik. 

4. Jaga adab pakaian dan personaliti diri

Ada jugak sesetengah dari kita mengalami gangguan seksual kerana dirinya sendiri yang 'offer' pada pengacau tu. Mana taknya, ada depan dia kau pergi pakai baju nampak lurah. Yang ada dok main pintal-pintal rambut sambil gigit pensel depan dia. Tu semua mengundang tahu. Kalau aku jadi dia pun aku ganggu seksual dia. So, adab dan personaliti diri itu jugak boleh membantu elakkan diri dari gangguan seksual. 


Jadi, apa juga keadaan kita kena berani bersuara. Jangan pendam sorang-sorang takut melarat. Nauzubillah kan.... moga perkongsian ini bermanfaat. 




p/s: Gangguan seksual bukan semata-mata pada perempuan seksi... 














Thursday, January 24, 2013

Mukjizat Nabi Muhammad SAW

As Salam semua

Selawat atas Nabi Muhammad SAW. Tadi dengar 30 Minit Ustaz Don menceritakan Muhammad sebagai seorang manusia yang sungguh luar biasa. Ustaz Don cakap, Rasul kita adalah cahaya kerana salah satu keistimewaan baginda, baginda adalah manusia yang tidak punya bayang-bayang. Dan Ustaz Don ceritakan sebahagian mukjizat Nabi. Apa kata kita amik tahu sebahagian daripada mukjizat Rasulullah SAW bersempena dengan Maulid Rasul esok. 


1. Keluarnya air dari jari jemari baginda yang mana mampu untuk memberi minum kepada 
100 000 orang. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

2. Israk Mikraj yang hanya berlaku dalam satu malam. 

3. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya

4. Dapat melihat dalam kegelapan. 

5. Peluh baginda berbau harum dan jika baginda bersalam dengan seseorang akan berbekas bau harus selama beberapa hari. 

6. Tubuh Nabi mengeluarkan petir ketika hendak dibunuh oleh Syaibah Bin Uthsman ketika Perang Hunain.

7. Menghentikan gempa yang terjadi di Mekkah dan Madinah dengan cara menghentakkan kakinya dan memerintahkan gunung supaya bertenang. 

8. Menurunkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau di Madinah 

9. Batang pohon kurma meratap apabila Rasul tidak menggunakannya lagi untuk berkhutbah

10. Mimbar menangis apabila mendengar bacaan Al-Quran Rasulullah

11. Secara tiba-tiba ada sarang labah-labah, dua ekor burung yang sedang mengeramkan telur dan cabang-cabang pohon yang terkulai menutupi mulut gua di Gunung Thur, sewaktu Muhammad dan Abu Bakar bersembunyi dari kejaran orang Quraisy.

12. Menyembuhkan betis Ibnu al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun

13. Menghidupkan anak perempuan yang telah mati lama dikuburannya

14. Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Hira

15.Menyembuhkan penyakit kusta istri Mu'adz bin Afra' dengan tongkatnya


Ini cuma sebahagian mukjizat baginda, dan mukjizat kekal dan terbesar buat Muhammad SAW adalah Al-Quran yang mana ia mampu merentas zaman sehingga hari kiamat. Ya Allah betapa beruntungnya kita punya Rasul sehebat Muhammad. Dan sehingga ke hembusan nafas terakhir baginda, baginda masih mengingat kita, Ummati...Ummati...Ummati....

Kita???

Wallahualam. 




p/s: Selawat padanya Muhammad SAW. 

Tuesday, January 22, 2013

Sejauh Mana Orang Malaysia Suka Benda Lucah?

As Salam semua

Aku tak tahu lah sama ada rakyat Malaysia ni memang suka benda lucah atau otak kuning sebenarnya. Tapi yang aku pasti, rakyat Malaysia sangat sensitif dengan isu-isu berkaitan dengan daya seksual. Dan bagi aku, aku sangat-sangat benci dengan mana-mana syarikat yang menggunakan seksualisme sebagai marketing strategy mereka! Idea kotor!!! Sumpah aku menyampah. 





Dekat tv, bersepah-sepah iklan kotor macam ni. Kau ingat tak malu ke? Tengah duduk-duduk dengan family, keluar iklan 'menggoda' macam ni. Apa kau fikir semua rakyat Malaysia suka dengan produk berteraskan sensual erotik ni? Kenapa tak laku ke produk kalau guna cara biasa? Maksud aku, ambil dari aspek kesihatan. Bukan dari aspek seks semata-mata. Banyak lagi cara. Cuma kau perlu kreatif dan positif. Aku memang menyampah gila tengok iklan bodoh macam ni. Macam takde idea. Yang model pun sama. Tak malu apa??? Kita ni orang Melayu. Orang Islam. Ada agama dan ada adat. Matlamat tak pernah menghalalkan cara!!! 


Oh, mungkin ada yang kata aku ni budak hingusan. Tahu apa hal ehwal dalam kain? Itu semua bagus untuk kebahagiaan rumah tangga. Memang aku tak nafikan, kepuasan seks itu pengikat suami isteri. Tapi Islam tak pernah suruh suami isteri mempamerkan kemesraan di khalayak ramai secara berlebih-lebihan. Malahan Islam menganjurkan setiap pasangan untuk menjaga maruah dan aib pasangan masing-masing. Sekali lagi adab dan adat menjadi soalan. Dimana letaknya ia? 


Maaflah aku katakan, kalau aku sebagai pengguna.. aku tak terpikat langsung dengan produk macam ni biarpun aku mengalami masalah yang diiklankan tu. Malahan aku geli nak guna. Lebih baik cari produk yang mengetengahkan isu kesihatan secara betul dan positif. Aku perasan, syarikat D'Herbs Sdn. Bhd ni dan beberapa lagi syarikat tempatan *malunya lahai...syarikat orang kita buat gini...* tak habis-habis keluarkan iklan yang kontroversi. Dulu isu HINA KEJADIAN ALLAH. Cuba lah korang baca! Mesti korang setuju dengan point-point aku kat situ. 



p/s: Apa pendapat korang? Setuju tak dengan aku? 






Blogger Cantik Iras Tasha Shilla : Hanida Moss

As Salam semua

Dua hari lepas aku free. Lama pulak rasanya tak berseni. Jari jemari tiba-tiba rajin. Terus design. #ecewah design tu! Macam lah hebat sangat? 


Header ni aku buatkan untuk Hanida Moss. Seorang blogger hot yang bukan sedarah sedaging dengan Kate Moss tapi ada iras-iras Tasha Shila. Serius beb! :) 



Bila Moss dapat header ni aku hadiahkan, bukan kepalang gembiranya dia. Aku pun gembira sama sebab tengok dia gembira kan. Terus dia nak belanja aku red velvet + movie sebab dalam entry aku yang dulu-dulu, aku cakap aku tak pernah makan red velvet lagi. Haissh baik hati sungguh you, Moss! Dah alang-alang, aku terus suggest kat Moss untuk tukar background blog dia. Bagi cun lagi. Memang pandai Moss pilih design. Comel gilos blog dia sekarang! 

Again, I'm really happy dapat menggembirakan hati orang lain. Walaupun tak banyak dan tak seberapa yang aku buat, tapi appreciation yang diberikan buat aku rasa happy bukan kepalang. Eh ramai pulak yang puji header aku bagi kat Moss ni. Hehehehe. Terima kasih semua :) Actually aku buatkan dia dua header... satu lagi aku tak nak reveal dulu since Moss cakap dia nak keep it as secret dulu.So, kalau nak tahu lagi satu header yang aku buatkan cemana, cubalah korang datang blog Moss. Simple tapi best! Btw, dia masih baru. Tapi sekejap je peminat dah ramai. Tasha Shilla punya klon kot! Kihkihkih. 




p/s: Bila ikhlas, insya-Allah semua berkat.




Pulau Krabi : Crystal Island

As Salam semua

Mimpi mainan tidur. Itu kita semua tahu. Tapi kadang-kadang ada mimpi yang buatkan kita tak nak bangun dari tidur. Sebab mimpi tu terlalu indah. Mimpikan sesuatu yang kita inginkan. Dan kita sering kecewa bila terjaga... sebab kita nak mimpi tu jadi realiti. Hakikatnya. Dan malam tadi, aku bermimpi ke Krabi....ohhhhh.... pulau yang James Bond pernah berlakon kat situ tu... tapi aku tak sure pulak Bond mana. Kihkihkih. Kawan aku pernah pergi sana dan dia kata memang sangat awesome Krabi Island. Dia memang natural clear crystal water. Kalau tak caya cuba korang tengok video KLIK SINI









Aduhai... tiba-tiba aku dengar bunyi ombak. Aku rasa sejuknya air laut yang jernih ni... dan betapa nyaman dan hijaunya Krabi!!! Fuh.Fuh!! Tapi rasanya Malaysia pun ada pantai cantik macam ni kan? Aku dengar Pulau Mabul, Sabah dan Tanjung Rhu, Langkawi pun hebat jugak kan? Ada sapa pernah sampai sana? Yelah, kata orang hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.... jimat kos sikit!




p/s: Kenapa air lau Malaysia tak sejernih air laut tempat lain???





Monday, January 21, 2013

Sehangat Asmara : Kisah Cinta Zainal Arief & Kamilia Najwa

As Salam semua



Tadi tengok first episod Sehangat Asmara. Cuti-cuti ni lah baru berpeluang tengok tv puas-puas. Oh, tak banyak nak cakap, tapi rasa sangat-sangat-sangat melting dengan Zainal Arief. Oh, kenapa ye awak kacak sangat? Sumpah. Suka sangat Zainal Arief. Lagi-lagi dalam tu dia adalah seorang lawyer kan!



Aku suka betul dengan Adi Putra ni. Bukan apa, first mestilah pasal kredibiliti dia dalam bidang lakonan. Dia boleh bawak apa je watak. Dari gangster, kepada lelaki dambaan wanita. Peh. Bukan senang tu. Semua watak dia memang menusuk lah kata orang. Kalau tak, tak kan trending "memey ah!" tu kan...  Great job! Rita Rudaini pun sama. Dahlah cantik, comel dan pandai berlakon. Memang gabungan yang hebat. Sesuai dengan watak Kamilia Najwa yang dia pikul untuk Sehangat Asmara. 


Oh, mesti korang nak tahu sinopsis serba sedikit pasal cerita Sehangat Asmara ni kan? Ye lah, cerita ni kan pengganti Adam & Hawa. Penulis novel nya pun sama, Aisya Sofea. Mesti hebat jugak cerita ni. Tambah lagi, ada lagu OST 'Ratuku' dari Awie dan Adira. Lagi lah mantap. Aku suka gila kot lagu tu! Ratapan naluri....lalalaalala.....haaa ni sinopsis cerita Sehangat Asmara, aku copy paste dari Blog Tentang Aku


SINOPSIS SEHANGAT ASMARA

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.



Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.


Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.


9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.



Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.



Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.



Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.



Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.



Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.



Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.



Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...



Penulis : Aisya Sofea

Terbitan : Alaf 21

Point : 5/5






p/s: Mak aku dah mula hafal dah waktu siaran cerita ni... hehehehehe 





 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork