Thursday, February 28, 2013

MSMW 2013 : Menang Ipad Mini

As Salam semua

Sorry. Bukan aku yang menang pun! Hehehe


Nak ucap tahniah pada Bro Framestone atas kejayaan beliau merangkul Ipad Mini untuk Lucky Draw. Memang bertuah. Gigih aku menekan button tweet, tapi memang rezeki bro kan and I believe he deserved it! :) Tahniah bro! 


Hari kedua MSMW 2013 Summit memang awesome. Penat memang penat. Tapi info dan ilmu yang diperoleh memang terbaik. Bila fikir-fikir dan kenal sesama blogger lain serata dunia, mak oiii banyak lagi benda yang aku belum ada. Tapi takpe lah, kata orang we gain it from knowledge and experience kan.

Insya-Allah aku akan kongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku peroleh kat sana. Yang penting, kita kena jadi someone walau apa pun yang kita lakukan. Itu kata-kata Bro Framestone. Memang mendalam makna ayat tu kan.


Ni penat sangat, nanti aku update ye! Sebelum berpisah, aku tinggalkan korang dengan sekeping gambar yang buat aku happy tidur malam senyum sampai telinga. 








p/s: Blog banyak bagi aku inspirasi! 





MSMW 2013 : Fenomena Social Media

As Salam semua



Hari ni masuk hari kedua Malaysia Social Media Week (MSMW2013) Summit yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Insya-Allah kalau takde apa-apa hari ni join. Disebelah malamnya pulak Award's Night yang mana KZ Nabihah antara salah seorang pemenangnya. Tahniah! 



Semalam masa hari pertama nampak ramai jugak blogger hebat-hebat. Ada Bro Framestone yang jugak blogger rasmi MSMW2013, ada Denai Hati, Kak Kujie, Kak Ashadin dan ramai lagi. Oh tak lupa, Norfa pun ada sama. Dia lah yang bagi aku invitation ni. Kebetulan kami sama-sama dari UM so senanglah nak pergi balik sekali. 


MSMW2013 ni ada banyak session sebenarnya. Setiap session memang memberikan info dan ilmu yang sangat berguna dalam arena social media. Panel yang dijemput pulak semuanya bukan calang-calang. Worldwide pulak tu! Memang syok sangat dapat pergi MSMW2013 ni. Kalau tahun lepas cuma dapat pergi Award Night je kan. Tahun ni, pergi summit pulak. 

MSMW2013 jugak dirasmikan oleh PM kita semalam. Masa nak balik tu PM lalu dan sempat jugak dia hulurkan tangan dekat aku. Moment jugak bila PM salam kita kan. Pemimpin negara, kita perlu hormat. Dan sangat beruntung sebab dalam jadual yang padat beliau sanggup luangkan masa dengan para blogger. 


So untuk hari ni agenda nya melibatkan panel-panel selebriti popular tanah air macam Dato Dr. Fazley, Sazzy Falak dan beberapa nama besar dalam social media Malaysia. Tapi hari ni habis awal sikit. Sebelah malamnya Awards Night pulak. Nanti aku update lagi ye! 




p/s: Tahniah semua blogger yang menang!




Tuesday, February 26, 2013

Cashout Akhirnya!

As Salam semua

Entah macam mana, hari ni aku beranikan diri klik Cash Out. Letih pulak tunggu bila tak ada yang lekat. (Belum Ada Yang Lekat). Mula-mula tu plan nak capai target dulu sampai jejak empat angka. Tapi tak sanggup pulak rasanya nak menahan nafsu shopping dan makan-makan. So, pejam mata terus je nekad klik button Cash Out tu! 

Jadi sekarang ni semuanya bermula dengan zero. Kosong. Kosong. Kosong! Kata Najwa Latip. Tapi kau jangan harap lah, hari ni cash out esok lusa sampai cek tu kat rumah. No. No. Kena bagi mereka 30 hari sekurang-kurangnya untuk proses. So, doakanlah semuanya lancar ye!


So takpelah. Mulakan menabung semula. Insya-Allah ada rezeki, semua akan jadi ok. Semua akan bertambah. Asalkan niat baik dan tulis perkara bermanfaat. Eh, lupa. Aku tak boleh menabung sorang-sorang. Apa kata korang bantu aku sekali. Klik lah mana-mana yang patut. Mungkin lagi cepat aku dapat pecah tabung next time. Hehehe! 


Rajin-rajin lah eh lepak kat BCE ni. 





p/s: Syukur usaha berblog tidak sia-sia. Ringan sikit beban duit poket sendiri. 


Monday, February 25, 2013

90 Blog Kesayangan

As Salam semua

Sepatutnya dah 3 hari dah aku update. Tapi ligan aku melayan kenduri kahwin, terus tak berupdate blog aku. Heheheh.  So, Alhamdulillah Segmen Blog Kesayangan yang aku anjurkan dah tamat. Seramai 90 blog telah pun aku update dan letak di page Blog Kesayangan. 


Insya Allah malam ni sambil kemas-kemas barang nak berangkat pulang, aku jenguk lah satu per satu blog peserta. Seronok bila tengok blog orang. Satu-satu older post aku baca. Macam-macam cerita, macam-macam gambar. 

Terima kasih daun keladi aku ucapkan pada semua yang join! Jangan lupa jalan-jalan dekat blog kawan-kawan lain jugak tau. Baru meriah! Aku ada perasan sorang peserta ni, selalu singgah blog kawan-kawan lain jugak. Rajin dia drop komen dan follow blog peserta Blog Kesayangan tu. Haa macam tu lah baru best kan. Saling berkunjungan! Ukhuwah dirapatkan!


Terima kasih semua! JOM JALAN-JALAN KAT 90 BLOG KESAYANGAN AKU!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>BLOG KESAYANGAN<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

p/s: Mana-mana blog yang dah join tapi aku terlepas pandang, boleh drop komen ok! 


Sunday, February 24, 2013

Pengantin Sekali Lagi

As Salam semua

Tajuk bukan bermakna pengantin menjadi pengantin kali kedua. Tapi aku lah, cerita pengantin lagi dalam blog. Harap jangan jemu. Seronok apa tengok pengantin kan! 

24. Usia ideal untuk berkahwin. Itu tekaan aku dan kawan-kawan. Sebabnya sampai bulan 4 ni, boleh dikatakan sepanjang awal dan akhir bulan ada je kawan-kawan yang dah melangkah ke satu lagi alam. Alam perkahwinan. Alahai, bila tengok masing-masing manis comel atas pelamin, terasa syahdu. Mana taknya, dulu sama-sama gendong buku menapak tingkat empat bangunan sekolah, sama-sama salin baju masam-masam peluh lepas kelas pendidikan jasmani, and sekarang dah jadi bini orang. Oh! How time flies! :) 

Alhamdulillah, berkesempatan hadir majlis kenduri kahwin salah seorang kawan masa di STK dulu. Oh, lupa seorang guru dan seorang pencetus kontroversi. Hahahah. Mana tak kontroversinya, cuba kau baca entry aku yang ini (Cerita Kahwin). Huru hara panic attack aku! Tak lupa, seorang blogger jugak. Eheheh! Mari tengok blog Cikgu Mai

Sebelum apa-apa layan gambar dulu lah eh! 

semua single. eh tak jugak. aku dan adik pegang like tu je yang diyakini masih single. hahaha. lain dah ada orang cop!
jom kapel adik! :) *pedofil sungguh aku*
Tak ramai, sikit semua happy sebab dah bertahun tak jumpa kan!
Ini Adilla. Masa kat STK dulu selalu manja-manja dengan dia. Comel jugak. Sama macam saya. Eh! Tak. Dia lagi comel. :)

OOTD : Scarf by The Hijab Clique ; Dress Qasriena by KZ Nabihah ; Long Skirt by Scarlet Plus
*hahaha tibe cite fesyen kan! 
Doorgift untuk tetamu. Semua DIY dengarnya. Comel! 
Pada aku, bila pergi wedding kawan-kawan ni memang syok. Sebabnya bukan sekadar kau boleh melawa-lawa tahap gadis ayu, malahan boleh jugak dikategorikan sebagai satu mini gathering untuk bertemu kembali kawan-kawan zaman persekolahan. Walaupun masing-masing kini nampaknya sudah ada partner tersendiri, eh tapi takpe. Kegilaan tu tetap sama. Alaa partner pun sama-sama kawan sekolah rupanya. Macam pengantin ni, yang suaminya tu senior aku jugak masa kat High School. And isterinya sebaya aku. Alhamdulillah, kiranya lucky I'm in love with my best friend lah ni! :) Sebab tu lah meriah semacam. Riuh kecoh balai dan pelamin bila kiteorang menyerbu. 


Dan sebagai penutup, apa kata buat kebaikan sikit kat tuan blog. Boleh? Hahaha. Doakan je lah yang caption dalam gambar lepas ni menjadi realiti dengan segera. Amin! :)


Kepada Cikgu Mai dan suami, semoga dimurahkan rezeki, diberikan keberkatan dalam berumah tangga dan semoga menjadi pasangan yang diredhai Allah sampai bila-bila. Moga cepat-cepat dapat baby dan boleh lah jadi ayah dan ibu mithali! 




p/s: Ayah aku dah dua tiga minggu sebut pasal buat kenduri kahwin. Gulp! 







Friday, February 22, 2013

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

As Salam semua

Peringatan : Ini sticky post sehingga 22-2-2013. Entry terkini di bahagian bawah. 


Aku selalu mengalami masalah untuk blogwalk sebabnya dashboard blogspot selalu tak keluar news feed korang. Aku pun tak tahu apa silapnya. Kadang tu, lepas habis pusing semua blog di bloglist aku, aku tumpang bloglist orang untuk aku jenguk-jenguk blog orang lain. Leceh jugak dashboard baru blogspot ni kan. Selalu tak contact dengan news feed blog. Jadi disebabkan itu, aku bercadang nak buat PAGE BLOG LIST aku sendiri. Page nya pun aku dah siapkan sebagaimana tab-page atas tu. Kenapa page? Supaya lebih ramai yang dapat aku bubuh di situ dan memudahkan aku untuk blogwalk ke blog korang. Juga bersempena dengan meningkatnya follower Blog Coklateyes (BCE) kepada tiga ribu orang. Alhamdulillah! :) Tak lupa, ini juga sedikit sebanyak membantu kita kenal sesama blogger. 

Jadi, aku menjemput lah mana-mana blogger... tak kira baru atau lama... dah kenal atau belum... lelaki atau perempuan untuk sama-sama join segmen yang aku lancarkan hari ni. Boleh? 


Segmen ini tak lama sangat lah aku running. Bermula hari ni 1 Februari 2013(Jumaat) sehingga 22 Februari 2013(Jumaat). Insya Allah dari semasa ke semasa aku akan update page tu. Dalam masa 3 minggu tu, berapa ramai yang join, itulah yang aku letak kat page tu. Takde limited. Makin banyak, makin bagus. Makin galak aku blogwalk. Makin mesra lah kita semua kan. 

Oh, caranya macam mana??? Ada kat bawah ni. 



Jadi, besarlah harapan aku agar segmen yang tak seberapa ni mendapat sokongan para blogger. Insya-Allah tak akan mengecewakan. Heheheh. Mana tahu, aku ada rezeki lebih tiba-tiba terpilih pulak korang sorang dua untuk dapat hadiah ke kan? Heheheh :) 

Apa tunggu lagi. Jom Join Segmen Blog Kesayangan

Bloggers, 
Masih ingat tak korang pada kawan aku Marlisa yang sedang mengejar impian menjadi Bella NTV7 Official Correspondent yang bakal berlangsung tak lama lagi? Jadi, boleh tak korang bantu Melle, untuk merealitikan impiannya. Caranya mudah saje!!!

dan VOTE #TeamMARLI!!!

Marlisa kata : Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi vote dia! :)
Ingat setiap hari 4 vote diperlukan. 1 February-14 Febuary je tau!!! 

Oh, sebelum terlupa. Hari tu ada yang tanya nak follow twiter dan instagram aku. Hahaha. Ok, twitter aku mengaku aku noob sikit tau. Instagram, aku pro lah jugak. *katanya!!! :) 

instagram : @innanieariff




p/s: Comel kan banner tu? Heheheh... 



Thursday, February 21, 2013

Blog Yang Aku Cuba Elak Untuk Masuk

As Salam semua




Pergh! Awal-awal dah bubuh header Cik Mat (CM) kat atas. Memang mengundang bahaya aku ni! Mesti ada yang dua tiga kali tengok tajuk entry aku, tengok header CM. Biar betul kan??? Mesti peminat CM dah dua tiga kali gosok-gosok penumbuk tinggal tunggu masa je nak hentam aku. Hehehe. 

Yes, yes!!!  Memang. Terus terang aku cakap. Dalam banyak-banyak blog, sebolehnya lah aku MEMANG ELAK nak masuk blog Dapur Tanpa Sempadan (DTS) kepunyaan CM ni. Sungguh! Tak tipu. Aku berusaha keras supaya tak masuk, tak tengok pun blog CM! Siap remind dalam kepala, jangan klik link CM, jangan klik link CM!!! Gigih aku kuatkan iman. 

Sebabnya?






Kehkehkeh. Aku percaya bukan aku sorang yang terkulai layu di tasik madu bila masuk blog DTS tu. Ramai beribu orang pembaca DTS yang turut sama berperasaan macam aku. Mana tidaknya. Kau boleh meleleh air liur empat puluh malam terkenang-kenang kelazatan dan kenikmatan, malahan kecantikan gambar-gambar makanan yang menggoda dan menggiurkan air liur!







Kau cakap je nak makanan dari mana. Utara, Selatan, Timur, Barat, makanan kampung, bandar, separa kampung semua CM pandai buat. Kau cakap je lah, nak manis, nak masam, ikan, ayam semua complete dalam satu blog. Tak kurang jugak, dessert, kuih muih Melayu sampaikan ke pancake mat salleh CM petik jari je siap! 

Aku ni dah banyak kali dah, cubalah jugak bila mak nak masak something yang baru untuk google resipi di internet kan, cewah... tengok jugak blog orang lain yang sama turut letak resipi... tapi tak puas hati. Tetap ikut CM punya resepi. Sebabnya, gambar dalam blog DTS memang meyakinkan. CM pun selalu pesan kan, presentation tu penting! Jadi memang terbukti. Presentation CM yang memang high-class meyakinkan pembacanya untuk mencuba resipi yang dikongsikan

Pada aku lah kan, sekarang ni isteri-isteri muda remaja tak payah risau lagi kalau tak pandai masak. Kita kan generasi google. Kau google je apa yang kau nak masak hari tu. Semua dah ada depan mata. Tinggal nak masak atau tak nak je. Semuanya usaha kita lah! Tapi melampau sangatlah kalau tak nak masak kan. Laki kau nak makan apa? 

Aku memang respect pada usaha murni CM ni. Membantu para isteri di luar sana yang kerap kali runsing dan buntu nak masak apa untuk family. CM jugak memang tak lokek ilmu lah. Mana yang kita tak sure dan tak tahu, nak tahu tips ke apa, aku rasa CM laju je jawab! Eh, lagi satu CM kan orang Johor. Orang Johor memang pemurah, macam aku! Hahahaaha :) 

Jadi, sebelum singgah DTS, pastikan iman korang semua kuat! Hahahaah.


-----------------------------------------------DAPUR TANPA SEMPADAN----------------------------------



p/s: eh jangan marah pulak pasal title entry. Cliche je tu! kihkihkih. peace yo!



Dua Promosi Hebat Untuk Miliki Domain @ Hosting Sendiri Dari Asiahost

As Salam semua

Masih lagi tak korang ingat tentang pemberian Domain Percuma kepada semua follower lama dan baru Blog Coklateyes bulan Disember lepas? Haaa, sapa yang tak ingat kan. Mestilah ingat. Sebabnya sampai sekarang ni masih ada lagi yang tanya dekat aku.

"Ada lagi tak domain percuma tu?". 

"Alamak, saya tak perasan lah awak bagi domain percuma. Kalau tak boleh saya amik!"

"Eiiii geramnyaaaaa terlepas pulak peluang nak dapat domain percuma dari BCE! Alahai... menyesalnya!" 

Itu antara keluhan yang aku dengar dari rakan-rakan blogger. Aku mintak maaf banyak-banyak mana yang tak sempat nak grab peluang tu. Again, aku ingatkan peluang keemasan tu memang berebut orang nak. Even, masa first kuota yang diberikan hanya 1500 domain sahaja pun, permohonan yang diterima adalah 1953. Boleh baca disini (WMMC#6:Beyond Myself). Memang satu jumlah lebihan yang banyak! 

Tapi, jangan risau!!! Walaupun pernah dilanda masalah satu masa dulu (Domain Dot My Kembali Pulih), so far prestasi yang sangat membanggakan untuk Blog Coklateyes selepas gunakan domain dari Asiahost ni. Baca sini (Rahsia Mengundang Unique Visitor Ke Blog)

Dan untuk tidak terus menghampakan lagi, ini ada DUA promosi harga terbaik dari Asiahost untuk mereka yang terlepas peluang keemasan hari tu. 


1. UNTUK HARI INI, 21 FEBRUARI 2013 SEHINGGA JAM 3 PETANG... ADA PROMOSI DOMAIN [DOT MY].  TAHUN PERTAMA ADALAH LANGGANAN PERCUMA & PADA TAHUN DEPAN RENEWAL FEE RM 85
atau
2. SEHINGGA MAC 2013, DOMAIN [DOT COM] HANYA RM 30 SAHAJA & RENEWAL FEE TAHUN DEPAN RM 38. TIADA LANGGANAN PERCUMA UNTUK TAHUN PERTAMA. 


Jangan tak caye!!! Inilah harga domain [dot com] murah yang diberikan! Tapi ini untuk renewal fee nanti. Kiranya untuk first bayaran korang perlu bayar RM 30 sahaja!!! Murah tak? Murah tak? Memang murah sebab di pasaran sekarang market price untuk domain [dot com] adalah RM 40 ke atas. Tapi dengan Asiahost hanya bayar RM 30 and taraaaaaa...... blog korang dah ada [dot com]. Kelas gitu!!! 

Haaa mesti ada yang tanya, kalau domain [dot my] macam aku punya berapa pulak

Oh-ho!!! Itu domain [dot my], sekarang ni harganya RM 85. Sebab tu aku kata masa aku buat promotion tu memang murah gila! RM 20 for renewal and percuma satu tahun! 

Alahaiii mana nak dapat lagi. Tapi takpelah, yang lepas sudahlah. Ini ada promosi hebat jangan dibiarkan!!! Ambil cepat ok! Untuk mudahkan korang, ini aku bagi jadual harga. Korang pilihlah mana yang korang nak. 



Jadi, buat masa ni saranan aku dan melihat kepada promosi yang diberikan oleh Asiahost... apa kata korang ambil domain [dot com]. Sebab berbaloi sangat!!! Dengan RM 30 je boleh dapat domain [dot com]. Mesti lagi kebabom, hot, comel gitu blog korang!

Untuk melanggan apa kata korang KLIK SINI atau pun korang pergi ke sidebar aku kat atas tu dan KLIK banner yang disediakan! Kalau tak klik tak boleh check availability domain yang korang nak tu! Tak lupa jugak, mungkin ada yang nak tahu pasal hosting kan? Jangan risau.... ada jugak promosi terbaik untuk hosting dari Asiahost!  

Kalau ada sapa-sapa yang masih samar-samar, apa itu hosting, apa itu domain... korang digalakkan baca ENTRY INI. Insya-Allah tak banyak sikit korang boleh faham dan seterusnya daftar untuk dapatkan hostin atau domain sendiri.


Oh sebelum terlupa.... 

Kalau korang dah beli domain tu, misal korang tak pandai nak tukarkan domain, jangan malu jangan segan terus je hantar support ticket kepada Asiahost. Nanti mereka akan bantu korang dan bernasib baik, dorang akan buatkan sekali. Sebelum ni pun ramai yang ada masalah bila nak tukar [dot my], tapi ramai yang aku sarankan hantar support tiket... Alhamdulillah semua dah aktif. 

Bercakap pasal dah aktif, aku nak nasihatkan para blogger yang mana ambil hadiah domain percuma RM 20 tempoh hari tu supaya korang renew activation domain korang pada bulan 12 nanti. Sebabnya, once korang tak renew, promotion Coklateyes tu dah takde. Jadi tak dapatlah setiap tahun RM 20 saje untuk domain. Nanti Asiahost akan bagi email reminder kalau dah dekat datelinenya ye! 

Nampak gaya semua blogger kini dah miliki domain sendiri. Tak kan korang nak diamkan diri je! Apa kata, terus orak langkah dan dapatkan domain sendiri untuk blog kesayangan korang. Kita jadikan blog kita satu blog yang profesional! Kata sayang blog? Inilah masa nak tunjuk sayang tu. :)



p/s: cara daftar dan apa sahaja berkaitan domain ada kat Blog Coklateyes ni ye :) Caranya, korang pergi Search Box dan taip domain. Semua entry ada! Selamat Membaca ye!




Segmen Blog Kesayangan : Tak Join Rugi!

As Salam semua

Diam tak diam dah dekat nak sampai dah dateline untuk segmen Blog Kesayangan yang aku lancarkan awal Februari lepas. Alhamdulillah setakat ni, sokongan dan sambutan memang memberangsangkan. Syukur sangat sebab dalam dunia bloging ni dipertemukan dengan ramai kawan-kawan. Masing-masing peramah dan baik budi pekerti. Tak kiralah di blog, twitter, facebook mahupun wechat! 

Untuk yang mana dah join tu, aku dah senaraikan di menu tab di bawah header aku tu dalam list Blog Kesayangan. Aku group-kan semua dalam 10 orang setiap group dan bubuh nama coklat. Heheheh. Kan aku suka coklat, jadi letak nama coklat lah sebagai nama group. Boleh kan? 




Mana yang takde, jangan risau... belum update lagi tu. Nanti lepas habis tarikh segmen ni, aku update sekali lagi. Insya-Allah aku akan pastikan takde nama yang tercicir. Takmo risau ek! 

Mana yang belum join, atau entry dah draft dah tu... tinggal nak publish je, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat publish dan join ye. Kang lambat gigit jari pulak masing-masing. Tak nak aku bertanggungjawab. Heheheh... Drop your link HERE ok! 


Bercakap pasal twitter dan wechat. Sekarang ni lah, baru ni... hehehe aku macam nak aktif sikit kat twitter. Aku sendiri gelarkan diri aku the twitter-noober. Ye lah akaun dah ada lama, aktifnya tidak. Sebab tak reti guna. Entahlah, aku rasa twitter cam tak praktikal untuk aku. Apa yang payah sangat pun aku tak tahu. 

And then baru semalam aku masuk WeChat. Aplikasi ni difamouskan oleh Bro Framestone kepada para blogger. Kat situ ramai jugak para blogger yang join dan dalam WeChat tu masing-masing nak bercakap. Seronok! Sampai buat voice message lagi. Kan Bro! Hehehehe. Dah alang-alang ni, sapa yang ada WeChat & twitter boleh lah follow aku. Kalau nak lah. Kalau tak nak takpe. Heheheh. 

Twitter : @fateeninnanie
WeChat ID: InnanieCoklateyes




p/s: mesra sesama blogger pun penting jugak, bukan sekadar mesra SEO je :)




Wednesday, February 20, 2013

Tribal @ Aztec Pattern Fashion Trend | Sila Hati-Hati

As Salam semua

Sebelum ni aku suka gila-gila dekat vintage style. Blog aku pun aku buat ala-ala vintage, effect gambar vintage, beg vintage. Semua lah kalau boleh. Tak lama lepas tu, muncul pulak Galaxy style. Pun comel jugak. Berkenan jugak aku, tapi takdelah sampai semua benda nak galaxy-kan. Paling-paling pun aku pakai henpon galaxy je. And now, dah muncul tribal pattern. Mata aku berkenan jugak. Sebab nampak unik, kemas dan colour combination yang cantik.












Sebenarnya dalam banyak-banyak tu, aku paling geram dengan casing handphone lah apa lagi. Comel kan? Warna warni.

Tapi....

Dalam ghairah kita ikut trend berfashion, kena diingat satu perkara. Tahu tak apa maksud tribal dan aztec ni? Haaa... korang kena ingat ni. Jangan pakai membuta tuli je pakai itu, pakai ini.



Baiklah, aztec merupakan satu kelompok masyarakat American-Indian di Mexico. Kiranya ini dikategorikan sebagai puak orang asli America tau. Jadi, kalau puak orang asli... kebiasaannya pemakaian mereka, corak yang diketengahkan, aksesori mereka melambangkan kepada kaum mereka ataupun simbol kepada pemujaan mereka. 

Bukanlah aku nak memandai-mandai ke apa, dan ini langsung takde kaitan dengan illuminati ke apa. Cuma aku harap kita lebih berwaspada sebelum beli sesuatu lagi-lagi tang necklace tu. Sebab menurut research dan pembacaan yang aku buat, tribal atau aztec design ni kerap digunakan oleh orang Barat dalam bidang tatoo. Sebab tu aku harap korang jangan pilih corak yang terlalu pelik. Kita tak tahu apa maknanya. Pilih yang biasa-biasa je. Jangan sampai boleh terpesong akidah. Ok! :) 

Aku pun minat tribal pattern ni sampai kan ke header twitter aku bubuh! 

caption aku ada orang kata tak boleh blah! hahahaha
Eh dah alang-alang follow sekali lah!




p/s: Nak berfashion tak salah, tapi biar tahu apa yang kita pakai tu! Jangan ikut buta-buta! 






Tuesday, February 19, 2013

Memori Gambar Cuci

As Salam semua

Hari ni kemas barang-barang sebab tak lama lagi nak balik KL dah. So, kemas lah rak-rak buku sekali dengan rak baju. Tiba-tiba jumpa satu album gambar lama. Aku letak tepi dulu. Kemas lipat dan susun baju serta buku semua. Ok. Bilik dah cantik. Sedaplah nak tidur walaupun pada hakikatnya aku insomnia. Gulp! 

Dah lepas siap kemas semua, bawak album gambar lama tu duduk dekat mak dengan ayah depan tv sambil minum kopi. Bukak balik album gambar tu. Gosh! How time flies. Dari warna setiap gambar tu dah tau dah mungkin usia gambar tu jejak belas tahun ditinggalkan. 



See. Merepek sampai intro panjang berjela. Haa. Korang mesti nak tau kan, dalam album usang tu gambar sapa. Mehlah tengok sekejap. Zaman hingusan dan kanan-kanak ribena aku. Kehkehkeh. Aku dengan mak aku gelak memanjang bila flash back balik!

Ini lebih kurang 4-5 tahun. Kat airport Senai masa ni. Peh, aku pakai gaun tu! Hahaha
Kau tengok akak aku, nampak dah ciri-ciri bijak dia. Bawak buku.
Aku? Bawak belon. Gasak lah!

 Ini memang tahap comel. Hahaha. Ramai orang teka yang baju biru tu aku.
Oh no!! Tu along aku. Dia memang macam cina sikit. Sebab tu pakai cheongsam.
Aku yang dengan mak kat atas tu. Manja kan???
Aku tenung muka mak aku lama-lama. Alahai, dari mata dia nampak kasih sayangnya kan.
Ini sebenarnya bukan birthday aku. Tapi masa tu, aku pun mengaruk nak potong sama kek.
Kau tengok, bedak bercapuk putik melepak pun rileks je amik gambar. Tengok adik aku sebelah tu, Seha. Comel kan?

Ini darjah 3 ke darjah 4 tak silap aku. Alhamdulillah dah bertudung. 
Kau tahu, aku rasa budak zaman sekarang ni dah tak dapat lagi memori macam ni. Kadang-kadang ada bagus jugak cuci gambar tu. Zaman kita dulu, kalau time raya ke mesti beli filem banyak-banyak. Habis satu filem tukar satu filem. Takdelah lepas amik gambar masing-masing berumpu nak tengok gambar tu macam mana. Agak tak berkenan, delete. Nononono! Sekali petik je. Semua konfiden. Terus cuci. Dah siap cuci tu baru tengok muka masing-masing. Yang terpejam mata ke, tudung senget ke, sorry. Takde masa nak layan.

Lagi satu dulu confident je dulu muka jerawat batu ke, rambut penuh uban ke, semua tak de hal. Tak macam sekarang ni, jerawat seketul pun kalau boleh nak cover dalam gambar tu. Bubuh effect banyak sikit. Touch up baik punya. Lagi best kalau dapat magic skin. Kulit muka nampak flawless ah! Heheheh. Tu semua termasuk aku lah tu.

Sebenarnya banyak lagi gambar kecik-kecik aku. Tapi segan pulak nak tunjuk semua. Ada pakai skirt, ada rambut gerbang macam hantu, ada comot peluh-peluh tapi yakin je buat peace tepi tiang. Hahaha. Memang lawak. Tu lah seronoknya zaman kanak-kanak. Mustahil untuk diulang, tapi manisnya ada sampai sekarang!



p/s: Budak sekarang semua instag je gambar!


Kawan Gunakan Kawan

As Salam semua

Aku mintak maaf sangat kalau lepas korang baca entry ni, korang mungkin tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan atau mungkin korang sama macam aku, insan yang dipergunakan. Sebenarnya kalau nak diikutkan dah lama aku rasa benda ni. Tapi tu lah kan, bila sebut pasal kawan... aku ni jenis tak sampai hati. Jadi, nak tak nak senyum jugak hulurkan jugak bantuan. Mungkin ada yang cakap, "Alaa kau ni sensitif kot!" Eh, memang aku sensitif. Sebab aku yang kena. Cuba kalau kau yang kena, mungkin lagi teruk jadinya. Dan aku rasa orang yang tak sensitif ni tak guna lah sebab tak peka! 

Aku memang punya ramai kawan. Dibanding adik beradik lain, senarai kawan aku memang berjela-jela. Dari sekolah rendah, sekolah menengah membawak ke universiti tambah lagi dalam blog. Semua aku anggap kawan. 



Prinsip hidup aku, sekali aku dah terima orang tu sebagai kawan, kalau dia susah Insya-Allah sedaya upaya aku bantu.Tapi tu lah manusia kan, mana peduli hati orang. Janji diri sendiri lepas sudah. Lepas kita dah tolong dia, bila kita susah... kita betul-betul mengharap dia bantu kita, tapi hampeh. Buat tak tahu aje dia. Tak ambil peduli pun. Siap tak bertegur sapa lagi. Macam tak kenal. Dulu masa susah, eh pandai pulak manis mulut berbicara! Jangan kau tak tau memang ada wujud umat manusia macam tu. Tak mengapa kawan, kalau bukan kau yang tolong ada orang lain yang sudi. Tapi, aku tahulah sekarang kau siapa

Tu satu kes. Kes lain, jenis kawan berkira! Aduhaiiii aku macam tak boleh blah sangat dengan kawan yang berkira ni. Ye lah, dalam kawan aku rasa kena ada toleransi. Jangan asyik nak menghentam orang je kerjanya. Bukan kau takde duit, tapi janganlah asyik membantai kawan kau je. Sekali sekala apa kata kau pulak. Ini bukan dari segi makan semata-mata. Termasuklah bayar parking, minyak kereta, ais krim sebatang dua, cendol semangkuk ke, masuk toilet ke atau apa je. Entah aku tak pandai lah macam tu. Contohlah, aku dah naik kereta dia... eh takpelah duit tol ke tak pun duit minyak ke aku bayar. Kalau dia tak nak, haaa belanja lah makan ke apa ke. Jangan kedekut gitu. Orang benci nanti! 



Lagi satu, ni pengalaman aku sendiri lah. Tak kira lah masa kat universiti ke apa ke.... bila aku jadi emcee... sebelum jadi emcee tu... HAAAAAAAAAAAAAMBBBBBBBBBBBBBBOOOOOOIIIII!!!! Kemain manis mulut. Request kat aku nak macam ni, macam tu. Eh, tup habis je majlis... tak payah tunggu esok lusa... terus macam tak endahkan aku pengacara majlis ni. Hoi, aku bukan nak apa tahu... tapi tadi majlis kau kalau takde aku... tak jadi tau!!! Salah ke kalau kau datang jumpa pengacara dan ucap terima kasih. Terima kasih sahaja!!! Bukan mintak intan permata. Ada majlis aku pergi, lepas je aku jadi emcee, makan pun tak jemput aku tau! Ya Rabbi. Apa lah salah kau endahkan lah orang-orang yang membantu menjayakan majlis kau ni. Salah ke??? 

Tak apa lah.... mungkin memang perangai dia dalam berkawan macam tu. Pedulikan orang lain, janji diri sendiri lepas. Cuma tu lah, again aku nasihatkan... hidup ni biar ada toleransi. Jangan asyik pentingkan diri sendiri je. Sebenarnya dalam berkawan ni, apresiasi atau penghargaan tu penting. Sebagai seorang kawan, bukan dia mintak sangat kau balas budi. Tapi cukuplah kau tunjukkan kepedulian kau yang tinggi, loving kau pada kawan tu dan hargai dia. Kalau kau susah, kau minta bantuan orang so kau pun kena fahamlah... bila orang lain susah, macam mana perasaannya orang tu bila minta bantuan dari kau. Takpe kawan, hidup bagai roda!




p/s: Dalam siri What Make Me Confidence, ada aku cerita pasal penghargaan seorang kawan. Klik lah menu tab ENTRY INSPIRASI atas sana tu :)





 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork