Sunday, March 31, 2013

Name Card Blog Coklateyes Dah Siap!

As Salam semua

Dari hari tu duk pum pang pum pang pasal namecard. Reviewnya tidak! Hahahaha. Tu lah kan aku. Dah cakap dah, dalam draft folder tu melambak entry separuh jalan aku buat. Satu-satu lah aku publish ye.

Baiklah, cerita pasal namecard... sebenarnya namecard dah siap dalam minggu lepas lagi. Sangat-sangat efisen printing service yang aku buat tu. Memang tak salah pilihan aku. Dan kadang-kadang itu gunanya survey sebelum buat pilihan. Memang itu perangai aku. Bab-bab yang melibatkan online transaction, aku akan pastikan kepuasan terjamin dan meyakinkan dulu baru aku pilih. Tak terus main terjah. 

Vintage & Coklat. Pilihan yang buat aku gembira lompat bintang!
Tag: Blogger & Event Host/Emcee. Eh, promote sekejap
Alhamdulillah, semuanya membuatkan aku berpuas hati dan tersenyum gembira sebab dah ada name card tersendiri. Dan memang menjadi target aku sebelum bulan April aku dah punya name card tersendiri. Syukur sangat, rezeki datang lebih awal dan dapat realisasikan impian aku. Lepas ni kalau aku jadi pengacara ke apa, senang lah nak belagak sikit cakap "This is my card!" :) kahkahkah. 

Haa, mesti nak tahu kan kat mana aku dapatkan servis print and design name card ni? Berkenan dah kan?

segala details ada. tapi untuk tujuan rasmi je lah ye! QR Code pun disediakan. Scan aje!

Baiklah, design untuk kad ni aku dapat inspirasi daripada internet jugak. Aku research dua tiga design name card yang comel dan vintage di google. Lepas tu, aku tempah pada salah sorang BFF aku, Nadhira yang jugak merupakan seorang graphic designer dari UiTM Shah Alam. Lebih mudah berurusan dengan dia, sebab nak communicate tu mudah. Nak tukar berapa kali sampai betul-betul puas hati pun dia tak kesah. Sebab kawan-kawan kan!

Lepas dah siap design semua, ini masanya nak cari printing service yang boleh menjanjikan ; harga berpatutan, servis terbaik dan printing cantik. Itu kriterianya. Survey punya survey, tanya sana sini... Alhamdulillah aku jumpa satu printing service yang boleh memuaskan hati aku. Servis dari seorang blogger jugak iaitu FizzGraphic.com. Memang dah lama usha hasil kerja Fizz. Memang terbaik. Dari segi kualiti printing, harga, postage, dan jugak servis pelanggan. Memang tip top! Paling aku suka, printing boleh disiapkan dalam masa 3-4 hari bekerja. Dan terus sampai ke rumah. Harga pakej yang aku ambil RM 75 untuk 300 pcs siap dengan postage fee. Murah kan! Kualiti kad jugak bagus. Matte-Laminate yang mana kad nampak lebih kemas dan berkualiti tinggi. Suka sangat lah senang cerita. Nak communicate dengan Apit pun senang. Selalu online budak tu. So, kalau kau ragu-ragu atau nak tanya apa-apa soalan pasal printing kau terus tanya dia. Mesti dia jawab. Aku pun untuk tempahan ni, tak payah nak empat puluh kali tanya dia. Tanya mana yang penting, hantar design, bayar online, printing terus sampai rumah dah. Less than a week tahu!!!

Jadi mana-mana blogger yang sedang cari printing servis boleh gunakan perkhidmatan Apit. Apit pun boleh buat design jugak. Cubalah! Insya-Allah korang berpuas hati!



p/s: Vintage masih lagi aku pilih!







Review Cantik : Cure Natural Aqua Gel

As Salam semua

Banyak betul entry yang aku pending. Banyak sangat list dalam draft. Idea menulis dah ada, tapi bila setengah jalan mood tu melayang hilang entah pergi mana. Hish! Leceh gitu. Korang masih ingat lagi tak produk Cure Natural Aqua Gel, hadiah dari Jepun aku dapat dulu? Jadi kali ni aku nak review produk yang diberikan.




 Natural Aqua Gel is a gentle, water-based exfoliant made from natural plant extracts of aloe vera, gingko and rosemary. It effectively sloughs off dead skin cells without irritating or harming skin, making it suitable even for the most sensitive skin types. After cleansing face, apply gel on face and neck. Gently massage gel into skin and see the dead skin cells immediately peel off into tiny white balls. Rinse well with water and then pat skin dry.


Since aku dapat hingga sekarang dah dekat tiga minggu. So dalam masa tu adalah dalam 4-5 kali aku gunakan. First of all, buat mereka yang tak tahu produk ni dikatakan sebagai produk nombor 1 di Jepun. Dan ia adalah ejen exfoliation yang mana berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati. Tidak boleh digunakan secara kerap sebab dikhuatiri akan menipiskan kulit. Hanya seminggu sekali-dua kali sahaja.

Yang putih-putih tu katanya adalah sel kulit mati. Kalau dimuka, lagi banyak! 


Secara keseluruhan, aku berikan 4 bintang daripada 5 atas produk ni atas beberapa sebab : 

  1. Extract tumbuhan yang digunakan dalam Cure, sangat-sangat bagus untuk kulit. Ia adalah water-based dan tidak mempunyai sebarang bauan wangi. Ia hanya cecair pekat dan jernih yang tidak menyebabkan apa-apa side effect pada kulit wajah. 
  2. Menanggalkan sel kulit mati dengan pantas dan banyak. Ada sesetengah exfoliator, hanya tanggalkan sikit je. Tapi dengan Cure, hasilnya lebih banyak.
  3. Sel kulit mati tersebut, akan bertukar warna kelabu bila digosok lebih lama menandakan kotoran di muka telah tertanggal. Malahan, sel kulit mati tu jugak mudah dicuci.
  4. Biji-biji biru mikro yang ada dalam gel adalah sangat halus dan lembut. Tak kasar bila digosok pada muka dan menyebabkan merah selepas dibasuh. 
  5. Setelah dicuci, kulit muka akan rasa segar, lembut dan lebih lembap. Malahan hasil tindak balas aloe vera akan menyebabkan kulit muka rasa sangat sejuk. 
  6. Cuma satu, harga agak mahal dan susah didapati di pasaran Malaysia. Menurut salah satu blogshop barangan Jepun di Malaysia, harga Cure lebih kurang  RM 140-150 sebotol. *kopak!

Overall, aku suka product ni. Bukan hanya sebab dia hadiah dari seorang kawan, tapi sebab keberkesanannya yang mengagumkan. Produk ni jugak sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif & kering atau combination sebab dia melembapkan kulit di samping membuang segala sel-sel mati pada kulit wajah. Kalau korang tanya aku mana nak dapat, seriusly aku tak tahu. Cubalah tanya kawan-kawan korang yang study atau melancong ke Jepun. Sana memang mudah dapat produk ni dan lebih murah. 

So, lepas ni boleh aku feeling dapat kulit cantik macam Ji Hyo! Ah! Verangan!!!
*hahaha dia sorang je artis perempuan Korea yang aku kenal. Yang lain, sumpah tak tahu! Tapi dia memang cantik kan?! 

Ji Hyo ni comel dan bijak selalu kan. 



p/s: Suka tengok orang kulit wajah dia flawless :)






Blog Coklateyes Kini Lebih Vintage

As Salam semua

Beberapa hari lepas, BCE secara official dan tanpa dirancang telah berubah wajah. Ada nafas dan sentuhan baru yang diberikan. Yang paling aku suka, sebab dia memang kena tepat dengan apa yang aku idamkan. Tema vintage. 

Sebenarnya dah lama plan nak ubah atau buat make over pada blog. Bukan tak suka header lama tu, suka sangat! Tapi kadang-kadang kalau asyik tengok itu aje mulalah timbul boring. Ada jugak cari designer 2-3 orang sebelum ni. Tapi kena tunggu que. Tu yang malas. Bila jumpa designer ni, Alhamdulillah dalam masa kurang 12 jam dah siap! Hebat.

Lepas je aku renovate blog ni, berduyun-duyun orang tanya. Mana buat header vintage ni. Sapa designer nya? Nak link designer bagai. Berapa harga? Wah-wah-wah!!! Tak sabar semua kan. Hehehe.  Jadi mari aku perkenalkan siapa punya angkara.

Dia adalah pemilik kepada blog www.downgila.com. Pada asalnya aku memang tak tahu pun dia ni ada service untuk designing. Sehinggalah dia publish poster ini dalam entry Job: Poster Design Untuk BS Weekend 2013 :

Peh peh peh!!! Ini memang sudah awesome. Awesome gila aku cakap. Sentuhan retro yang dia bagi tu betul-betul buat aku terkesima. Memang betul-betul kena dengan vintage dan retro style yang aku minat. Terus cepat-cepat aku contact dia. Guna twitter aje. Aku bagitau semua detail yang aku nak. Tup-tup! EH!!! Dah siap. Cantik pulak tu!


Untuk harga pulak, rasanya boleh dirunding. Ikut pada budget korang pun boleh, dan sejauh mana sukarnya tempahan korang tu. Asalkan bagi details dan ciri-ciri yang kau idamkan. Nanti dia boleh uruskan macam mana header dan background yang sesuai. Macam aku punya ni, RM 10 je. Tu pun dia mintak topup. Senang kan.

Segala urusan, boleh terus ke twitternya @HeyAzwan. Bila berurusan tu, korang cakaplah datang dari BCE, nanti dia bagi layanan percuma. Heheheh! Takde service charge. :)





p/s: Nanti aku update pasal namecard pulak ye. Banyak entry hutang ni.



Wednesday, March 27, 2013

Review Aplikasi MyTeksi

As Salam semua

Mana yang pernah duduk UM, mesti tahu kolej aku sekarang Kolej Ibnu Sina ni letaknya terceruk belakang PPUM. Mudah untuk abang-abang doktor dan kakak-kakak on call ke hospital. Short-cut!  Takpe, mereka menjaga nyawa segenap manusia. Cuma yang sedihnya, bila laluan masuk ke kolej aku bukan laluan utama public transport. Sebabnya dia akan jumpa jalan mati. Jadi mahu tak mahu, untuk aku yang tak mampu milik kereta sebiji hasil hadiah ibu bapa, terpaksa menapak menuruni bukit ke jalan utama untuk naik bas atau teksi. Penat. Sumpah penat. 15 minit masa diperlukan sekali jalan. Tapi kurusnya tidak. Bukan salah aku. T___T

Tapi, sekarang ni Alhamdulillah. Bangga aku dengan insan berfikiran jauh yang mencipta aplikasi MyTeksi ni. Dulu aku ada pernah review app ni (Aplikasi MyTeksi : Bantu Dapatkan Teksi Segera) tapi masa tu, aku kat Kluang. So tak guna lagi sepenuhnya app tersebut. Than semalam, baru teringat nak gunakan app tu untuk ke Mid Valley since hari hujan semalam.

Kau rasa apa reaksi aku first time guna aplikasi tersebut?



Haa.. macam tu lah reaksi pertama aku. Siriesly beb, teruja. Mudah dan memang berkesan. Nak tahu kenapa aku teruja sampai tahap gitu?

Lepas aku siap-siap tu, sementara nak ke main gate, aku on app tersebut dan locate kedudukan aku guna GPS. Isi bahagian yang dikehendaki. Kita di mana dan nak drop di mana.


Untuk keselamatan, dinasihatkan untuk hafal no plat teksi tersebut.



Than selepas 2-3 minit lepas klik Book Now, GPS akan detect beberapa buah teksi yang berhampiran dengan kita. Yang aku suka, bukan sekadar tunjukkan berapa teksi ada, malahan siap estimated charge dan jarak! So, boleh lah kita budget. :) 



Tak sampai 5 minit, Alhamdulillah dah ada teksi yang reply booking aku tu. Dan app akan menunjukkan nombor plat teksi, nama pemandu dan jarak serta masa pemandu akan sampai ke tempat kita! 



Sangat-sangat mudah!!! Untuk pengetahuan, harga yang ditulis dalam ruangan estimated tu memang tepat dan ia adalah termasuk RM 2 extra charge sebab dikira kita book dia kan. So, harga biasa ke Mid Valley RM 7 + RM 2(extra) = RM 9. Malahan lagi best, masa aku booked tu, pemandu teksi tersebut siap call back aku untuk dapatkan kepastian sama ada jadi book atau tidak. Memang mesra pengguna dan memang bagus aplikasi ni!!! 

Aku memang sarankan, mana-mana yang kawasannya susah nak dapatkan perkhidmatan teksi untuk guna aplikasi ni. Lagi-lagi kalau emergency. Contohnya aku masih ingat masa aku second year, pukul 7 pagi tunggu teksi dekat sejam sebab masa tu nak balik Johor, ayah aku sakit. Aduhai!!! Merana berjanggut nak tunggu. Jadi, aplikasi MyTeksi ni betul-betul membantu! 


Aplikasi ni ada di AppStore & Google Play Store! :)


p/s: aplikasi apa lagi yang best dan berguna macam ni? Share sikit!!!




Ada Nafas Baru

As Salam semua

Mata dah ngantuk sangat sebenarnya. Sekarang pun dah pukul 2 pagi. Tapi excited punya pasal, adrenalin dalam badan membuak-buak suruh update sikit. 

Aku tengah happy gilos ni. Header blog dah bertukar baru. Background pun sama. Sumpah, aku happy. Rasa macam nak lompat bintang seratus kali. Tapi tahu tak larat, buat dalam mimpi je lah kejap lagi. 

Nanti aku review sapa lah gerangan yang super duper creative gila lagi efisen buat header cantik dan menepati ciri vintage yang aku idamkan tu. Bagi task sekejap je dia boleh setel. Memang bikin gua happy dan bangga! Budak UM jugak tu! :)

Oh, satu lagi. Name card pun Alhamdulillah dah selamat proses printing. Jadi esok Insya-Allah akan dipos kerumah. Doakan semuanya selamat. Alhamdulillah, rezeki berblog kita buat modal untuk blog jugak!




Vintage; entah apa lebihnya. Tapi aku suka! 




Monday, March 25, 2013

Bubble Drinks Tak Selamat Diminum?

As Salam semua

Ini aku dapat info dari instagram kawan. Bila baca tu, rasa macam-macam! Aduhai. Dah lah favourite tu. Cuba korang baca dulu.


"Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pemikat minuman ini dilaporkan mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan barah. 

Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin. 

Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu."



Jadi sekarang ni macam mana? Sejauh mana kebenarannya, masih tak dapat dikenal pasti. Tapi bila aku google satu-satu nama bahan kimia tu, memang agak ngeri jugaklah efeknya. Cuma, ada sesetengah pendapat mengatakan, di Malaysia bubble-nya diperbuat daripada sagu. Sebab tu perlu direbus dahulu. Tapi, entah. Kita pun tak pasti. Kalau bubble yang di Jerman sama macam di Malaysia, pihak berwajib perlu jalankan kajian dan segera ambil tindakan. 

Harapnya, di Malaysia hanya pakai sagu je lah kan. Sebab baru tadi, aku telan large-size Chatime Strawberry Chocolate with pearl! T____T Gulp!



p/s: sekarang ni makanan pun berbahaya dah!


Sedang Meliar Di Pasaran

As Salam semua

Baru beli dua buah buku dari Dubook Press kat MPH The Curve. Dengar cerita buku ni memang hot dan menjadi kegilaan dan carian anak muda macam aku. Ni aku tengah mentelaah satu per satu muka surat ni. Gayanya hebat. Penceritaannya dasyat. Yang aku pasti, dua - dua buat aku lena dalam arus kisah masing-masing yang sarat rempah ratus kehidupannya. Sekali selak sekeping, kau tak putus terus menyelak. Kau nak lagi dan lagi sebab kau tahu, di akhirnya baru nafas kau terbebas. Lega. Sedap lagi maha lazat. 

[ Apa rasanya bila kau sebenarnya menghampiri apa yang kau jauhi selama ini? - Bukan Perempuan Sundal ]

&

[“Laki laki juga sebenarnya ingin dicintai.” Mimi Morticia - Orang Hodoh Cantik ]



Sungguh. Rugi kalau kau tak punya satu dalam lemari buku! Aku ni pun ada pasang niat nak tambah lagi. Cubalah kau beli senaskah. Nanti kau mesti ketagih. Macam dadah!

Pilih yang mana suka! :)

Kalau nak tahu cara beli, cuba tanya Abang Dubook (Dubook Press.com) 



p/s: Lepas baca novel, ayat aku pun terikut sama puitis kan? muahahah!



Marché The Curve : Sekadar Cuba Boleh Lah!

As Salam semua

Tak sah lah BCE kalau tak de cerita pasal makan. Gila kau, tengok badan ah! Hahaha :) Well, as a lot of people believed that food can bring happiness... aku pun percaya gitu jugak. Makanan memang satu nikmat dan rezeki yang tiada tolok bandingnya. By food, you can share your laughter, your memories, your tears and perhaps in stress pun mesti korang cari makanan kan!

Lepas jual tiket F1 (Akhirnya Dilepaskan...) Akim bawak aku jalan pi The Curves. Niat di hati pada asalnya nak beli buku yang ayah idamkan. Hari tu masa birthday ayah, (Bila Blog Membuahkan Hasil) buku tu takde kat Kluang. Dah habis stock. Jadi terpaksa beli di KL. Alhamdulillah, dapat jugak belikan sebuah buku lagi untuk ayah. Sejak dia sakit, memang itu hobi terbarunya. 


Selepas selesai urusan beli buku. Perut pun dah mula berkeroncong since keluar dari lepas Zohor uruskan beberapa urusan. Apa lagi. Its Dinner Time!! Yippie Akim belanja. :). Mula-mula plan nak makan dekat Chilli's. Tapi mana ada Chilli's dekat The Curve kan. Nak keluar ke tempat lain, macam malas jugak. Akhirnya melayan ke Marche'. Akim lah, suka betul tempat-tempat makan yang tak pernah cuba. Dia kata lain kali kalau orang bawak, dah tahu! 

Marche merupakan perkataan Perancis yang membawa Market. So, dalam restoren Marche ni dia bercirikan ala-carte dan seolah-olah dalam pasar. Ada station tersendiri untuk order makanan. Ada station untuk steak, seafood, pizza, drinks and beverages, dan dessert. 

Pandangan keseluruhan dalam Marche










Pada aku apa yang menarik di Marche ni adalah susun atur bahan mentah dia yang nampak fresh dan sangat colourful. Lepas tu, section meja makannya pun boleh dipilih sama ada nak ala-ala english family, outdoor, relax and cool atau pun vintage style. Oh lupa, sebelum masuk tu setiap oranga akan dapat order form sendiri. So nak makan apa, pergi ke section tersebut, order dan abang tu akan bagi code makanan. Leceh jugaklah sebab kena usha satu station ke satu station. 


Personally lah kan, Marche bukan kena dengan selera aku atas beberapa sebab. Kita mulakan dengan harga. Untuk aku yang student ni rasanya memang mahal sangat lah. Dan dari segi ke-berbaloi-an, hmmm maybe orang  kaya kata berbaloi, tapi untuk aku yang mementingkan setiap sen... tak berbaloi kot. Mahal tapi portion makanan sikit dan kesedapannya pulak... so-so je! Tak kena dengan tekak Melayu-Jawa-Banjar-Arab aku ni! Sorry. 

Akim's choice : Air Kelapa Fresh- RM 10.80 & 1/2 Roasted Kampung Chicken- RM 30.00++
Mahal woi!!! Ayam Kampung sekilo baru RM 12 je kat kampung aku. 
My Choice : Grilled Chicken Chop - RM 14.90 (Rasa plain habis) ;
Baked Potato- RM 7.90 (yang ni sedap boleh tahan)
dan Root Beer - RM 9.80 sebotol
ini aku suka! 3/5 bintang. Rasa keju dan baked potato tu boleh tekak Melayu aku telan!

Tapi pujian harus diberikan pada section dessert dia. Sedap gilos! Meleleh air liur sekejap. Pilihan pun banyak. Dan paling terbaik, rasanya tu sungguh sedap dan sedang-sedang elok je manisnya. Menggoda-goda di tekak dengan rasa lemak susu manis dan fresh buah strawberrynya! 

Hello. Menggoda cik strawberry duduk bertenggek tepi tu kan. 
Pannacota Glass- RM 5.90 (reasonable lah kan!)
rasa campuran susu+cream+strawberry yang sedap!

for us. for two :)

Walaupun tak berapa kena dengan selera dan tekak aku, tapi belanja punya pasal aku layankan jugak si Akim ni. Kang kalau tak dilayan, merajuk pulak kang! Susah aku nak balik Johor. Hahahah!

Sedap tak sedap, budak ni dapat makanan memang tak nampak aku langsung dah! Huh! 

Tapi kalau korang nak pergi and try, apa salah. Juice dia nampak menyelerakan. Sebab nampak fresh dan berkhasiat katanya gitu kan. So, sekali sekala boleh je cuba sesuatu yang baru. Tapi untuk aku, ini pertama dan terakhir kot! :) Pa'kal Akim yang bayar. Jadi tak lah rasa menyesal nak hantuk kepala ke dinding sebab bazir duit. Kehkehkeh. Kejam! 




p/s: masakan Melayu jugak cukup rasa dan rempahnya!









Saturday, March 23, 2013

Panas Hati

As Salam semua

Bersambung daripada entry sebelum ni (Akhirnya Dilepaskan...) Part ni cerita panasnya....

Gambar takde kaitan. Itu sekitar persiapan UM Earth Hour Programme malam ni di Dataran DTC! :)

Lepas dapat tiket tu, jadi aku pun buatlah promotion. Alhamdulillah sekali lagi, ada orang yang nak beli. Katanya reasonable price yang aku jual tu since the seat memang best. Main Grandstand dan siap dapat admission untuk concert Backstreet Boys, Gun N Roses, 2NE1 dan U-Kiss. Kalau tengok retis yang buat concert, geram jugak aku bila dengar BSB buat show. Tapi apakan daya, BSB punya show tak silap masa first day which is hari Sabtu, sama dengan sambutan Earth Hour tu!

Well, sebenarnya bukan mudah jugak nak buat urusan jual beli online ni. Aku plan untuk jual tiket ni secara COD. Jadi buyer tu boleh jadi sapa-sapa je orangnya. Manusia... kan rencam niat dan kepala hotaknya. 

Sebelum aku jual tiket ni pada orang yang betul-betul nak beli, ada sorang mamat ni... usha baik punya. Sampai aku turun harga terbaik boleh bagi, since dia kata dia serius buyer kan. Jadi, pada malam Khamis yang lepas... aku memang dah bagitau Akim untuk teman aku jumpa buyer ni, since hati aku rasa lain macam je dan bagi unsur keselamatan, maklumlah bila ada lelaki rasa lain sikit selamatnya... So aku tunggu lebih awal dari masa yang dijanjikan. Tiba-tiba dah lebih kurang 2jam setengah aku tunggu, dia boleh kata tak jadi nak beli. Aku call dia, terus tutup telefon semua. Geram gila aku!!! Sebabnya, pasal dia aku tolak 2-3 buyer lain pasal aku dah janji nak jual dengan dia. Memang tahan sabar aku. Menangis sebutir dua aku depan Akim. Geram sangat kan!!! 

Aku tak marah pun kalau kau tak nak beli, tapi jangan lah buat orang tertunggu-tunggu and bagi harapan. Bagitau je awak tak nak, tak marah tak! Kau punya duit suka hatilah nak beli ke tak nak. SMS pun jadilah. Ini off henpon terus! Orang call-call tak jawab. Haish tension aku ada orang macam ni. Dia mesej kata ticket aku tak including parking. Sedangkan hakikatnya, masa aku call ticket servis, dia cakap semua pemilik Main Granstand akan dapat parking, but it is limited. First come first served! Bukan tak de langsung!!!

Terus aku amik insiatif untuk jual pada buyer yang aku tolak tadi. Segan jugak, sebab mula-mula tak jual dengan dia than last-last cari dia semula.  Nasib baik dia cool je. Buyer tu kata dia dari tahun 97 pergi memang semua pemilik Main Grandstand ada kawasan parking sendiri. So, nampak sangat orang penipu tu memang saje nak usha je. Kalau nak usha pun, tak yah berjanji sakan. Bagitau aku tak nak beli. Tak de nya aku meroyan!!! Senang aku jual pada orang lain. 

Syukur, lepas dari penipu tu... ada lagi orang nak beli tiket tu dengan harga yang terbaik. Jadi, dari rugi gitu je tiket tu, ada baiknya aku let go kan. Alhamdulillah. Tak banyak songeh pun orang tu, terus keluar duit dan beli! Takde banyak bunyi. Sedangkan dia dah pergi tengok F1 since 97, orang tu baru 4 tahun pi! Haish!! 

See. Bukan senang kan nak jual online ni. Baru sikit je tu aku letak, dah macam-macam hal. Ada jugak yang kata aku punya duit jualan tiket tak halal. Allahuakbar. Sabo jelah. Tak halal? Aku mencuri ke tiket tu? Aku rasuah ke nak menang tiket tu? Tak kan? Bila aku menang, itu hak aku... jadi aku boleh tukar miliknya. Boleh dapatkan keuntungan sebab itu hak aku. Aku pun dah tanya organizer dan pihak mereka takde masalah! Jadi sapa yang ada masalah sebenarnya sekarang ni? 

Biasalah kan, mulut dan pemikiran orang beza-beza. Yang penting, kita kena terima je mereka! Sabo jelah! :)



p/s: Earth Hour malam ni kat Dataran DTC! Ayuh!!!! Boleh kurangkan panas bumi, selain panas hati! 



Akhirnya Dilepaskan...

As Salam semua


Alhamdulillah, aku menang dua tiket Main Grandstand F1 hasil daripada Contest Instagram MSMW 2013 (Instagram Bertuah). Ticket yang berharga RM 553/seat untuk Sabtu & Ahad tu terpaksa aku lepaskan.... 



Bila dapat tu, sumpah aku gembira gila. Sebab bukan senang kan nak dapat peluang hebat dan hadiah yang sangat bernilai macam tu. Malangnya, aku tak berapa mengikuti perkembangan F1. Paling-paling yang aku kenal Michael Schumacer. Tu pun dah retired lama kan dengar ceritanya. See. Betapa aku tak tahu cerita! Lagipun kebetulan pada hari Sabtu tu, aku sibuk untuk urusan  program Earth Hour dengan UM Cares. Dah rugi sehari, than tinggal Ahad je kan. So ada baiknya kalau aku jual pada mana-mana pihak yang nak. Tiket ni jugak including concert for Gun N Roses, Backstreet Boys, 2NE1 dan Ukiss.

Dilema jugak aku sehari dua, sebab Backstreet Boys beb!!! :) Tapi takpelah. Takde rezeki kan.

Well, ada kisah yang menyakitkan hati jugak semasa proses jualan tiket ni. Nanti aku cerita. Sebab kalau combine dua cerita panjang sangat entry aku. Hehehe

So, tadi lepas terjual tiket tu pergi shopping sikit. Beli buku untuk ayah lagi, beli barang sikit dan sekarang macam nak beli bag. Tengah mencari beg yang sesuai. 

Dan sekarang jugak plan nak beli ipad mini mungkin....ke plan nak kawin? heheheeheh





p/s : Esok Earth Hour by UM Cares, jangan lupa di DTC!!!










Friday, March 22, 2013

Melangkah Setapak Lagi : Name Card

As Salam semua

Quick update. Setelah buat keputusan dan beberapa perubahan, Alhamdulillah sepasang design name card telah dipilih dan kini dalam proses printing. Insya Allah kalau takde aral melintang, wishlist dapat direalisasikan untuk kali kedua. Syukur. 

Moga rezeki terus bertambah dari semasa ke semasa. Amin!







Masih memilih tema vintage dan sedikit retro. Juga mengekalkan kaler kegemaran, coklat sebagai based dan beberapa colour lain. Idea design ni aku dapat dari google je. Dan untuk kemudahan bersama, QR Code turut disertakan.

Nanti dah sampai ke tangan tempahannya, aku akan review satu per satu. Dari A sampai Z. Sekarang ni banyak kerja dan penat sangat. Tak sempat nak update blog.




p/s: Sapa nak sekeping, sila angkat tangan!



Thursday, March 21, 2013

Rimba Ilmu UM : Ada Kuda Laut!

As Salam semua

Sabtu lepas, aku dan lebih kurang 20 orang student UM telah berkesempatan melawat satu 'living museum' yang sangat-sangat-sangat awesome. Sampaikan aku rasa macam tak percaya yang dalam UM sendiri ada hutam botani yang begitu cantik! Hutan yang menyimpan khazanah alam berusia ratusan tahun.  Program simple ni diuruskan oleh Sukarelawan Kolej Kediaman Ketujuh yang jugak merupakan sub-sukarelawan pada UM Cares.



Nama tempat ni adalah Rimba Ilmu. Sebelum ni aku just fikir Rimba Ilmu tu sekadar pusat kajian untuk botani dan yang sewaktu degannya. Tapi aku silap. Menurut Dr. Sugu, Nature Guide Rimba Ilmu bagitau bahawa RI kalau dilihat pada Google Maps merupakan satu Green Patch terbesar di Lembah Klang dengan keluasan 80 hektar. Untuk maklumat lanjut, korang boleh KLIK SINI.

Aku sendiri susah nak describe macam mana cantiknya Rimba Ilmu tu. Korang tengok dan nilaikan sendiri. Ya Allah syukur sangat dan bangga dengan usaha UM untuk kekalkan hutan botani sebegini besar dan cantik!

Kita mulakan dengan gambar bangunan pentadbiran Rimba Ilmu. Sebijik macam resort yang mahal tau!








Ini buah pokok pandan. Sapa kata pokok pandan takde buah?

Ini Dr. Sugu. Our Natures Guide. Dia memang banyak pengetahuan pasal taxonomy.
Cabang sains dalam pengklasifikasian pokok


Semangat kan semua dengar penerangan. 

Pokok Cengal. Sangat tinggi. Dan sebatang pokok cengal kalau jual boleh cecah 50k USD



jalan masuk menuju Rimba Ilmu
Pokok ni sangat cantik. sebab batang dia warna coklat pekat dan gelap.
Sejenis pokok manggis yang mana kalau orang asli, dia akan gunakan kulit pokok ni untuk pewarna rambut.

Ini dalam bilik pameran yang sangat besar dan berinformasi.
Dekat Rimba Ilmu ni jugak, ada satu bahagian Conservatory. Yang mana dalam kawasan ni, semua tumbuhan spesies rare disimpan untuk kajian dan pemeliharaan supaya tak pupus.  



Daun besar tu buat kipas
Periuk Kera antara yang terancam







 Dan paling menarik adalah...jeng..jeng...jeng....

Kat UM ada Kuda Laut. Aloh  comel! Comel gila. Aku rasa nak picit-picit je perut buncit dia tu. Ada dua ekor. Dua-dua dalam eksperimen. Eksperimen nak mengenal bunyi yang dihasilkan kuda laut. Comel je!

tu yang dalam botol dekat mulut botol tu! 

Pada aku, usaha murni semacam ni perlu kita teruskan dan sokong dengan jayanya. Bila aku masuk Rimba Ilmu, sejuk dia lain macam. Walaupun berpeluh tapi nyaman sebab oksigen banyak. Memang terasa nyaman sejuk yang best. Kau bayangkan tak kalau kita takde hutan mahupun pokok-pokok. Masa tu manusia ke hulu ke hilir bawak mesin oksigen. Tak mustahil macam tu kan!





p/s: 23 Mac ni Earth Hour di DTC. Jom datang UM!




 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork