Tuesday, April 30, 2013

Review : Bag of Love [April's Edition] & The Unboxing Tea Party

As Salam semua

Peringatan buat semua. Entry kali ni bakal mencetuskan perasaan emosi.
 Emosi lapar & sweet akan muncul. Maka entry panjang pulak tu! 
Emosi yang tidak terkawal adalah atas risiko anda sendiri! :)


Hamboi!!! Kemain lagi tau, dah bagi peringatan awal-awal. Seriously beb, aku kena mention risiko yang bakal korang lalui bila baca entry ni. Aku sendiri emosi tak tentu hala bila melalui semua ni, so aku yakin ketidak tentu halaan emosi aku akan tersalur pada korang jugak bila go through entry ni nanti. 

Dua hari lepas, aku telah berjaya menempatkan diri dan bersaing dengan para blogger jelitawan yang lain untuk diundang ke Unboxing Tea Party Bag of Love kolaborasi antara The Butterfly Project -Beauty Blogger, Bag of Love dan Delectable Treat di Paradigm Mall. Ya Allah memang rasa awesome gila tahu tak dapat pergi event hebat macam ni. Sangat teruja sampai tak tidur malam. 

Sebelum aku reveal Bag of Love yang confirm-confirm menjadi dambaan aku dengan korang jugak, meh sini aku nak tunjuk sikit betapa indahnya hari aku dengan dessert yang sedap dia... Ya Rabbi memang menggiurkan menyentap jantung sangat-sangat. Comel sangat wei decoration yang Delectable buat untuk para blogger semua!!!

sila menangis tengok dessert corner yang cantik cute.
Mana lagi manis? Baik jawab!!! *sambil angkat pisau*
Kau ada rasa macam air liur meleleh tak tepi mulut? 
Tak sampai hati lah nak makan. Comel sangat! T____T
Superb wei. Superb!

Kau rasa tak meroyan sekejap ke kami ni para blogger bila nampak benda comel macam tu??? Kalau dah dekorasi cantik macam tu, kau rasa tak kan lah tak sedap. Sedapnyaaaaa memang membawak kau senyum satu hari. Punya sedap lah kan. 

But wait, bukan tu je kejutan The Butterfly Project untuk para blogger. Kejutan utama dia adalah ini.....

Taraaa!!! I am the first person yang dapat Bag of Love

Feeling sekejap lah kan! Cantik kan warna baju. Hahahah 

Mesti tak sabar kan nak tengok dalam dia. Even aku yang kat situ sendiri pun menggeletik ni nak tengok. Ye lah, dalam Bag of Love semuanya penuh kejutan. Semuanya boleh buat hati berbunga kembang setaman. Haisssh, berdebar rasanya ni!!! Berat semacam je nampaknya tu. Jom kita review satu-satu.

1...2...3..... oh banyak ni dalamnya! 
Untuk bulan ni, tema Bag of Love adalah Going Green bersempena dengan Earth Month. Bagnya sendiri diperbuat daripada recycled material yang mana lebih tahan lama dan kuat. Produk yang ada dalam BOL pulak semuanya adalah berasaskan bahan natural dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Sebanyak 6 beauty produk diletakkan didalamnya. 

The treasure yang buat aku gila sekejap

1. Definite Contour Brush, Full Size - RM 88 

2. The Body Shop Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist, 100ml - RM 59

3. Nuxe Brightening BB Cream SPF30/PA+++, 30ml - RM 120

4. Decleor Hydra Floral Moisturizing Cream, 50ml - RM 271

5. Phytojoba Intense Hydrating Shampoo/Phytovolume Volumizing Shampoo/ Phytocitrus Restructing Shampoo, 200ml - RM 88

6. Burt's Bee Richy Replenishing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion, 170ml - RM 62.80

7. Decleor Paris Signatutr Aromaplasty Facial Voucher, 1hr 45mins - RM 98 instead RM 230 


Fuhyoh, berpinar mata aku bila tengok harga sebenar produk-produk tu semua. And you know what, semua produk ni boleh didapati melalui Bag Of Love dengan harga RM 39.90 sahaja. Sangat berbaloi kan! Bukan calang-calang produk tu semuanya. Ada brand dan kelebihan tersendiri. Lagi tambah best, BOL bukan sekadar sponsor kami para blogger untuk April Edition je, bulan Mei nanti pun kami akan dapat satu beg jugak! Yahoooooooooooo!!!


Bila pergi event macam ni, selain daripada makanan yang lazat, surprise yang awesome ada satu lagi perkara yang jugak memang best. We meet other blogger beb!!! Walaupun untuk event ni, hanya aku dan kak Sabrina je Melayu, tapi takde hal pun. Blogger takde masalah untuk tu semua. Semuanya memang friendly!!! 

All the bloggers yang dijemput! 


With Tammy Miu. Owner www.plusizekitten.com


Dengan Kak Sabrina yang sangat gojes-comel.
 Owner kepada www.sabbyprue.blogspot.com
with the founder of BOL, Mimi :) such a pretty lady! 

with chency from www.thechency.com and her friend. Blogger jugak! 

Dengan Carolyn dari www.carolyntay.blogspot.com

Seriously, I felt very lucky! Bukan senang nak dapat peluang untuk ke majlis seperti ni. Thank you so much Tammy daripada www.PlusizeKitten.com sebab beri peluang dan memilih entry aku sebagai salah seorang pemenang. Terima kasih jugak buat Bag of Love atas segala kejutan dan kegembiraan yang diberikan. Bukan untuk sekali tapi dua kali sebab dua bulan dapat free BOL kan. Harus senyum lebar sampai telinga. Dan jugak untuk Delectable sebab sponsor Tea Party kami yang awesome tu.

Untuk dress yang stunning hari tu, ecewah... gembira bukan kepalang aku. Aku suka sangat dengan dress tu. Warna yang terang dan fesyen trick yang menarik buatkan dia bersesuaian dengan kriteria pemilihan aku dan dapat menyembunyikan lelemak kebahagiaan. Hahaha. Bukan senang kot aku nak cari saiz dress kan. Aku beli di Fuse Busana. Material berkualiti dan corak yang trendy menjadi taruhan untuk dress mereka. Sumpah beb, sangat-sangat cantik ye dress-dress dari Fuse Busana. Rambang mata sekejap masa nak pilih. Thank you Shaz, sebab layan kerenah kita! Heheheh. Jemput semua melawat butik mereka DISINI.

Sila senyum saje kalau tahu di mana shot ni diambil! 


Oh, sebelum terlupa... ada beberapa lagi pesanan penaja.

1. Untuk subscribe Bag of Love, jangan malu jangan segan...cepat serbu www.bag-of-love.com.

2. Korang mesti teringin kan nak rasa dessert dari Delectable Treats? Don't worry, ada promotion terbaru dari Delectable iaitu dengan harga RM28, Tea set dari Delectable boleh dinikmati. Haaa.... macaroon tu beb, sedap dia memang tak boleh cakap!! Serius ni!



Apa tunggu lagi. Pi cepat serbu semua website mereka. Harap-harap lepas ni berpeluang lagi untuk sama-sama join event blogger macam ni. Bukan sekadar untuk cantik ke apa, tapi untuk tingkatkan keyakinan diri dan berkenalan lagi sesama blogger kan!!





p/s: I love beauty and inner beauty is the utmost beauty for a woman. *kelas statement!





Monday, April 29, 2013

Penghargaan Dari Adibah Noor

As Salam semua

Berapa hari lepas ada satu forum anjuran PELAKON UM yang merupakan satu badan pelajar yang mengumpulkan para pelajar yang bergiat dalam bidang seni. Forum yang bertajuk Seni : Hiburan vs Kerjaya tu membariskan ahli panel yang memang mantap. Antara ahli panel yang dijemput adalah Prof. Dato Rohana, TNC HEP UM, Pn. Lenny, seorang pensyarah UM, Dato Pengarah JKKN dan Adibah Noor. 

Banyak betul isu yang dibincangkan dalam forum ni yang mana berkaitan dengan hala tuju mahasiswa yang bergiat dalam bidang seni, pengalaman dan kerjasama yang boleh dibuat untuk mengetengahkan lagi bakat para pelajar dalam bidang kesenian. 








Dalam ramai-ramai tu, of course lah Adibah Noor yang menjadi perhatian sebab dia bermula sebagai seorang pelajar TESL dari UKM dan kini merupakan seorang anak seni. Lari bidang kan? So, memang banyak lah pengalaman dia untuk bergiat aktif dalam bidang ni. Dan kebetulan sebelum Adibah Noor datang ke UM, aku pernah tweet dia pasal ramai kawan-kawan aku cakap aku macam Adibah Noor. Kadang kecik hati jugak lah. So, Adibah Noor recognize aku masa sesi Q&A.






Than, aku pun beranikan diri untuk tanya pada ahli panel termasuk Adibah Noor. Soalan aku pada Adibah Noor adalah nak tanya macam mana dia bersaing dengan orang lain yang mana dalam keadaan hari ni anak seni mesti memandang paras rupa dulu berbanding bakat. Dan... jawapan yang aku dapat dari Adibah Noor sangat-sangat menyenangkan hati.


Katanya, ikut apa sahaja bakat dan kelebihan yang kita ada. Jujur lah pada diri sendiri. Tak perlu mengharapkan bantuan dan rupa semata-mata untuk berjaya sebab walau apa pun, maruah diri dan bakat yang sejati menjadi ukuran sebenar.

Jadi sekarang ni, kalau korang nak kata aku sama dengan Adibah Noor, aku tak kesah pun. Bangga lagi adalah sebab dia seorang yang sangat berbakat besar dan very humble-educated and inspiring celebrity. So, tak kan nak marahkan kalau orang letakkan kita setaraf Adibah Noor. Walaupun memang jauh panggang dari api lah sebenarnya kalau nak di comparekan aku dengan dia kan. Tapi Alhamdulillah kalau orang nampak bakat aku seperti itu.  Itu satu penghargaan tu!!! :)

Lepas habis majlis, tak sangka Adibah Noor sendiri nak bergambar berdua sahaja dengan aku. Dia siap suruh semua orang ketepi lagi. Hahahaah. Nak kite berdua je katanya. And aku sempat bagi namecard Blog Coklateyes pada dia. Such an honored moment for me! Thanks Kak Diba! 



p/s: Jadilah anak seni yang bermaruah, ketengahkan bakat bukan body mahupun rupa semata! **emo kes Zain Saidin yang biadap dalam Masterchef semalam!!!



Friday, April 26, 2013

Bag of Love : The Butterfly Project-Beauty Blogger

As Salam semua

Dua hari lepas, masa The Butterfly Project-Beauty Bloggers announce bahawa para pemenang untuk Tea Party Unboxing Bag of Love akan terima email malam tu, satu malam aku tak tidur. Sampai pukul 3 pagi aku tunggu. Even bangun pagi esoknya, check dekat BB pun nampaknya hampa. Emmm... terus dalam hati kata takde rezeki kot nak pergi event ni. Ye lah, sebanyak 400++ penyertaan diterima, 100++ shortlisted dan memang susah aku nak dapat pergi sebab mereka hanya nak 50 orang saje dan untuk event tea party dan review beauty product 20 orang blogger diperlukan. Heheh. Takpelah takde rezeki kan. :( 

Than suddenly, aku nampak TBP post note di FB untuk umumkan nama pemenang. Walaupun tahu nama tak tersenarai tapi tengok jugaklah... mana tahu ada blogger yang aku kenal kan...


Wei...wei.. memang ada yang aku kenal pun!!! 


Tu tu yang nombor 8 tu!!! Fuhyoh fuhyoh!!!! 



Melompat gembira aku time tu!!! Alhamdulillah terpilih untuk ke Tea Party & Unboxing Bag of Love di Delectable by Su kat Paradigm Mall esok pagi. Gembiranya aku bukan kepalang. Dahlah competition sangat tinggi. Mostly yang masuk semua hantar entry in English, dan ini adalah first time aku join hantar entry, in BM pulak tu. Sangat tak sangka. Heheheh :) Alhamdulillah!!! 

Jadi, tunggu lah esok aku akan review event dan Bag of Love tu. Moga semuanya dipermudahkan sebab aku tak sure sangat jalan ke Paradigm Mall, baru sekali je pergi sana. Dan itu pun Akim yang drive. Nak mintak Akim hantar dia keje pagi. Huhuhu. Nanges kejap. Eh takpelah. Tawakal je. Kena keluar pagi lah kot incase sesat ke apa kan. Harapnya tidak lah!!! Petang ni Akim nak bawak pi sana dulu. Ajar jalan. Heheheh :)

Happy gila wei.... 




p/s: Walaupun tuan blog tidak rupawan, dapat peluang reveal beauty product satu kebanggan!




Video Bukti Lane Motosikal Di-Anak Tirikan

As Salam semua

Baru ni kita semua dikejutkan dengan kemalangan yang berlaku di Federal Highway (Kg.Jawa) yang mana seramai 5 orang pengguna jalan raya (motosikal dan kereta) maut dalam nahas tersebut. Orang selalu salahkan pengguna motosikal bila kemalangan berlaku. Macam-macam yang orang cakap. Kata mereka mat rempit lah, bawak tak ikut peraturan lah, dan ada juga yang cakap "Eh apasal mereka tak ikut lane motosikal? Orang dah siapkan lane, nak jugak ikut lane ada kereta, lori semua. Padan muka eksiden!"  Mudahnya masyarakat kita menghukum orang. Tahu tak apa sebab mereka guna main lane? Kalau fikir, mana ada orang yang nak berdepan dengan kenderaan besar sedangkan diri hanya naik motosikal je. 

Baiklah. One of my classmate masa di high school came up dengan video ni. Video yang memaparkan betapa lane motosikal sangat-sangat-sangat teruk keadaannya dan memang mengundang bahaya. 




Walaupun ada komen yang kata penggunaan handphone masa menunggang motorsikal itu salah dan berisiko, tapi aku nak pertahankan kawan aku ni. Kalau kita tak buat macam ni, mean rakam keadaan sebenar sebagai bukti, macam mana kita nak buktikan pada pihak berwajib keadaan tersebut. Kalau setakat cakap, mungkin mereka tak ambil peduli atau lambat untuk bertindak. Jadi kawan aku ambil risiko tersebut. 

Banyak sangat masalah yang wujud di lane motorsikal. Kehadiran mereka dalam trafik Malaysia seperti tak dipedulikan, padahal mereka pun bayar cukai jalan. Nasib mereka tak pernah dipeduli. Bila aku kat highway, selalu aku perasan dan kesian pada penunggang motosikal. Walaupun kadang-kadang ada segolongan yang buat aku geram, tapi kebanyakan mereka bertarung nyawa sebenarnya di atas jalan. Dan untuk makluman mereka sebenarnya sedang cuba membantu mengurangkan kesesakan lalulintas. Can you imagine kalau semua penunggang tu pun bawak kereta? Haaa kan tambah lagi kereta. Lagi jammed! 

Seperkara lagi yang aku banggakan, kehadiran video ni di kala hampir pada pilihanraya. Aku setuju dengan tindakan kawan aku ni sebab di video tersebut dia tagged kesemua pemimpin setiap parti. Sebab benda yang berkaitan public interest ni confirm akan menimbulkan isu sensitif dan perbalahan sesama parti politik. Jadi dengan bertindak macam tu... pada who ever pemerintah, fikirlah keadaan dan keselamatan rakyat. Jangan hanya fikir kerusi empuk anda seorang!!! 


Tahniah Azree. 



p/s: kita perlukan lebih ramai muda belia yang berani kerana benar macam ni :)




Thursday, April 25, 2013

Banjir Kilat Sekitar Universiti Malaya Semalam

As Salam semua

Since ada masa terluang sikit ni, meh lah update mana yang ada dulu. Gambar dalam kamera abaikan sekejap. Teaser tu simpan dulu ek. 

Ok, semalam di UM berlaku banjir kilat. Seriously cuak gila. Hujan lebat lebih kurang pukul 4 macam tu. Masa tu aku dengan Akim di Ikea sebab beli barang rumah sikit. Even, dekat Ikea tu pun dua-tiga kali black out sekejap-sekejap. Cuak sangat. Than masa balik ke UM, kiteorang nak melalui KL Gate sebab nak ke Pantai Dalam. Tuuuu dia jammed teruk gila. Rupa-rupanya, kat bahagian depan dah banjir teruk. Dalam sampai paras lutut macam tu. Sungai Anak Batu yang berada di dalam UM dah melimpah keluar. 





Sangat-sangat takut bila tengok gambar tu kan. Sebab selama ni Sungai Anak Batu tu tak pernah pun melimpah keluar sedasyat ni. Sungai tu masih dalam lagi. Hujan pun tak sampai sejam tapi air naik mendadak. Paling kesian kereta yang tersangkut dalam banjir tu lah. One of my friends pun kena sebab masa tu dia parking berdekatan post guard tak jauh dari situ. Dengar ceritanya, kos nak baiki boleh sampai 7-8 ribu. Gulp!!! Menangis aku dengar! 



Semua tu ujian Alah. Ujian bencana alam ni mengingatkan kita manusia pada banyak perkara! Beringatlah. 




p/s: KL selalu banjir kilat kan. Pembangunan tak terancang mungkin? 



Teaser Meet The Idol

As Salam semua

Mula-mula plan nak update blog pagi ni. Ada 3 cerita. Satu pasal banjir kilat yang berlaku kat UM semalam, kedua pasal tea party dan satu lagi pasal meet the idol malam semalamnya. Sapa yang follow facebook mungkin dah tahu dah sapa yang aku maksudkan tu. Tapi, yang tak bestnya tak bawak usb camera. So tak boleh nak upload gambar ke laptop. Nanges sekejap! T____T 

Aku bagi teaser je dulu boleh tak?? Nanti baru aku cerita satu-satu ok. :)


Seriously, I'm really proud of her. Kecantikan takde makna tanpa keyakinan! :)


Till then... nanti sambung ok!



p/s: banyak event sampai Mei nanti. Mei?? Sounds good huh!



Wednesday, April 24, 2013

Gambar Masterchef Selebriti Musim 2 Ep.4 [Keroz Tersingkir!]

As Salam semua

[ADVERTORIAL] 

Malam tadi berlangsungnya episod MS2 yang penuh debaran. Cabaran luar untuk dua kumpulan Biru yang diketuai oleh Cellina dan Merah oleh Norish Karman telah berentap dalam menyediakan juadah bertepatan tema Kenduri Kendara. 

Dan hari ni.... jeng jeng jeng....



Keputusannya berpihak pada Kumpulan .....

Biru (NK) untuk menjuarai dan memikat hati para juri. Tahniah! Tahniah!!! 


Dan ini bermakna Kumpulan Merah (Cellina) akan meghadap para juri dan melalui proses penyingkiran. Aiyoooo... dah lah ada Pak Nil dalam tu. Cuak aku wei! Cuak gila. Tambah cuak dan seram lagi adalah... juri meminta Cellina yang bertindak sebagai ketua kumpulan untuk menghantar 5 orang ahli pasukannya yang dirasakan lemah untuk melalui proses penyingkiran. Seriusly beb, it is tough decision. Bukan senang kita nak singkirkan ahli sendiri kan. Tapi, apakan daya Cellina terpaksa memilih iaitu : 
  1. Pak Nil
  2. Che Ta
  3. Keroz
  4. Syanie
  5. Afiq Muiz

Kelima-lima selebriti ni akan melalui penyingkiran yang mana cabarannya adalah melalui pantri terbuka dan kena hasilkan juadah pengat. Haaaa juadah Melayu lagi ni! Pengat sapa pulak yang menyengat dan kurang menyengat?

Pengat Kepompong Sutera by Syanie

Pengat Cha Cha oleh Pak Nil

Keputusannya sebentar tadi adalah Keroz terpaksa melangkah keluar mengikut jejak langkah Yassin.


Pengat Masih Ada Yang Sayang tadi kelihatan sedikit gelap warnanya akibat daripada gulanya yang hangus. 


Walau apa pun sebanyak RM 1000 telah disumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia oleh Keroz melalui Masterchef Selebriti Musim 2. Jadi, kita tunggulah apa cabaran yang bakal dihadapi peserta lain! Seronok kan masak-masak ni.



p/s: Mak saya adalah masterchef saya! :) 



posted by www.coklateyes.my


Tuesday, April 23, 2013

Gambar Masterchef Selebriti Musim 2- Ep.3 [Cabaran Luar Dengan Tema Kenduri Kendara]

As Salam semua

[ADVERTORIAL]


Disebabkan sekarang dah sampai episod ketiga, terus cepat-cepat update MS2 episod 3. Untuk cabaran kali ni, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan biru dan merah. Kumpulan Biru diketuai oleh aktres Norish Karman dan kumpulan Merah pula diketuai oleh Cellina sebagai pemenang Ujian Cipta Rasa.



Tema cabaran kali ni adalah kenduri kendara yang mana mereka dicabar untuk memasak beberapa jenis masakan mengikut diet yang seimbang iaitu 1 kanji atau nasi, 2 protein, 1 sayuran, 1 pemanis mulut dan 1 minuman. Lagi tambah sengit, mereka perlu menyediakan hidangan untuk 150 orang dalam masa 3 jam.





Huiih dalam masa 3 jam tu, macam-macam gelagat ada. Ramai yang memuji kerajinan Radhi OAG yang mana dia dilihat sangat pantas bertindak sebagai runner dan bekerja dalam Kumpulan Biru. Untuk Kumpulan Merah, Che Ta mendapat perhatian sebab keasyikannya memotong bahan masakan sampaikan terluka tangan. Masa paramedik datang merawat luka, kelihatan Zain Saidin menjeling pada Che Ta. Risau lettew kan!!! 


Dan inilah adalah hasil masakan mereka selama 3 jam. Memang mengancam. Kecur air liur tengok masing-masing punya presentation. Sebab ye lah, lauk kenduri kan. Tapi, undian bukan berdasarkan pihak juri. Undian kali ni dilakukan oleh para kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia yang turut menjadi penaja lokasi episod kali ni.


Hidangan dari Kumpulan Biru
Hidangan Kumpulan Merah
Jadi pasukan mana yang akan ke pusingan penyingkiran? Dan pasukan mana yang menambat hati para juri? Kena tunggu episod 4!!! Nantikan....ehem...korang rasa sapa menang? 




p/s: Bekerja berkumpulan kena banyak toleransi


Posted by www.coklateyes.my


Gambar Masterchef Selebriti Ep.1 & 2 [Enot Menang, Yassin Tersingkir!]

As Salam semua

[ADVERTORIAL]

Mungkin agak terlambat untuk aku mengikuti Siri Masterchef Selebriti 2 (MS2) yang telah pun menginjak ke episod 2 hari ni. Penuh twitter, blog dan facebook dengan 1001 cerita, keletah para selebriti di dapur. Biasalah bila mana masa menjadi taruhan, masing-masing mulalah tunjuk skill untuk menang. Mempamer kehebatan di depan chef terkemuka Malaysia Chef Jo, Chef Adu dan Chef Zubir. Seramai 19 orang selebriti telah terpilih untuk mempamer bakat masing-masing. 



Bila tengok background masing-masing, takde sapa tahu apa kelebihan sorang-sorang selebriti ni. Tapi yang penting kemampuan mereka mesti ada kelebihannya sebab tu terpilih untuk masuk MS 2 ni kan. Setiap selebriti yang terpilih ni mewakili badan kebajikan masing-masing yang mana wang terkumpul sepanjang mereka berada di MS2 ni akan disumbangkan kepada badan kebajikan tersebut. 

[EPISOD 1] 

Untuk episod pertama, cabaran yang diberikan kepada para peserta adalah cabaran cipta rasa. Di episod pertama ni, semua peserta diberikan gambar rakan seleberiti yang lain sebagai contoh Pak Nil dapat gambar Enot dan mereka dikehendaki untuk mencipta sajian berdasarkan gambar selebriti yang diberikan. Hehehe. Kelakar pun ada jugak. Ye lah, macam-macam kan interpretasi orang pada seseorang yang lain. 

Hidangan Enot yang memikat hati juri [Suaka Cinta vs Puaka Cinta]

Hidangan Cellina [CreamyTomato Angel Hair Pasta with Butter Garlic Prawn and Grilled Capsicum] 

Walaupun skill masa episod pertama dah mencabar, tapi para selebriti tak cuak lah. Untuk episod pertama pusingan pertama, Enot telah dinobatkan sebagai pemenang. Manakala pusingan kedua pengacara Cellina telah memenagi hati juri dengan juadahnya. Hmmm boleh tahan kan! Dan ada selebriti yang bakal melalui proses penyingkiran. Siapa dia? UNTUK VIDEO FULL EPISOD 1 ----- klik sini-----


[EPISOD 2] 


Episod 2 memeranjatkan sebab ingatkan tiada penyinkiran berlaku. Seramai 5 orang selebriti melalui pusingan penyingkiran. Selebriti tersebut adalah Zain Saidin, Yassin, Sabhi Sadhi, Radhi OAG dan Kenchana Dewi. Untuk penyingkiran mereka kena masak hidangan berasaskan ikan, dan akhirnya hidangan Yassin iaitu "Ikan Goreng Berat Sebelah" tidak memikat hati juri. Jadinya, Yassin merupakan selebriti pertama yang tersingkir.

Hidangan Yassin [Ikan Goreng Berat Sebelah]

Dengar khabarnya ada sikit drama dan telenovela di dapur MS2 ni. Eh, sapa lagi kalau bukan dari pasangan yang panas bercinta tu si Che Ta dan Zain Saidin. Rata-rata komen katanya meluat dengan perangai Zain. Kenapa pulak gitu? Kita tunggu next episod ok! 



p/s : Lapar wei tengok makanan sedap-sedap! 



Posted by www.coklateyes.my 


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork