Friday, May 31, 2013

Fight For My Right Against SONY Malaysia (Part 2)

Assalamualaikum semua

Hari Jumaat. Hari Barakah dan aku memohon semua pembaca dan pengunjung Blog Coklateyes untuk mendoakan agar Allah memudahkan urusan aku dan memberi kemenangan di pihak aku untuk kes ini. Insya-Allah.

Untuk membaca PART 1 ---- SILA KLIK SINI

Dan hari ini, kisah sambungannya. Email yang aku balas pada mereka.



Salam sejahtera

 Terima kasih atas email yang TELAH LAMA saya tunggu ini. 

Ingin saya nyatakan bahawa status saya adalah seorang pelajar dan bukannya dari golongan yang senang. Saya membeli laptop tuan kerana SAYA YAKIN DENGAN PRODUK TUAN YANG DIWARKAN SEBAGAI ANTARA PRODUK TERBAIK. Atas keyakinan itu, saya sanggup mengeluarkan duit untuk SONY VAIO saya. Namun... Setelah hampir 2 bulan menunggu case saya untuk disiasat, adakah semudah ini laporan penyiasatan itu? Yang akhirnya menyebabkan saya kena bayar RM 400 untuk penggantian skrin. 

Saya ingin jelaskan, bahawa saya TIDAK MEMPUNYAI DUIT SEBANYAK ITU dan saya TIDAK AKAN MEMBAYAR APA-APA bayaran untuk penukaran skrin kerana beberapa sebab : 

Pertama sekali Berdasarkan daripada email tersebut, pihak Sony HANYA menyatakan bahawa terdapatnya 'Internal Crack' yang berlaku pada skrin laptop saya. Tetapi TIDAK DENGAN JELAS MENYATAKAN PUNCANYA, apakah sebabnya? Kenapakah tidak dinyatakan sebabnya? Sedangkan di pihak saya tidak terdapat sebarang jatuhan, impak benda berat mahupun benda tajam? Bagaimana internal crack ini boleh berlaku sedangkan saya menjaganya dengan baik. Dan disebabkan ketidak telusan sebab mengapa pula saya perlu membayar ganti rugi nya? 

Kedua PRODUK INI MASIH DI BAWAH WARRANTY yang mana ketika pembelian, wakil anda di SONY CENTRE KLUANG, JOHOR menyatakan apa sahaja kerosakan dalam tempoh warranty akan dibaiki secara percuma. Dan disebabkan terma tersebut saya yakin dan balik pada wakil anda. Malangnya, bila keadaan ini terjadi, dengan mudah anda meminta saya wang pembayaran. Jadi, warranty saya apa gunanya? Ditambah pula, kerosakan ini BUKAN BERPUNCA DARI SAYA. Mungkin nasib saya malang kerana mendapat produk ini dan adakah ini membuktikan produk anda tidak bagus

Ketiga, dua bulan saya MENANGGUNG KEPAYAHAN & KESUSAHAN untuk melakukan tugas sebagai pelajar akibat ketiadaan laptop dan segala dokumen saya di dalam itu. Saya terpaksa menggunakan komputer di Siber Cafe, meminjam laptop kawan dan sebagainya dan akhirnya saya masih kena bayar untuk penukaran skrin ini? Bagaimana dengan kesusahan yang saya alami sepanjang tempoh tersebut? Sedangkan, proses yang dijanjikan TELAH DILEWATKAN OLEH PIHAK TUAN akibat daripadapegawai bertugas yang bercuti, ketidak selarasan maklumat antara SONY SERVICE JB, SONY CENTRE KLUANG & SONY SERVICE KL. Di tambah pula, TUGASAN SAYA SEBAGAI SEORANG BLOGGER JUGA TERJEJAS akibat ketiadaan laptop ini. Adakah tuan sedar bagaimana kelewatan kerja di pihak tuanmenyebabkan saya menanggung kepayahan dan kesusahan luar biasa? Dan adakah saya masih perlu membayar ganti ruginya? 

Keempat, AKIBAT DARI KELALAIAN & KECUAIAN PIHAK TUAN, saya sendiri terpaksa follow up kes ini dan pada satu tahap, setelah 1 bulan setengah saya menanti (sedangkan pada email yang diberikan pegawai tuan berjanji hanya memerlukan masa 2-3 hari bekerja saja), jawapan yang dinyatakan oleh pegawai tuan adalah "Laptop saya 'HILANG' dalam simpanan pihak SONY". Dimanakah kebertanggungjawaban pihak tuan dalam kes ini? Dan sekali lagi, adakah berbaloi saya menunggu selama ini dan akhirnya saya masih lagi perlu membayar RM 400 untuk penukaran skrin laptop saya ini? 

Kelima, WAKIL SONY CENTRE di KLUANG, dengan senang hati meminta saya bayaran RM 650 untuk pembayaran penukaran skrin tanpa membantu saya untuk melanjutkan kes ini kepada pihak SONY SERVICE KL. Dengan mudah, tanpa nada mesra dan simpati  dan langsung tanpa memikirkan keadaan saya sebagai pelanggan nya, dia memberi kata dua pada saya. " Sama ada you bayar RM 650 dan kami betulkan atau you angkat balik ini laptop!". Adakah itu layanan sebenar kepada pelanggan setia yang telah membeli banyak produk tuan secara CASH? Dimana budi bicara pihak tuan? Malahan, lebih sedih... saya sendiri yang TERPAKSA CALL dan URUSKAN kes ini di antara SONY CENTRE KLUANG dan SONY SERVICE KL. Kalau saya tak buat begitu, kes ini terbiar macam tu saja. Malahan sewaktu saya call SONY CENTRE KLUANG, laptop saya yang didakwa "hilang" itu sebenarnya telah ada di kedainya beberapa hari. Namun, pihak SONY CENTRE KLUANG langsung tak telefon saya menyatakan perkara tersebut? Adakah tuan sedar, betapa pihak SONY telah menyusahkan pelanggan setianya yang membeli secara direct dengan wakil jualan tuan yang SAH dan secara CASH? Adakah saya masih perlu membayar RM 400 itu? 


Setelah 5 bukti saya nyatakan, saya memohon jasa baik, belas kasihan, budi bicara serta pertimbangan akal waras pihak SONY MALAYSIA untuk menukar skrin laptop saya TANPA SEBARANG BAYARAN dikenakan. Ini adalah jika dibandingkan kesusahan dan kepayahan yang saya lalui, RM 400 itu bukan sebenarnya meringankan bebanan saya, malahan membuatkan saya bersedih dan menambah masalah dan bebanan saya. Adakah tuan fikir dengan pengurangan sebanyak RM 100 itu berbaloi untuk perjuangan saya selama ini? Saya betul-betul kecewa dengan tindakan tuan melayan PELANGGAN SETIA TUAN YANG MASIH MEMPUNYAI WARRANTY ini. 

Saya benar-benar memohon tuan menimbang perkara ini dengan seadilnya. Meletakkan diri tuan di tempat saya, memikirkan keadaan saya sebagai pelajar yang mana ayahnya sedang sakit dan kini sebuah syarikat ternama yang menghasilkan produk berkualiti dan menjanjikan kehebatan pada pelanggannya tidak langsung meringankan bebanan saya malahan menambahkan ianya lagi. 

Saya berharap agar kes saya ini mendapat tindakan sewajarnya. Malahan ini juga adalah sebahagian reputasi syarikat tuan. Saya juga tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa saya sebagai pengguna dengan melanjutkan kes ini kepada pengetahuan Tribunal Tuntutan Pengguna dankepada masyarakat awam melalui blog saya dan hebahan akhbar dan media massa. 

Terima kasih. 



Innanie Ariffin




p/s: Moga lembut hati mereka untuk aku. Amin.




Monday, May 27, 2013

Tips Blog : Lompat-Lompat Blog

Assalamualaikum semua

Dalam entry yang dah lama dulu aku publish [Bloglist Tak Sudah-Sudah, Apa Pentingnya?] aku senaraikan beberapa kebaikan yang bakal korang peroleh dengan meletakkan bloglist dalam blog korang. Selama aku berblog ni, memang aku perasan hampir 80-90% blogger meletakkan senarai bloglist dalam blog mereka. Dan hanya segelintir blogger yang tidak meletakkan apa-apa bloglist. 

Ada yang berpendapat, meletakkan bloglist dalam blog hanya akan menambah berat blog, dan mereka meletakkan bloglist mereka di satu page atau blog lain tapi dari pengamatan aku, kebiasaannya agak sukar untuk kita mengakses atau blogwalk dengan cara tu. Sebabnya, kalau aku sendiri... aku prefer blogwalk dengan cara meninjau bloglist kawan-kawan lain. Pada aku macam tu lebih senang dan lebih mudah. 



Aku memang biasa pergi ke blog yang menyenaraikan banyak bloglist. Dari situ secara tak langsung, mana-mana blog yang baru update aku akan terus terjah. Maklumlah pilihan orang kan lain-lain. Semakin banyak blog aku masuk, makin banyak blog pilihan para blogger. Memang seronok lompat-lompat dari satu blog ke satu blog lain. 

So, saranan aku di blog korang ada baiknya diletakkan bloglist. Alaaa tak letak banyak, letak sikit pun jadilah. Tapi biar pilihan blog yang diletak tu sentiasa aktif update. Baru sedap mata kita memandang. Sedap jugak kita terjah nanti kan! :)


Selamat berblog! Oh jangan lupa. Dah blogwalk tu tinggalkan jejak sekali. Supaya mudah kunjungan kembali. 




p/s: Insya-Allah mood blogwalk kembali! 




Review : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah. Memang Terbaik!

Assalamualaikum semua

Semalam lepas pergi kenduri kahwin teman adik habiskan baucer buku dia. Buat yang masih berbaki lagi baucer buku, jangan lupa... valid date sampai 31 Mei ni je tau. Baik habiskan. Kalau tak rugi je. So, adik aku ada balance RM 50 lagi. Lepas pusing-pusing satu Popular, finally we decide to buy this book. 



Ok, ladies. Buku ni memang sangat-sangat bagus. Sangat lengkap untuk seorang perempuan muslimah. Banyak persoalan, perbincangan dan dilema wanita dijelaskan dengan baik dalam buku ni. Meliputi semua aspek. Dari bab ibadat, munakahat, faraid semua ada. Sebagai contoh, diterangkan dengan jelas hukum menyambung rambut, hukum memakai rambut palsu, adab mandi wajib, adab bersama suami, jenis-jenis makanan yang najis, talak dan iddah, larangan dalam majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. Semua complete dengan hadis dan bukti sahih. Malahan, yang lagi best semua situasi yang diberikan adalah berdasarkan tempoh waktu terkini. 

Harganya pulak RM 55. Tapi masa adik aku beli, ada rebat sebab guna baucer buku, jadi tinggal RM 49.50. Buku ni memang berbaloi sangat beli. Lagipun aku kan adik-beradik semua perempuan. So secara tak langsung, buku ni boleh jadi panduan dan rujukan kiteorang semua. 

Dalam buku ni, pandangan para ulama dan perbincangan sesuatu hukum diperjelas dengan baik. Sebagai contoh, hukum penggunaan contact lens. Kalau dalam entry ni (Hukum Bagi Wanita Yan Memakai Contact Lens Bewarna) mungkin pendekatannya berbeza, tapi dalam buku ni ada penjelasan hukum yang lebih terperinci dan jelas. *Insya-Allah nanti aku kongsi sama-sama.'

Cuma satu je, buku ni agak pening sikit kalau kita nak cari sub topiknya. Sebab dia tak bold kan font yang menjadi sub topik. Jadi kena pandai-pandai cari. Tapi takde masalah pun, tulisannya masih besar dan mudah dibaca. Jangan risau. 

Jadi, secara keseluruhan aku memang sarankan kalau boleh semua wanita muslimah untuk dapatkan buku ni. Memang banyak input dan info berguna. Penjelasan yang terperinci beserta dengan hadis dan ayat Al-Quran sebagai dalilnya. Insya-Allah menyempurnakan hidup kita. 




p/s: Ustazah Sharifah Norhayati pun rujuk buku ni jugak semasa program beliau...



Sunday, May 26, 2013

UM Cares Outing Day : Trip To Johor

As Salam semua

Sabtu dua minggu lepas ada UM Cares Outing Day gitu. Sebenarnya kebetulan salah sorang housemate kakak aku melangsungkan perkahwinan kat JB. So dah alang-alang tu, the whole team nak turun JB sama. Sebagai rakyat Johor yang bangga dengan kepesatan negeri Harimau Selatan tu, aku mestilah kena ikut sama kan. Hehehe. Lagipun, tak meriah lah kalau aku takde. Aku kan penghibur mereka. Ecewah! 

Bertolak dari KL around pukul 7.30pagi. First tempat yang dorang nak singgah is JPO. Hmmm, haruslah orang KL nak singgah JPO. Tak shopping takpe, but at least pernah sampai. Kiteorang sampai kat JPO lebih kurang pukul 12 tengahari. So, sebagai so-called tourist guide. Aku bagi 2 jam je untuk mereka bershopping. Kehkehkeh. Aku takde beli apa pun, sebab minggu sebelumnya baru pi JPO jugak kan. So, takde pulak mengidam nak apa-apa. 


Lepas dah habis kat JPO, terus gerak ke JB. Masing-masing pun perut dah lapar. Bila perut berlagu pilu haruslah kewarasan otak tak menentu kan. Heheh. Jadi Kak Wani (yang pakai tudung pink tu) memang asal orang JB terus bawak kami ke Kg. Melayu Majidee. Yes. Kat situ memang heaven lah kalau nak makan! 

kita mulakan dengan ketua rombongan mak kiah. sedap and so terbaik yeee ABC Special dia
Akak aku memang kaki Yong Tau Foo. Sapa belum merasa YTF Johor, you must! 

Gembira bila perut kenyang diisi

Kerja kuat, study kuat, makan pun kena kuat. Kan? 

Insya-Allah next maybe. Tunggu je lah kan. 


Ehem. masih panas. 


Akmal, pak lawak pak karut dan segala pak lagi. Apa-apa je lah Akmal! 


Hamek kau, penuh dua meja kiteorang punya makanan. Masing-masing suka dengan Yong Tau Foo Johor yang berkuah sup tu. Kalau kat KL kan makan dengan sambal, so bila makan YTF Johor bersup ni semua suka lah. Sedap lain macam dorang kata. Sate pun sama. Memang menggiurkan. Rasa perapan dia yummmy! Lazat tak terkata lah senang cerita. Dan satu lagi tarikan is Otak-Otak Kempas. Orang Johor memang patut bangga dengan otak-otak ni. Kak Zazrene makan sampai 3 bakul. Sedap punya pasal. Maklumlah Perak takde otak-otak kan! Heheheh






Tak cukup dengan tu, lepas solat... Kak Wani bawak kami ke kedai Murtabak Famoud depan masjid Kg. Melayu Majidee. Ok. Walaupun perut agak kenyang melayan YTF, sate dan otak-otak. Jangan risau, ada space lagi untuk murtabak tu. Sumpah sedap lah. Kedai ni memang dah lama dah aku tau. Ayah aku masa dia kerja di JB memang bulan puasa full kiteorang makan murtabak ni. Beratur panjang selalu time puasa!!!



Dasyat kan reaksi masing-masing. Heheheh. Dah sudah semua makan, dorang nak pergi The Zon pulak. Nak beli coklat masing-masing. Sambil tu boleh tengok Selat Tebrau. Actually takde lah murah sangat coklat kat The Zon ni walaupun duty free. Langkawi lagi murah lah. Tapi murah tak murah, aku ter-shopping jugak T___T





Sebelah malam pulak, Kak Wani buat makan-makan untuk sambut birthday mak dan kakak ipar dia. Kiteorang bersyukur sangat sebab Kak Wani sudi bagi tumpang kami semua bermalam di rumah dia. Alhamdulillah. Selesa dan sangat-sangat seronok sebab the whole family memang friendly dan of course lah, jamu kiteorang dengan makanan lagi.


ini keluarga kak Wani. Terima kasih sebab sudi terima kami dan bagi tumpang bermalam di rumah! :)


Ya Allah macam nak meletup perut ni. Banyak makanan. Murah rezeki Kak Wani dan keluarga. Alhamdulillah. Than around pukul 11 macam tu kiteorang dibawak berjalan ke Danga Bay. Ada funfair, tapi tak best pun. Semua just jalan-jalan je. Masing-masing dah penat kan. And esoknya adalah Majlis Sanding Kak Raihan! 







Ya Allah apasal lah comel sangat Kak Raihan ni dengan laki dia. Sweet forever tahu tak. Haish, terus rasa nak kahwin. Haa ni lah masalah aku! Bila aku pergi orang kawen je terus rasa hati ni melonjak gatal nak kawen. Please fateen! Banyak benda nak kena settel! Hahahah :)

Lepas habis majlis, around 2pm kiteorang semua gerak balik ke KL. Alhamdulillah 6.30pm sampai dah. Jammed jangan cakap lah. Lagi-lagi kat area Seremban tu kan. Jammed kemain. Sepanjang perjalanan balik tu, ada banyak jugak eksiden yang kiteorang jumpa. Nauzubillah....

So, pada Kak Raihan, semoga jadi isteri solehah dan cepat-cepat dapat baby tau. We gonna miss you and please jangan lupa kiteorag k!!! :)




Friday, May 24, 2013

Review : Elianto Absolutely Resistence Eyeliner Pen

As Salam semua

Aku dari dulu suka tengok orang pakai eye liner. Bukan yang tebal sangat, suka yang sedang-sedang elok je. Tak nak yang dramatik sangat. Ngeri aih kalau tebal hitam macam budak emo tu ke apa. Tapi satu je aku ni, tangan aku ni parkinson. Payah benar nak buat garis lurus. Haihsss!!Tapi sekarang aku dah jumpa satu eyeliner yang boleh membantu aku untuk pakai eyeliner dengan elok. 


ELIANTO ABSOLUTELY RESISTANCE EYELINER PEN 




Sesuai dengan namanya, Eyeliner Pen... memang betul-betul macam pen. Mudah dipegang dan mudah membentuk garisan ikut kelopak mata kita. Hujungnya yang lembut dan tajam buatkan ketebalan garis yang kita nak diperoleh. Senang je lah nak pakai. Kalau tangan gigil pun, garisan masih lagi ok sebab bentuk brush yang tirus selamatkan kita dari kesan gigil tangan tu. 



Satu lagi perkara yang aku suka adalah dia mudah dicuci. Kau tak perlu sental teruk-teruk. Just letak air sikit and gosok lembut-lembut. Mesti tanggal. So senang lah bila nak ambil wudhuk kan. Tak payah guna eye makeup remover. 


Yang atas ni saje je aku lukis kat tangan, nak tunjuk kat korang macam mana dengan eyeliner pen tu boleh dapat garisan tebal dan halus dengan sempurna. Insya-Allah tak comot. :)

Harga : RM 23.90 (Kalau tak salah lah ye!)

Boleh didapati di semua store ELIANTO.



p/s: penggunaan eyeliner boleh  bagi efek mata besar kan?



Nasib Si Betina Manis

As Salam semua

Dekat rumah aku dah ada dua ekor kucing sebelum ni. Sekor nama Kimi dan sekor lagi nama Glory. Dua-dua aku sayang. Comel sangat!!! So far takde masalah lah sebab dua-dua dah jadi bestfriend nampak gayanya. 

Than baru ni lebih kurang seminggu lebih ada sekor kucing baru datang kat rumah aku ni. Alololo comelnya. Manja pulak tu. Aku syak kucing ni kena buang sebab manja dia tu nampak macam orang pernah bela sebelum ni. Dari pemerhatian aku lah kan, maybe kucing tu dibuang since dia nampak macam tengah bunting. Kesiannya!!! Sampai hati orang tu kan. Kejam gila! 

Kucing ni dari segi bulunya aku tengok dia macam mix bengal dan parsi. Lembut sangat bulunya. Warna pun cantik. Coklat dan kehitaman. Kucing ni tak tahulah dia sesat ke apa, tapi kiteorang biarkan je dia jalan-jalan and kiteorang tunggu jugak kalau-kalau ada orang yang cari-cari kucing. Tapi takde..bila adik aku bagi makan kat Kimi dan Glory, dia pun datang sama mintak makan. Tak sampai hati kiteorang ni.

Manis yang bengis

So finally kiteorang decide nak simpan dia. Letak nama dia, Manis. Walaupun hakikatnya muka bengis. Kehkehkeh. Kepala adik aku lah bubuh nama Manis ni.  Since dia pun manja dan selesa dengan kiteorang. Kebetulan cage Glory yang lama ada lagi. Jadi bubuh dia dalam tu. Bila pagi, lepaskan macam biasa than tengahari dia pandai balik sendiri masuk cage.

Cuma masalah sekarang ni, Glory dengan Kimi macam tak suka dia. Bila nampak je terus bunyik macam nak gaduh. Tapi si Manis ni buat lek je... cool melintas depan dorang sambil main-main ekor gebu lebat dia tu. Lagi meroyan lah Glory dengan Kimi kan.

Jadi, korang ada tips tak macam mana nak baik -kan kucing-kucing aku ni. 
Bagi macam bersaudara? Share please...






Sunday, May 19, 2013

Innanie Ariffin : Si Gadis Analogi @ Citra Orang Muda, Utusan Malaysia

As Salam semua

Boleh dikatakan dalam usia aku berblog dari 2010 ni, semalam  18 Mei merupakan antara salah satu momen terbaik aku. Secara kebetulannya pulak, bulan 5 tahun lepas pun benda yang lebih kurang sama berlaku dalam hidup aku sebagai blogger. Korang tahulah, bulan 5 memang menjadi bulan kesayangan aku di antara 12 bulan. Bulan kelahiran kita lah awak! Sampaikan aku dah berangan lebih ni, sok lusa kalau aku ada kereta sendiri aku dah plan nak gabung nombor 2 dengan 5 sebagai nombor plat. Jadi macam 'S' terbalik gtu kan. Wah!

Ok. Back to topik utama. Cenggini ceritanya. Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang untuk terpilih sebagai salah seorang blogger pilihan untuk sisipan akhbar .COM (Citra Orang Muda), Utusan Malaysia. Ya Allah, kau ingat tak gegar gempita ke darah gemuruh aku bila mana dapat email nak diinterview oleh Lely tempoh hari. Kalau tahun lepas, bulan 5 jugak blog aku keluar sebagai blog pilihan dalam majalah Remaja dan tahun ni di Utusan Malaysia pulak. 

Waktu ditemubual tu, terus terang kata aku memang nervous sikit. Dalam kereta masa on-the-way, dua tiga  kali jugak Akim cool kan aku. Kehkehkeh. Nak bahas ke pidato ke pun tak nervous gini. Bukan apa, bila kau bercakap dengan wartawan ni, skill spontan dan kecepatan otak kau digest fakta dan isi utama diperlukan. Bukan suruh kau twist cerita ke apa tau, tapi jawab dengan penuh yakin dan bernas. Aku tak nak lah jawapan aku tersasar dari soalan wartawan. Dan ingat jugak dalam kepala, perkara-perkara sensitif dan hormat tugas seorang wartawan. Hamboi, kelas jawab macam dah biasa kena interview dengan wartawan kan! Kehkehkeh. 

Mula-mula plan asal, aku nak buat photoshoot tu di Dataran Tunku Canselor (DTC) UM, tapi kebetulan hari  tu ada majlis kat situ so aku pun mintak tumpang rumah Akim. Yes, The Cranberries Crib. Sebagaimana yang dijanjikan, Lely datang ke situ lepas aku dengan Akim dah siap-siap makanan semua. Lely is our first guest kat rumah tu tau. Heheheh. Lely pun segan sebab tak pernah dia interview orang siap makan-makan bagai. Muahahah! Akim punya idea. Ye lah, tetamu kan. 


Dalam artikel tu, ada 5 sub-topik yang dipublish. Actuallya ada banyak lagi. Kau tahulah aku, sekali tanya macam-macam cerita aku boleh keluar. Antara kisah yang dihighlight Lely ialah pasal jaga ayah, kisah gay, komen dan entry inspirasi, undi kali pertama dan pengacara majlis. Yes, of course yang buat mata buntang is kisah gay kan. Bapak aku kat Kluang, call aku gelak-gelak "Are your serious get into this kind of business?". Ye lah selama ni dia tak tahu pun aku blog pasai apa. Hahahah. "Yes, ayah. I am the perempuan who loved this business! The Gay business!" Kehkehkeh. Bukan apa, sebab seriously beb, its too much! And I can't take it anymore. So, I must do something. Aku harap entry Satu Malan Dengan Gay tu terus mendapat perhatian untuk kaum itu jika niat ingin berubah ada! Aku alu-alukan!!! Dan Insya-Allah aku  sudi membantu. 

Kau tahu, masa tu aku tak terfikir apa pun bila tengok muka sendiri kat paper. Aku tak terfikir pun nak bangga ke apa. Tapi aku fikir "Betul ke apa yang aku buat ni?". Aku pun manusia, macam aku cakap selalu... banyak cacat dan lompangnya. Layak ke aku untuk menginspirasi orang sedangkan aku sendiri kadang tenggelam timbul. And then, hati kecik aku sendiri pesan kat aku. "Every single moment happens for a reason! And today, this article also have its own reason!" Allah hai memang sungguh. 

Di sebelah petang, ayah aku call... "Ateen, ayah baca dekat 5-6 kali surat khabar hari ni!" suara lain macam. Ehem. Aku bila gitu, mula lah bergenang kan. Aku tahu hati kecik ayah berbangga sebenarnya. Ye, kalau kau nak tahu, aku adalah anak yang selalu mengecewakan mak ayah aku. Banyak je benda dari dulu sampai sekarang yang aku rasa aku looser di mata mereka. Tapi yakinlah... seorang ayah dan mak akan gembira bila melihat anaknya gembira. Dan yakinlah, apa saje yang dibuat dengan barokah dan restu mereka... pasti ada hasilnya. *sebak kejap. lap air mata pakai hujung jari. 

Malam pulak, jumpa room mate. Aqeela Faisal. Ya Allah, budak ni kau tengok macam biasa je tapi kekuatan dalaman dia memang power. Selalu bagi aku semangat. Selalu buat aku fikir betapa hebatnya hidup kita ni. Dia baca artikel aku, than tiba-tiba dia menangis! Wei, drama kau Qeela. Heheheh. Dia terharu part cerita ayah aku. Heheheh. Dia terfikir, kalau dia kat tempat aku kuat ke dia untuk lalui semua tu. Nope Qeela. Bila orang yang kita sayang jatuh sakit... takde istilah kuat atau tidak. Ia adalah semangat. Kau punya inner-spirit akan keluar sendiri. Build up confident sendiri dan yakin dengan jalan yang kau bakal lalui. Susah senang, semua ada hikmahnya. 

And again, kau realize tak... everything happen for a reason. And this article have its own reason. 

Semua tu dah ditakdirkan Allah, kita manusia adalah perancang. Dia juga Maha Menentukan. Keyakinan sebenarn memang wujud dalam diri setiap dari kita. Semua sama levelnya. Kuatnya, tingginya semua sama. Tapi yang membezakan adalah seberapa lama kita bertahan. Ketahanan kita yang menentukan jumlah turun naiknya.


Aku bersyukur sebab bukan sekadar di realiti aku punya insan-insan yang postif dan baik hati sebab sudi menyokong jatuh bangun aku, tapi di alam maya jugak aku punya ramai kawan begini. Yang lebih ikhlas dan lebih jujur sebab mereka semua hanya mengenali getus hati aku. Kata-kata yang terluah di skrin komputer saje. Dan itu semua bukan penghalang untuk terus menginspirasi! To be honest, di usia ni memang macam-macam aku jumpa manusia segenap perangai. Rencam. Ada baik dan ada tidak. Tapi itu semua bukan masalah. Yang baik kita jadikan baik, yang buruk kita beringat!



p/s: Terima kasih buat semua teman yang ucap tahniah dan bagi kata-kata semangat. I need that spirit! :)



Thursday, May 16, 2013

Menangani Komen Haters & Unknown Di Media Sosial : Cara Anjuran Islam

As Salam semua

Dalam dunia media sosial hari ni terutamanya blog, dah banyak kes yang aku dengar melibatkan anon/haters dan segala macam manusia yang  malu mempamer nama sebenar kerana takut dikatakan berhati busuk. Alhamdulillah, selama aku berblog ni takde pulak aku berdepan dengan insan-insan macam ni. Kalau ada pun, setakat ni aku anggap mereka sebagai insan yang menegur untuk kebaikan. Insya-Allah bersangka baik lebih elok kan. 

Beberapa hari lepas, aku baca buku Ustaz Zaharuddin "Ledakan Facebook : Antara Pahala & Dosa". Memang banyak perkongsian dan pedoman yang beliau berikan dalam buku tu. Sungguh. Islam tu agama yang syumul. Agama yang memenuhi tuntutan kehidupan pada bila-bila masa sekalipun. Hinggakan ke zaman siber ni pun, cukup lengkap segala peraturan dan adab dalam bersosial di alam maya. Salah satu yang diselitkan adalah bagaimana untuk menangani komen dari haters/unknown semua ni. Atau mungkin komen-komen yang menimbulkan provokasi. 



Ini ada beberapa panduan daripada buku tersebut dan ada jugak yang aku tambah berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku sendiri. Insya-Allah mana yang baik, korang gunalah ok. 


1. Sekiranya ingin dibalas, bertenang dan balas dengan kata-kata yang lunak. Namun, bagi melaksanakannya tidak mudah tanpa kesabaran yang tinggi. 

  • Ini cukup jelas dalam Surah Al-Furqan, ayat 63 : "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik."
  • Aku pernah mengamalkan benda ni. Pembaca blog aku  menegur aku tentang cara berpakaian yang kelihatan agak ketat. Tapi aku tak melenting, cuma aku terangkan keadaan sebenar yang aku hadapi sebagai seorang plusize. Dan bermula situ, aku cuba perbaiki diri dan Alhamdulillah sekarang dia menjadi pembaca setia blog aku. Terima kasih! :) 

2. Abaikan saja atau delete!
  • Ini merupakan salah satu jalan yang paling selamat. Kata orang tak kan api perlu dibalas api. Api perlu dibalas air. Baru reda. Aku pun perasan, lagi-lagi kalau kat You Tube tu semua, satu komen yang beremosi mulalah timbul berpuluh-puluh komen yang emosi jugak. Tak berhenti. Siap berbalah dalam komen semua bagai. Apa guna? Takde dapat apa pun kan. 
  • Tapi jangan lupa, bila kita delete comment yang diberikan, ini menunjukkan seolah-olah kita penakut atau berlagak good-good je. Apa kata korang publish jugak komen macam ni, tapi jawab komen mereka dengan penuh berhemah. Cukuplah sekadar dibalas sekali. Tak perlu berbalas-balas sampai beratus comment. Tak perlu dilayan dan diberi muka sangat!

3. Komen sekadar untuk publisiti atau glamor. 
  • Ada sesetengah komentator/haters/unknown yang memang memberikan komen untuk tujuan mendapat populariti. Lebih-lebih lagi jika komen di blog, facebook atau you tube yang mana mendapat trending dan perhatian masyarakat. Jadi kita sebagai admin page/blog perlu bijak untuk menilai agenda setiap komen. Ada komen yang memang jujur memberi pendapat dan bertanya soalan. Tapi ada jugak yang bersifat provokasi dan ibarat cuba mencurah minyak ke dalam api. 

4. Ambil yang positif , bersangka baik dan lapangkan dada. 
  • Sebenarnya ada jugak anon/haters yang bercakap betul. Bukan untuk provokasi atau menjatuhkan reputasi dan maruah seseorang. Mereka menggunakan nama anon dan sebagainya adalah demi menjaga hati pemilik laman sosial tersebut. Kata orang menegur dengan beralas. Tapi perlu diingatkan, dengan menggunakan nama samaran anon bagai, pengomen jugak perlu lah menegur secara berhemah. Memberi komen dengan baik dan jangan beremosi sehingga keluar kata-kata kesat. *walaupun aku faham bila emosi tak terkawal, mula lah mulut mencarut bagai kan!* . Dan sebagai yang dikomen, lapangkan dada. Cermin dan perhati komen tersebut. Mungkin apa yang ditegur itu ada kebenarannya. Perbaiki dan cuba jadi yang disenangi. 

5. Kita semua bukan sempurna. 
  • Ini perlu jelas. Takde orang pun yang perfect10 sekarang ni. Apatah lagi dalam dunia media social hari ini. Memang banyak karekter manusia di belakang skrin komputer tu. Ada banyak interpretation yang bakal berlaku dengan hanya satu perkara saje. Kalau betul, kita salah... jangan malu mohon kemaafan. Buat pembetulan. And again, jangan diulang salah tu dan berhati-hatilah selepas itu. Berfikir secara waras dan jauh sebelum buat sesuatu di alam maya. Zaman sekarang, sekejap je boleh tersebar kan. 



Yang terakhir, aku suka pesan dari Nabi kita ni :

"Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada Mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." 

(Direkod oleh Al-Bukhari, At-Timizi dan Ahmad : Hadis Sahih) 



p/s: Sama-sama kita bertenang bila berhadapan dengan orang sebegini. 



Bukan Sekadar Cikgu

As Salam semua




Khas buat semua pendidik yang mengenali aku :)

1. SK Batu 3 (1996-2001)
2. Sek Tinggi Kluang (2002-2006)
3. Sek. Agama Kg. Tengah 
4. SMK Sultan Abd Jalil (2007-2008)
5. Universiti Malaya 


Selamat Hari Guru, Cikgu. You are the best teacher I ever met! 



Tuesday, May 14, 2013

Peniaga Makanan, Tolonglah Jangan Kejam Sangat Pada Pelanggan!

As Salam semua

Entahlah apa sebab hari ni. Kena mandi bunga ke apa gamaknya. Dua kali aku rasa diperbodohkan sebagai customer. Sakit hatinya bila orang senang-senang je nak makan duit kita. Geram tahu. Geram rasa nak tumbuk dinding. 

Tadi tengahari dah lah aku bertegang urat dengan Sony Malaysia. Sampai aku nangis-nangis bagai. Aku memang jenis macam tu. Kalau aku dah tak tahan,  terlampau geram, laju je air mata aku ni tumpah. Bukan nak nangis sangat pun sebenarnya and kalau boleh aku tak nak lah nampak looser depan orang kan, tapi dah itu reaction body aku. Nangis sebab geram. Yes, sapa kenal memang dah tahu dah. Aku nangis sebab geram. Bukan sebab nak nangis. 

Ok, back to my main topic. Lepas aku dah pum-pang-pum-pang kesat hingus dengan air mata... aku terus call Akim. Aku cakap aku stress and please take me. Aku tak tahu lah nak pi mana, tapi aku tak nak duduk bilik. Geram rasa macam nak kena luahkan jugak geram aku ni. Tak lama lepas tu, Akim amik terus bawak pi makan. Dia tahu aku tak makan satu hari. Habis je kelas semua, terus uruskan kes laptop aku. 

Kiteorang just makan kat stall biasa je tepi jalan area Pantai Hillpark tu. Malas jauh-jauh. Hujan some more. So, aku order nasi goreng seafood dengan air sirap bandung and Akim order nasi goreng pataya dengan air asam boi. After a few minutes sampai makanan. 

Ya Rabbi!!! Ya Allah mengucap panjang aku beb. Sungguh. Aku rasa stress aku yang dah nak hilang tadi tu datang balik. Aku dah lah lapar, ada jugak aku makan sorang-sorang orang kedai ni. 

For RM 5.50 sepinggan nasi goreng seafood, aku boleh habiskan dengan 6-7 suapan je!!! SIKIT GILA  KAU TAHU!!! Its like separuh senduk nasi yang kemudian dileperkan atas pinggan! Aku terbeliak mata tengok. Wei, harga kau RM 5.50 kau tau. Bukan RM 3.00. Aku kaut nasi tu ketepi... and seriusly tak sampai 1/3 pun dari pinggan makan tu. Again. Aku geram. Aku nangis lagi. 



WAHAI PENIAGA MAKANAN SEKALIAN ALAM!!!

KAU DENGAR LAH SINI ELOK-ELOK. INI PESANAN DARI AKU, 
SEORANG PELANGGAN. 

KAU DIBERIKAN SATU KELEBIHAN IAITU AIR TANGAN KAU YANG SEDAP. ORANG DATANG KEDAI KAU UNTUK MAKAN. DAN MAKAN ITU ADALAH SUMBER KEKUATAN, SUMBER KEBAHAGIAAN DAN SUMBER TENAGA JUGA. ORANG MAKAN SEBAB LAPAR DAN ORANG BILA MAKAN MESTI NAK KENYANG. JADI, APASAL KAU KEJAM SANGAT CATU MAKANAN TU SEDANGKAN HARGA YANG KAU LETAK TAK SETANDING DENGAN PORTION YANG DIMASAK.

 KENAPA PERLU MENIPU PELANGGAN? KENAPA SEWENANG-WENANGNYA KAU BUAT BEGITU. APA KAU TAK FIKIR KE, KALAU KAU DITEMPAT PELANGGAN, DATANG DENGAN KELAPARAN DAN BERHARAP MAKANAN YANG DIPESAN AKAN MENGENYANGKAN, TAPI BILA SAMPAI.... SUBHANALLAH... SEDIH!!! APA KAU RASA BAROKAH KE REZEKI DUIT YANG KAMI BAYAR PADA KAU TU SEDANGKAN MATLAMAT UTAMA DAN KEPUASAN PELANGGAN KAU TAK CAPAI? 

KAU FIKIR LAH SENDIRI. 
CUBA LETAK TEMPAT KAU SEBAGAI CUSTOMER YANG LAPAR. 


SEKIAN TERIMA KASIH!



Dan disebabkan rasa dikhianati dengan bayaran yang aku tak redho RM 5.50 tu, aku terpaksa beli Uncel Bob sebab aku masih lapar. So kau nampak tak its like total lost korang dua kali! Kau rasa tak dia macam jilake gila babi kan teraniya gitu sekali. Kejam dowh. Kejam!!! 



p/s: aku sumpah kedai tu lingkup tak lama lagi! geram T__________T

Fight For My Right Against SONY Malaysia! (Part 1)

As Salam semua

Baru lepas nangis sebab geram sangat! Takde mood langsung terus hari ni. Kau baca dan nanti aku update lagi. Sumpah aku memang mengamuk kat phone hari ni. 



Satu per satu kelemahan mereka sebagai customer service aku detect... dan waktu tu aku attack!!! Kau jangan ingat jual benda main sedap je mahal-mahal. Risiko untuk customer servicenya pun bertambah tahu!!! Kau ingat aku senang-senang nak keluar duit lagi? NO WAY!!!Aku akan update lagi. Ada banyak pembohongan dalam sesi CUSTOMER SERVICE yang diagung-agungkan oleh company jualan!



aku rindu vaio aku...hukhukhuk....



P/s: SONY. MAKE BELIEVE.
 YOU WILL BELIEVE WHO'S YOUR CUSTOMER NOW!!!



Friday, May 10, 2013

Mini Garden Di Balkoni & Elemen Hijau Dalam Rumah | The Cranberries Crib

As Salam semua

Hari ni pulun lagi update entry. Internet nampak memberi kerjasama dan idea jugak datang mencurah-curah. Okeh, sambung last part untuk The Cranberries Crib boleh. Kali ni nak cerita pasal mini garden pulak. Buat siapa yang terlepas, ada dua entry sebelum ni. Boleh rujuk arkib blog kat sidebar. 

Baiklah, aku seorang pencinta alam. Elemen paling aku suka dalam sesebuah rumah adalah air dan hijau. Macam tu jugak dengan Akim. Mana je rumah dia sebelum-sebelum ni mesti dia akan buat satu mini garden. Serius wei, bunyi air tu tenang dia memang mengasyikkan. So, Akim pun decide nak buat mini garden kat balkoni rumah. 

Mungkin cabarannya yang dilihat adalah ruangan balkoni yang tak besar mana. Aku tengok balkoni rumah yang lain, kebanyakkannya jadikan balkoni sebagai tempat sidai baju dan mungkin tempat duduk-duduk. Adalah beberapa buah yang ubah jadi taman dan tanam pokok. Duration masa untuk transform balkoni kepada mini garden ni sehari je. Sebab buat yang simple. Takdelah sampai nak kena apa sangat kan. Buat sesimple yang boleh, as long as unsur hijau tu ada dalam rumah... dah rasa rumah tu sejuk. 

Barang-barang hiasan mini garden semuanya di beli di Sungai Buloh. Buat yang sedang mencari-cari bahan dan idea untuk mini garden, aku sangat sarankan korang ke Sungai Buloh. Memang itu kawasan pembuatan barang-barang construction dan taman. Macam pasu, pillar, batu-batu tu semua, dan nursery pun banyak kat situ. Dari segi harga pulak, kau jangan risau. Memang murah sebab kita terus beli dekat pengeluar kan. Cuma mungkin nak mengangkut tu je lah masalah kalau beli pokok semua. 

Setelah berhempas pulas, ini hasilnya....




#Tips8 : Harga untuk plat yang cantik ni hanya RM 5 saje sekeping, dan yang besar RM 10. Murah kan? Kalau kat luar aku tengok ada yang mencecah RM40 sekeping. So expensive!





Pada aku kekuatan elemen untuk mini garden ni adalah rumput dia. Yes, dia rumput tipu je tapi colour, and fizikalnya nampak sangat hampir dengan rumput sebenar. Even, masa dipijak pun memang rasa fresh dan lembut dia kat kaki kita. Harganya agak mahal sedikit berbading rumput biasa. 

#Tips9 : Masa memilih rumput, pastikan material rumput tak mudah tercabut sebab ada sesetengah rumput, senang sangat untuk putus dan tak cantik nanti jadinya. 



Bukan tu je, dekat bahagian dalam rumah pun Akim ada letak unsur hijau sikit. Sebab mostly colour yang diguna dalam rumah kan warna panas. Jadi untuk balance balik mata, kita bubuh colour hijau sikit. Saujana mata memandang katanya kan.

Bowl kat hujung tu nanti nak letak ikan guppy. Lebih tahan lama kan dari ikan emas. 


Green grass-ball ni beli di Kaison, Paradigm Mall. Harganya RM 1.90 satu. Pasu pulak beli di IKEA. Harga tak ingat. Heheheh. Actually gabungan hijau-putih memang nampak fresh kan. Aku pun suka!




sila spot Eiffel Tower. Statue kegemaran aku tu! :) 


Maka secara basicnya, semua persiapan untuk renovate dan decorate rumah dah siap. Keseluruhannya memakan masa 3 minggu. Dari segi budget pulak, pada aku Akim banyak habiskan budget untuk beli perabot. Untungnya, kiteorang pergi survey harga, jadi secara tak langsung memang kiteorang dapat harga yang terbaik. Bila rumah selesa dan kemas macam ni, memang seronok nak melepak kat rumah kan. Tak keluar rumah sehari pun tak pe. Sebab dapat tenangkan fikiran dan rasa sangat nyaman duduk kat rumah. 

So setakat ni saje episod dekorasi The Cranberries Crib. Hehehe. Kalau ada pertanyaan ke apa, boleh tanya aku kat mana-mana saluran sosial aku. Insya-Allah aku akan cuba jawab mana yang aku tahu. 




p/s: Warna hijau memberi banyak impak positif pada mata kita. Tambah lagi elemen air. Aduhaaai!!!




 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork