Friday, June 28, 2013

DIMA Restaurant Ara Damansara : Promosi Pembukaan & Buffet Ramadhan

Assalamualaikum semua

Beberapa hari lepas, aku diberi peluang oleh MySelera.com untuk jadi penulis jemputan mereka bagi sesi food review di salah sebuah restoran makanan Arab di Ara Damansara. Walaupun sebelah ayah aku ada darah Arab, tapi to be honest aku baru 2-3 kali je merasa masakan Arab. Jadi bila mana dapat peluang macam ni, memang tak akan lah aku lepaskan peluang kan. Dengan gigih google maps nak cari lokasi. 

Nama restoran yang aku pergi tu adalah DIMA Restaurant. Terletak di Oasis Square, Ara Damansara dan tidak susah pun untuk dicari.


Sampai kat sana pukul 11 pagi. Alhamdulillah belum ramai orang lagi. Jadi mudahlah untuk aku shoot gambar semua kan. Lokasi restaurant memang sangat strategik. Di sekelilingnya adalah kawasan office dan berhampiran jugak dengan residence area. Dan paling penting pemandangan dekat situ awesome gila! Aku tengok pun aku impress beb. Sebab banyak kolam dan air pancut. 



Bila aku masuk tu, aku jumpa dengan En.Azahar yang merupakan salah seorang pemilik restaurant tu dan aku pun apa lagi, macam-macam lah aku tanya. Pasal makanannya semua lah. DIMA Restaurant baru dibuka awal Jun yang lepas. Dan di Ara Damansara ni merupakan cawangan mereka yang keempat. Tiga lagi ada di Cyberjaya, MITC & Bukit Beruang, Melaka. Jadi dari situ dah nampak dah yang DIMA Restaurant agak established kan. 

Susun atur dan gaya penataan restauran ni sangat family-friendly. Tak terlalu tipikal pada restoran Arab biasa, DIMA menyediakan ruangan makan dua tingkat dengan bahagian atasnya berkonsepkan open-air. Memang selesa dan cozy. Ruangan yang besar, nyaman dan selesa buat kita tenang menikmati hidangan. 


DIMA merupakan perkataan Arab yang bermaksud gudang makanan. Memang kena betul nama dan pilihan yang diberikan. Kalau dibandingkan dengan restoran Arab yang aku pernah pergi sebelum-sebelum ni, pilihan makanan agak terhad. Tapi di DIMA ni macam-macam ada. Ada grilled, ada minuman yang lazat, ada dessert yang sedap dan paling penting mestilah hidangan Nasi Arab nya kan! 

Jadi dengan bangganya... persembahkan hidangan yang aku dan Akim pilih hari tu. 



Mulakan dengan hidangan nasi. Kalau restoran Arab biasa, hanya disajikan dua hingga tiga jenis nasi je, tapi kat sini ada 5 hidangan nasi. Nyum-nyum-nyum! Ada Mandi Rice, D'zurbiyan Rice, Hanith Rice, Madghot Rice dan Khabshah Rice. Semuanya sedap gila beb. Kau boleh makan nasi dia gitu aje! Lazat!


Untuk aspek harga pulak, pada aku potion dan harga yang ditawarkan amat bersesuaian. Memang banyak wei. Aku nak habiskan pun terkulat-kulat. Almaklumlah orang Arab kan memang suka makan potion besar.

Madhghot Rice - RM 12
D'zurbiyan Lamb - RM 22
Lamb Aqda & Roti Arab

Beralih pulak pada hidangan minuman. Wahwahwah. Memang menjanjikan keunikan. Ada banyak pilihan fresh juice yang lazat dan segar. Signature minuman mereka adalah Avocado Honey + Milk yang aku bagi thumbs up la!

Avocado Honey + Milk & Barbican Pelbagai Rasa

Meh sini aku bawak korang kepada menu book dia. Boleh usha harga dan pilihan makanan sekali kan. Macam-macam ada beb!







PROMOSI!!!!

Ok, sempena pembukaan awal dan sehingga akhir Jun ni semua pelanggan akan menikmati 20% less dari total bill. Wah-wah-wah!!! Gembira dengarnya kan.


Manakala untuk Ramadhan yang bakal menyusul ni... ada promosi jugak diberikan. Lebih menarik, selain daripada promosi Buffet Ramadhan, DIMA Restaurant jugak menyediakan kemudahan surau dibahagian rooftop nya dengan mampu menampung sehingga 25-30 jemaah lelaki dan perempuan pada satu-satu masa. Alhamdulillah, mudah untuk anda kan. Tak perlu lagi terkejar-kejar buka puasa dan bersolat. Tapi, untuk kemudahan disarankan booking tempat awal-awal!


So, apa lagi? Jomlah kita ke DIMA Restaurant, Ara Damansara. Kita makan nasi Arab. Baru boleh feeling habibi naik unta lah! Hehehe :)



Ini dibawah ada beberapa info & alamat DIMA Restaurant.

Alamat : 
R-13 Central Piazza, Oasis Ara Damansara, 
Jalan PJU 1A/7A, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 

No. Telefon :
+603 7859 0222

Operating Hours :
11am-11pm

Facebook :

Laman Web :
www.dima.com.my

GPS Coordinates :
N 03’ 06. 791’ | E101’34.479’



p/s: Hasil tulisan aku pasal DIMA juga ada di MySelera.com. Jemput baca SINI


Wednesday, June 26, 2013

Instagram Sebagai Platform Promosi & Pengiklanan

Assalamualaikum semua

Fenomena Instagram sekarang ni memang dasyat jugak aku perhatikan. Aku sendiri suka sangat dengan Instagram. Sebab memang dari dulu aku camwhore. Hahaha. Walaupun tangan katanya tak berapa nak skill lah kan dalam bidang fotografi ni. Tapi kalau compare adik beradik lain, tangan aku lagi boleh pakai rasanya. Kehkehkeh.



Dan yang terkini aku perasan, Instagram telah ramai yang gunakan sebagai plataform promosi dan pengiklanan. Yep. Banyak para peniaga muda hari ni menggunakan media sosial Instagram ini sebagai wadah mereka menjual produk. Macam-macam. Dan paling banyak of course lah tudung dan baju perempuan kan. Aku pun kadang-kadang suka usha kat Instagram jualan-jualan macam ni. 

Pada aku kelebihan jualan di Instagram adalah dari segi photography nya. Kalau kau pandai amik gambar dan muatkan dalam square Instagram tu, memang dah cun sangat dah. Tambah pulak, Instagram tu kan world wide. Dan proses pengiklanannya menjadi mudah. Ambil gambar, frame dan instag. Senang kan. Berbanding blog mahupun website.



Tapi, kekurangan pengiklanan Instagram adalah ruangan detailsnya yang terhad. Malahan kalau nak berbalas-balas comment dan pertanyaan jugak agak sukar. Selain tu, bila barang dah dibooked atau dah sold out, agak susah untuk update status produk kan. 

Walau apa pun, penggunaan Instagram sebagai cara promosi dan pengiklanan masih lagi relevan berbanding facebook yang aku rasakan agak annoying terutama bila orang tag-tag kita bagai kan. 

Jadi, para peniaga sekalian. Buat pilihan bijak ok! :) Meh instagram korang, aku nak follow. Boleh?
Jangan lupa follow aku di Instagram : @innanieariff 


p/s: Even aku pun sekarang lepas update blog, mesti ambil gambar entry dan promote kat Instagram. #blogcoklateyes 



Teaser : Duta Makanan Arab

Assalamualaikum semua

Bagi Teaser dulu boleh? Nanti aku cerita panjang lebar. Bagi korang meleleh air liur dulu. 

Nyum nyum nyum! 



Boleh jadi duta makanan Arab tak? Hahahaha :)



Tuesday, June 25, 2013

Sementara Wujud Depan Mata

Assalamualaikum semua

Setelah hampir dua bulan setengah, aku terpisah dengan Vaio aku...akhirnya kini dia kembali semula dalam dakapan aku. Syahdu rasanya. Bila barang yang kita sayang, dapat semula!!! Rasa dua jiwa yang terpisah disatukan buat kali pertama. Ecewah. 

Well, beb again. Aku rasa kita semua macam tu. Typical lah kan manusia. Masa sesuatu yang kita sayang ada depan mata, kita buat macam tak endah je. Buat dek kata orang tu. Ye lah selagi ia kita punya. Tak hirau lah kita. 

Tapi cuba sekali apa-apa jelah yang kita sayang, yang kita suka hilang atau pergi tinggalkan kita. Bet me. Meroyan jadinya. Semua yang kita buat serba tak kena. Pegang itu salah. Pegang ini tak betul. Pokok pangkalnya... kita rasa KEHILANGAN. 


Perasaan kehilangan pada aku lah, bukan satu perasaan yang mengasyikkan. Perasaan yang menyentap mungkin satu dan seluruh kehidupan kau. Aku yakin ramai antara kita kat luar sana pernah dan mungkin sedang mengalami perasaan itu. Yes. Aku benci rasa hilang tu. Sebab tiba-tiba nampak seperti ada ruang dalam hidup kita. Dan ruang itu adalah ruang kosong. Ruang yang dahulunya diisi penuh dengan sesuatu yang membahagiakan dan menggembirakan. 

Sebab tu orang tua selalu kata, sementara ada depan mata ni... sayangilah ia. Hargailah apa yang ada. Sebab mereka tahu bila kita kehilangan 'sesuatu' itu... nilainya pun dah tiada. Penggantinya juga tak sama. Dan yang aku yakin, parutnya tu buat rasa terbisa.

Tapi jangan risau. Allah itu tetap ada untuk jiwa-jiwa yang kosong. Dia suntik kekuatan dalam jiwa yang kehilangan. Dia beri keberanian dalam jiwa yang ketakutan. Dia beri kau semangat bangkit dalam setiap kejatuhan. Percayalah! 

Semoga kita semua sedar bahawa 'sesuatu' yang kita ada itu tidak kekal lamanya. Hargailah ia! 



Saturday, June 22, 2013

Tajaan Dress Buat Si Gadis Plussize & Review Butik KZ Nabihah @Seri Bangi

Assalamualaikum semua

Bagi orang macam aku, which is plussize lady, bukan senang sebenarnya kalau kita ni nak beli baju secara online. Orang yang badan standard memang kacang lah. Agak-agak je, size dah padan. Tapi bagi aku sendiri, aku sangat susah nak percaya kalau baju kat online. Walaupun ukuran diberikan, tapi cutting kena tengok. Kang tak memasal terbazir bila beli tapi tak sedap dipakai. And that's why lah aku prefer untuk datang ke butik atau cuba dulu sebelum membeli satu-satu pakaian. 

Dan disebabkan itu, aku datang sendiri ke Butik KZ Nabihah!!! Kita check out, betul ke tidak koleksi yang KZ Nabihah tawarkan sehingga ke 6XL tu. Jom...jom... kita usha butik beliau!

Aku dah pernah pergi ke dua-dua butik milik KZ Nabihah. First cawangan adalah di Kluang, Johor. Which is my home town. Apa yang aku boleh katakan adalah, Butik KZ Nabihah yang di Bangi ni sangat-sangat cantik!!! Kau akan rasa macam dalam wonderland tau. Dinding butik dicat dengan warna-warna pastel dan kombinasi yang sangat comel. Aku sendiri suka! Pulak tu ditambah dengan koleksi KZ Nabihah yang memang cantik, lagi fefeling princess tau! 





Bagi memudahkan aku bawak korang semua keliling pusing Butik KZ Nabihah, aku bahagikan beberapa seksyen. Jadi lebih teratur sikit korang tengok gambar aku  ni kan. Tak lah pening. BTW, aku sendiri tak tahu nak mula kat mana sebab semua cantik-cantik belaka seksyennya! Kita mula dengan....


BAHAGIAN AKSESORI

Untuk butik di Bangi, KZ Nabihah tambah satu lagi produknya iaitu aksesori. Macam-macam gaya. Dari necklace, brooch, dan cincin jugak ada add-on brooch yang boleh diletakkan di baju koleksi yang dibeli. Kiranya kalau korang beli koleksi baju KZ Nabihah yang polos, korang dah tak perlu lagi nak cari kedai aksesori. Semua tersedia di bawah satu bumbung. Korang boleh match kan mana yang sesuai. Harga pun berpatutan. Takdelah sampai puluh-puluh ratus riban. Just nice dan affordable. 









BAHAGIAN TUDUNG & SHAWL

Mana-mana yang memang follow KZ Nabihah daripada permulaan dulu, mesti tahu yang asalnya KZ Nabihah adalah sebuah blogshop yang menjual tudung dengan nama Trendy Shawl. Masa tu memang satu-satunya produk KZ Nabihah adalah tudung. Dan dengan mengekalkan lagi produk asal mereka, KZ Nabihah bukan sekadar menjual shawl dan tudung keluaran mereka sahaja malahan shawl dari beberapa butik tudung online jugak turut dijual sama. Comel-comel belaka wei aku tengok. Trending design macam tribal, paisley semua ada dijual. 







BAHAGIAN DRESS 


Part ini yang selalu buat aku meleleh bila tengok gambar dia tau. Geram sangat wei. Apasal lah si Bihah ni keluarkan koleksi yang super comel. Mata aku asyik bling-bling-bling je bila scroll down. And I bet you will do the same. Kau tahu tak, gabungan warna koleksi KZ Nabihah ni jenis vibrant tau. So, bila kau pakai secara tak langsung confident level kau akan naik. Lagi pulak design koleksinya comel belaka, so memang kau akan nampak comel lah hari tu. Wei, ni aku cakap bukan sebab nak jet si Bihah ke apa, memang aku sendiri feel the moment wei! Sekarang ni pulak, KZ Nabihah ada buat koleksi untuk budak kecik jugak tau wei! Ibu-ibu boleh pakai sedondon dengan anak anda yang comel.









Apa yang menariknya bila kau beli secara offline which is kau datang sendiri ke butik, ada banyak kelebihan yang kau bakal terima. Selain daripada kau rasa sendiri bagaimana layanan mereka... kau jugak dapat try baju-baju yang sedia ada. Kau boleh pilih colour ni sesuai tak dengan kau, size ni ok ke tak, cutting pulak macam mana. Semua lah serba serbi kau boleh try baju tu. Lagi pun, bila kau ke butik... kau akan dapat tips and trick jugak. Ye lah, macam aku yang tak reti sangat nak berfesyen bagai ni kan, aku tanya je dengan Bihah. Apa yang sesuai dengan aku. So idea dari pereka pakaian macam Bihah boleh membantu kita dapatkan pakaian yang ideal. Lagi pulak, kalau ke butik mana tahu hari tu Bihah tengah happy ke, dia boleh bagi diskaun kat kau. Tak banyak sikit, kalau kau bertuah kot-kot dia bagi free gift ke. Haaa tak ke seronok gitu? 

Jadi kepada anda semua wanita-wanita yang cantik dan menawan, kalau rasa anda berhampiran dengan Butik KZ Nabihah, apa kata singgah sebentar dan usha koleksi KZ Nabihah. Tambah pulak sekarang ni kan dah nak raya. Kenalah cepat. Kalau lambat, menyesal tak dapat!!! :)

Untuk kemudahan anda semua, ini aku berikan alamat Butik KZ Nabihah Butik.

Mereka masih menggunakan signboard Minaz Boutique. Belum tukar. Heheheh.
Korang naik je ke tingkat 3! 

No 20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 
Selangor. 

Telefon : 03-89200013

Dibuka SETIAP HARI (10am-7pm) 

Blog : http://www.kznabihah.com/

Actually nak beli online pun digalakkan jugak. Bagi mereka yang duduk jauh, bershopping secara online tak menjadi masalah. Malahan memudahkan lagi. Ini aku sarankan buat mereka yang duduk berhampiran butik. Atau mana tahu korang nak fitting sendiri kan. Lebih selesa. Lebih puas hati!!!!

Last but not least, Alhamdulillah.... Bihah telah memilih aku sebagai duta comel Butik KZ Nabihah katanya. Heheheh. Aku dapat tajaan dress dari Butik KZ Nabihah selama setahun. Alhamdulillah syukur, syukur!!! Jadi lepas ni mana-mana event yang aku hadiri Insya-Allah aku akan gayakan dan promote koleksi dress daripada KZ Nabihah! :)


Nak tahu apa ada dalam tu, dress mana pilihan kalbu... haaa kena tunggu!!! Itu kena tunggu. Next event, aku akan gayakan dress daripada KZ Nabihah ni dan akan review kat korang pengalaman aku pakai koleksi KZ Nabihah ni. Haaa korang yang plussize lepas ni jangan segan-segan lagi ok. Dah ada dah butik yang peka dengan kehendak size macam kita. Apa tunggu lagi. Grab sepasang dua!!! Banyak lagi aku suka.



P/s: Alhamdulillah, blog memberi rezeki sekali lagi buat aku! Lepas ni makin confident aku. Insya-Allah.



Friday, June 21, 2013

Avène Thermal Spring Water & Vanity Trove Beauty Workshop @ Cafe Barbera, Bangsar

Assalamualaikum semua

Bercakap pasal kecantikan, last week aku dijemput oleh Wiida untuk menyertai satu beauty workshop anjuran Vanity Trove dan Avene, satu syarikat produk skincare terbaik dari France. 

Buat yang tak tahu, produk Avene ni agak mahal jugak harganya di pasaran. Aku pernah beli sekali je masa second year dulu. Itu pun sebab masa tu ada promotion. Kalau takde, mati hidup balik aku tak mampu nak beli. Sebotol harganya cecah ratus-ratus jugak. That's why masa Wiida tanya aku untuk join event ni dan kebetulan lokasinya dekat dengan UM, aku terus riang gumbira setuju! 

Event ni berlangsung di Cafe Barbera, Bangsar. Cantik sangat tempatnya. Padahal aku selalu lalu situ tapi boleh tak perasan pulak ada cafe yang ala-ala British kat situ. 


As usual aku sebelum pergi satu tempat tu aku akan google dan kaji sikit apa yang sedap dan menarik kat situ. So, selaras dengan namanya... of course lah coffee di Cafe Barbera mendapat pujian yang terhebat. Malahan keluarga diraja pun ada singgah sini minum kopi. Wah! Jadi, sementara tunggu majlis bermula bolehlah chatting dulu dengan para blogger yang ada sambil minum kopi yang lazat ni. Aku mintak Latte. Ehem. Kopi Cafe Barbera ada class tersendiri!


Oh lupa... masa semua blogger sampai dah disediakan dan diberitahu bahawa akan ada satu sesi workshop yang mana kita semua kena tanggal make up siap-siap untuk merasai sendiri freshnya Avene Thermal Spring Water (TSW) tu. Jadi bila dah tau gitu. Aku just guna lite make up aje. 

Saje nak letak pic ni nak tayang lesung pipit yang kadang muncul kadang hilang tu. hiks. perasan. sorry. 
Keperluan yang disediakan. Oh, excluding soap tu ye Itu aku cerita sapa bagi. Jauh datang tu!
Dan kami semua pun diperkenalkan dengan Avene Thermal Spring Water. Memang Avene TSW ni ajaib dan memang sangat tepat dengan tag line nya "More Than Water!". Bukan saje berfungsi sebagai satu skincare yang bagus tapi ia juga multi tasking. Macam-macam kegunaan yang Avene TSW ni boleh lakukan. Mana tidaknya, sumber Avene TSW ini adalah daripada sumber spring water semulajadi di Perancis. 



Avène Thermal Spring Water originates as rain. However, the 40-year journey through the Cevennes Mountain aquifer produce thermal spring water ideally suited for the care and management of sensitive skin.
It gradually becomes infused with trace elements and silicates, achieving a perfectly balanced mineral composition ideal for sensitive skin. Avène soothes, softens, and restores skin’s natural balance. Over 300 stringent biological, pharmacological and clinical studies have clearly demonstrated the skin-healing and soothing benefits of Avène Thermal Spring Water. Even beyond sensitive skin treatment, this therapy has been used for centuries at the Hydrotherapy Center to address a variety of more severe dermatological conditions such as atopic dermatitis, psoriasis, itchytosis and burns.
The Avène skincare brand was created to capture the same healing benefits to soothe sensitive skins worldwide. Formulated with Avène Thermal Spring Water and bottled directly from the source of the spring, the Avène skincare brand addresses the needs of all types of sensitive skin.   

Dalam banyak-banyak aku sangat impress dengan kegunaannya yang pelbagai. Banyak fungsi Avene TSW ni. Lagipun, ia siap boleh diminum tau.


Kata orang cakap banyak pun tak guna kalau kita tak merasai sendiri. Jadi kami semua diberikan peluang untuk merasai betapa freshnya Avene TSW ni. Ada beberapa skincare diberikan kepada kami. Kami semua kena guna ikut kesesuaian dan jenis kulit masing-masing. Macam aku, kulit aku jenis combination. Which is sometime kering, but mostly kulit aku jenis oily di bahagian T zone

Langkah yang betul nak cuci dan rawat muka kita. 

Dah namanya beauty workshop kan, haruslah kami semua diajar skill kecantikan dan pembersihan muka dengan betul. Seronok sangat sebab banyak input diberikan. Dari A-Z kami semua diajar. Dan paling best haruslah ketika gunakan Avene TSW. Sejuk woi. Dah lah dalam air-cond kan. Rasa fresh je lepas buang make up dan apply produk Avene kat muka. Rasa meresap ke dalam liang roma

Buang kotoran make up. See. Lite make up je aku guna on that day. 





Salah seorang beautician sedang tunjuk langkah-langkah gunakan mask + Avene TSW

Sembur kat muka lepas cuci dan biarkan dia mengering sendiri. Meresap. 

Malu-malu konon Wiida dengan Farah ni! 

Aku rabun kan. Jadi kena jugaklah bubuh spec mata. 


Taraaaa!!! Lepas tanggalkan mask yang dispray Avene TSW itu. Kulit rasa mulus je. 




See. Kau nampak tak betapa glowingnya masing-masing lepas guna Avene produk ni. Confident je amik gambar without any make up selepas workshop tu. Semua muka segar bugar je. 




Lepas habis workshop tu, kami semua dijemput untuk menikmati lunch yang dah disediakan. Ha ini antara yang best bila pergi event. Makanan yang disediakan memang super sedap. Untuk makluman, Cafe Barbera ni jugak memang terkenal dengan makanan Itali. Jadi tema lunch aku hari tu, Italian Foods lah. 


Sebelum makan tu, Wiida kenalkan aku dengan salah sorang beauty blogger yang memang famous di You Tube. Aku pernah jugak sekali dua tengok video beauty product review yang dia buat. Dengan nama Coralista18, Ayeen Kadir tak asing lagi bagi peminat blog kecantikan! Dan paling aku tak sangka... lah dia budak UM jugak rupanya. Fakulti Alam Bina. Which is depan kolej kediaman aku je ni ha. What a small world kan! Ayeen Kadir sangat cantik ye. Comel je. Macam artis. Even masa aku tengok video dia aku tak sangka pun dia local student. Aku bajet dia overseas student. Hikhikhik. 


Ini antara gadis manis yang menceriakan event tu bersama aku. Hehehe. Walaupun pertama kali jumpa, tapi kepochinya tak ingat dunia. Sebab masing-masing memang jenis pok-pek-pok-pek kan. Ada kat Sabby (tudun pink), adik manis Farah (tudung turquoise), Wiida yang comel macam Nora Danish (buat peace tu) dan yang tengah hot stuff tu tak lain tak bukan, Ayeen Kadir yang peramah dan malu-malu. Hiks! 

Lepas makan pulak, Yahooooo!!!! Ada surprise untuk semua yang attend workshop ni. Bestnya bestnya. Setiap seorang dapat one set Avene Skincare Product yang diberikan based on our skin types. Before event tu, kiteorang semua kena fulfill beauty profile masing-masing. Jadi, senang pihak management nak beri kita skincare yang macam mana. 


Seriously event dan workshop ni sangat best. Happening dan banyak tips serta info berguna yang aku dapat. Kalau dulu aku just fikir cuci muka je dah elok lah muka tu nanti kan, rupanya tidak. Skincare jugak memainkan peranan penting kalau nak dapat kulit muka yang flawless. Walaupun aku tahu harga produk Avene di pasaran agak mahal, tapi aku rasa tak salah kalau kita nak spend dekat satu produk yang telah klinikalnya berkesan untuk kebaikan dan keremajaan kulit kita kan? Orang kata alah membeli menang memakai gitu. 

Dan kami pulang dengan muka kebahagiaan :)
Kalau nak tahu lebih details mengenai produk Avene ni, Insya-Allah aku akan review dalam next entry berkaitan kegunaan dan kesan setiap produk yang diberikan pada aku tu. Tak larat pulak nak taip panjang dalam satu entry. Takut korang malas baca, jemu! Hikhikhik. 

So, stay tuned ok! 




p/s: Cantik? Tak boleh diukur dengan satu ciri saje. Yakin juga satu seni kecantikan. 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork