Monday, July 29, 2013

Positif Respon Dari Client Advertorial

Assalamualaikum semua

Buat masa ni, rezeki Blog Coklateyes memang betul-betul memberangsangkan. Alhamdulillah sangat-sangat. Tak banyak sikit, dapat bantu ringankan beban kewangan aku kan. Sebagai blogger dan student, aku tak nafikan masalah kewangan sentiasa ada. Tapi tu lah, diri sendiri lah kena pandai-pandai cari side income. Dan Alhamdulillah, side income aku adalah daripada benda yang aku suka, iaitu bercakap, menulis dan surf internet. Here it is, blogging!

Sebab tulah aku tak heran sangat kalau ada beberapa blogger lelaki yang juga ketua rumah buat keputusan untuk jadi blogger sepenuh masa. Rezeki melalui blog kalau kena gayanya, memang boleh menampung kehidupan! 

Untuk jadi blogger sepenuh masa, ada jugak ahli keluarga dan kawan-kawan yang sarankan idea sebegitu. Tapi, buat masa ni aku kena fikir banyak kali jugak. Paling penting kena mantapkan networking, marketing dan advertorial skill. Barulah client/advertiser berminat untuk ambil blog kita sebagai medium pengiklanan/testimoni mereka.

Bercakap pasal advertorial, aku nak share beberapa "moment kegembiraan" yang jugak feedback daripada advertiser/client mengenai beberapa entry advertorial aku. Sejujurnya aku barulah jugak berkecimpung secara serius untuk advertorial entry ni. Kalau sebelum ni, biasa-biasa je! Tapi tu lah, once kita buat dengan betul-betul dan sepenuh hati, Insya-Allah ada hasilnya.





Yang atas ni adalah feedback untuk advertorial entry Review Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion+ dari Nuffnang & Clinique. Gembira tak terkira aku bila mana pihak Clinique nak gambar peribadi aku siap white background semua. Mana nak cekau?? Aku bukannya model muslimah ke, model hijabista ke. No! Kalau gambar dalam kereta posing perasan sendiri banyaklah! Punggah balik segala mak nenek fail dalam laptop, Alhamdulillah. Nasib baik ada masa Event Photoshoot Blogger hari tu. Kalau tak, malas aku nak masuk studio nak cari photographer!


muka confident je amik gambar dengan lipstick merah gelak-gelak! kehkehkeh

So, nak mintak tolong korang sekiranya lah kalau korang ternampak kat mana-mana magazine pasal entry aku mengenai Clinique product ni tolong inform aku ye. Boleh fefeling perasan model sekejap! Kehkehkeh. Model ke hape? Badan macam tong! Hahahaha. Walau apa pun syukur dapat peluang dari company skincare terbaik ni! :) terima kasih pada Nuffnang jugak!


Next adalah entry mengenai TT Instantaneous Brightening Cooling Mask. Alhamdulillah, sekali lagi mendapat feedback yang positif jugak!





Memang banyak-banyak syukur sebab mesej yang kita sampaikan dapat difahami dan diterima baik oleh pembaca. Itu yang memang aku mahukan. Tak kira Melayu, Cina, India atau warga apa pun, as long as dia faham Bahasa Melayu, dia dapat terima mesej aku. Itulah sebenarnya fungsi advertorial. Bukan sekadar, buat entry untuk dapatkan duit tapi untuk raih keyakinan pengguna di luar sana. 

Bila kita punya networking dan public relation skill yang bagus dengan para advertiser di luar, Insya-Allah kalau ada next event atau project mereka akan contact kita semula. Ini sebenarnya merupakan salah satu cara kita untuk promosi blog jugak. Dan paling penting raih keyakinan dari advertiser dengan menghasilkan entry yang bagus.




Insya-Allah next project adalah bersama Vanity Trove untuk review Trove Eksklusif Hari Raya bersama Sasa. Ini adalah gabungan kedua aku bersama team VT selepas aku join Event Avene Workshop tempoh hari. Gembira aku untuk bekerjasama dengan mereka sekali lagi. Semua friendly!

Kalau itu untuk beauty product, tak kurang jugak untuk Team MySelera. Selepas di jemput sebagai Penulis Tamu untuk food review DIMA Restaurant di Ara Damansara tempoh hari, pelbagai peluang diberikan lagi oleh MySelera. Malahan, berdasarkan rekod, sepanjang Ramadhan ni, pageview dari DIMA Restaurant antara yang tertinggi setiap minggu. Hubungan dengan management DIMA Restaurant juga semakin akrab. Insya-Allah kalau ada peluang boleh review lagi kan!




Sekali lagi, pada aku skill berbloging ni tak susah mana. Asalkan kita buat dengan sepenuh hati. Bukannya sekadar buat dan setel. Bukan. Ada banyak interpretasi entry melalui pembaca. Aku selalu ingatkan pada diri aku bahawa blog adalah medan perkongsian. Jadi, berkongsilah dengan ikhlas dan buatlah dengan baik sesuatu perkara dan amanah itu. Insya-Allah akan ada hasil dan habuannya!

Walau apapun, ada jugak pengalaman pahit aku dalam kes advertorial ni. Sama macam blogger advertorial lain. Tak kan semuanya manis kan. Tapi... itu semua mematangkan aku dalam dunia blog. Belajar dari pengalaman kan! Insya-Allah nanti aku kongsi lagi mana yang aku tahu ok! 





p/s: Aku bukanlah pakar dalam bidang advertorial, tapi untuk berkongsi ilmu... apa salahnya kan. Kalau salah mohon ditegur dan diperbetulkan. Banyak lagi skill yang perlu aku belajar! Insya-Allah pelan-pelan...




Sunday, July 28, 2013

Keputusan Clinique Beauty Giveaway Blog Coklateyes

Assalamualaikum semua


Clinique Beauty Giveaway telah pun tamat 3 hari yang lepas. Alhamdulillah, kira-kira 30 orang yang turut serta dalam GA ni. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan buat mereka yang sudi join sama. Sokongan korang amat dihargai.


Baiklah, tanpa melengahkan masa...aku akan umumkan 5 pemenang bertuah untuk Clinique Beauty Giveaway :


drum roll please...

jeng....




jeng....




jeng....




ini diaaaaaaaaaaaa!!!






* para pemenang SILA CHECK EMAIL ANDA ye! 


JOM KITA TENGOK BLOG PARA PEMENANG 

- SHULAILI : http://cintaitupurple.blogspot.com/
- LIZZIE YASMIN : www.kisahkatakpink.my


TAHNIAH!!!!! Diucapkan kepada kelima-lima pemenang ni. Sekalung tahniah diucapkan!!! 5 pemenang ini telah memberikan slogan terbaik untuk Blog Coklateyes. Insya-Allah nanti aku akan buat satu entry untuk compile kan slogan mereka.


Untuk redeem hadiah : 


Kindly drop by NUFFNANG's office to collect it. 

Open from 9.00 am to 6.00pm on weekdays, and is located at

 Nuffnang Office,

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.


Collection deadline: 30th September 2013 (Monday)

*P.I.C : Anne Cheah 
[email : anne.cheah@nuffnang.com.my]


Pada bila-bila masa ikut kesempatan korang untuk redeem hadiah. Boleh berhubung dengan person-in-charge untuk proses redeem ok. Kalau tak sempat nak ambil, boleh mintak tolong kawan-kawan ambilkan. Dan kalau tak boleh jugak, boleh berhubung dengan Anne untuk proses pengeposan. Anne sangat baik orangnya. Friendly dan boleh lebih kurang. Cubalah baik-baik dengan dia... community manager tu. Mana tau lepas ni korang pulak boleh dapat advertorial post dari Nuffnang! 

Sekalung tahniah diucapkan!!!

Buat yang kurang berjaya, jangan berkecil hati ok. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi dari Nuffnang, aku akan anjurkan lagi giveaway sebegini. 

Terima kasih atas sokongan anda! 


Saturday, July 27, 2013

Dekorasi Rumah Untuk Raya? Semuanya ada di Delima HOME!

Assalamualaikum semua

[BLOGGER CONTEST]

Adik-adik kat bawah ni semua datang jumpa aku... katanya ada masalah negara. Sampai tak lalu makan. Tak lena tidur. Monyok muka semuanya... apa masalah ni adik comel?







Selamat Datang ke.............











Delima HOME merupakan satu hub interaktif kelengkapan rumah yang terbaik di Malaysia!!! Bukan senang nak shopping secara online untuk kelengkapan rumah. Dengan bertujuan "making modern living lifestyle more accessible", Delima HOME menawarkan pelbagai area kelengkapan rumah. Daripada perabot, dekorasi dalaman dan luaran, bilik tidur mahupun dapur semuanya boleh didapati di sini!!! Cuba tengok nombor 1, 2 dan 3 atas tu!

1. SERVIS 

Untuk memudahkan para pelanggan Delima HOME, pelbagai kemudahan dan jaminan diberikan kepada pelanggan.  Customer servis yang boleh bantu sekiranya ada masalah, free delivery untuk penduduk sekitar Lembah Klang, pulangan duit dalam masa 14 hari sekiranya kita berubah fikiran dan untuk meringankan beban kewangan ada jugak ditawarkan installment payment bagi selected items. Haaa tak bagus tu? Banyak perlindungan dan kebaikan kepada pelanggan. 

2. KEPELBAGAIAN TAWARAN

Ini paling menarik. Aku rasa Delima HOME sangat lengkap. Dari A-Z, semua kelengkapan satu rumah boleh didapati di sini. Tak payah lah kau nak beli katil, kedai lain... nak beli sofa pergi kedai lain. No-no-no! Di bawah satu bumbung, Delima HOME ada semuanya. Just pilih saje dan tentukan bajet korang... terus boleh beli. Kan senang gitu. Jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga!


3. BAJET

Ni kan musim raya, mungkin ada di antara kita yang berhajat nak beli perabot dan kelengkapan baru. Tapi tak mahu berhutang dan membebankan. Usah risau!!! Delima HOME boleh membantu anda. Tengok tu, ada disediakan ruangan untuk kita menganggar bajet kewangan bagi barang yang kita nak beli. Jadi, awal-awal kita dah boleh rancang kewangan kita sebelum membeli. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri! 


KELENGKAPAN RUMAH YANG TRENDY



Daripada pemerhatian aku lah, Delima HOME menawarkan kelengkapan rumah yang memang up-to-date dan trendy! Cantik-cantik belaka pulak tu. Boleh je nak sesuaikan dengan tema rumah korang macam mana. Semuanya boleh dipadankan!!! Lagi menarik, sekarang ni hampir KESEMUA kelengkapan ada potongan harga yang berbaloi!













Mana boleh promosi raya Aidilfitri tak ada!!! Bila nak raya ni, mestilah rumah kita kena hias cantik-cantik. Tapi paling penting mestilah jimat dan bijak berbelanja. Di Delima HOME, pelbagai gaya dan inspirasi yang boleh disuai padan dengan ruangan kediaman anda. Mereka pun boleh bantu! Cakap aje... Insya-Allah segala impian kediaman anda dipenuhi!! Kau tengok beberapa idea dekorasi rumah kat bawah ni. Alahai... bukan main kelabu mata aku bila tengok satu-satu. Semuanya comel. Geram lah!!! 






PEMBAYARAN?


Alaaaa itu jangan risau. Kan dah cakap tadi, Delima HOME berorientasikan memudahkan para pelanggan. Oleh itu, ada banyak cara nak buat pembayaran. Semuanya di hujung jari aje. Janji ada fulusnya!!!




LAGI.....


Nak lagi? Tak cukup lagi? Ini... dengan sign-up news letter, sebanyak RM 10 voucher akan diberikan!!! Yahooo!




DUIT RAYA KHAS UNTUK BLOGGER

Yang ini khas untuk blogger saje. Kalau nak duit raya dari Delima HOME, jom sama-sama sertai Blogger Contest. Mudah aje caranya... dan paling penting hadiahnya LUMAYAN beb!!! Cepat join segera. Contest tamat 15 Ogos 2013 ni yer....



KESIMPULAN

 Amacam semua?? Delima HOME ni apa macam?!!!



Jadi... mari ramai-ramai kita ke Delima HOME! Kelengkapan raya untuk rumah anda semuanya ada disini!!! Dengan hujung jari... anda masih boleh mendekorasi rumah! So, sapa nak ikut ni aku nak pergi Delima HOME?






Untuk maklumat lanjut : 







Friday, July 26, 2013

Tempahan Edit & Design Blog Dari Sheda Ucu

Assalamualaikum semua

Aku ni tak reti sangat menghias blog kasi vavavom! Buat simple-simple aje. Basic skill lah senang ceritanya. Mana yang aku tahu aku cuba buat. Kadang tu, sampai sakit kepala. Aku selalu cakap, sapa yang terer bab coding ni memang Alien! Ye lah... aku tak boleh baca beb coding-coding bagai ni. Aku nampak berpintal-pintal macam tulisan alien. *eh alien ada tulisan ke? *eh alien wujud ke? Gulp!

Tapi... aku ada sorang kawan blogger. Yang ini aku memang tabik spring enam puluh kali kat dia. Bukan sekadar terer coding, segala mak nenek hias blog semua kat hujung jari dia je! Kau cakap je nak blog kau jadi cemana. Semua memang dia boleh buat. Impress aku! Nganga mulut lebar-lebar tau!

Kau tak caye? Meh aku tunjuk sikit cemana hebat tak hebat dia ni! 



See. Tu baru sikit tu. Baru part header tu. Dah boleh buat pusing gitu. Tak ke memang jaw-down kau dibuatnya!!! Yang lagi kencang, kau tahu... Sheda tak de study apa pun pasal design grafik. Hanya belajar sendiri je tau!!! Hebat budak ni. Hebat!!!

Sebenarnya, Sheda ni bukan calang-calang orangnya. Memang dah banyak tempahan design blog yang dia ambil. Dan aku perhatikan semua design dia memang comel-comel. Seperkara lagi lah kan, Sheda ni baik hati...

Dalam dua tiga hari lepas, gatal tangan aku nak menggodeh blog sekali shout box aku yang slide ada domo dulu tu aku terdelete. Dah lah aku ni buta IT. Cemana nak buat balik. So, aku mintak lah bantuan si Sheda, since nampak dia hebat coding kan. Alhamdulillah, dia memang baik hati. Sudi membantu untuk buatkan slide comment box tu. 


Part aku terharu, dia buat tu FOC je. Alahai baik hatinya awak Sheda. Dah lah cantik, baik hati pulak. Complete boleh buat bini. Eh! heheheh :)

Jadi, pada sapa-sapa yang nak edit blog, nak buat header baru, atau nak cantikkan blog lagi... aku rasa Sheda Ucu adalah orangnya. Servisnya, Insya-Allah memuaskan hati korang. Kalau dia tak layan korang, report kat aku. Nanti aku marah dia sikit! Heheheh. Jokes! 


Untuk maklumat lanjut :

Layari Blog Sheda Ucu ; http://sheda-ucu.blogspot.com/



p/s: buat baik dibalas baik! Insya-Allah!!!



JANGAN LUPA HARI TERAKHIR UNTUK LIKE ENTRY "SEBARKAN SEMANGAT SYAWAL BUAT AYAH BERSAMA SAMSUNG"!!! 




Thursday, July 25, 2013

Review Timeless Truth Instantaneous Brightening Cooling Mask

Assalamualaikum semua

[PRODUCT REVIEW]

Beauty Routine aku takde lah susah mana. Aku tak suka yang terlalu ambil masa sampai berjam-jam. Macam nak belek muka sehari suntuk. No-no. Itu bukan type aku. Aku lebih prefer something yang mudah, berkesan, dan berbaloi. See. Nampak tak betapa precisenya aku, lagi-lagi bab kecantikan ni. Ewah! Orang kata, muka tak cun tak pe...asal pandai jaga. Oklah tu kan! :)

Sepatutnya dah lama aku publish pasal this product, tapi apa boleh buat... laptop aku kan hari tu screen crack sampai masuk service, semua gambar pulak dah dalam tu so memang berjanggut lah aku kena tunggu untuk publish entry ni. Sorry ye. 

Ok. Back to our main topic. Ini aku nak bagitahu kat kau, aku memang rajin jugak lah pakai mask. Bukan apa, konon-konon feeling kat spa gitu bila pakai mask. So relax kan. Segala masalah tu macam hilang sekejap lah bila kau dibelai dengan mask. Ecewah! Let me introduce you with...

TT Instantaneous Brightening Cooling Mask 


Baiklah, untuk TT IBCM ni, ada 4 kelebihan dalam satu mask. Haaa itu yang seronok aku dengar tu. Kira macam in one package, macam-macam kau dapat. Dengan kelebihan - cooling, whitening, moisturizing dan smoothens skin... bagi aku dah cukup lengkap untuk kau dapatkan rawatan muka seolah-olah di spa.





Ingredients :
STAY-C 50, m-Tranexamic Acid, Calendula, Menthol, Hyaluronic Acid, DI Water 

STAY-C®50 reduces dark spots and slows down formation of melanin to allow even toned finish for the skin and brings back clarity. It is one of the best active ingredients for skin whitening, and builds a blockage for UV rays.

m-Tranexamic Acid is medically used in prohibiting bleeding issues. It is proven to have highly effective result in reducing melanin growth and pigmentations. m-Tranexamic acid is capable in reversing and inhibiting dark spots to fight mild inflammation.

Hyaluronic Acid is non-toxic that serves as the most important space filling substance in the human body. It holds water in the skin to keep collagen hydrated and provides a youthful look. Hyaluronic Acid has moisturizing capabilities on skin’s structure.

Menthol is derived from peppermint. It is used as a cooling agent and fragrance to give a refreshing and soothing sensation to the skin.

Targeted User :
All-skin-types user 

Price : 
RM 8/sheet 


Bila aku cuba TT IBCM ni, sehebat namanya, memang cooling habis. Sejuk semacam rasa dia. Sesuai betul untuk orang kita yang beriklim panas ni kan. That's why ia dirumus khas untuk orang Malaysia sebab boleh cool kan kulit muka. Kulit muka ni kalau kering macam-macam masalah akan timbul kan! Aku betul-betul suka lah icy cool sensation dia tu. Memang boleh restkan kulit muka kita. 


So aku gunakan around 20-30 minit macam tu, sambil layan lagu-lagu unplugged. Wah! Nikmat. Memang terasa gel cooling nya meresap ke dalam kulit muka. Insya-Allah kalau diteruskan ni, mesti struktur, tona dan kelembapan kulit muka akan bertambah baik. 

Paling penting, untuk TT IBCM ni adalah berbaloi. Bukan senang nak dapat mask yang banyak manfaat dengan harga berpatutan di pasaran kan. Aku memang fully recommend pada semua wanita-wanita di luar sana yang stress dan mahukan penjagaan muka yang terbaik, beli lah sekeping dua TT Instantaneous Brightening Cooling Mask ni. 



Untuk lihat lebih banyak produk & maklumat lanjut :



Thanks a lot to Tammy for this kind opportunity : http://www.plusizekitten.com/ 



Wednesday, July 24, 2013

Jom Derma T-Shirt Lama Anda Pada Homeless!

Assalamualaikum semua

Bulan puasa ni memang semua orang berlumba-lumba nak lakukan ibadah dan amal kebaikan. Selain daripada tu, kita jugak digalakkan untuk menggembirakan insan-insan yang serba kekurangan dan mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi bila tibanya Syawal. Lagi lah kita semua dituntut untuk memberi senyuman pada sesama muslim khususnya dan sesama manusia amnya! 

Bila musim raya, aku yakin hampir semua orang beli pakaian baru. Macam-macam baju dibeli kan. Dan bila ada baju baru, mulalah ada lambakan baju lama! Aku sendiri ada masalah timbunan baju yang sangat banyak. Sampai tak tahu dah nak bubuh mana. Nak bagi sedara mara semua pun ada masalah yang sama. Baju berlambak. Nak buang, sayang. Sebab semua elok-elok lagi! 

Jadi... aku ada sedikit cadangan penyelesaian untuk korang semua! Juga boleh beramal jariah di bulan puasa ni!



Do Something Good menganjurkan satu program yang akan memberi kebaikan kepada semua homeless di sekitar Kuala Lumpur. Berorientasikan kerja sukarelawan, DSG berkolaborasi bersama-sama beberapa badan NGO dan PERTIWI Soup Kitchen untuk mengumpul seberapa banyak baju t-shirt untuk diedarkan kepada para gelandangan/homeless.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari di lokasi yang disebutkan di bawah ni. Korang boleh kumpul dan beri pada sukarelawan bertugas di tarikh-tarikh berikut. Bukan tu aje, sapa-sapa yang nak jadi volunteer pun sangat dialu-alukan. Korang hanya perlu datang sama ada di salah satu hari dibawah atau nak datang tiga-tiga hari pun boleh! 


1. 14th August 2013 (Wednesday), 
for vounteers : bringing along t-shirts and helping to sort them. 
7pm-9pm at Makespace, SS2 Mall.

2. 15th August 2013 (Thursday), 
for volunteers : bringing along t-shirts and helping to sort them. 
7pm-9pm at Makespace, SS2 Mall.

3. 16th August 2013 (Friday), 
for volunteers : distributing the clothes to targeted communities. 
7pm-12am, meet at Makespace, SS2 Mall.


Buat mereka yang mungkin tak berkesempatan nak datang pada waktu yang disebutkan, jangan risau. Masih ada satu cara lagi untuk korang sama-sama menyumbang bakti. Pihak penganjur telah menyediakan 3 Drop-off Points di sekitar SS2 Mall :


  • - By the main entrance by Old Town Coffee (next to the small escalators)
  • - Next to the information desk (shortly after going up the small escalators)
  • - By the back mall entrance, next to ‘Belanga’.


Jadi, di bulan baik dan hari baik ni... apa salahnya kalau kita menyumbang sedikit untuk mereka. Berikan homeless seukir senyuman. Aku percaya, bila korang kemas-kemas rumah nak raya ni mesti baju-baju lama korang tu menimbun. So, pilih t-shirt yang elok-elok... berikan pada mereka. 

Insya-Allah jasa baik korang akan dibalas kelak! :)


Person-in-charge : Soo Theng [ email : sootheng@dosomething.gd ]


UPDATE :

Dibawah disertakan lokasi pengumpulan t-shirt di SSTwo Mall, PJ




Tuesday, July 23, 2013

Redha Bila Diuji

Assalamualaikum semua

Kak Innanie,
Adik nak tanya, macam mana Kak Innanie bina kekuatan semula lepas ayah Kak Innanie jatuh sakit? Yati tengok Kak Innanie nampak kuat sangat bila ditimpa musibah. Adik betul-betul bangga dengan akak!
Yati,
Ampang

Redha! Yes. Aku rasa itu jawapan paling tepat untuk aku menjawab persoalan Yati. Betul dik, bukan senang untuk akak dan keluarga menjalani apa yang telah berlaku lepas ayah diserang sakit. Maklumlah, mak tak bekerja. Adik beradik pulak semua masih belajar. Kalau nak difikir balik, lepas dari ayah sakit kami seolah hilang punca. Pilot kami collapse. 

Bukan kata kami tak berdikari, tapi kata orang tiang serinya tu patah. Jadi kami yang bawah-bawah ni masih rapuh lagi. Tapi itu lah macam akak selalu cakap, kuatnya akak bukan sebab akak seorang. Tapi seluruh keluarga kena kuat sama. Especially mak akak. 



Bila ditelusuri semula perjalanan hidup kami anak beranak selepas ayah sakit... terlalu banyak yang kami belajar. Terlalu banyak mesej Tuhan yang diberi pada kami. Dan kami merasa sungguh kerdil dengan ujian ini. Namun jauh dalam hati kami bersyukur. Sebab dengan ujian inilah kami semakin dekat pada-Nya. Aku yakin, ujian Allah ini ada hikmahnya. Ada kebaikan yang Allah sembunyikan. 

Bila diuji, jangan mengeluh. Aku tahu, manusia biasa motivasinya turun naik. Begitu juga aku dan begitu juga ayah. Tapi, fungsi keluarga bukan sekadar ada bersama di kala susah dan senang. Tapi sebagai booster semangat juga. Kalau aku down, mak-kakak-adik-ayah ada untuk aku. Kalau ayah down, kami pula ambil tempat. Begitulah pusingannya. Keluarga memerlukan dan diperlukan di setiap masa! Hubungan keluarga, murninya....Subhanallah. Memang sungguh tak terkata. Kami bantu antara satu sama lain. Masalah mendatang, kami selesaikan dengan baik. Setiap ahli punya fungsi tersendiri. 

Keredhaan itu bukan sekadar pasrah. Redha itu aku lihat melalui ayah. Aku selalu bayangkan jika aku di tempat ayah. Aku rasa, mesti aku tak dapat terima keadaan diri aku lagi. Bayangkanlah seorang yang sihat, cergas kehulu kehilir tiba-tiba lumpuh sebelah badan. Kehidupan berubah sama sekali. Tapi, dari mata ayah. Redha-nya ayah... sungguh aku terharu. 

Pada aku, kehidupan kita ni memang sentiasa diuji. Ujian itu sebenarnya diberi bukan untuk membebani kehidupan kita. Allah tak akan zalim. Allah beri sebab Dia yakin dan Dia tahu, hamba terpilihnya itu mampu mengharungi ujian itu. Kalau nak diikut ujian aku ni mungkin hanya sekelumit kecil aje. Masih ramai lagi di luar sana yang diuji dengan seribu satu dugaan. Dan setiap dugaan itu datangnya lengkap dengan pahala kesabaran

Sepatah kata kawan aku, setiap dari kita memang akan diuji dengan kehilangan orang yang kita sayang. Cuma bezanya, cepat atau lambat. Ujiannya besar atau kecil. Yang hakikatnya, apa jua yang kita sayang adalah pinjaman. Bila hilang, REDHA itu kuncinya! 



Salam Ramadhan ke-14! 





Monday, July 22, 2013

Raya Moments of Closeness with Samsung | Semangat Syawal Buat Ayah

Assalamualaikum semua

[SPONSORED POST]

Kalau kau baca entry-entry di Blog Coklateyes sebelum ni, takde satu pun aku pernah update pasal hari raya. Bukan. Bukan hari raya tak penting bagi aku. Mana mungkin. Cuma hati aku sayu setiap kali bercerita pasal Syawal!

DISERANG STROKE

Ini ayah aku. Dalam keluarga, ayah adalah sumber inspirasi kami semua. Sumber kekuatan yang tak ada tolok bandingnya. Di kala waktu apa pun, ayah lah insan yang paling gagah menyokong puterinya. Tapi...... dua tahun lepas ayah diserang strok. Luluh hati aku melihat seorang hero kini lumpuh sebelah badan. Remuknya hati aku, Tuhan saje yang tahu!

Sungguh. Kegembiraan Syawal aku agak tercalar selepas ayah diserang strok. Masih aku ingat kalau dulu, setiap kali Aidilfitri menjelma... ayah lah paling seronok memilihkan kami bertiga baju raya. Kalau boleh dia nak tengok anak-anak perempuannya dengan pakaian sedondon di pagi Syawal. Siap semua kelengkapan ayah berikan. Dari kepala sampai ke kaki. Semuanya yang cantik-cantik ayah berikan. Walaupun ada ketikanya...aku tahu... ayah tak cukup duit. Tapi untuk kami semua... ayah sediakan mana yang mampu.

Lepas ayah diserang strok.  Ayah tak segembira dulu. Aku tahu jauh dalam hati ayah merindui saat kami semua membuat persiapan raya. Malahan yang paling ayah rindu adalah untuk bertugas sebagai bilal masjid melaungkan takbir raya di pagi Syawal. Keterbatasan upaya ayah menyebabkan ayah murung dan rasa merendah diri. Aku simpati. Aku tahu ayah menangis dalam hati...

Tapi, tak kan selamanya ayah nak begini. Tiap kali Syawal ayah nak berduka dan merenung simpati! Syawal kan hari kemenangan umat Islam. Hari untuk kita bergembira dan bersyukur pada Illahi.


SINAR SYAWAL

Tahun lepas, masih segar dalam ingatan aku. Aku dan adik beradik lain bangkit untuk beri semangat pada ayah! Sapa kata pesakit strok tak boleh beraya dan menziarah keluarga? Sapa kata pesakit strok tak boleh makan ketupat dan kuah kacang di pagi raya? Sapa kata pesakit strok tak boleh pakai baju raya? Aku dan adik beradik bersama-sama bantu ayah.

Alhamdulillah, Syawal yang lepas ayah berubah. Dalam kesederhanaan. Kami nampak sinar gembira dan semangat baru di muka ayah. Mula ceria dan seolah-olah dia terlupa tentang sakitnya! Itu yang kami mahukan. Pagi raya, kami semua siapkan ayah. Pakaikan ayah dengan Baju Melayu baru. Berkopiah baru, bubuh minyak wangi dan sikat janggut ayah. Kasi hensem sikit lah senang ceritanya.

Kami nak ayah gembira di pagi Syawal. Aduhai. Gugur air mata aku tatkala memasukkan lengan baju Melayu ke tangan ayah yang kaku. Tangan yang pernah menyikat rambut aku, yang pernah memberi suapan nasi ke mulut aku dan tangan yang memukul mendidik aku menjadi insan yang baik hari ni. Tangan ayah!

suka moment candidi begini. sepupu dan anak buah aku datang menghibur ayah!

Betul kata orang, pesakit strok kesembuhan dia bukan pada keupayaan fizikal semata-mata. Semangat yang disalurkan dari orang sekeliling sebenarnya membantu ayah untuk 'sembuh' seketika. Ayah begitu ceria tahun lepas. Aku pesan pada mak, adik dan kakak... jangan ingatkan ayah tentang sakitnya. Biarkan dia bergembira. Ukhuwah Syawal dan semangat baru kami suntik pada ayah. Kami nak ayah kuat dan tahu bahawa ujian Allah itu manis sebenarnya. Dan aku yakin ayah sedang membina kekuatan dalamannya.

Kami buang jauh-jauh fikiran negatif. Satu keluarga berubah. Setiap kali aku ajak ayah ke rumah saudara-mara, kalau dulu ayah mesti cakap..."Tak boleh, ayah sakit. Nanti susah nak jalan. Susah nak pergi rumah orang!" No. Aku cakap. Ayah kena jadi macam biasa. Lupakan kesakitan dan segala macam masalah. Ayah kena jadi ayah kami yang dulu. Anak-anak ayah ni ada. Ayah jugak yang pernah cakap, anak-anak ayah adalah sumber kekuatan ayah. Jadi, kami nak buktikan yang kami memang betul-betul sumber kekuatan ayah. Syawal yang lepas kami semua dapat menziarah kaum keluarga terdekat, solat hari raya bersama dan ayah jugak mampu puasa sunat enam. Semangat ayah memang kuat. Ayah kuat sebab kami pun kuat!

ayah menemani aku ke rumah teman blogger! 

Melihat senyuman ayah di pagi Syawal sudah cukup lengkap untuk aku menyatakan Syawal aku bermakna. Hubungan aku-kakak-adik dan ayah memang tak dapat nak digambar dengan kata-kata. Kami semua yakin hubungan keluarga ni tak akan berubah walau seribu tahun mendatang. Ujian Allah membuatkan kami sekeluarga kuat. Kami tahu, ujian Allah hanya untuk mereka yang layak dan mampu. Dan Allah telah memilih kami sekeluarga untuk semakin dekat pada-Nya. Kenapa kami dipilih? Sebab kami mampu!


Sanak saudara, kawan-kawan semua datang menziarah ayah. Bertanya khabar dan tak akan lupa mengirim semangat dan mengutus doa moga ayah cepat sembuh seperti sedia kala. Kata-kata positif itulah penawar penyakit ayah!

Ayah gembira bila keluarga datang menziarahnya.

Untuk tahun ni, aku yakin ayah sekuat yang dulu. Walaupun kesihatannya agak merosot, tapi itu bukan halangan. Tahun ni aku dengan adik beradik yang lain dah plan nak pakaikan ayah dengan baju Melayu siap bersampin. Macam ayah masa sihat dulu. Hensem, bergaya dan segak di pagi Syawal. Kami nak raikan Syawal dengan meriah dan lebih barakah!


RAYA MOMENTS OF CLOSENESS WITH SAMSUNG

Sebab tu bila Samsung Malaysia anjurkan "Raya Moments of Closeness With Samsung" aku tak teragak-agak nak join kempen ni. Mungkin boleh membantu aku menyuntik lagi semangat Syawal aku dan ayah!



Jika entry aku terpilih sebagai pemenang, aku berniat untuk memilih Samsung Galaxy S3 sebagai hadiah. Ibarat Aur dengan tebing, Samsung dan keluarga aku memang dah sebati. Aku-kakak dan adik sama-sama memilih Samsung Smart Phone untuk sentiasa berhubung dengan ayah dan keluarga. Samsung merapatkan ukhuwah keluarga kami. Cumanya...ayah masih tak punya smart phone. Kalau ada smart phone, mudah untuk kami we chat, voice mail mahupun video call dengan ayah!



SAMSUNG GALAXY S3

Sebab tu lah, kalau ada rezeki, aku yakin hadiah Samsung Galaxy S3 ni mampu menceriakan Syawal aku sekeluarga. Bukan tu je, dengan Samsung Galaxy S3 ni jugak lah aku akan rakam setiap detik gembira Syawal kami bersama-sama. Bergurau senda dengan ayah di pagi Hari Raya, detik-detik ketika bersalaman memohon ampun maaf dan juga juadah makanan air tangan mak yang dah tersedia atas meja! Itu semua moment. Moment terbaik dalam hidup dan keluarga. Mana mungkin aku lepaskan! Haish mesti meriah!

Bukan tu je, dengan smart phone jugak, mudah untuk ayah beramal ibadah. Aku akan download-kan aplikasi Al-Quran untuk ayah. Maklumlah, sebelah tangan ayah agak terbatas fungsinya. Kan mudah, dengan sentuhan jari je boleh slide muka surat Al-Quran! Dan boleh dibawa kemana sahaja!!! Ringan dan tahan lama!

Syawal 2009.
Besar harapan aku untuk menang dalam kempen ni. Tak banyak sedikit, aku rasa dengan bantuan Samsung Malaysia, aku boleh memberi keceriaan pada ayah di hari Syawal yang mulia ini. Menghiburkan hatinya yang gundah dan risau dengan penyakit stroknya dan aku nak ayah tahu yang kasih sayang anak-anak pada ayah memang tak akan sama nisbahnya dengan kasih sayang ayah.



Selagi ayah masih ada, masih punya nyawa...aku-kakak-adik berjanji untuk menggembirakan ayah seadanya. Pengorbanan ayah pada kami sekeluarga sangat besar nilanya. Tak terkata. Sumpah tak terbalas sampai bila-bila.

Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, aku pohon pada-Mu Ya Tuhan, kembalikan kesihatan ayah seperti sediakala. Panjangkan usianya, berikan kesihatan dan kegembiraan buatnya. Jujurnya, jika maut menjemput ayah di kala ini, aku masih belum bersedia. Tak puas lagi bermanja dan menabur jasa padanya. Moga Allah memberi kesempatan pada aku untuk berbakti pada kedua orang tua. Moga-moga potrait raya kita tahun ni lebih ceria dan gembira!


Insya-Allah kalau menang, hadiah ni tak lain tak bukan untuk ayah. Yes, ayah. Insan yang sentiasa memberi inspirasi kepada aku. Kawan-kawan doakan ye aku berjaya dalam campaign ni.


Sempena Syawal ni, upload potrait raya family anda bersama Samsung di :

https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/




Dah tengok Samsung Raya TV Commercial?
Kalau belum, tengok kat sini : 



Entry ni aku tujukan untuk kita semua. Moga-moga menjadi inspirasi pada kita semua untuk berbakti pada kedua orang tua, menghargai mereka selagi punya nyawa!  Korang bantu aku untuk memberikan Semangat Syawal Buat Ayah dengan menekan button LIKE & Promote entry ini pada kawan-kawan. Insya-Allah, kasih ayah membawa bahagia!!!




 Selamat Menyambut Syawal Mulia! 

SUKA ENTRY INI. KLIK LIKE DI BAWAH! ;)
 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork