Friday, August 30, 2013

Trend Kanak-Kanak & Gadjet Canggih

Assalamualaikum semua




Entry ni bukan lah untuk menyangkal atau menyelar tindakan sesetengah ibu bapa yang mana rata-rata hari ni menjadikan tablet sebagai satu permainan untuk anak-anak mereka, tapi entry ini adalah lebih kepada berbentuk pendidikan dan perbincangan terbuka. Kiranya semua orang boleh melontarkan idea, pendapat, dan lebih seronok kalau dapat berdiskusi dengan cara yang baik dan bijak.




Sekarang ni, kemana je kita semua pergi tak sah kalau tak nampak kanak-kanak bawak tablet kehulu kehilir. Khusyuk dengan tablet masing-masing, senyap je semua. Elok perangai! Mak bapak pun senang nak buat kerja ke, beli belah ke, mahupun menguruskan sesuatu hal. Tinggal dalam kereta pun tak pe, masing-masing behave.


Tapi, apa relevannya memberi anak semuda dan sekecil setahun dua dengan kemudahan ICT yang capaian luasnya meliputi satu dunia? 


1. MEMBERI PENDEDAHAN AWAL 

Setuju dengan beberapa opinion dari golongan ibu bapa, antara sebab mereka membenarkan anak-anak bermain dengan tablet/pc/gadget adalah sebagai salah satu cara pendidikan awal kepada dunia teknologi hari ni. Dunia hari ini memang tak dinafikan sangat luas. Segala benda ada di hujung jari. Dari segi pelajaran, motivasi, program dan permainan minda semuanya ada. Kiranya tablet atau gadget ni umpama satu hub buku moden. Melalui tablet, segala bentuk ilmu dapat dicapai. Mudah, menjimatkan masa & mereka lebih fokus.


2. MENGELAKKAN ANAK-ANAK DARI JENAYAH LUAR RUMAH

Ini juga salah satu point yang cukup bagus dan cukup kuat bagi para ibu bapa. Malaysia hari ni, kadar jenayahnya cukup tinggi apatah lagi yang melibatkan anak-anak kecil. Kes penculikan, rogol, pemerdagangan manusia dan pembunuhan menyebabkan mak ayah menjadi trauma dan paranoid dengan keadaan persekitaran. Jika kita lihat sendiri, berapa ramai ibu bapa yang melepaskan anak-anak mereka untuk beriadah di waktu petang di kota Kuala Lumpur? Lebih lebih lagi sendirian? Boleh dikatakan, berat hati mereka jika anak sendirian. Jadi, dengan tablet, perhatian anak-anak untuk bermain di luar rumah dapat dialihkan. 


3. BELAJAR SECARA INTERAKTIF

Teknologi semakin canggih. Ibu bapa semakin sibuk, pendidikan anak-anak tetap perlu diutamakan. Berdasarkan perkara inilah, ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada anak-anak untuk bertindak sendirian dalam mencari ilmu pendidikan. Malahan, dunia interaktif moden juga semakin hebat dan berjaya mencuri tumpuan mereka untuk minat belajar dengan cara sebegitu

NAMUN....

Sekali lagi diingatkan, aku bukannya seorang ibu... cumalah seorang generasi muda yang selalu memerhati dan membuat konklusi, kelihatannya ibu bapa semakin jauh dan alpa dalam melepaskan tali kepada anak-anak melayari dunia internet hari ni. 

Sebab itu lah, tak mustahil kes kanak-kanak ber-onan* di cyber cafe pada pagi Syawal terjadi. Puncanya? Keterlebihan dan kepercayaan menyeluruh ibu bapa dalam memberi kebebasan anak-anak berinternet. 

Pada hemat aku, segala bentuk kemajuan itu datang dengan pakej. Pakej kebaikan dan juga keburukan. Pemerhatian dan kawalan dari orang tua sangat penting. Anasir luar memang  banyak. Kitalah yang kena pandai mengawal mereka. Malahan, kita jugalah yang sepatutnya mengatur jadual mereka supaya keupayaan mental mereka bukan sekadar dalam bidang IT dan sosial secara virtual tetapi meliputi perkembangan bersosial in reality dan perkembangan fizikal juga.

Ramai anak-anak sedara, sepupu-sepupu aku yang kecik jugak menggilai tab. Malahan mereka lebih pantas dan bijak mengendali gadget-gadget ni. Takde sapa pun ajar. Pandai sendiri. Tak salah, dan tak jugak aku halang. Tapi kenalkan jugak mereka pada permainan ceper, batu seremban, congkak, layang-layang, pondok-pondok dan macam-macam lagi. Bukan sekadar, main candy crush saje! :)

Dan akhir sekali keterbukaan ibu bapa membenarkan anak-anak dengan gadget menyebabkan mereka sangat taksub & seolah-olah ketagih dengan modern drugs ini. Jadi bagaimana anda mengawal mereka dalam keadaan sebegini? Ada cara? Kongsikan.... 


p/s: tanpa kita sedari, kita juga telah ketagih dengan online-stuff ni kan... 



Tuesday, August 27, 2013

Mukus Siput Dalam Produk Kecantikan. Berkesan Atau Tidak?

Assalamualaikum semua

Kalau korang adalah peminat beauty product, mesti selalu korang jumpa yang trend sekarang ni ada produk yang menggunakan lendir siput sebagai bahan asas untuk produk kecantikan mereka. Tak kira lah, untuk skincare, mask, eye serum dan macam-macam lagi. 

Aku tak tahu lah sama ada korang pernah terfikir atau tidak, tapi aku ni memang selalu fikir apa relevan dan khasiat lendir siput tu ye? Aku geli sikit benda-benda macam tu. Terutama kalau digunakan dalam bahan-bahan kecantikan. Ironik sungguh kan, something yang berlendir, maybe berbau sedikit boleh digunakan dalam bidang KECANTIKAN. 



Baiklah, jadi sejauh mana sebenarnya mukus atau lendir siput ni dapat mencantikkan kulit? 

Sejarahnya bermula sekitar tahun 2006 yang mana ketika itu para petani di negara Chile mendapati tangan mereka lebih lembut, mulus dan muda selepas memegang siput-siput yang digunakan untuk masakan di Perancis. 

Secara logiknya juga, dapat dikenal pasti bahawa mukus dari siput merupakan satu sumber semulajadi yang melindungi haiwan kecil tu daripada benda dan permukaan tajam. Ye lah, siput kan lalu atas batu lah, benda keras lah... sedangkan badan siput sangat lembut. Jadi, ada sesuatu yang melindungi badan mereka iaitu mukus tersebut. 

Sesetengah dermatologist mengkaji bahawa mukus siput mengandungi protein, glycolic acid dan elastin yang tinggi yang mana diyakini mampu menyembuhkan permukaan tisu-tisu rosak yang terdapat pada badan siput. Malahan mukus ini juga lah yang digunakan oleh siput untuk mendapatkan kelembapan dan mengelakkan mereka daripada kekeringan akibat cahaya matahari terik. So, nampak macam ada moisturization sense disitu. Untuk kelembapan. 

Tapi....



Masih lagi ada perdebatan antara dermatologist kerana katanya mukus itu hanya berkesan kepada sel kulit siput sahaja dan bukannya sel kulit manusia. Tidak ada lagi kajian yang membuktikan ia dapat memperbaiki sel kulit manusia.

Ada jugak aku baca beberapa review di blog yang telah menggunakan produk berasaskan mukus siput ni dan mereka juga mengakui bahawa tiada kesan yang dilihat daripada pemakaian tersebut. Tapi tak pulak dinyatakan sekiranya ada negative side effect. Maybe it just neutral. 

Jadi macam mana? Korang masih lagi percaya mukus siput untuk kecantikan?

Pada aku sendiri lah, memang betul untuk hasil terbaik dalam produk kecantikan dan kesihatan adalah berasaskan alam semulajadi sebagai contoh sheep placenta, snail mucus, akar kayu, herba, rempah ratus, daun dan bunga-bunga. Tapi jangan terlalu taksub sampai sanggup melakukan apa sahaja asalkan nampak cantik. 

Contohnya macam di China, mereka sanggup gunakan uri baby untuk kosmetik dan kecantikan. Malahan, lebih teruk lagi darah babi dan banyak lagi benda kotor sanggup je dorang telan. Janganlah macam tu ye. Gunakan produk yang diyakini dan telah diuji secara klinikal dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan.  

Bukan apa, jika dah diuji dan mendapat pengesahan KKM, barulah kita boleh ambil tindakan sekiranya ada apa-apa side effect yang memudaratkan. Ini kalau dah barang tak betul, nak bawak ke tengah pun susah! 


p/s: Beauty is about pain.... 


Keputusan Raya Beauty Give Away

Assalamualaikum semua




Baiklah. To be short. Ni nak umumkan 5 pemenang bertuah untuk RAYA BEAUTY GIVE AWAY yang aku jalankan. Walaupun tak ramai yang turut serta, tapi tak pe. Memang niat nak let go Natural Aqua Gel by Cure hadiah dari Vanity Trove & Sasa Malaysia tu. Nak happykan pembaca & nak mereka juga rasa betapa bestnya produk ni. Seriusly, aku sampai sekarang masih suka gila pada Natural Aqua Gel ni. Nombor satu dalam carta hati lah untuk kategori exfoliation gel. 

So, ini dia 5 pemenang yang bertuah!



Tahniah!!!! Tahniah!!! Tahniah diucapkan pada 5 pemenang kat atas ni. Terima kasih diucapkan banyak-banyak untuk semua peserta. Jangan risau buat yang kurang berjaya, Insya-Allah ada rezeki nanti boleh lagi aku anjurkan Beauty Give Away. 

Buat pemenang yang berlima atas ni, sila berikan butir diri anda : 

NAMA PENUH
ALAMAT 
NO. TEL

Emailkan kepada innanie.ariffin@yahoo.com.
  Butir diri mesti diberikan selewatnya 30.8.2013.

Jom lawat blog para pemenang.

1. Dear Xila @ http://www.dearxila.my/
2. Fahmi Aziz @ http://www.fahmiaziz.my/
3. Trislynn Chan @ http://prepandtrends.blogspot.com/
4. Nurmujahidah Ismail @ http://www.mujadafewa.my/
5. Busyra Takiyudin @ http://busyratakiyudin.blogspot.com/




Sunday, August 25, 2013

Simply Sandwiches : Memenuhi Citarasa Gaya Hidup Sihat Anda!

Assalamualaikum semua

WARNING : JIKA ANDA SEDANG LAPAR, HATI-HATI BACA ENTRY INI :)

Kalau masa musim exam dulu lah, aku selalu wish ada makanan yang boleh delivery ke kolej selain daripada fast food. Lagi-lagi musim exam kan. Kononnya mestilah nak yang makan makanan yang berkhasiat. Kasi tenaga dan kasi cergas sikit otak tu. But on that time, takde pun servis macam tu! How sad it is right? 

Tapi.... jangan risau!!! Sekarang ni, ada satu servis food delivery yang terbaik di sekitar Lembah Klang!!! Yang pastinya.... servis ni menyediakan makanan yang bukan sekadar BERKHASIAT, HOME-MADE, HALAL malahan SEDAP & MEMENUHI CITARASA ANDA!!!! Yummmmmmyyyyy! Memperkenalkan......


Dengan tagline "WE BRING PICNIC TO YOU", Simply Sandwiches mempertaruhkan makanan berunsur sandwich kepada para pelanggan mereka. Sandwich yang biasanya kita fikir hanya nak makan untuk picnic, tapi kini tak lagi. Anytime, anywhere... boleh je untuk dimakan! Mudah & pantas sebab Simply Sandwiches menyediakan khidmat food delivery! Bersesuaianlah kan dengan gaya masyarakat kota hari ni yang sentiasa nak cepat & tak perlu buang masa serta tenaga menunggu giliran nak ambil makanan, nak bayar makanan semua tu. But in the same time, kita nak makan something yang bagus dan sihat untuk badan.

Jom kita tengok, apa yang dihidangkan oleh SIMPLY SANDWICHES yang buat aku sampai sekarang terasa-rasa lagi keenakan & kelazatannya!



Set atas ni adalah set yang diberikan oleh Simply Sandwiches kepada aku untuk lunch. Mula-mula, aku sendiri, tipikal lah bila orang kata makan sekeping sandwich untuk makan tengahari, mana kenyang kan. Tapi.... kau jangan tak tahu... bila aku makan satu sandwich + mushroom soup + caesar salad dan ice lemonade tu, mak oi. Kenyang beb! Sebabnya untuk sandwich tu mereka gunakan seeded bread atau wholemeal bread. 


Menurut pengasas Simply Sandwiches, Sharin Shariff & Shaheera Djafar, idea untuk menghasilkan servis berorientasikan food delivery ini tercetus apabila mereka kembali ke Malaysia setelah pulang belajar di Australia yang mana orang di sana menggemari sandwich sebagai makanan harian mereka. Namun, di Malaysia ketika itu masih belum ada lagi servis makanan sebegitu. 



Menggabungkan tenaga, idea, usaha dan minat 5 orang anak muda, kesemua bahan-bahan yang digunakan oleh Simply Sandwiches adalah berasaskan home-made dan yang pasti HALAL & mampu memberikan nutrisi yang terbaik untuk mereka yang mementingkan kesihatan. 



Untuk sandwich mereka sendiri, terdapat 8 flavour  pilihan yang semuanya lazat-lazat! Aku dah try setiap satu dan memang berbaloi. Cukup untuk mengenyangkan perut, cukup rasa, cukup lazat! Malahan, terdapat 4 flavour yang menjadi kegemaran ramai dan sentiasa menjadi BEST SELLER tau iaitu BBQ Chicken, Beef Salami, Garlic Butter Prawn & Smoked Salmon.


Bagi memenuhi nutrisi seharian korang, Simply Sandwiches ada caranya. Mereka turut menyediakan sajian sampingan dalam lunch box korang. Yang jugak semuanya sedap. Malahan home made tau. Impress aku dengan kesungguhan mereka dalam menyediakan hidangan terbaik demi kepuasan pelanggan. Untuk mushroom soup & caesar salad, masing-masing ditambah dengan grouton yang rangup dan mengenyangkan. Memang berbaloi.





HARGA , CAJ PENGHANTARAN & CARA PEMBAYARAN

Dari tadi dok pum pang pasal makanannya je kan. Mesti ada yang nak tahu, macam mana pulak dengan harganya? Jangan risau. Macam aku cakap tadi, semuanya berbaloi kan. Jujurnya harga yang ditawarkan oleh Simply Sandwiches berpatutan dan bersesuaian dengan potion yang diberikan. 


Malahan untuk lunch box pulak, harganya juga berpatutan. Lebih berbaloi kalau nak dibandingkan korang makan dekat fast food restaurant tau. 


Waktu tempahan dibuka adalah bermula dari breakfast sehingga tea break. Iaitu 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Within that time, untuk order dalam potion kurang dari 5 pcs, Insya-Allah dalam masa 1 jam boleh disiapkan. Jadi, kalau korang nak makan waktu lunch, order lah awal-awal pagi supaya delivery boleh sampai on time. Untuk caj penghantaran pulak adalah berdasarkan lokasi korang. Dibuka di sekitar Lembah Klang sahaja. Dibawah adalah details caj penghantaran :

Kota Damansara - KL : RM 10
Kota Damansara - Shah Alam : RM 8
Kota Damansara - Ulu Klang : RM 15 

Manakala korang pun boleh jugak dapat penghantaran PERCUMA tau. Caranya mudah. Dengan minimum order 10 pcs, Simply Sandwiches boleh hantar pesanan korang tanpa caj penghantaran. So, senang lah. Kalau satu ofis tu, beli banyak-banyak, Simply Sandwiches hantar sekali! Kan mudah tu...

Bagi cara pembayaran pula, Simply Sandwiches mengamalkan online banking. Manakala untuk order yang banyak melebihi 10pcs, adalah digalakkan untuk bayar deposit 50% dulu. Jadi takdelah orang order main-main kan. 


EVENT 

Bercakap pasal order banyak-banyak ni, Simply Sandwiches turut menyediakan perkhidmatan makanan untuk sebarang event korang. Meeting, gathering, birthday party, kenduri kendara, apa je... sebut bagitau kat mereka, Insya Allah mereka boleh bantu anda dari segi makanan. Malahan sekarang ni kan musim rumah terbuka... pun boleh. Mereka boleh sediakan juadah yang lain dari yang lain untuk anda. Segala juadah & makanan untuk event ada boleh DIPILIH sendiri oleh anda. Boleh bincang mengikut kesesuaian event. 

Menurut mereka, sekarang ni tak menang tangan mereka menyediakan tempahan dari beberapa syarikat korporat dan ternama untuk event yang dianjurkan. Antaranya KLIA, Air Asia, Media Prima, Surian Tower dan beberapa lagi.


Sangat mudah kan. Semuanya menyenangkan pelanggan. Walaupun nampak simple, tapi berbaloi dan kelazatan makanannya tak dapat dinafikan lagi. Memang sedap & mudah. 


Bagi yang ingin membuat tempahan untuk event, digalakkan untuk membuat tempahan seawal 3 hari sebelum majlis. Tapi kalau tempahan untuk melebihi 100 orang, dinasihatkan untuk tempah seminggu @ dua minggu sebelum majlis. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku di akhir masa. Oh ye, untuk tempahan banyak... macam aku cakap tadi, deposit sebanyak 50% adalah diperlukan. 


PROMOSI

Part ni mesti korang tunggu-tunggu kan! Hehehe. Aku tahu. Aku tahu! Baiklah, ni meh dengar sikit. Sekarang ni Simply Sandwiches sedang menawarkan satu promosi hebat & berbaloi. Buat mereka yang mungkin tak pernah cuba lagi, boleh lah try promosi ni. Kata orang tu, untuk merasa-rasa kan. Mana tahu kena selera, jatuh hati. Terus boleh order hari-hari. 


"THE INDULGENT PLATTER" 

Ini yang set aku dapat tadi tu. Tak ke menggiurkan?

"TAPAU ROLL-UP"




"MIXED PLATTER"

Yang ini sesuai jugak kalau nak share-share. Boleh pilih flavour apa yang korang nak. 



Betulkan aku cakap awal-awal. Memang sesuai kan aku letak pre-caution supaya korang menyediakan iman yang cukup tinggi. Mujurlah bukan Bulan Ramadhan, kalau tak... naya aku. Memang lazat & menggoda. Sandwich yang gebu, lazat, gemuk dengan isinya...sapa pun boleh gigit jari. Aku rasa memang berbaloi untuk dibeli.

5 anak muda yang memasak dengan minat & bersemangat waja!

Jadi, untuk order & maklumat lanjut mengenai SIMPLY SANDWICHES, hubungi mereka di : 

Facebook :

Twitter :
@Smply Sandwiches 

Phone No : 

+6014 726 2676 [Shaheera]
+6017 207 0407 [Sharin]


LIKE Facebook mereka untuk update: 

P/s: ada dengar apa-apa bunyi dari perut tak? kihkihkih! 

Friday, August 23, 2013

Jadikan Blog Sebagai Punca Rezeki. Berbaloi Atau Tidak?

Assalamualaikum semua

Since today is Friday, so nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan. Alhamdulillah diberikan rezeki melalui Blog Coklateyes yang kalau nak dihitung-hitung, memang banyak dan Dia Maha Mengetahui keperluan setiap hambanya. 

Dalam minggu lepas, bukan niat untuk riak atau menunjuk ke apa, tapi ada 3 kemenangan yang berjaya aku dan Blog Coklateyes lakukan. Juga dalam minggu lepas terlalu banyak peluang dan ruang untuk advertorial, review dan event yang berlangsung. Syukur pada Allah atas segala peluang. 

1. LOST WORLD OF TAMBUN


Dengan entry [Lost World of Tambun Bloggers Getaway | Lets Lost-in-Fun] , Alhamdulillah... The Butterfly Project Malaysia telah mengisytiharkan aku sebagai peserta ketiga yang terpilih untuk Getaway tersebut. Memang seronok ni. Tak sabar nak merasa bercuti dengan 29 Bloggers yang lain. Tak pernah jugak ke Lost World of Tambun tu... dan sekarang boleh lah berehat sama berblog! Yeay! Antara blogger yang berjaya jugak : Sabby Prue, Cik Lily Putih, & Norfanil. 


2. MENANG LUCKY DRAW WEVents 3rd ANNIVERSARY


Yang ini memang tak disangka lah. Masin mulut Cik Lily Putih kita tu haaa... tup-tup habis je dia sebut nama dia naik, lepas nama dia, eh nama kita pulak yang naik. Syukur!!! Dan paling best, aku dapat 10 keping facial mask dari TT Mask Malaysia yang mana memang on the week before aku tengah usha nak beli mask dari mereka. Tup-tup dapat Free! Sapa tak berjoget kan? Terima kasih dan syukur Alhamdulillah. [WEVents 3rd Anniversary : One Night for Superwoman] 


3. MENANG DELIMA HOME WRITE & WIN CONTEST


Ini kemenangan terbesar minggu ni. Ya Allah lagi tambah syukur Alhamdulillah. Macam biasalah, aku memang tak nak susahkan mak ayah kalau aku nak apa-apa. So, bila dapat tahu terpilih untuk Beauty Getaway ke Tambun tu, aku dah mula berkira-kira duit tabung aku. Kena budget sebijaknya. Alhamdulillah... syukur. Menang pulak Delima Home Contest ni yang mana hadiahnya ialah RM 200. Gembira bukan kepalang aku. Sebab Allah mendengar doa dan keperluan aku. Datang tepat pada masanya!!! [DEKORASI RUMAH UNTUK RAYA? SEMUANYA ADA DI DELIMA HOME]


4. TERPILIH UNTUK SAMSUNG BLOGGER TRIP

Beberapa hari lepas, Yuki (Samsung's Officer) call dan tanya sama ada Sabtu ni aku free tak. Aku terpilih untuk ke Melaka dengan Samsung Bloggers Trip. Malangnya, pada hari tersebut aku ada urusan keluarga. Menangis jugaklah dalam hati. Peluang keemasan tu. Dah lah Melaka tu pun salah satu tempat yang aku suka. Heritage place kan. Tapi tu lah... tak de rezeki. Insya Allah kalau ada peluang lain, ada lah rezeki untuk trip yang lain. 


5. TERPILIH UNTUK NINETOLOGY REVIEWER PROGRAMME 


Ini jugak peluang keemasan. Memang dah confirm dapat. Sebab kena compete dengan beratus blogger yang lain kan untuk 1st batch. Malangnya, aku kena arrange loan time tu. Tak berapa sesuai masanya untuk aku pulangkan produk mereka on time. Jadi atas dasar prihatin dan tak nak susahkan orang lain, aku serahkan peluang tu pada blogger lain. Dan Insya Allah Ninetology akan beri aku pada bulan September yang mana masa tu aku dah free.


UPCOMING



Ada yang tanya, betul ke blog boleh jadi punca pendapatan? 

Jujurnya, aku sangat-sangat bersyukur dengan semua rezeki, peluang & ruang yang Allah berikan pada aku. Jugak pada nikmat dan kebolehan skill aku dalam penulisan entry. Walaupun aku tahu blog aku ada kelemahan dan kekurangan yang besar jika dibanding beza dengan blog hebat yang lain, tapi aku sedaya upaya memperbaikinya.

Betul janji Allah. Siapa yang berusaha pasti berjaya. Dan aku tak pernah anggap blog sebagai satu tempat permainan. Pada aku, blog adalah sumber rezeki sampingan aku dan blog jugak banyak meringankan beban aku dan keluarga. Walaupun mungkin bukan dalam bentuk kewangan, tapi sekurang-kurangnya peluang yang diberikan untuk review product, tempat makan & event itu boleh menjana kepada kewangan sebenarnya. Malahan jika tidak dalam bentuk kewangan, dari blog jugak macam-macam barang, produk & networking aku jumpa. Ini semua peluang keemasan. Peluang yang kalau boleh janganlah dilepaskan! Insya Allah memang berbaloi kalau korang boleh berikan kesungguhan dan sabar dalam mengumpul hasilnya. 

Dari blog jugak lah diri aku semakin bermotivasi dan menginspirasi orang lain juga. Sama macam kak Nadia yang terinspirasi dari Blog Coklateyes ini. [REZEKI SAYA BER-BLOGGING by NADIA ARRUMAISHA]

Terima kasih diucapkan! 


Doakan semoga Blog Coklateyes bertambah rezeki ye! :)



p/s: aku jugak doakan blog korang berjaya & memberi sumbangan pada korang juga!



Thursday, August 22, 2013

Anak Kucing : Tiga Mati, Satu Selamat

Assalamualaikum semua

Glory, my little Turkish Van cat tu dah beranak. Memang malam semalam tu dah perasan yang Glory dah baring je. Makan pun tak larat. So, awal-awal lagi aku dengan adik dah asingkan cage dia dari Manis & Kimi. Dah siap-siap letak towel kat dia. Confirm dalam masa terdekat dia akan beranak.

Than around Subuh mak aku panggil. Katanya, nampak kat cage Glory ada anak-anak dia. Tapi macam tak gerak. Stay je. Berderau jugak darah aku. Sebab sebelum ni pun Glory pregnant tapi kandungannya gugur. Sian! 

Aku cepat-cepat panggil adik aku. Halaaaaaaaaaaaaaaa!!! Memang betul. Anak dia ada 4 ekor. Tapi 3 ekor mati. Sekor je hidup. Yang 3 ekor lagi masih dalam kantung dan memang dah terlambat untuk kami selamatkan. Oh-no! 

Sumpah sedih gila tengok gambar ni! 
Yang dalam bulatan tu je yang survived. Tiga ekor lagi tak dapat diselamatkan. Aku pun tak tahu kenapa Glory tak jilat anak dia pecahkan kantung tu. Kalau nak kata dia tak tahu, dari pembacaan aku kebiasaan kucing memang akan ada natural feeling on that. Wallahualam. Mungkin memang yang selamat sekor aje kan. Aku tengok Glory relax aje. Muka toya. Takde perasaan. Haih! 

salah sekor yang tak dapat diselamatkan
So, aku dengan adik pun cepat-cepat lah keluarkan 3 jasad kucing kecik yang masih licin dalam kantung tapi dah kaku tu. Sedih beb. Sedih. Rasa tak sampai hati pulak. Ada kawan cadangkan, kalau kita cepat atau sedar kelahiran anak dia, kita boleh bantu anak kucing tu dari lemas. Dengan cara pecahkan kantung dia. Tapi mestilah around 5-10 minit dari masa kelahiran. Kalau dah lama memang anak dia akan lemas dan mati. Nak buat macam mana. Kami syak Glory beranak around jam 3-4 pagi lah. Memang dah terlambat. Adik tukarkan tuala dia semua dan fokus pada yang survived tu. 

And here it is... my new little kitten.




Bulu nampak macam tebal. Lembut macam Glory. 
Syoknya kau ye dah kenyang kan!!!
inilah namanya malu-malu kucing!
The colour. Brown bronze! My favourite. Yeay!
Aww cak!
Aku tengok Glory mula-mula dia macam kekok jugak dengan anak dia. Ye lah. Mommy baru kan. Aku risau jugak, kot-kot yang sekor ni pun tak panjang umur. Setiap 1-2 jam aku dengan adik pantau keadaan dia. Dah macam nurse tak bertauliah dah. Kehkehkeh. Adik aku paling rajin. Aku syak dia nak jadi veterinar dulu. Tapi biologi dia tak berapa cemerlang. Cancel lah niat tu! Kehkehkeh.



Makin lama aku tengok Glory pandai dah jaga anak dia. Dia tak marah pun aku pegang anak dia. Maybe dia tahu yang kiteorang tak kan cederakan anak dia. Dia just tengok je. Baring manja-manja mintak dielus jugak. Yang si kecil pulak, aduhai. Geram aku. Perut bulat kenyang susu. Yelah takde persaingan langsung kan. Semua puting dia pulun! 

So far, aku cadang nak letak nama Fighter. Sebab dia the only one yang survive. Adik aku tak setuju pulak. Dia nak letak nama Hero. Tengok lah nanti macam mana. Ke nak letak nama ala-ala K-pop sikit? Tengoklah cemana....



P/s: Harapnya si comel yang sekor ni selamat membesar dan stay alive!!!


WEVents 3rd Anniversary @ Armada Hotel, PJ : One Night for Superwoman!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sabtu lepas, diberi peluang untuk hadir ke Majlis Ulangtahun ke-3 WEevents di Armada Hotel, Petaling Jaya. Dengan bertemakan "Superwoman", meriah sangat malam tu. Masing-masing yang hadir siap berkostum semua. Comel-comel. Macam-macam karakter yang datang malam tu. Aku? Hehehe. Off-theme. Tak ikut tema. Hehehe. 


Aku dijemput ke WEevents Anniversary atas dasar jemputan daripada The Butterflies Project Malaysia. Buat yang masih belum tahu, WEevent adalah Women Only, Men Not Invited merupakan satu badan sukarelawan wanita yang membawa idea untuk para wanita bersama-sama berhibur, making connection & networking serta bertukar-tukar pendapat.

with Cik Lily Putih. Ikut tema kita berdua ni kan? 

On that night, antara group dari The Butterfly Project Malaysia yang hadir adalah Tammy, Ayna, Illy Ariffin, dan Cik Lily Putih. Paling meletup mestilah Tammy. Dengan costume Yoda!!! Comel je dia pakai. Walaupun muka cover-up dengan topeng, tapi tetap aku kenal itu Tammy!!!

Tammy Miu with her costume. Tapi sayang, Yoda bisu. hehehee
Malam tu, majlis bermula kira-kira jam 7.45malam. Of course lah, kalau dalam event blogger, antara yang mendapat perhatian daripada aku adalah makanan mereka kan! Maka tengah lapar tu! Hehehhe. Bersinar mata aku tengok makanan yang banyak dan sedap-sedap!



Ada banyak aktiviti yang dijalankan. Antaranya brain storming, manicure by Posh, Superwoman Show, Belly Dancing dan paling best ada lucky draw! Harap-harap ada rezeki. 



Founder of WEVent
Founder Bag of Love, Mimi inspired us by her simple speech

Antara superwoman malam tu yang membuat persembahan

This is the winner. dapat laptop Fujitsu! 

Tammy dapat penghargaan as Most Supportive Blogger. Memang aku setuju!
Bagai di kata, tanpa disangka-sangka memang masin mulut Cik Lily Putih mendoakan nama kami berdua sangkut untuk Lucky Draw... and Alhamdulillah.. memang pun, siap berturut lagi. Mula-mula CLP, lepastu nama aku. Kelam kabut kiteorang bertukar kamera! Hehehe

Bangga dapat TT Mask


Yeay!!! Aku menang dua set mask (5pcs each set) dari TT Mask. Alhamdulillah. Memang rezeki. Sebab the week before, stock mask aku memang dah habis dan aku bercadang nak beli mask dari mereka. Sekali dapat percuma aje! Semua jenis pulak tu ada. Syukur!


Dan yang kat bawah ni adalah hasil goodies bag yang diberikan. Ada macam-macam hadiah dan baucer yang diberikan. Penuh satu bag ye!


Paling seronok dapat Finger Touch Mouse yang sangatlah comelnya. Tak terjangkau pulak akal aku kat dunia ni ada mouse sekecik tu. Hanya sebesar jari telunjuk je.


Well, I'm really having fun with all the ladies on that night. Rasa bangga pulak sebab perempuan memang sebenar-benarnya Superwoman. A multi-tasking person. Career, family, diri sendiri semua perlu diuruskan dengan bijak. 


Juga semalam, event ni featured in NST paper. Dan tiba-tiba terselit gambar aku ketika mengusik Tammy si Yoda comel! :) walaupun eja nama salah. Pasrah aje lah!


Again, thank you so much to The Butterfly Project Malaysia.


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork