Monday, September 30, 2013

Hasil Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra : 10 Perubahan Ketara Dirasai!

Assalamualaikum semua

Sebagaimana yang aku janjikan, ini adalah entry wrap-up aku untuk Ephyra. Yes, setelah 3 minggu menggunakan Ephyra untuk CABARAN 30 HARI BERSAMA EPHYRA, aku rasa tak syak lagi memang patut pun Ephyra ni mendapat tempat di hati ramai penggunanya. Dengan keberkesanan dan hasil yang diberikan... rasanya tak salah untuk kita melabur sedikit demi kebaikan diri sendiri.



Sama macam pengguna lain, sebelum aku start gunakan Ephyra ni... aku buat research. Cari seberapa banyak maklumat dan info, juga hasil testimoni yang ada. Tapi kau tahu lah kan aku selalu cakap, aku bukannya senang nak percaya hasil testimoni. Aku cuba, aku guna sendiri. Tengok hasilnya baru aku yakin. Dan Alhamdulillah, memang Ephyra nyata berkesan & Cabaran 30 Hari bersama Ephyra berjaya! Mesti korang nak tengok kan Before & After picture lepas guna Ephyra.

Are you ready?????!!!!



taaaaaaaaaaaaaaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!





So, meh aku terangkan one by one, apa yang aku alami sendiri sepanjang Cabaran 30 Hari bersama Ephyra ni. Selepas di list kan, ada lebih kurang 10 perubahan yang aku perasan. Dan memang perubahan besar jugak lah! 


1. Perlindungan UV



Kalau korang ingat, baru-baru ni aku ada ke Lost World of Tambun bersama The Butterfly Project. Cuaca kat sana memang sangat panas dan kering. Rasa menggigit jugak lah terik matahari sana tu. Memang lain macam panas dia. Ramai antara Butterflies Team yang sunburn. Lagi pulak bila kat sana ada Treasure Hunt semua. Lagi lah berpanas berjam-jam. Tapi, untuk aku Alhamdulillah takde kesan sun burn. Merah-merah ke apa, semua takde. 


2. Liang Pori Mengecil & Bekas Jerawat Pudar

Salah satu masalah yang aku hadapi adalah liang pori kat muka aku besar. Obviously, kalau korang close up dekat-dekat memang nampak lah kawah-kawah permukaan bulan tu kan. Heheheh. Lepas aku gunakan Ephyra, aku perasan yang liang pori di bahagian muka aku ni mengecil. Jadi bila pakai make up tu, tak nampak lah ada kesan-kesan kawah tu kan. Kira nampak dia lebih sekata permukaannya. Lepas tu untuk bekas jerawat pun sama. Semakin pudar dan dah kalau ada tumbuh yang baru, tak de parutnya lagi. 


3. Gelap Bawah Mata Berkurang 



Yang ini memang aku aim dah lama. Susah gila kot nak cari produk yang boleh hilangkan gelap bawah mata. Aku give up dengan semua roll-on lah, cream lah, eye pack lah. Semua takde nampak hasil. Baziaqqqqq duit je! Bila aku cuba Ephyra ni, memang aim aku pertama aku nak gelap bawah mata ni berkurang. Walaupun belum 100%, tapi aku nampak hasilnya menakjubkan. Syukur sangat! Nampak mata aku dah bukan mata panda lagi :)


4. Kulit Kusam & Berminyak Semakin Berkurang 



Masalah kulit berminyak ni memang biasalah kan untuk golongan muda remaja macam aku. Kalau hari panas dan berpeluh tu, kulit berminyak ni lah paling aku tak suka. Lebih 3-4 jam bawah matahari dah mula rasa muka lain macam. Tak selesa sangat. Even kadang kat tudung pun ada bekas. Lepas guna Ephyra, aku rasa kulit berminyak aku semakin berkurang. Banyak sangat kurangnya. Dan bila kulit tak berminyak, kulit kusam pun dah takde sebab Ephyra menggalakkan pertumbuhan sel baru. 


5. Period Pain Diatasi 

Ephyra ni bukan sekadar memfokuskan pada luaran, actually dia jugak menjaga kesihatan dalaman. Aku biasanya sebelum & time period memang serba tak kena. Sakit perut lah, sakit pinggang lah, semua serba salah. Duduk salah, baring salah. Perut rasa cramp. Bila aku guna Ephyra, masalah senggugut aku berkurang sangat-sangat. Sakit pinggang takde. Flow period jugak lebih smooth dan lancar. Bolehlah aku buat aktiviti macam biasa. Tak payah nak serba tak kena sangat lah kan!


6. Beri Tenaga

Baru ni adik aku konvo. Jadi aku bawak my whole family dari Kluang direct ke KL. Lepas tu jalan-jalan ke Bangi - Shah Alam & KL, masukkan beg-beg besar, naikkan ayah dalam kereta semua. Kalau tak iye-iye memang letih. Yang aku perasan lah kan, aku tak langsung rasa mengantuk dan letih sepanjang pemanduan. Aku drive direct. Takde pun mengadu kat mak sakit pinggang ke, sakit kaki ke, letih & mengantuk semua takde. Mak aku pun cakap, aku nampak tak letih. Bila malam, tidur macam biasa. Bangun pagi segar balik terus boleh drive 3-4 jam non-stop. Alhamdulillah sangat.


7. Rambut Gugur

Mula tu tak perasan sangat. Tapi start 2 minggu guna Ephyra memang nampak perbezaan ketara. Rambut gugur berkurang. Ingatkan macam efek shampoo ke apa kan, tapi aku rasa ni gabungan dua efek. Shampoo dan jugak Ephyra sekali. Ye lah, macam aku cakap awal-awal. Ephyra kan membantu dari dalaman jugak. 


8. Sakit Tulang

Ni kalau cerita macam malu jugak lah kan. Umur muda tapi dah sakit kaki, sakit tulang temulang. Kehkehkeh. But seriously beb, aku rasa. Takde sakit tumit ke, sakit kaki bila bangun pagi ke. Lancar elok je berjalan. So, aku rasa  Ephyra ni boleh bantu makcik pakcik yang sakit kaki jugak lah!


9. Penghadaman yang lancar

Sebagaimana yang disarankan, Ephyra di minum sebelum breakfast. Kira aku bangun pagi, rutin aku mesti minum Ephyra terus. Dan-dan lebih kurang 5-10 minit lepas tu, terus je perut bagi signal. Ala-ala agen cleanser, memang Ephyra melancarkan penghadaman dan sistem buangan toksik badan. Bagus kan pagi-pagi dah buang toksik. Baru segar badan rasa.


10. Allergik & Masalah Kulit berkurang

Yes, aku selalu allergik. Kalau musim panas tu, mula lah ruam tumbuh. Kadang risau jugak sebab ruam ni merimaskan. Sejak pakai Ephyra, Alhamdulillah masalah allergik kurang. Bila berpeluh tu, aku tak rasa ruam cepat naik. Even kalau kena gigit nyamuk pun, garu-garu pun takde tinggal parut dan bekas.


Fuh!!! Memang teruja gila aku bila merasai sendiri 10 perubahan hasil daripada menggunakan Ephyra. Ini yang berlaku pada aku lah. Mungkin pada badan orang lain, lain jugak hasilnya. Bergantung pada kadar metabolisme badan seseorang. Untuk aku, so far Alhamdulillah sangat sebab hasilnya tidak mengecewakan.

Malahan dari testimoni lain, terutamanya ibu yang breastfeed baby, mereka jugak ada melihat perubahan pada baby & ibu itu sendiri. Selain daripada penghasilan susu yang bertambah banyak, baby jugak semakin gebu, comel dan sihat. Alhamdulillah. Sapa tak senang hati kan tengok anak semakin ceria dan comel?




Ok, baiklah. Ada satu lagi pengumuman.


EPHYRA @ HALFEST EXPO EXHIBITION 




Bermula 2-6 Oktober 2013, bertempat di Mines Convention Centre, Seri Kembangan Selangor, produk Ephyra akan berada di sama bersempena dengan HALFEST EXPO EXHIBITION. HALFEST merupakan ekspo makanan halal terbesar di Malaysia yang mana kriteria utama untuk join HALFEST ini adalah mendapat pengiktirafan sijil HALAL daripada JAKIM.

Jadi, sekarang ni jangan risau jangan takut sememangnya EPHYRA punya sijil HALAL tersebut. Ye lah, sekarang ni macam-macam produk ada kat pasaran. Tapi nak cari yang HALAL bukan senang. Macam-macam je cara orang kalau nak lariskan produk. Yang tipu sijil Halal pun ramai. Yang teraniya sapa? Pengguna jugak. That's why lah, Ephyra join HALFEST. Supaya tak ragu dan tak was-was ketulenan sijil HALAL dari JAKIM milik mereka. Selamat & Halal. Itu matlamat Ephyra. Jom serbu booth 078. Ada cabutan bertuah lagi tu. Aku pun ingat nak pi jenguk sekejap lah! Mana tahu ada rezeki menang Ipad Mini kan?

Macam biasa promosi Ephyra :

1 kotak : RM 197
2 kotak : RM 380 
(nyatakan nama BLOG COKLATEYES untuk dapatkan deal ini!)



Untuk maklumat lanjut :


Phone: 
03- 4141 7889 /  019 3999 238

Email : oceanlife2u@gmail.com

FB :

Website :



p/s: Jangan lupa, PERADUAN WOW! 


Sunday, September 29, 2013

theSkintopic 1st Anniversary & Demo Pembuatan Linden Leaves Aromatherapy Synergy Oil

Assalamualaikum semua

Dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun theSkintopic baru-baru ni di Pavilion buat aku happy. Walaupun agak penat jugak sebab sebelah pagi ada consultation meeting kat Menara UOA, tapi gigih jugak ni berulang alik dari KLCC ke Pavi. Sebab apa? Sebab ia jemputan dari The Butterfly Project! Woooohoooooooooooo!!!!



Selain daripada menyambut ulang tahun mereka yang pertama, theSkintopic juga ada buat demonstrasi bagaimana Linden Leaves Aromatherapy Synergy Oil, salah satu rangkaian produk Aromatherapy Oil mereka dihasilkan. Pihak theSkintopic Malaysia telah menjemput pengasas Linden Leaves sendiri iaiti Brigit Blair untuk pertunjukan demon tersebut yang mana setiap botol dihasilkan sendiri oleh pekerja mereka by hand. Bukannya machine. Impressive sangat!



Penghasilan Linden Leaves semuanya adalah berasaskan tumbuhan dan buah-buahan kering. Antaranya ialah rose bud, lavender, strawberry, avocado dan lemon. Bau dia pulak... memang sangat menenangkan. Bau sweet floral and fruits. Sebab tu lah dia jadi aromatherapy oil. First time tengok lavender tau!





Linden Leaves dari theSkintopic ni memang terkenal. Dihasilkan di New Zealand, gabungan buah-buahan serta tumbuhan seperti avocado, strawberry, lavender dan rose jadikan aromatherapy oil ni sebagai salah satu terapi mandian yang sangat laris di pasaran.

Selain Linden Leaves, ada banyak lagi rangkaian produk penjagaan diri daripada theSkintopic. Geram jugak aku tengok satu-satu. Macam nak beli je rasanya!


Kat sana bukan aku sorang, ada ramai jugak The Butterflies Team yang dijemput. So, memang meriah lah... antara yang hadir, Nala, kak Sabby Prue, Sheila, kak Ami Schaheera, Kelly Sunshine, Anis Athia dan ramai lagi. 


Semua orang dapat goodie bags. Dalam tu ada Linden Leaves Oil 60ml worth RM 128 & voucher theskintopic RM 50. Manakala Sheila ada extra sikit. Dia menang lucky draw worth RM 400++ which is no dia 154 dan no aku 153. Ada rasa nak nangis tak?

Last but not least, apa lagi??? Ze food lah! Nyioms!!!




Thank you so much theSkintopic. Happy Anniversary!


Saturday, September 28, 2013

Ulasan Kes Isteri Mat Yo vs Pak Guard

Assalamualaikum semua

Kelas tajuk. Apa ingat ni pengulas sukan? Kehkehkeh. Ah lantaklah. Layan je tajuk aku tu!

Mula-mula tu aku malas jugak nak ulas benda ni. Since dah terlalu banyak kan para penilai di luar sana. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Bukan apa, bagus orang Malaysia ni. Kalau ada benda yang viral, semua orang boleh luahkan pendapat. Hak bersuara kan. 


Baiklah, video viral yang tersebar tunjukkan isteri Mat Yo yang poyo tu memang membuka mata semua pihak. Sebenarnya lah kan, apa yang bini Mat Yo buat tu adalah perkara biasa yang rakyat Malaysia tanpa sedar selalu lakukan. Bukan lah bermaksud aku se'kerabat' dengan bini dia tu. Tapi, dari video tu apa yang aku sedar... rakyat Malaysia memang suka langgar peraturan & undang-undang lepas tu cuba tegakkan benang yang basah. Konon, apa yang dia buat tu betul. Bukan satu kesalahan. 

Dan bila keadaan tu berlaku, by crook and by hook kita cuba untuk katakan pihak berkuasa yang salah. Pihak berkuasa yang kononnya cuba timbulkan isu. Padahal kita yang buat masalah. Sebab tu lah, pihak penguasa seperti polis dan sebagainya selalu dilabel dengan pandangan negatif. Orang yang enforce law ni kan... macam-macam yang dikutuknya. Tapi, bila susah pandai pulak nak mintak tolong mereka. 

Kau tengok lah, kalau polis buat sesuatu... eh ada je. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini salah. Memang lumrahnya begitu. 

Itu satu hal. 

Hal kedua. Yes, obviously lah kan. Budi bahasa budaya kita. Alaaaa bukan bini Mat Yo sorang yang tak berbudi bahasa. Ramai lagi rakyat kita memang tak reti berbudi bahasa. Bukan kata dengan orang tua, dengan mak bapak pun sama. Cuma bini Mat Yo ni bodohnya, bila dia pi rakam nak tunjuk dia betul sangat lah tu. So dia silap tang tu. 

Aku dah banyak kali lah jumpa kes orang tak berbudi bahasa ni. Malangnya, semua kes tu melibatkan kaum aku. Malu aku... sedih! Muka cantik, perangan entah apa-apa. Aku lah kan, kalau jumpa orang jenis gitu... dapat je peluang memang aku terus hentam balik. Bukan nak marah-marah, sebab orang macam ni tak guna di lawan. Tapi guna nada sarkastik. Biar panas telinga dia. 

Bukanlah kita ni busy body ke apa, tapi jenis orang macam ni feeling dia tu diva tau. Suka hati boleh herdik orang, pandang rendah orang. Nak tak nak, kita ni kena kasi sedar dia sikit. Jangan over sangat feeling diva tu. Kasi smash sikit. Baru padan muka. Salah satu kes aku pernah smash perempuan cantik tak berbudi bahasa tu... korang boleh baca KAT SINI

Kesimpulannya lah kan... walau siapa pun kita, anak kerabat mahupun anak raja... selagi yang namanya manusia, janganlah sesekali menghina orang muda mahupun tua. Apatah lagi jika ditambah dengan takde bahasa. Muka cantik macam bidadari pun tak guna! Jangan herdik orang ikut suka. Cuba fikir sejenak, kalau lah itu mak bapak kita. Tak ke sedih bila dihina? 




p/s: Mat Yo sila asah skill anda. Bukan sekadar di padang. Juga di dalam rumah tangga!


Friday, September 27, 2013

Satay AK24, Teruskan Legasi Resipi Keluarga!

Assalamualaikum semua

Dah alang-alang aku dan team MySelera mencuba Mee Bandung Udang Galah kat Restoran Bisik-Bisik tempoh hari tu kan, ada satu lagi tarikan kat kedai ni. Apa dia? Sate!!! 


Orang Malaysia ni salah satu makanan kegemaran mereka adalah sate. Aku sendiri pun suka sate. Sate ni kan lah, pada aku kalau nak sedap ada dua benda yang kena diutamakan. Satu, kuah kacang yang pekat dan sedap. Dua, perapan sate tu terbaik. Jadi mana nak dapat dua elemen ni? Yes, di Satay AK24, korang boleh nikmati sate yang memang terbaik dari ladang!


Satay AK 24 sememangnya tidak asing lagi kalau di Shah Alam. Berbekalkan resipi turun temurun keluarga mentua, pengusahanya Kak Zzet dan suami cuba membawa Satay AK24 ke satu tahap yang lebih tinggi dan lebih dikenali. Hinggakan event terbaru dari Kelab Golf Sultan Aziz Shah (KGSAAS)  pun amik tempahan 35, 000 cucuk satay dengan mereka!



Pengalaman berniaga sate daripada keluarga suami Kak Zzet menyebabkan beliau dan suami gigih memberikan hasil dan keenakan yang luar biasa daripada sate mereka. Kuah kacangnya dimasak pekat dan lazat. Perapan satenya juga begitu. Penuh dengan perapan. Manis dan lazat. Memang sedap dan sesuai di makan seisi keluarga!


Dengan harga yang berpatutan, saiz jugak memainkan peranan penting untuk sate. Pada aku, satay AK24 sangat berpatutan dengan harganya juga potionnya. Memang kenalah dengan harga KL-Shah Alam ni orang kata kan.


Kalau korang nak cuba rasa keenakan Sate AK24 ni, ada 3 cawangan yang boleh korang terjah:

1. Restoran Bisik - Bisik, Seksyen 7, Shah Alam
2. Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
3. SK Corner, Taman Meranti Jaya, Puchong



Semuanya hasil daripada perapan yang sama. Sebab semua sate AK24. Untuk mereka yang nak buat event dan tempahan, *penghantaran percuma tau!!!

 Boleh hubungi :


Abang Fahmi : 016- 677 7653

Wednesday, September 25, 2013

Mee Bandung Udang Galah @ Restoran Bisik-Bisik : Memang Terbaik!!!

Assalamualaikum semua

Dalam banyak-banyak entry lah, aku memang kena lebih sabar sikit bila tulis entry food review ni. Alahai... bukan apa. Kau tahulah... kalau tulis entry mesti kena masuk gambar kan. Gambar pulak menggoda iman. Mana taknya berpeluh-peluh aku tahan nafsu perut yang berkocak dalam ni. Sabar je lah! Tapi takpe. Demi pembaca Blog Coklateyes, *ewah cam retis sangat bunyiknya* aku sanggup menahan gelora perut dan terus menulis.... korang kena baca!

Baiklah. Untuk session kali ni... Jumaat lepas, aku berkesempatan untuk datang review sebuah kedai yang agak terpencil jugak... tapi dia punya menu, Perrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrghhhhh!!! memang meletop. Lokasinya tak jauh dari UiTM Shah Alam & UNISEL (Shah Alam) iaitu di Seksyen 7, Shah Alam. Memperkenalkan RESTORAN BISIK-BISIK! 



Apa yang menarik kat Restoran Bisik-Bisik ni? Well, apa yang bakal anda saksikan sangat menggiurkan. Specialnya ialah Mee Bandung Udang Galah!!! Ya Allah... bukan senang tau kat area KL & Shah Alam ni nak dapat udang galah dan mee bandung yang original dari Muar. Tapi di Restoran Bisik-Bisik ni. Adaaaaaaaaaaaaa!


Basically, Restoran Bisik-Bisik menawarkan Selera Johor kepada pelanggan mereka. Menurut pengasasnya, Kak Nurhaliza... resipi turun temurun keluarga beliau ni memang sangat terkenal di Muar, Johor. Segala rencah Mee Bandungnya adalah buatan sendiri dan untuk dikomersialkan di KL ni, Udang Galah di tambah supaya lebih rare!

Mee Bandung Udang Galah Gred A : RM 24.50
Kuahnya pekat dan lazat. Saiz udang galah pulak janganlah kau tanya. Memang besar dan puas hati. Malahan, di sini jugak pengasas resipi Mee Bandung ni menggunakan udang galah segar yang diterbangkan khas dari Sabah! Boleh bah kalau kau?



Kesedapan mee bandung dia, sampai sekarang ni masih aku rasa. Sedap gila! Oh lupa pulak, kat sini korang boleh pilih saiz udang galah. Nak XXL size atau yang medium saiz. Yang XXL size, berat udang galah mencapai 100g!

Harga Mee Bandung + Udang Galah : 

 (Gred A) : RM 24.50
 (Gred B) : RM 14.50
 ( Biasa) : RM 6.50 
 (Mee Bandung Muar) : RM 4.50

Mee Gulong: RM 6.00
Selain dari Mee Bandung Udang Galah, ada lagi beberapa menu special kat sini. Antara yang menarik minat dan terbukti lazat adalah Mee Gulung. Haaa... tak pernah dengar kan? Mee gulung ni sebenarnya adalah idea pemilik restoran ni sendiri iaitu Kak Nurhaliza, yang mana beliau menggabungkan idea mee goreng + telur bungkus + udang galah black pepper. Memang lazat! 

Buat mereka yang gemar makan nasi pulak, jangan risau.... kat Restoran Bisik-Bisik ni, semua ada. Lengkap untuk korang nikmati juadah yang lazat dan mengenyangkan. Antara menu menarik dan signature Restoran Bisik-Bisik ni adalah; Nasi Goreng Anak Bujang & Nasi Goreng Anak Dara. Haaa... menarik tak namanya??? hehehehe


Bawah ni Nasi Goreng Anak Bujang. Its like nasi goreng pattaya tapi ada burung puyuh goreng kunyit. Sangat sedap. Sebab puyuhnya digoreng rangup dan nasi tu lah dimasak dengan cukup rasa! Yummy!

NG Anak Bujang : RM 8.00
Dan yang ini pulak Nasi Goreng Anak Dara. Sama macam NG Anak Bujang tadi cuma yang ini dia curahkan dengan lauk padprik. Pun sama, sedap! Masam-masam manis dan pedas yang cukup jadikan menu ni antara yang menjadi pilihan pelanggan.

NG Anak Dara : RM 7.50
Untuk minuman pulak, kalau dah nama selera Johor kan, dua minuman paling famous di Johor mestilah Air Katira & Bandung Soda. Sedap dia... memang aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Memang samalah  macam orang Johor buat. Memang kenalah dengan tekak Johor aku ni! Heheheh!


Untuk pengetahuan pembaca jugak, Restoran Bisik-Bisik ni telah mendapat perhatian beberapa majalah terkemuka negara. Malahan, pernah jugak masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Jadi tak syak lagi memang ramai yang dah cuba & rasa sendiri kelazatan Mee Bandung Udang Galah Restoran Bisik-Bisik ni. Korang bila lagi?


Restoran Bisik-Bisik ni dibuka sekitar jam 11 tengahari untuk sesi lunch manakala untuk makanan goreng-goreng dan Mee Bandung nya pulak boleh diorder bermula jam 3 petang. Mereka juga menerima tempahan Nasi Biryani Johor untuk sebarang majlis keramaian di sekitar Shah Alam.

full house!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 

Noor Akmar (Manager) - 017 758 4680
Norhaliza - 017 7317803
Fareez - 019 2997283

FB :


Alamat Restoran Bisik-Bisik :

No. 9/10, Jalan Zirkon B7/B,
Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor.




p/s: orang Johor, jom serbu Mee Bandung Udang Galah ni ok!


Ninetology Melangkah Setapak Lagi

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua

Rasanya kalau aku sebut Ninetology hari ni, semua sedia maklum ia merupakan sebuah brand untuk telefon pintar yang kini semakin meningkat naik dan mendapat sambutan yang hangat! Apatah lagi dengan perlancaran 3 gadget utama dan terkini mereka iaitu siri U9 yang terdiri daripada X1, Z1 dan Z1+.  Untuk maklumat lanjut mengenai 3 rangkaian gadget ni boleh klik laman web mereka http://www.ninetology.com/u9



Dengan pelancaran tersebut juga, baru-baru ni sehari sebelum Hari Kemerdekaan, Ninetology Malaysia telah melancarkan Flagship Touch Point(FTP)  mereka yang pertama bertempat di Plaza Low Yat.



Apa sebenarnya FTP ni? 

FTP ni merupakan satu hub untuk Ninetology bertemu dengan peminat dan pelanggan mereka. Selain berfungsi sebagai showroom mereka, malahan ia juga menjadi pusat sehenti untuk pelanggan Ninetology mempelajari trick & skill bagaiman untuk menjadikan produk Ninetology milik mereka satu gadget yang memenuhi kehendak hidup masa kini yang trending. Bukan sekadar di Plaza Low Yat, 8 lagi FTP bakal dibuka di sekitar Lembah Klang dan akan beroperasi bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“We are very proud to be in strategic partnership with MediaTek Inc, the leading fabless semiconductor company for wireless communications and digital multimedia solutions.  MediaTek’s invaluable support in providing us with high performance and reliable information communications solutions, as well as highly integrated and customized solutions, has significantly shortened our time-to-market, enhanced our product competitiveness, and also bring a better overall user experience. We are currently second largest in terms of mobile device market share. With the introduction of the U9 series, we hope to further strengthen Ninetology’s position as well as to grab a sizeable share in the Premium Smart Phones category,” - Mr.Sean Ng Chee Hean; CEO Ninetology Sdn. Bhd. 


Ninetology menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada 3 rangkaian telefon pintar yang dilancarkan tersebut dan berharap ia dapat memenuhi segala kehendak dan lifestyle pengguna masa kini. Malahan kalau di lihat pada spesifikasi ketiga-tiganya jelas menunjukkan satu kelainan dan kehebatan yang luar biasa.


Semasa pelancaran FTP tersebut jugak, Ninetology memperkenalkan spokesperson mereka iaitu seorang selebriti Mandopop yang terkenal iaitu Z-Chen yang turut dikenali sebagai R&B Little  Prince.


 “As a singer and urbanite myself, I can truly appreciate the U9 series.  The U9 smart phones truly understand my needs as an individualist with various interests and a strong desire for freedom.  With the U9 series, there are unlimited possibilities to enrich my lifestyle and illuminate my unique personality, work and music. I feel that I am always united-as-one with my U9 smart phone in one seamless human-technology integration,” - said Chen

Last but not least, peluang kepada semua blogger. Jika anda mahu review telefon pintar Ninetology ini, anda boleh mendaftar di bawah Tech Kaiju Arena Program yang mana memang ramai sekarang ni blogger dapat handphone dan review. Berikan nama, email, blog link, serta contact number kepada publisher@ninetology.com. Program ini berlangsung sehingga bulan Disember. Jangan lepaskan peluang!!!


Friday, September 20, 2013

Samsung Galaxy Note 3 Media Launching : Enam Ciri Tambahan Terbaik!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua


Berpeluang menyaksikan sendiri Pelancaran Samsung Galaxy Note 3 buat ulung kalinya memberikan aku 1001 pengalaman tersendiri yang sangat menarik. Kata orang tu bukan senang kita nak dapat peluang macam ni kan, lagi pulak ianya adalah special invitation untuk media. Lagilah aku bersemangat. Dan... semestinya menunggu kemunculan hero Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear sangat mendebarkan!


Dengan ini dipersembahkan kepada anda ............




Sebagaimana yang diterangkan oleh Managing Director Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon, Samsung Galaxy Note 3 merangkumkan teknologi dan aplikasi terkini yang mana ia nya ternyata memberi keselesaan kepada para pengguna. 




fungsi kamera yang sangat hebat 13MP HD

Spesifikasi Note 3 :


  • 5.7" Super AMOLED screen with 1080 x 1920 pixels
  • 2.3 GHz quad-core Qualcomm MSM8974 Snapdragon 800 processor (LTE Model)
  • Adreno 330 (LTE model)
  • 3GB RAM
  • 32GB internal memory with microSD slot
  • 13MP back camera with 4k video recording
  • 2MP front camera with 1080p video recording
  • Color : Black, White, Pink
  • 3200 mAh
  • Android 4.3
  • 151.2 x 79.2 x 8.3 mm
  • 168 grams



  • 1. KEMASAN LEATHER PADA BACK COVER

    Pada aku, ada beberapa specialities pada Note 3 ni yang aku suka. Yang pertama dari segi feature nya di bahagian belakang. Sangat cantik sebab dilengkapkan dengan kemasan leather. Buatkan Note 3 nampak eksklusif dan sesuai untuk mereka yang lasak dan mementingkan keselesaan.





    2. PILIHAN WARNA MENGIKUT STYLE ANDA

    Selain tu kan, aku suka idea terbaru dari Samsung untuk mempelbagaikan pilihan warna pada telefon pintar mereka. Selama ni kan asyik hitam, putih, pink dan maroon kan? So, bertepatan dengan tema Note 3 itu sendiri "Design Your Life", pengguna boleh pilih warna kegemaran mereka. 




    3. MULTI VISION TECHNOLOGY FOR GROUP PLAY

    Next, ini juga antara feature yang menarik minat aku. Dengan teknologi Multi Vision, Note 3 boleh digabungkan bersama-sama dan menjadi satu skrin yang besar. Wah!!!! Menarik kan? So, ramai-ramai yang ada Note 3 nanti boleh tengok movie kat skrin besar.




    4. PENINGKATAN FUNGSI S PEN & AIR COMMAND

    Bagi aku, ini adalah satu teknologi dan penambahan yang bagus. Dengan adanya Screen Write, ia akan lebih memudahkan pengguna membuat kerja-kerja pengambilan nota seperti full screen images, menulis komen pada captured image & mengenal pasti handwritten memo dan semua maklumat akan disimpan dengan baik serta sistematik. 




    5. MULTI-WINDOW FOR MULTI TASKING PERSON

    Biasalah kalau dan handphone canggih, mestilah orang yang gunanya juga kena canggih dan pantas. Jadi, dengan Note 3, pengguna boleh membuka banyak window sekaligus tanpa mengganggu mana-mana window yang lain. Malahan aplikasi drag & drop, copy and pasting information juga boleh dilakukan dengan sangat mudah di antara satu window dan satu window!



    6. HERO & HEROIN

    Yang terakhir, Samsung Galaxy Note 3 tampak yakin bergaya dengan kehadiran heroin-nya Samsung Galaxy Gear. Satu peranti hebat dan smart masa kini yang mana akan memberi lebih banyak manfaat dan kemudahan kepada pengguna. 

    Untuk review Galaxy Gear, tunggu next entry ok! 



    Last but not least :

    HARGA : RM 2399


    p/s: nantikan review partner Note 3 ye!!!



     

    Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork