Friday, November 29, 2013

Blog Coklateyes di Majalah M, Harian Metro

Assalamualaikum semua


Cerita ni dah lama dah. Cuma pasal hari ni hari Jumaat kan, tu yang teringat balik tu. Beberapa minggu lepas, Alhamdulillah Blog Coklateyes telah diketengahkan dalam sisipan akhbar Majalah M, Harian Metro. 


Fuh title besar "Cerita Isu Semasa". Dah macam pakar sosial pulak aku dengar. Heheheh. Syukur sangat-sangat dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh Harian Metro untuk aku. Panjang lebar jugak cerita aku ditulis dalam ni. Semuanya berkaitan Blog Coklateyes. A journey of Blog Coklateyes lah senang ceritanya. 

Dalam ni jugak, aku mention The Butterfly Project Malaysia dan UM Cares, Universiti Malaya. Kedua-dua organisasi ni merupakan dua organisasi yang memberikan aku banyak inspirasi dalam aspek yang berbeza. Dan ia juga sebagai tanda terima kasih aku pada keduanya sebab memberikan aku keyakinan dan ilmu yang banyak. 

Bagi aku, dalam dunia blogger tak pernah langsung aku terfikir untuk jadi famous apatah lagi hebat. Cuma prinsip aku, buat yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan. Pada aku bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, tak menindas orang lain, jujur dan menjadi diri sendiri jadi lebih banyaklah kebaikan yang diperoleh dari situ. 

Aku tahu dunia blogging hari ni memang dibanjiri dengan ramai blogger baru. Nasihat aku hanya satu. Jadi diri sendiri, jangan kejar populariti, terukan usaha cipta label sendiri dan jadikan blog sumber inspirasi bukan tempat syok sendiri. :) 


Thursday, November 28, 2013

Tambah Koleksi Beg Anda dengan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2013 dari GUESS Luxe!

Assalamualaikum semua 

Sapa kat sini suka beg, kasut, purse and clutch? Angkat tangan!!! Ya Allah, of course lah semua pembaca Blog Coklateyes angkat tangan kan? Alaa aku tau ramai pembaca aku adalah kaum wanita. Heheheh. Ok, ini ada cerita seronok disamping boleh usha cuci-cuci mata. Perempuan ni, kalau tak dapat beli pun tak pe, asalkan dapat cuci mata. Betul tak? 

Baru-baru ni, Guess, jenama yang tak asing lagi di Malaysia ni telah melancarkan sebuah butik di The Gardens iaitu Guess Luxe. Aku dan 50 lagi geng The Butterfly Project Malaysia telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. 

Jom lah tengok gambar-gambar sekitar majlis :)







Pelancaran pada hari tu jugak adalah bersempena dengan pelancaran untuk Fall/Winter 2013 Collection. Ya Allah, haruslah semua orang meroyan tengok bag, kasut dan clutch yang semua cantik-cantik tu kan! Geram je aku tengok....







Memang makan hati jugak lah tengok colour dan design collection GUESS ni. Hadoi... geram je rasa. Of course lah cantik dan cantik juga harganya. Tertelan-telan air liur kira duit dalam akaun cukup ke tak nak rembat satu! Kehkehkeh.





Bertabahlah ye semua orang melihat liuk lentik cantiknya bag kat atas tu semua. Aku sendiri cuba menenangkan hati tatkala buat entry ni. *sambil urut-urut dada, kasi kuat sikit iman tu!

Tapi aku dengar orang gomen dapat bonus kan? Halamak...apa salah rembat seketul dua. Cantik ni bawak rumah orang kawen. Kehkehkeh :)

Last but not least, layan gambar aku pulak boleh? Malam tu, dengan bertemakan "WHITE", semua Butterflies nampak cantik! Aku macam biasa je, pakai apa yang selesa. Tapi gigih jugaklah sebab beli blouse baru. Kehkehkeh. Tudung tu actually tudung bawal biasa. Lilit sikit jadi shawl dah. Kan mudah...




Malam tu jugak ada Insta Contest. Kita pilih bag mana kita berkenan and than post it dekat Instagram. Kalau ada rezeki, berjaya bawak balik bag tu... dan aku memilih Leopard Printed Shopping Bag ni. Malangnya...takde rezeki.. Kak Sabby Prue antara yang berjaya! Tahniah!


Paling tak disangka, malam tu Tammy tak kenal aku... huhuhu sedih! Mentang-mentang aku tak pakai spectacles kan. And ramai yang kata memang nampak berbeza aku malam tu. Kehkehkeh. Berjaya lettew kan maksudnya aku 'menyamar'.

bersama Edazz Lucinda & Amelie Teapot yang dua-dua comel :)

I love this pic so much! Thanks Sab! :) 

Semua butterflies balik dengan muka gembira. Sebab masing-masing bawak balik 'clutch' comel Guess bewarna hitam ni.


dan juga.... Pendrive Guess Eksklusif dan sehelai scarf dari Italy :)

sumber pic : Sabrina Tajudin 

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan collection Guess yang super duper comel dan awesome ni, ada beberapa butik Guess yang boleh korang terjah :

STORE LISTING
- Guess Boutiques -
Suria KLCC . 1st Floor . Lot 125-126
Pavilion . 2nd Floor . Lot 2.56
Mid Valley . Ground Floor . Lot 94-96
One Utama . Ground Floor . Lot G1,53-1.55

- Guess Accessories Boutique -
Pavilion . 3rd Floor . Lot 3.53.00
The Gardens . 1st Floor . Lot F228
One Utama . Ground Floor . Lot G128A
Sunway pyramid . Ground Floor . Lot G1.46-1.47



Tuesday, November 26, 2013

Bagaimana Cara Angkasawan Negara Eratkan Hubungan Bersama Keluarga?

Assalamualaikum semua

Angkasawan Negara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dah memang lama jadi idola aku. Yes, selain daripada meminati Dr. Harlina sebagai mummy blogger, Dr.SMS memang tak dinafikan punya aura tersendiri untuk dikagumi selain daripada kejayaan beliau mengharumkan nama negara. 

Minggu lepas bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, aku berpeluang bertemu empat mata dengan Dr.SMS. Fuhyoh! Macam tak percaya. Orang yang kita kagumi berdiri depan mata. Lengkap. Dengan senyuman manis, gaya yang humble dan mesra memang tak syak lagi kenapa Dr. SMS diminati seluruh rakyat Malaysia baik tua mahupun muda. 


Bersempena musim cuti sekolah kali ni, Dr.SMS mengajak para peminatnya untuk melancong, mengembara dan menghayati sejara Islam di Bumi Andalusia, Morocco & Spain bersama beliau dan keluarganya. Pengembaraan dengan tujuan mengimbau kegemilangan Tamadun Islam ini akan mengambil masa selama 12 hari 11 malam bermula 26 Disember 2013 sehingga 6 Januari 2014. 

Sebenarnya menurut beliau, aktiviti ini bukan sekadar hanya melancong suka-suka tapi dari melancong inilah pelbagai ilmu dan sejarah dapat dipelajari. Malahan budaya, adat dan kepesatan pembangunan sesebuah kaum itu dapat ditelusuri. Untuk pengembaraan kali ni, ia merupakan pengembaraan ketiga Dr.SMS bersama peminatnya selepas ke Krabi & Baitulmaqdis. 

Selain tu, beliau jugak memberitahu bahawa dengan bercuti inilah dapat memberikan beliau masa untuk bersama keluarga dan anak-anaknya, Bella & Tasya. Untuk trip kali ni, sama seperti ke Baituilmaqdis pada Mei lepas, beliau akan membawa keluarga bersama-sama.  

Aku ada tanya jugak soalan pada beliau, adakah Dr.Harlina akan update trip kali ni di blog beliau, Barely Supermommy dan bagaimana nak handle dua anak kecil ketika melancong?

Dan jawapannya adalah YA! Yahooo... memang best lah kalau macam tu. Dapat jugak aku intai-intai pengembaraan yang best ni. Yelah, tempat-tempat tu memang menjadi antara Top 10 Most Wonderful Places in The World tau! Manakala dari segi penjagaan anak-anak pula, beliau yakin isterinya bijak menguruskan kedua mereka disamping bantuan daripada peserta rombongan sendiri. 


Aku pun yakin yang dua-dua anak Dr.SMS memang independence. On the day, beliau bawa bersama Tasya. Sepanjang majlis, Tasya elok je didukung ramai orang. Tak menangis siap boleh bermain sama lagi. Nampak kamera, terus smile! Aloh comel :)


Kagum jugak aku pada pasangan ni sebab boleh handle dua anak kecil untuk melancong. Aku yakin Blog Barely Supermommy akan bagi tips pada ibu-ibu di luar sana, macam mana nak melancong bila ada anak kecil. Mesti berguna betul kan? 

Last but not least, aku rasa takde perkara yang paling menggembirakan hati aku pada hari tu selain daripada gambar di bawah ni... oh my... sumpah aku ada rasa gigil sikit bila mana inspirasi dan idola seluruh rakyat Malaysia ada disebelah aku. Hew hew hew ;) 


Jadi untuk mereka yang berminat nak mengembara dan bercuti bersama Angkasawan Negara, Dato' Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dan keluarganya ke Bumi Andalusia, Morocco & Spain, ini adalah details pengembaraan beliau :

Tarikh: 
26 Disember 2013 - 6 Januari 2014
(12 hari 11 malam)

Bayaran :
RM 12,700/seorang (Dewasa)
RM 12,500/seorang (Kanak-Kanak)

Agensi Untuk Dihubungi :
Al-Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd
03- 55109448 (Yusaini)
@
Cik Wani Idris 
017 - 3052663
email : wanyidris.angkasawan@gmail.com


Alahai seronoknya kalau aku kaya.... heheheh....



Monday, November 25, 2013

Review Total Image - Apple Stem Cell Drink : Jadikan Kulit Lebih Lembap, Cerah & Cantik

Assalamualaikum semua

Setiap hari kita semua mengalami proses penuaan. Proses yang takde apa ubat pun dapat berhentikan. Bila melibatkan proses penuaan, ada macam-macam petanda bahawa diri kita semakin hari semakin menua. Salah satu tanda penuaan paling ketara adalah dari segi keanjalan dan kedutan pada kulit. 


Bagi mereka yang menitikberatkan soal keremajaan kulit, mari aku perkenalkan satu produk terbaik di pasaran. Diyakini mampu 'melawan' proses dan tanda-tanda penuaan, tak syak lagi produk TOTAL IMAGE-Apple Stem Cell Drink boleh membantu. 


Dirumus khas dengan 3 bahan utama iaitu Apple Stem Cell, Salmon Roe Peptide & Silk Peptide. Ianya telah terbukti mempunyai kuasa anti-penuaan, ketiga-tiga bahan ini amat berkesan dalam mengembalikan keremajaan dan keanjalan kulit kita. 


APA ITU APPLE STEM CELL? 


Stem cell ialah sel tunjang. Dengan inovasi, R&D dan teknologi terkini, dunia kesihatan dan kecantikan yakin bahawa stem cell berupaya untuk meningkatkan kadar pembaharuan sel. Buah epal pula dipilih kerana melalui TOTAL IMAGE-Apple Stem Cell Drink ini, ianya menggunakan buah epal Swiss yang jarang dijumpai. Kelebihan epal ini adalah dari segi tempoh masa penyimpanannya yang luar biasa lama. Buahnya tidak mengering mahupun mengecut dalam tempoh yang lama. Jadi bila di apply pada kulit manusia, ianya juga mampu melambatkan proses tersebut. 


KESAN ANTI-PENUAAN DALAM 15 HARI 


Bukan sekadar melambatkan proses penuaan, malahan dengan TOTAL IMAGE - Apple Stem Cell Drink ini juga diperkaya dengan Vitamin C yang berperanan melindungi kulit dari menjadi gelap. Peptida telur ikan salmon pula menggalakkan pembaharuan tisu kulit manakala Peptida Sutera berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Jadi, secara mudahnya dengan sebotol TOTAL IMAGE - Apple Stem Cell Drink ini, penjagaan dan perlindungan kulit yang menyeluruh yang kita dapat. 



APA RASANYA?

Walaupun bahan utamanya adalah epal, tapi pandangan aku rasa epalnya tidak begitu kuat. Agak manis dan pekat. Rasa eksotik epalnya seolah-olah ada campuran laici. So far yang aku minum, sekali teguk boleh habis. Sebotol 50ml je. Dan biasanya aku sejukkan terlebih dahulu sebelum minum. Baru chill! 


Seperkara yang menarik minat aku untuk produk ini adalah ianya boleh diambil oleh lelaki dan perempuan. Ini kerana kandungan bahan naturalnya tidak mengganggu hormon dan sebaliknya menggalakkan metabolisme badan dalam penghasilan sel baru. Bukan tu je, TOTAL IMAGE - Apple Stem Cell Drinks ini juga mempunyai pengesahan Halal! 

Perbezaan ketara yang aku perasan selepas kira-kira 7 hari gunakan produk ni ialah dari aspek kelembapan kulit. Kalau dulu, kulit muka aku agak kering. Setiap kali pakai make up boleh nampak kulit halus menggelupas kat muka, tapi Alhamdulillah sekarang ia berkurang. 



INFO PRODUK 

credit gambar : Sabrina Tajudin

Harga :
RM 133 (15 botol @ 50ml/botol) 
*kegunaan untuk sebulan
**cara penggunaan : 
1 botol sehari sebelum sarapan pagi untuk 10 hari pertama 
dan diikuti 1 botol setiap 2 hari seterusnya

Target Pengguna : 
Lelaki & Perempuan berusia 25 tahun ke atas
*ibu mengandung perlu mendapat nasihat doktor dulu

Lokasi Untuk Pembelian :
- Website Total Image (KLIK SINI)
- FB Total Image (KLIK SINI)
- Semua farmasi utama di Malaysia


NAK CUBA @ SAMPLE PERCUMA?



Berita baik untuk korang yang berminat nak cuba atau dapatkan sample TOTAL IMAGE - Apple Stem Cell Drink ni. Total Image telah berbesar hati untuk memberikan 20 pembaca Blog Coklateyes 1 botol Total Image Apple Stem Cell Drink bernilai RM 8.90 juga sekeping voucher bernilai RM 8 dari Watsons.



Caranya cukup mudah. Hanya dengan jawab 1 soalan dibawah ini. Jawapan hendaklah dihantar di ruangan komen entry ini saje. Dalam ruangan jawapan, sertakan nama, email & url blog anda. Ini soalannya... 



"Apakah 3 bahan utama yang terdapat di dalam
 rumusan Total Image Apple Stem Cell Drink?"



Alaaaa kacangnya soalan. Budak darjah satu pun boleh jawab. Segala hint & petunjuk jawapan ada dalam entry ni jugak. Jadi apa lagi, cepat jawab & dapatkan sample anda sendiri hari ini!  Sapa cepat dia dapat!




Sunday, November 24, 2013

Menulis Entry Dengan Yakin

Assalamualaikum semua


Beberapa hari lepas dapat satu email dari pembaca Blog Coklateyes. Heheh. Dah macam kaunter pertanyaan pulak. Tapi tak kesah pun. Sebab pada aku once orang mula bertanya pada kita, itu tandanya penerimaan pembaca pada idea dan butir entry kita. Alhamdulillah. 




Pertama sekali, thank you so much sebab menjadikan Blog Coklateyes & penulisnya *cewah* sebagai salah satu inspirasi anda. Dan terima kasih jugak sebab dapat rasakan keyakinan akak dalam menulis entry. Much appreciated. *lap air mata kejap*

Baiklah, Hanani... kita balik pada persoalan awak.

KEYAKINAN UNTUK MENULIS ENTRY

Dalam menulis blog, akak selalu ingatkan diri akak bahawa blog kita bukan untuk kita seorang. Ianya adalah perkongsian idea antara penulis dan pembaca. Mungkin di awal penulisan blog, kita memang kurang pembaca tapi hari demi hari, tanpa sedar atau tidak kita sebenarnya ada pembaca tersendiri. Dan sekali lagi diingatkan bahawa pembaca kita adalah rencam. Dari pelbagai kategori umur, profesion, tahap pendidikan, dan juga pemikiran serta pandangan. 

Walaupun berbeza,  satu perkara yang kita semua kena sedar adalah setiap dari kita perlu menghormati satu sama lain. Sekiranya awak buat entry dengan baik, menghormati sensitiviti pembaca dan isu-isu lain, akak rasa tak perlu awak risau sama ada entry awak diterima pembaca atau tidak. Sebab itu adalah buah fikiran awak. Idea dan pandangan awak. Jangan takut bila ada yang menolak pendapat tu, sebab dari situ kita belajar untuk menulis dengan lebih baik dan matang.

Pada akak, awak sebenarnya bukan takde keyakinan. Tapi awak lebih kepada "takut bayang-bayang sendiri". Cuba buangkan perasaan tu. Sebab ianya akan melemahkan semangat awak dan meletakkan awak rendah diri. Bukan dalam penulisan blog saje, tapi dalam apa juga pekerjaan kalau awak terusan macam ni, boleh sebabkan awak tak perform well. 

Hanani...

Keyakinan itu merupakan satu skill yang perlu dibina. Dibina melalui pengalaman, pandangan, support, kritikan dan paling penting sekali dalaman. Yes. Sebagai kawan, akak hanya boleh memberi support dan pandangan. Tapi pengalaman dan sokongan dalaman itu berpunca dari diri awak sendiri. Awak kena bersikap terbuka. Berani menulis, bijak melontar idea dan bersifat terbuka untuk segala pandangan dan idea dari pembaca. Dari situ lah keyakinan akan dibina. 

Seperkara lagi, satu tips yang akak selalu amalkan dalam penulisan blog adalah dengan menjadi diri sendiri. Yes. That is the the right keyword. Be yourself. Blog ni pada akak satu tempat yang magik. Walaupun kita duduk jauh beribu batu, tapi melalui entry saje... boleh dikatakan sedikit sebanyak pembaca dapat rasa perasaannya. Sebab tu akak amalkan penulisan yang polos. Kalau suka kata suka, kalau tak suka kata tak suka. Tapi biarlah berhemah, berbudi bahasa dan bijak. 

Ingat, entry kita melambangkan karekter kita. Pembaca boleh rasa apa yang kita rasa! Jadi jangan risau dan takut. Awak kena terima & yakin pada entry awak dulu barulah orang lain juga rasa yang sama! OK :)





Wednesday, November 20, 2013

Hati-Hati Ladies Driver!

Assalamualaikum semua

Aku nak share satu pengalaman sendiri yang aku rasa patut semua orang ambil pre caution. 

Kejadian ni berlaku minggu lepas. On that time aku pinjam kereta Akim sebab nak ke Publika. Kau tahulah kalau duduk rumah flat kat KL ni, mana ada spesifik parking. Memang aku kecik besar je hati masa nak parking. Tapi tawakal pada Allah.Kereta orang kan, jadi haruslah aku jaga 200%. Aku parking malam tu elok je. Semua aku pastikan terkunci dan selamat. Dalam hati memang doa sangat takde apa-apa berlaku. 

Pagi tu aku turun awal. Sepatutnya ke Publika pukul 1pm. Tapi hati aku nak turun awal. Pukul 10.30 pagi aku dah tercegat depan lif nak turun. Jantung tiba-tiba rasa berdegup kencang. Kepala aku, aku ingatkan supaya jangan terlalu fikir negatif. 

Yes! Sesampainya aku depan kereta Viva tu... seperti yang dijangka... memang sesuatu buruk berlaku. Tayar depan pancit! Flat habis! Cuak. Sumpah aku cuak. Tak nak bagitau Akim. Cuba selesaikan sendiri. Nak tukar tayar tak pandai pulak! Nasib baik ada sorang pakcik tukang sampah kat situ. Dia tolong aku tukar tayar. Auchhhh!!! Tak boleh. Nat tayar tu susah nak bukak manually. Kena pakai machine. Kesian aku tengok pakcik tu berpeluh-peluh bantu aku. Aku panik. Buntu! 

Akhirnya aku terpaksa bagitau Akim. Aku call Akim. Takut jugak mana tahu kena marah ke apa kan. Ye lah. Kereta orang woi! Nasib baik Akim cool. Tak marah aku. Cuma dia pelik lah macam mana boleh pancit? Sedangkan dia baru tukar tayar. Akim sampai 10 minit kemudian.

Gulp! Sah. Ni bukan pancit. Sebab aku takde langgar lubang semua. On that time fikir, ni bad luck aku lah. Tak nak fikir lain. 

Bawak lah ke bengkel. Nak tukar tayar ke, tampal ke apa ke. Abang mekanik tu keluarkan tayar. Bawak cek guna bubbles. Lama...tak jumpa any part yang bocor. Haa dah mula cuak dah. Kenapa pulak? Than salah sorang abang mekanik tu, ambil penutup tiub tayar tayar tu. 

Got it!!! 

Ada batu kecik diletakkan dalam tiub penutup tayar tu. What??? Ada orang dengki. Abang mekanik tu kata dah dua kes dia jumpa macam ni. Dia kata batu kecik dimasukkan supaya angin keluar tapi tak keluarkan bunyi. So tricky!!!


Aku terus rasa nak nangis. Its like, wei...aku baru parking kat sini korang dah dengki. Apahal wei? Apa salah aku? Aku pandang Akim, mata aku dah berkaca dah. Pa'kal kat bengkel. Kalau tak, sumpah dah melalak aku kat situ. 

Susahkan orang tau! Dah lah aku nak cepat, nak tukar tayar tak pandai, kena bawak pi bengkel, korang pancitkan saje-saje je! Sampai hati.... memang tak selamat hidup orang jahat tu 7 keturunan!!!

So, girls hati-hati kat luar sana. Kalau tayar pancit, cuba tengok kat tiub tu... kalau ada batu, sahih lah ada orang aniaya korang. Mustahil batu kecik melompat masuk dalam tiub kan? 

Kesimpulannya, kawasan rumah aku tak selamat!!! Beware ye ladies walau dimana pun korang parking kereta. Lagi-lagi waktu malam!



p/s: kawasan rumah aku, Pantai Dalam. (berhampiran UM)



Monday, November 18, 2013

Gaya Fesyen Untuk Lelaki di Instagram

Assalamualaikum semua

Dekat instagram salah satu hashtag yang menjadi kegilaan aku dan ramai orang sekarang ni, terutama kaum lelaki adalah #INSTAGAYAHAAZIQ . Kalau korang nak tahu, Haaziq ni adalah senior aku masa kat Sek. Tinggi Kluang dulu. Yes, dia dengan adik dia dua-dua budak bijak. Well, tak sangka si Haaziq ni boleh aku kategorikan sebagai trendsetter dalam Instagram.


Jika perempuan, OOTD sangat menjadi trend. Tapi bagi lelaki, trendnya adalah #INSTAGAYAHAAZIQ. Dengan gaya posing nampak kasut dan jam tangan, pada aku lah macam klasik gila lah trend tu. Nampak versatile dan high class.



See. Comel kan. Sekarang ni lebih dari 500 gambar telah di tag di bawah #INSTAGAYAHAAZIQ. Macam-macam jenama jam, kasut dan fashion yang digayakan oleh sang jejaka di luar sana. Sepanjang yang aku follow #InstagGayaHaaziq ni kan, ada beberapa shot yang aku suka. Ni dua bawah ni. Memang cute and class!


Cool & sangat artistik gaya mereka ni. Dengan angle shoot yang cantik, lighting pun cantik, semuanya nampak perfect dalam satu gambar. Paling penting, tanpa menjual "paras rupa"!



Cakap pasal gaya lelaki ni kan, memang susah sebenarnya untuk aku jumpa blogshop atau blog yang ketengahkan gaya fesyen lelaki. Jauh sekali yang jual aksesori untuk lelaki. Tapi, aku selalu usha Zalora Malaysia. Heheh. Lawa-lawa baju dan aksesori lelaki yang dijual kat situ. Geram jugak! Banyak pilihan yang up-to-date, diskaun pun banyak, dan paling penting Free Delivery! Wow!




Hahaha. Korang jangan pelik pulak kenapa aku usha fesyen lelaki ni. Sebabnya senang lah kalau aku nak beli hadiah untuk kawan-kawan baik aku. Bukan korang tak tahu, kawan baik aku semua ramai lelaki beb. Kehkehkeh. Kalau perempuan senang lah nak beli. Ni lelaki, aku mana tahu sangat fesyen dorang. That's why lah aku guna #INSTAGAYAHAAZIQ + Zalora Malaysia untuk tahu perkembangan terkini. 

Pada aku lah, memang cool jugak fesyen lelaki sekarang ni. So bukan sekadar perempuan je yang suka fesyen ok. Lelaki pun boleh! Cakap je nak gaya apa, santai...maskulin...rock semua ada! Asalkan jangan jadi mangsa fesyen sudah! 

Lelaki.... jom berfesyen! 






Kenalpasti Powerbank PINENG Original

Assalamualaikum semua

Baru-baru ni aku perasan ramai yang cari powerbank. Aku sendiri pun cari. Memang dah lama dah aku nak beli powerbank sendiri. Tapi aku pun macam korang. Ragu-ragu yang mana satu powerbank yang terbaik, berkualiti dan paling penting original. 

Yelah, memang kau kena beli ori beb. Sebabnya, sekarang ni dah banyak kes bila charge handphone dengan powerbank tak ori... handphone meletup. Hish! Nauzubillah. Takut aku dengar... bukan sayang powerbanknya... tapi keselematan tu yang penting. 

Jadi jom kita belajar macam mana nak tentukan powerbank tu ori ke tidak. 

Tapi sebelum tu, aku nak perkenalkan korang dengan powerbank yang sekarang ni aku gunakan. Iaitu PINENG POWERBANK dengan kuasa kuda 11200mAh. Tajaan khas dari FFCARAVAN INSTASHOP. ;) *terima kasih banyak-banyak ye! 


Kelebihan Set Powerbank PINENG PN-910

1. over charging & over discharging protection : 
sekiranya bateri dah penuh, akan automatik off charge.
2. electric leakage protection
3. chip for intelligent protection (hologram)
4. high conversation rate
5. aging for 72 hours

Mula-mula aku pun tak tahu macam mana nak tentukan ke-original-annya. Ye lah, aku bukan budak hi-tech ni. So, bila FFCARAVAN bagitau aku bezanya ori dan tak ori, haa sekarang lah masa aku nak share dengan korang ilmu tu. Tapi yang ini untuk powerbank jenama PINENG je tau. Yang lain aku tak tahu. Jadi the most important thing nak tahu ori adalah dengan adanya serial number. 

Apa je barang kita beli mesti ada serial number tersendiri. Macam tu jugak dengan powerbank. Untuk powerbank PINENG ni, serial numbernya diletakkan di hadapan kotak tapi dalam keadaan seal. Ala macam hologram tu. Jadi untuk detect ori ke tak, korang kena gores hologram tu dan check nombor siri tu di website PINENG sendiri @ http://www.pineng.cn



Selepas dah check dekat website PINENG tu, resultnya adalah seperti kat bawah ni. Korang kena translate lah pakai Bing ye kalau nak faham. But basically ia menunjukkan keaslian produk tersebut. So, aku punya powerbank dari FFCARAVAN Instashop memang disahkan original lah! Bagus!



PENGALAMAN SENDIRI




Mesti lah korang nak tahu kan dengan power 11200mAh ni berapa kali boleh charge untuk handphone Ninetology U9 Z1 aku ni. Hari tu aku try, dengan power sebegitu boleh charge sampai 3X fully battery tau! So memang power jugak lah. Dan dekat bawah ni aku senaraikan info mengenai pengecasan penuh PINENG powerbank : 

1. Iphone 4/4S/5  :  3 hingga 4 kali
2. S2 : 3 hingga 5 kali
3. S3 : 2 hingga 4 kali
4. S3 Mini : 3 hingga 4 kali
5. S4 : 2 hingga 3 kali
6. Note 1/2/3 : 2 hingga 3 kali 
7. Tablet : 1 hingga 2 kali
8. Blackberry 2 hingga 4 kali
9. Xperia Z : 2 hingga 3 kali
10. Ninetology U9 : 2 hingga 3 kali

Lagi? Ok, dengan PINENG powerbank ni, korang boleh charge dua device serentak. Sebabnya, ada dua port pengecasan yang disediakan. Bezanya? Port yang pertama dengan kuasa out 5V 2.1A akan memberikan korang pengecasan yang cepat tapi kurang tahan lama.



Manakala port kedua dengan 5V 1.0A akan mengecas agak lambat sedikit tapi lebih tahan lama semasa penggunaan. Untuk aku, lebih keadaan tengok keadaan. Kalau benda penting, nak cepat pakai lah port1. Biasanya port 1 aku guna untuk camera. Port 2 baru untuk handphone. 


PINENG Powerbank ni pun turut dilengkapi dengan LED Light tau yang berfungsi sebagai torch light. Bagus kan. 2 in 1 function. Selain tu, iajugak gunakan LED Digital Screen untuk tunjuk percentage powerbank. Lepas korang guna tu, korang kena charge semula powerbank ni. Mengambil masa kira-kira 7-8 jam untuk full kembali. 


Selain daripada powerbank yang original, kalau korang beli powerbank dengan FFCARAVAN Instashop ni, korang boleh dapat 2 free gift yang sangat banyak gunanya!


1. Pouch Bag - senang nak bawak ke hulu ke hilir & cover dari calar
2. Universal 3-pin plug - FYI, PINENG powerbank datang dengan 2-pin plug mengikut style US. Jadi untuk charge, korang kena ada universal plug ni. So, mana-mana pergi semua boleh. 

SAIZ KOMPAK 

Haa yang ni pun penting. PINENG powerbank bersaiz mudah dibawa pada aku. Sebabnya, ia hanya separuh dari tapak tangan gedabak aku ni. Beratnya pulak pada aku dikira ok lah. Sebab tak lah berat gila kan. Sedang-sedang je kalau nak masuk handbag tu.



DISKAUN BUAT PEMBACA BLOG COKLATEYES 

Jadi sebagai penutup, ada berita gembira untuk SEMUA PEMBACA BLOG COKLATEYES kesayangan aku ni. Well, FFCARAVAN Instashop telah berbesar hati untuk memberikan hadiah eksklusif kepada para pembaca Blog Coklateyes.

Diskaun sebanyak RM 10 akan diberikan kepada 20 pembaca pertama yang membeli Powerbank PINENG PN-910 ini. Ada 4 pilihan warna. Electric blue, silver, gold dan hitam.

HARGA ASAL : RM 135
HARGA SELEPAS DISKAUN (KHAS UTK PEMBACA BCE) :
  RM 125 sahaja!!!
POSTAGE : PERCUMA 

See... murah kan? Murah kan? Murah sangat kalau dibandingkan shop yang lain! Serius, tak tipu! Dahlah postage percuma, dapat free gift lagi tu!



Cara nak beli mudah aje....

1. Layari Instashop FFCARAVAN & Buat pilihan
2. Buat tempahan kepada FFCARAVAN (email / whatsapp / wechat)
3. Berikan diskaun code BCEPB 
4. Buat pembayaran segera kepada akaun

FAIZ FINI 
(Maybank)
155 05037 0336

(CIMB)
01040122157527

Ingat, tawaran ini terhad kepada 20 orang pembaca BLOG COKLATEYES sahaja. Kalau korang lambat jawapannya tak dapat lah... heheheh....


Segala maklumat atau pertanyaan, korang boleh layari instagram FAIZFINICARAVAN.  Bukan powerbank je dia jual, ada banyak lagi... aksesori phone, aksesori lelaki, vitamin C pun ada. Cubalah korang tengok, mana tahu ada yang berkenan.

Paling penting, diskaun code tu ye... jangan lupa!



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork