Monday, December 30, 2013

Ephyra : Tak Perlu Cerita Lagi Kesannya!

Assalamualaikum semua

Masuk kali ni dah kotak ketiga aku dapat dari Ephyra. Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih pada Kak Amiza atas segala jasa baiknya sebab sudi menaja aku sehingga tiga kotak Ephyra. 



Aku rasa kalau nak diikutkan dah memang tak perlu lagi aku bagitau dan ceritakan kebaikan Ephyra ni. Memang terbukti berkesan. Bukan aku sorang je cakap, dah beribu orang kat luar sana mengakui kehebatan Ephyra. Kalau tak minum sehari tu, rasa tak complete. Rasa tak sedap badan. Tapi, aku tak kira nak cerita jugak kat korang kebaikan Ephyra ni sebabnya setiap badan punya reaction beza-beza.

Bila masuk kotak ketiga ni, ada beberapa effect daripada Ephyra yang memang menggembirakan hati aku. Antaranya ialah :

1. HAID YANG SEMAKIN TERATUR, LANCAR & "STOK LAMA" DIBERSIHKAN

*bacaan perempuan saje*

Mula sekali, ini paling aku consider. Dalam beberapa bulan kebelakangan ni Alhamdulillah memang period aku teratur. On time datangnya. Seperkara lagi, yang ini memang buatkan aku gembira. Kalau kau nak tahu, dulu satu masa lah kan aku pernah tak datang period hampir 9 bulan. Sapa lah tak risau kan... lepas aku guna Ephyra dan period teratur ni, lebih kurang 3 minggu lepas ada "stok-stok lama darah haid" yang keluar. Kiranya dengan bantuan Ephyra, dia mencuci sistem dalaman kita sampaikan stok-stok lama yang mungkin ada dan menyebabkan tersumbat tu dapat dikeluarkan. Mula-mula aku cuak jugak, siap call mak semua kenapa jadi macam tu... mak cakap mungkin ni kesan daripada Ephyra. Memang syukur sangat kan! Walaupun darah ketul-ketul keluar, tapi langsung takde period pain! So takde gangguan sepanjang datang bulan!


2. ATASI MASALAH TULANG & OSTEOPOROSIS

Alahai macam orang tua pulak aku ni kan? Hahahah. Tapi seriously beb... akak aku pun bagitau kesan yang sama. Aku bagi kat dia cuba 5 paket Ephyra. Sebabnya dia mengadu sakit lutut bila naik tangga atau jalan kaki. Lepas dia minum Ephyra memang rasa kesannya. Jadi bila macam tu, aku pun bagi pada mak sekotak Ephyra. Mudah-mudahan dapat rawat atau at least kurangkan osteoporosis mak. Alhamdulillah, memang berkesan! Walaupun tak 100% tapi ketahanan kaki mak lebih lama untuk berdiri dan berjalan compare to yang dulu. 


3. MELAWASKAN BAHAN BUANGAN 

Yang ini memang rata-rata pengguna Ephyra rasakan kesannya. Lepas minum Ephyra, dalam setengah jam lepas tu mesti rasa nak ke tandas. Memang betul-betul melawaskan bahan buangan dan bahan toksik dalam badan. Bila perut lega dan takde toksik barulah rasa fresh setiap hari kan? Tapi, walaupun Ephyra melawaskan bahan buangan, bukanlah dia seperti minuman ubat kurus yang asyik ke tandas tu je! Ephyra tak sebabkan sakit perut ye!


4. KURANGKAN MIGRAIN 

Kerap jugak aku kena migrain. Pernah sekali tu, kena memang agak teruk. Tak tahu nak buat apa, terus ambil Ephyra satu paket. Lepas minum terus bawak tidur. Alhamdulillah, berkesan. Aku tak tahu apa bahan dalam Ephyra yang boleh ubatkan migrain, tapi orang kata kalau yakin Insya Allah menjadi! 



5. SUMBER TENAGA 

Part ni memang aku suka. Dah rasa macam kopi tongkat ali pulak siap bagi tenaga bagai ni kan. Tapi memang betul. Aku saje buat comparison tau, dalam seminggu satu hari aku tak minum Ephyra. Memang badan rasa berat dan lain macam. Lepas lunch je, haaa mulalah kelopak mata macam tak boleh bukak. Tapi bila hari yang minum Ephyra rasa ok je walaupun lepas perut kenyang. Tangan laju je buat kerja. Badan pun ringan. Memang bagi tenaga!




Mungkin ada sesetengah orang yang susah nak percaya dengan segala macam efek yang telah aku ceritakan selepas gunakan Ephyra, tapi pada aku satu je lah... korang kena cuba dulu baru korang tahu macam mana. Aku pum-pang-pum-pang pun kalau korang tak nak percaya tak jadi jugak kan?

Jadi, apa kata korang dapatkan sekotak Ephyra hari ni. Kalau korang masih ragu-ragu, cuba trial pack mereka pun ok. Insya-Allah memang korang akan rasa kesannya. Aku yakin. Kau pun kena yakin yang Ephyra memang the best! Aku memang puas hati sangat!


Maklumat lanjut :

Website :

Facebook : 


Sunday, December 29, 2013

Artsphere 208ty, The Atmosphere : Pamer Karya Mural 3D Pertama di Lembah Klang!

Assalamualaikum semua


Minggu lepas, satu majlis perasmian sebuah shopping lot yang diberi nama The Atmosphere telah berlangsung. Terletak di Seri Kembangan, betul-betul di belakang pasaraya Giant, The Atmosphere merangkumi showrooms, butik, shop lot, restaurant dan bank. Apa yang menarik dan lain dari yang lainnya, The Atmosphere menjadi tempat pengumpulan 80 mural 3D yang pertama di Lembah Klang! 

LOKASI THE ATMOSPHERE : 

Jalan Atmosphere Utama 1, 
Pusat Perniagaan The Atmosphere, 
43300 Seri Kembangan. 

sumber gambar : ohfishee
Walaupun masih baru dan nampak kosong, tapi dengan adanya hasil karya seni 20 pelukis tempatan The Atmosphere bukanlah satu tempat yang sia-sia. Hampir keseluruhan dinding & penjuru yang sesuai dijadikan kanvas lukisan untuk para pelukis hebat ini. 

Memang seronok dan excited semua orang bila masuk ke The Atmosphere ni. Bayangkanlah, semua mural nya memang out of the box. Ada yang comel, ada yang seram, ada yang pelik-pelik... tapi semuanya memang nampak alive! Nampak hidup! Kalau dah nampak mural cantik-cantik ni, tak kan nak lepaskan peluang kan? Haruslah penuhkan Instagram! 

Mana train ni? Lambat sangat. Jalan kaki baru tau!
Ah! Ni gambar mengada-ngada si Mahamahu! Aku suruh pandang kamera, dia fefeling pandang cenggitu
Cepuk kang! 
I really love this one! So cute.
Rumah terbakar panggil bomba, tapi sibuk pulak si budak blogger! heheheh 

Yang ini memang menjadi kesukaan semua. Drama sangat. Kau rasa yang drama queen yang mana?
Dah tentu lah yang tengah tu, Kak Sabby!
Ni semua idea dia ni suruh berlakon gini! Hewhewhew!

Kiteorang semua memang teruja lah layan satu per satu mural. Kau tahu, setiap mural tu detailing dia memang terbaik. Setahu aku lah kan, bukan senang tau nak lukis gambar 3D. Kau kena ada imaginasi yang tinggi dan ketelitian yang memang superb. Haaa baru nampak hasilnya terbaik!

Mural ni terletak di entrance. Kereta tu memang betul-betul terkeluar dari dinding ye! 
Kifly tu memang selalu over acting!
Sabrina Tajudin comel macam budak kecik
Tahniah pada kesemua pelukis 3D mural yang memang berbakat besar ni. Memang kasi 5 bintang lah untuk hasil kerja mereka yang awesome ni!


Bukan sekadar mural yang menarik je ada kat situ, untuk sesi perasmian pun tak kurang hebatnya. Siap ada flash mob lagi tu. Meriah sungguh lah event di The Atmosphere ni. Rasa macam masuk dunia fantasi! 

Flash mob best! Ada violin + superheroes & superwoman
Barisan pelukis mural
Seronok layan dorang ni! Lagi-lagi yang magik tu!
Sebenarnya kiteorang pose depan mural ni bukan saje-saje. Ada Photo Contest yang korang pun boleh sama turut serta. Contest ni ada dua pusingan. Satu untuk MOST LIKE photos, satu lagi MOST CREATIVE. Pertandingan ini bermula 22 Disember 2013 sehingga 16 Feb 2014. Dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 15, 000 ada pelbagai hadiah menarik yang menanti korang. Tengok je lah bawah ni... ok fine, aku mengidam Ipad Mini. Tapi Note 3 tu nampak cun. Leica camera pun best jugak!!! Awwww Awwww Awww..... *mengidam*



Caranya mudah sangat, korang hanya perlu tangkap gambar dengan pose menarik bersama mural-mural di The Atmosphere. Lepas tu, terus ke FB The Atmosphere [KLIK SINI], dan ikut 3 langkah mudah kat seperti di bawah. Paling penting jangan lupa SHARE & dapatkan seberapa banyak VOTE untuk gambar anda! 





Haish kalau tengok pada hadiah tu, memang aku tak boleh tahan lagi lah. Mana tahu kan ada rezeki kat contest ni. Jom sertai ramai-ramai Photo Contest yang dianjurkan The Atmosphere ni! Oh, buat mereka yang berminat nak sewa/beli shop lot di The Atmosphere ni, korang boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web & fb mereka :

FACEBOOK :

WEBSITE : 

FB PHOTO CONTEST : 






Friday, December 27, 2013

Mr.Lens Jamin Beli Contact Lens Secara Online Dengan Mudah!

Assalamualaikum semua

Dunia hari ni semua nak serba pantas. Masa memang jadi musuh utama dalam kehidupan. Nasib baik ada online shopping. Jadi serba sedikit membantu mudahkan urusan hidup. Walaupun aku bukan kaki online shopping sebab trauma & paranoid, tapi Alhamdulillah baru ni bila aku berurusan dengan Mr.Lens, semua jadi mudah! 


Mari aku perkenalkan siapa Mr.Lens...


Ha... itu janji Mr. Lens. Aku tertarik dengan FRIENDLY ONLINE INTERFACE. Jom kita test sejauh mana friendly online interface ni. Yelah, pembelian online yang mudah mesti lah senangkan customer. Bagus kan?

1. Jom ke laman web Mr.Lens ------------- http://www.mrlens.com.my/en

2. Daftarkan butir peribadi korang untuk rekod & penghantaran


3. Buat pilihan contact lens yang korang berkenan. 


Ada banyak pilihan yang ditawarkan di Mr.Lens ni. Macam-macam jenis. Cuma pilih mengikut kesesuaian mata korang.  Dari aspek harga juga, nampaknya harga yang ditawarkan Mr.Lens adalah mampu milik! 




4. Dapatkan info-info yang diberikan. Mr.Lens sentiasa provide setiap lens dengan info dan maklumat. Ini sangat memudahkan customer terutama customer seperti aku yang memang lack of confidence and paranoid. 



5. Dah pilih, ADD TO CART & kemudian dapatkan butir pembayaran. 

6. Lepas tu teruskan ke Butir Penghantaran (Delivery Information)



7. Teruskan sehingga ke peringkat CONFIRMATION & FINISHED. Lepas dah setel semua, tunggulah sampai barang sampai. 

kredit gambar : Blog Mahamahu. Tq :) 

Sebagaimana yang dijanjikan, memang Online Interface dari Mr.Lens jenis yang MESRA PENGGUNA. Takdelah susah mana nak beli online ni. Cuma perlu ikut step-by-step. Tapi, sekiranya korang mengalami masalah sewaktu pembelian , jangan risau... Mr.Lens sedia membantu. Khidmat panggilan telefon disediakan. Just call mereka & ajukan persoalan serta masalah. 


Korang boleh tengok betapa cepat & pantasnya mereka process setiap order. Semua progress order akan dihantar ke email kita. Jadi secara tak langsung, kita tahu status order kita macam mana. Memang efisien kan? 


Alhamdulillah, lepas 2 hari parcel dari Mr.Lens dah sampai ke rumah. Packaging dan semua ciri-ciri keselamatannya memang terbaik & tip top!



Diletakkan dalam plastic bag, seal dan siap dengan bill pembelian serta Terms Service, aku memang yakin dengan contact lens dari Mr.Lens. Setiap box juga diseal dengan baik supaya tidak ada kerosakan. 


Dah ada contact lens cantik, kena lah try. Selesa ke tak, macam mana semuanya kan? Pada aku keselesaan contact lens tu penting.

fuh--fuh---fuh...tiup kiri kanan, bukak mata besar-besar....
masukkan contact lens....

than...



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!



Yeay!!! Berjaya!!!!



So far daripada apa yang aku gunakan, keselesaan contact lens dari Mr.Lens memang bagus. Walaupun ni first time aku gunakan jenis big-eyes, tapi takde masalah. Selesa & sebagaimana info yang diberikan, ianya memang betul-betul moisture. Jadi berapa bintang aku bagi untuk keseluruhan?

ONLINE INTERFACE : 3.5/5

SERVICE : 3.5/5

PRICE : 4/5

PRODUCT QUALITY : 4/5

COMFORT LEVEL : 4/5

OVERALL : 4/5

SUGGEST TO FRIEND? ----A BIG YES!!!----



Pada korang yang sedang mencari-cari mana nak beli contact lens yang bagus dan dengan harga serta servis yang terbaik, aku memang sarankan beli dari Mr. Lens. Ianya memang terbukti telah memuaskan hati aku yang cerewet ni dan tak syak lagi memang kualitinya tip top!



Untuk maklumat lanjut, silakan ke : 

WEBSITE : 

FACEBOOK : 




Terima kasih pada The Butterfly Project, Malaysia. 

Facebook : 

Wednesday, December 25, 2013

The Butterfly Project & YADAH : My Beauty Resolutions for 2014

Assalamualaikum semua


Haish makin hari makin ramai ni yang join The Butterfly Project X Yadah 2014 Beauty Resolutions Event. Tak boleh jadi ni. Dahlah Yadah is one of my favourite brand. Kang tak pasal tak sempat pulak nak join. Sebab hanya 50 tempat yang disediakan. So, sapa nak join baik cepat buat entry!


LET ME INTRODUCE WHO IS YADAH & YOM YOM

Yadah!!! My birthday is on 4th May!!! 


YADAH merupakan salah satu favourite brands aku. Selain daripada packaging yang comel tu kan, YADAH menjadi kegemaran sebab formulasi bahannya adalah daripada Nature Based. Kau kan tahu aku adalah sebahagian dari Sekretariat Alam Sekitar UM, jadi aku sangat menyokong produk-produk yang berasaskan alam semulajadi ni. Bebas dari bahan kimia dan seterusnya selamat untuk digunakan!




Jadi bersempena tahun 2014 yang akan datang ni, YADAH telah berkolaborasi dengan The Butterfly Project Malaysia untuk bersama-sama meraikan tahun baru dan seterusnya merealisasikan impian kecantikan kita semua. Yahooo!!! 




1. NAK LEBIH MINUM SUSU & JUS BUAH



Sapa yang tak suka jus? Untuk 2014, aku harap dapat jadikan minum jus & susu sebagai rutin harian. Jus buahan segar memang banyak khasiatnya. Bukan sekadar untuk membersihkan saluran pemakanan dan penghadaman, malahan vitamin buah-buahan memberikan kecantikan dalaman yang memang terbaik. Sama macam susu. Khasiat kalsium dalam susu membantu untuk menguatkan tulang. Maklumlah usia dah semakin bertambah!



2. LEBIH BANYAK BERJALAN KAKI


Yang ini dari awal tahun ni aku dah mulakan. Cuma biasalah benda belum jadi rutin, kadang banyak excuse. Tapi, seriously aku dah nampak hasilnya. Dengan hanya berjalan kaki, period cycle aku kembali normal. Alhamdulillah! Biasanya aku berjalan kaki dengan cara gunakan public transport. Mana yang tahu, setiap kali aku ke event, memang aku akan guna public transport. Melainkan yang jauh-jauh lah. Dengan public transport, elemen berjalan kaki menjadi kebiasaan! 


3. CUBA UNTUK TIDUR LEBIH AWAL


Walaupun aku tahu target yang ini agak susah untuk aku capai, tapi takpe... aku tetap berusaha. Diletakkan dalam priority nombor 3, aku akan cuba biasakan dan amalkan tidur pada jam 12.00 malam. Tidur yang cukup dan berkualiti memberi pulangan kesihatan yang sangat bagus. 



4. BANYAKKAN MAKAN SAYUR HIJAU

Bukanlah kata aku tak makan sayur. Tidak! Aku sekarang ni memilih untuk makan sayur. Aku prefer makan sayur putih compara to sayur hijau. Walaupun aku tahu sayur hijau sangat banyak khasiatnya. Sebab aku tak suka rasa pahit tu. Cuma certain sayur hijau je yang aku makan seperti bayam, kangkung dan kubis. Most of green vegetables memang tak makan. So, for 2014 aku nak pelbagaikan lagi senarai sayur hijau aku supaya dapat khasiat dan nutrisi seimbang!



5. KURANGKAN PENGGUNAAN GADGET UNTUK WAKTU LAMA


Resolusi ini berkait rapat dengan nombor 3. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk kurangkan penggunaan gadget dalam masa yang lama. Efeknya pada mata aku lah. Power spectacles aku sekarang semakin naik. I'm really worried. Jadi, aku nak cuba untuk tidur awal dan jangan main handphone sebelum tidur!



JOIN US! 

Walaupun hanya 5 Beauty Resolution aku untuk tahun 2014, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi dan menjadikan ia sebagai realiti. Insya-Allah kata orang tu kalau kita kuat dan yakin dengan diri sendiri, kecantikan itu akan muncul. Ye lah, macam yang aku selalu cakap, CONFIDENCE IS A PART OF BEAUTY! 


Jadi, apa BEAUTY RESOLUTION anda untuk tahun 2014? Kongsikan dengan pembaca & joinlah event  YADAH X THE BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA. Seronok tau! Rugi sangat kalau tak join!


Maklumat lanjut mengenai event - 

FB THE BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA:




My Akiyo Story : Aksesori Pelengkap Gaya Manis Si Gadis!

Assalamualaikum semua

Salah satu ciri untuk menigkatkan GIRLISH STYLE dalam diri aku adalah dengan barang kemas. Secara jujur aku bukanlah peminat barang kemas. Memang dari kecik lagi, bila mak ayah belikan barang kemas, aku paling susah nak lekat. Kau tahulah aku kan jenis sensitif skin, so kalau pakai barang kemas, tak kena gaya memang allergic jawabnya. 


Bila dijemput oleh The Butterfly Malaysia untuk AKIYO JEWELLERY Project, aku betul-betul teruja. Yelah, bila dah besar ni tengok orang pakai barang kemas... nampak macam comel je! So teringin nak ada satu. Awal-awal aku dah plan, memang nak try sejauh mana AKIYO JEWELRY ni bersesuaian dengan orang kulit sensitif macam aku


Bersempena Krismas ni, AKIYO JEWELLERY meraikan peminat dan pelanggan mereka dengan pelbagai set barang kemas yang menarik, cantik dan up-to-date. Untuk yang belum tahu, AKIYO JEWELLERY turut menjual set mutiara clear water yang memang bermutu tinggi. Terdapat 3 pilihan warna iaitu white pearl, pink rose dan champagne. Masing-masing memang buat aku geram lah!






Satu perkara yang menariknya mengenai mutiara dari AKIYO JEWELLERY ni, setiap set dipadankan dengan satu 'charm' yang comel dan mempunyai pelbagai design dan gaya. Harga untuk setiap charm jugak memang berpatutan iaitu bermula dari RM 75 - RM 189. Banyak pilihan, cute-cute semuanya!



Bagi anda yang mungkin sukakan kelainan, AKIYO JEWELLERY tetap memberi pilihan kepada anda. Selain daripada mutiara, di sini juga terjual bracelet Sterling Silver 925. Sterling Silver 925 ini bermaksud sebanyak 92.5 peratus material silver digunakan dalam barang kemas ni manakala 7.5 peratus adalah bahan lain. Kelebihan silver 925 ini adalah dari segi ketahanan materialnya juga kehebatannya dalam melambatkan proses kusam iaitu apabila besi didedahkan kepada open air. 



Pada hari tersebut, kesemua Butterfly Teams diberikan hadiah paling best oleh AKIYO JEWELLERY iaitu seutas Bracelet Sterling Silver 925 bersama satu charm pilihan. Alahai sweetnya! Terima kasih AKIYO!!!

Mandy, Founder of Akiyo Jewellery


Malahan lagi sweetnya, kami semua diberi peluang untuk memilih satu charm yang comel sebagai hiasan bracelet kami.  


Ada 3 pilihan yang diberikan iaitu Eiffel Tower, Gift Box dan Snowflake. Kalau nak diikut kesemuanya cantik, semuanya aku nak. Tapi mana boleh tamak kan. Akhirnya aku telah memilih snowflake charm. 


KENAPA SNOWFLAKE? 

A snowflake is either a single ice crystal or an aggregation of ice crystal that falls through the Earth's Atmosphere. Snowflakes form in a wide variety of intricate shapes leading to a famous expression that "no two are alike". 

Disebabkan itu, aku memilih Snowflake untuk melengkapkan Akiyo Story aku. Snowflake cukup melambangkan bahawa aku adalah aku dan tidak ada yang lain. Strong personality yang ada dalam diri aku menjadi satu kekuatan buat diri aku menjalani apa saje dalam hidup ni. Malahan shape snowflakes yang selalu digambarkan sebagai 'sejuk' menandakan aku adalah seorang yang disenangi ramai dan mudah bergaul dengan orang. Jadi memang tepatlah pemilihan Snowflakes Charm untuk AKIYO STORY aku! 


Apa lagi masing-masing bila dapat bracelet sorang satu terus lah melawa. Cuba pakai kat situ jugak. Oh, korang janganlah risau kalau bracelet terlalu besar atau terlalu kecik. Pembelian di AKIYO JEWELLERY menyediakan servis untuk menyesuaikan saiz bracelet dengan pergelangan tangan anda. Ini penting ni. Lagi-lagi kalau macam aku yang tangan besar kan. Perlu lah ada bracelet yang saiz selesa untuk aku. Dan semua servis tu Free! 


Lagi satu kan, dah lebih kurang seminggu lebih aku gunakan barang kemas dari AKIYO JEWELLERY ni, Alhamdulillah sehingga sekarang takde allergic di tangan. So, bila selesa macam ni, tak memudaratkan aku, haruslah aku recommend AKIYO JEWELLERY pada korang yang mengalami allergic skin macam aku. So, lepas ni kita pun boleh ber-aksesori jugak! 


Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada Mandy dan AKIYO JEWELLERY. Pengalaman dan hadiah yang diberikan sangat-sangat menarik dan menggembirakan hati. Kalau ada rezeki, aku nak tambah charm lagi. Kasi padat sikit ke.


Buat korang yang nak jugak memiliki seutas bracelet mahupun barangan kemas dari AKIYO JEWELLERY, ada beberapa outlet AKIYO JEWELLERY di sekitar Lembah Klang. Lokasi AKIYO JEWELLERY adalah seperti dibawah : 

FAHRENHEIT 88
Parkamaya, 3rd Floor
Bukit Bintang

DAMANSARA UPTOWN PJ
NO 24M, (1st Floor)
Jalan SS21/39
Damansara Uptown PJ

Gardens (Robinsons)
     

 Maklumat lanjut, hubungi AKIYO di laman web dan FB mereka :






 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork