Assalamualaikum semua


Berat : 85g (15 sheets)
Harga : RM 11.90/ pek (travel size)
Store : Nature Republic Outlet (Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, One Utama, Queensbay Mall, Mahkota Parade dll.)
Beli Lagi : Yes! Of course!!! :)
Bintang : 4.5 / 5 Bintang
p/s : Join my Nature Republic Mini Giveaway Here! (KLIK LINK)
Kalau korang masih ingat, dua minggu lepas aku shopping sakan di Nature Republic Berjaya Times Square dengan voucher RM 150 (KLIK LINK). Siap ada Mini Giveaway lagi aku buat tu kan... Jangan lupa join ok! Jadi, salah satu beauty product yang aku nak cuba adalah Nature Republic Magic Remover Facial Tissue.

To be honest, aku tak suka make up remover yang oily. Since sometimes dia akan menyebabkan muka aku lebih berminyak. Bagi sesetengah water proof make up product, oily remover adalah yang terbaik. Tapi kalau kau nak instant remover contoh untuk solat atau just untuk light make up, this product Nature Republic Magic Remover Facial Tissue will help you a lot!
Magic Remover Facial Tissue ni terdapat dalam dua saiz. Satu saiz besar dan satu saiz travel. Yang saiz besar ada 60 sheets dan travel saiz ada 15 sheets. Untuk permulaan since aku tak pernah guna lagi product ni, aku beli dua pek yang travel saiz. Paketnya kecil, mudah dibawa atau diletakkan dalam handbag.
Opener hole nya juga boleh dilekatkan semula dengan bagus. Ini akan mengekalkan kelembapan tissue dan boleh mencuci segala kesan make up dengan bagus!
On the packaging, it states "This gentle cleansing tissue conveniently cleanses the skin with soft feeling". Produk ni mengandungi 100mg Chamomile Essences (Daisy-like flower) yang berfungsi untuk melembutkan dan melembapkan kulit wajah dan membuang segala kotoran.
![]() |
Dried Chamomile Flower |
PENGALAMAN SENDIRI
Tisunya memang lembut, tidak mudah terkoyak (tebal) dan sangat sesuai untuk facial tissue. Ada cooling sensation sikit dan berbau wangi yang segar. Dari segi kelebarannya juga ia agak besar. Boleh cover satu muka!
Kat atas ni aku gunakan untuk first swipe. Dengan light make up, sekali swipe memang boleh tanggal semua kesan make up. Tak perlukan sentalan yang kuat, cukup sekadar sapuan biasa. Rasa bersih dan lembut sangat kulit muka bila pegang selepas bersihkan dengan Nature Republic Magic Remover Facial Tissue ni!

Tak cukup lagi, aku buat eksperimen dengan Water Proof Mascara. Yes, dengan sekali swipe sahaja memang dapat tanggal kesan mascara. Sangat berkesan dan mudah untuk digunakan. Untuk kegunaan di mata jugak tak menyebabkan kepedihan.
Overall memang aku cukup puas hati even though baru pertama kali gunakan produk ni. Memang berbaloi, murah dan berkualiti serta berikan kesan yang bagus kepada kulit muka. Kalau korang berminat, cepat ke mana-mana outlet Nature Republic. Promotion Buy 2 Free 1 masih ada sehingga 31 Januari 2014 ni ye! :)
INFO PRODUKNama Produk : NATURE REPUBLIC MAGIC REMOVER FACIAL TISSUE
Berat : 85g (15 sheets)
Harga : RM 11.90/ pek (travel size)
Store : Nature Republic Outlet (Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, One Utama, Queensbay Mall, Mahkota Parade dll.)
Beli Lagi : Yes! Of course!!! :)
Bintang : 4.5 / 5 Bintang
p/s : Join my Nature Republic Mini Giveaway Here! (KLIK LINK)