Sunday, January 5, 2014

2014 : Untuk Yang Satu Itu...

Assalamualaikum semua

2013 dah berlabuh. Untuk aku Alhamdulillah, 2013 memberi aku banyak benda manis. Macam tu lah doa dan harapan aku saban tahun. Semoga yang sweet-sweet je berlaku sepanjang hari dan sepanjang tahun. 

Kini 2014. Dah masuk hari kelima. Macam biasa, mesti ada target lah kan. Bila aku belek diary planner yang aku usung-usung ke sana sini tu, muka surat kedua aku nampak 6 baris ayat. Just simple dan nice. Tengok balik, oh... ini target aku untuk 2013.

Ya Allah, syukur sangat-sangat. Daripada 6 baris tu, 5 mendapat tanda right! Siap ada icon smile lagi sebelah tanda right tu. Mission Accomplish! Bangga kejap. Tak sangka, aku ni kira taget achiever jugaklah. Tepuk bahu sendiri tanda bangga.

Serba serbi apa yang aku tulis di muka surat dua tu nampak gayanya memang short-term target. Kesemuanya aku berjaya dapat. Dengan usaha sendiri dan dengan doa mak ayah aku jugak. Bukanlah aku nak bermegah, tapi aku yakin kalau kita bahagiakan keluarga sendiri, pulangannya pada kita jugak kelak. 

Biarlah aku sorang tahu apa yang 5 aku berjaya capai itu. ;)



Untuk yang satu itu. Satu yang takde tanda right. Sekadar sebaris ayat yang takde noktah nampaknya. Yang itu long-term target sebenarnya. That's why lah ia agak susah direalisasikan. Tapi jangan risau, untuk tahun 2014 ni aku masih letakkan target tu dalam list. Maklumlah target yang satu tu bukan kuasa aku. Ia lebih kepada apa yang Allah tentukan. Aku terima. Kata orang kalau dah _______________ tak kemana. Betul tak? *I think, you girls can guess what is the right word in the blank kan? * heheheh. 

Macam biasa. Aku doa pada Allah semoga 2014 ni beri aku great year jugak, sama macam apa yang Dia bagi pada 2013. Kalau boleh, nak lebih lagi. Bukan tamak, tapi kata orang nak improvement. Tak kan lah hanya sekadar di takuk lama kan? Sesekali nak merasa udara segar jugak.

Kalau korang tanya aku, macam mana nak capai target kita? Senang je jawapan aku, target dengan usaha kena sama rata. Kalau kau target sampai pokok kelapa, make sure lah usaha kau juga tingginya sama. Jangan target pokok kelapa, usaha kau sekadar paras pokok bonsai aje. Memang tak lah Allah nak makbulkan. Lagi satu, target kita tu biarlah di niatkan pada mak bapak kita. Kata orang doa mak ayah ni berkat dia lain macam. Sekali dia doa, sampai 7 keturunan boleh rasa effect dia. Kau tak caya, kau cubalah!

Last but not least, just a simple reminder dari aku... 

Jangan takut mengejar mimpi. Sebab tanpa kau sedar, mimpi juga sedang datang menghampiri. Asalkan kau kuat, tabah & yakin pada diri sendiri! Ok? 



2014  : Berikan aku senyuman ye!

*SCARF PERFUME CONTEST Dah tamat :)


6 comments:

  1. kak nanie memang pandai la, suka ayat pokok kelapa dengan pokok bonsai tu, hehe! terima kasih sebab bagi peringatan untuk kita berusaha, niat jangan lupa mak ayah. I'll never forget that :')

    ReplyDelete
  2. I like your spirit my dear.. Keep on fighting.. In Shaa Allah, ada _______ yang dah ditetapkan untuk Innanie.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bulan januari pasang azam, bulan november dan disember dah lupa apa azam yang dipasang.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak capai target kena usaha lebih kan.Tapi kalau dah jodoh tak kemana Nanie..:)

    ReplyDelete
  5. Makin bersemangat nak capai target bila baca entry ni..:)

    ReplyDelete
  6. Usaha itu perlu..kalau sekadar cakap tanpa usaha tak jadi jugak kan nanie..good job nanie..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork