Friday, January 24, 2014

GUESS & ANTM Cycle 20 Party @ The Butter Factory, KL

Assalamualaikum semua

Korang peminat America's Next Top Model (ANTM) tak? Cycle 20 kali ni kan dia ada buat perubahan. Kalau sebelum ni hanya top model perempuan yang dicari, tapi untuk cycle ni dia campurkan pencarian lelaki dan perempuan. Aku nak kata follow gila-gila tu tak lah. Just tau lah perkembangan dan sapa top 5 mereka. 

Bersempena meraikan GUESS sebagai penaja rasmi mereka, GUESS telah membawa 5 Top Finalis ANTM Cycle 20 ke Malaysia! And you know what aku adalah salah seorang yang dijemput untuk ke majlis tersebut. Of courselah aku excited! 



Acara malam tu berlangsung di The Butter Factory dan telah dihoskan oleh dua hos yang memang tak asing lagi iaitu Allan Wu, hos untuk Amazing Race Asia dan Deborah Henry. Tak kurang jugak persembahan dari Joe Flizzow dengan lagu Havoc tu, memang Havoc lah tempat tu jadinya... terus aku minat lagu Havoc. Hahaha. Memang happening & best!



Bagi mereka yang tak mengikuti ANTM Cycle 20 ni, 5 Top Finalis mereka adalah Jourdan Miller yang juga merupakan juara untuk Cycle tersebut, Marvin Cortes, Cory Hindross (my favourite!), Renee Bhagwandeen dan Chris. Bila dorang keluar ni, mak oi semuanya menjerit lah senang cerita! Memang power & solid molid badan masing-masing. Patut pun masuk ANTM! 

Kiri : Jourdan, Renee, Deborah (The Emcee), Cory, Chris & Marvin

Jourdan. The Winner. Macam Barbie doll kan? 
Renee. Antara yang seksi! 
The Drag Queen, Cory!!!


Memang seronok malam tu. Bila tang Cory je memang aku excited habis. Aku memang minat dia because of his personality. Walaupun dia drag queen dan bisexual, tapi personaliti dia dalam ANTM much better and pleasant compare to others. Sebab tu lah aku minat! 

Tengok bentuk muka Cory! Memang superb & high class


Aku kat sana bukan sorang ye! Kalau sorang mahu jugak mati kutu kat situ. So, aku ditemani mereka-mereka yang masing-masing cantik-cantik! Antaranya ialah Wiida, Aidazura, Kak Lina dan Nadheera. Dorang pun peminat ANTM jugak!


makcik-makcik kesayangan. Wiida, Aida, Nadheera & Kak Lina

The hot Amber Chia yang sporting & humble!
Last but not least, ni kira rezeki jugak lah... dalam ramai-ramai orang tu, nombor aku bertuah dan terpilih sebagai salah seorang pemenang lucky draw! Wooohoooo!!! Lagi lah aku excited kan. Seramai 5 orang pemenang telah dipilih dan masing-masing bawa balik barangan GUESS bernilai lebih RM 300. Yeay!!!  Dan korang mesti nak tahu aku menang apa kan? * i just wish bukan pakaian lah...mana muat kan? heheheh* So, aku menang...



Yeay!!! Satu set GUESS GIRL Perfume + Body Cream & Shower Cream. Bau dia memang best. Lembut dan long lasting. So far aku baru pakai berapa kali je. Hahaha. Sayang punya pasal kan. Sebelum ni memang aku takde lagi koleksi GUESS Perfume, so ni yang pertama. Bertuah betul aku! Hahahah. Syukur!

Tote bag, tumbler, calendar and some voucher belakang tu pulak merupakan antara barang dalam goodies bag yang mana semua orang dapat. Berbaloi jugak goodies dalam tu. Semua barangan GUESS! Paling best tu lah, Tote bag SMIZE ANTM tu! Ke hulu ke hilir aku bawak. 

#LOVEGUESS #ANTM20

Ok, bye! :) 

p/s: Jangan lupa join Mini Giveaway Blog Coklateyes & menang produk kecantikan dari Nature Republic ----- KLIK SINI-----

Salam. 



8 comments:

  1. ahahaha tak payah jeles sangat Rawlins.... awak tu selalu jumpa retis! :)

    ReplyDelete
  2. awesome! untunglah nanie dapat hadiah best tu..memang luckylah! :)

    ReplyDelete
  3. akak bestlah,btw blog akak cntik and comel. sya ska colour pastel mcm ni.

    ReplyDelete
  4. wow..bertuah nanie..tahniah2...:)

    ReplyDelete
  5. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. Lucky betul la Nanie ni.. Tahniah! ^^,

    ReplyDelete
  7. patut macm pernah nampk lelaki org putih tu..american top model ..hahaha...bertuahnyer nani lucky draw

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork