Tuesday, January 7, 2014

Jadikan Blog Lebih Profesional Dengan Server Freak | High-Tea Event The Butterfly Project

Assalamualaikum semua

Dulu masa mula-mula aku berbloging, aku ada satu habit tau. Habit tukar-tukar background blog. Kononnya cepat bosan lah dengan stick pada satu blog. Sekejap nak nampak profesional lah, sekejap nak nampak sweet lah. Macam-macam background aku tukar. 

KEPENTINGAN LAYOUT & INTERFACE BLOG

Kalau korang nak tahu, layout & interface blog sangat memainkan peranan penting. Sesebuah blog boleh diingat hanya kerana layoutnya. Interface yang teratur, menarik & mesra pembaca amat bagus untuk memberi impak positif kepada pengunjung blog. Aku sendiri dua-tiga kali jugak masuk blog yang serabut. Walaupun content menarik, tapi kalau interface bikin sakit kepala. Sorry... memang tak dapat nak scroll down lagi. 

Tapi... bukan senang untuk MENCANTIKKAN & MEMPROFESIONALKAN blog. Apa tah lagi kalau buta coding macam aku ni. Nak baca HTML code tu seksa woi! Mau juling mata kalau tak iya-iya kan? 

Jangan risau, kalau korang mencari service untuk MENCANTIKKAN blog, servis yang boleh buat design blog macam yang kau nak, servis yang pantas : sekelip mata boleh tringgg cantik aku ada jawapannya!


SERVER FREAK

Server Freak bukanlah satu nama asing dalam web designing. Memang dah ramai blogger hebat & terkenal yang menggunakan khidmat mereka dalam mendesign blog. Antaranya adalah Cheeserland, Bangsar Babe dan Red Mummy. Memang cantik-cantik design mereka. 

Bukan tu je, website The Butterfly Project Malaysia juga telah memilih servis dari Server Freak. Daripada apa yang aku lihat, design & layout yang Server Freak berikan memang kemas, cantik & mesra pembaca. Tidak serabut & mudah untuk diuruskan. Memang nampak pro bila guna wordpress ni kan? 




Sebenarnya servis untuk mencantikkan blog ni come with a package. Dengan tagline 
"YOU JUST FOCUS ON BLOGGING", package tersebut memang berfungsi untuk mudahkan blogger. Daripada apa yang diberitahu, pakej ni menawarkan banyak kelebihan. Antaranya :


Insya-Allah aku pun tengah berkira-kira ni nak convert pada Wordpress. Bukan tak sayang blogspot, tapi kata orang untuk jangka masa panjang & lebih nampak profesional, apa salahnya melabur sikit untuk blog kan? Lagipun kalau dibahagikan, hanya spend RM 0.80 sehari! Nak lagi menarik, sewaktu set up dijalankan, blog korang boleh berfungsi seperti biasa hanya dalam masa 10-15 minit saje. Memang pantas. Tak makan masa berhari-hari. Leceh kan? 

Kalau korang berminat & nak tahu lebih lanjut, sila layari :

Website : 

Facebook : 


Disebabkan Server Freak dah sponsor website The Butterfly Project, jadi satu Hight Tea Event telah diadakan sebagai simbolik untuk pelancaran website tersebut. Bertempat di SHOWCASE, Kelana Jaya, High Tea yang bercirikan ala-ala Inggeris tu memang awesome! 


dekorasi candy table dari AskJoey
Semua Butterflies pun dapat goodie yang best. Tammy  belanja Etude House Facial Foam + sebuah buku cerita. Memang sesuai lah jadi peneman di kala minum High Tea kan? Terima kasih banyak-banyak Tammy!



bab makan Ask Me! :)
Goodies untuk semua Butterfly

Memang meriah petang tu. Kebetulan pulak, ramai yang pakai baju colour Turquoise. Padahal tak janji tu. Nampak tak chemistry kami? Heheheh. Jadi apa lagi, cepat-cepat lah amik gambar kan? Bukan senang ni nak TERPAKAI baju sama colour. 


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. SWAT Team telah dijemput kedepan untuk memotong kek bersama-sama sebagai simbol pelancaran website The Butterfly Project Malaysia. Semua orang sayang SWAT Team ni. Mereka memang bukan calang-calang orang. Tepat pilihan Tammy untuk memilih mereka menjadi sebahagian tulang belakang The Butterfly Project Malaysia. Buat apa je, semua berjaya! Keep it up girls! 


Sekali lagi, Tahniah & Syabas pada The Butterfly Project Malaysia atas pelancaran website tersebut. Haaa, sapa-sapa yang nak join The Butterfly Project event boleh ikuti update mereka di website tersebut. Bukan tu, registration ahli pun boleh dibuat disitu. Lepas ni, korang pun boleh sama-sama join & have fun dengan aku. Seronok tau! Banyak aktiviti & yang penting its all about girl's stuff! :) 


Website The Butterfly Project Malaysia: 

Facebook :




4 comments:

  1. Betul, I suka masuk & baca blog yg nampak menarik & kemas.

    ReplyDelete
  2. memang nampak pro sangat bile guna Wordpress tu macam layout butterfly project Malaysia tu.Tapi tu lah..sayang kat blogspot..sampai masa nak jugak convert ke wordpress..heee..Tq Share Nanie

    ReplyDelete
  3. merancang nak ke wordpress tapi tengok ongkosnyer juga..hehe..nak join butterfly juga..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork