Thursday, January 2, 2014

Klinik Mediviron UOA : Menjawab Persoalan Mengenai Rawatan Laser Muka

Assalamualaikum semua

Selamat Tahun Baru 2014. Apa macam? Umur sudah satu tahun tambah tau! Heheh. Walau apa pun semoga tahun 2014 adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Baiklah, aku mulakan entry pertama di tahun 2014 dengan entry bersama Mediviron. Yerp, this is my final journey. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan bagus. Tentu yang pertama sekali korang nak tengok adalah perubahan kan? Sabar. Sabar. Sebelum tu aku nak ceritakan dulu apa perasaan aku selepas buat rawatan laser bersama Mediviron ni. 

Pertama sekali memang terima kasih banyak-banyak kepada Klinik Mediviron UOA kerana menaja aku untuk 3 kali treatment rawatan laser ni. Terima kasih banyak-banyak. Bukan sekadar dengan layanan mesra dari staff aje, malahan banyak info-info mengenai rawatan laser yang aku belajar dari pakar mereka. Sememangnya hanya yang terbaik dari Klinik Mediviron UOA. 


Bila aku post mengenai rawatan laser di Klinik Mediviron ni, ramai yang tanya aku itu ini. Jadi, bila korang tanya, aku ajukan & bawak soalan tu pada Dr. Lashela. Ye lah sama-sama nak tahu & di sini aku kongsikan sedikit info mengenai rawatan laser : 

1. Semua masalah kulit muka boleh guna laser?  Tidak semestinya masalah kulit muka dapat diatasi dengan rawatan laser. Korang aku sarankan untuk jumpa dulu dengan pakar dan dapatkan nasihat mereka. Mereka akan tentukan rawatan mana yang terbaik untuk masalah korang. Di Klinik Mediviron UOA bukan sekadar rawatan laser yang ada, macam-macam rawatan mencantikkan kulit muka yang diberikan! 

2.  Sekali buat rawatan memang terus elok ke? Sebagaimana yang aku pernah bagitau dalam entry sebelum ni, ia adalah bergantung pada keseriusan masalah kulit korang. Namun menurut Dr.Lashela, adalah lebih bagus jika dapat buat sehingga 10 kali rawatan setiap selang dua minggu. 

3. Ada side effect yang teruk tak? Sebenarnya aku boleh katakan hanya 5% sahaja side effect yang mungkin serba sedikit mengganggu korang. Iaitu kesan mosquito bites selepas rawatan. Memang muka akan rasa panas sedikit, tapi bukanlah rasa pedih. Oh ye, mosquito bite tu juga bukan semua orang kena, ia bergantung pada sensitiviti kulit kita. Selepas 1@2 hari ia akan hilang. Tak banyak pun mosquito bite tu, satu-dua je. Ia adalah reaksi biasa. 

4. Sakit atau tidak? Dia bukanlah sakit macam apa. Cuma dia agak panas sedikit dan rasa perit. Dua tiga kali jugaklah keluar air mata jantan aku sewaktu rawatan. Rasa sakit panas dan perit tu terjadi apabila Dr.Lashela halakan laser di bahagian sensitif seperti di sekitar atas mulut dan di bahagian bawah mata. Jangan risau, takde apa yang berlaku sebab di Klinik Mediviron UOA, Dr.Lashela antara yang terbaik. 

5. Berapa harga untuk rawatan ni? Untuk rawatan yang aku buat ni harganya adalah RM 900 setiap session. Jadi aku buat 3 kali. So RM 2700 semuanya! *lap peluh*


BERKESAN @ TIDAK? 

Kalau nak ikut kepada keberkesanan, untuk kulit aku tak menunjukkan perubahan yang ketara. Seperti yang Dr.Lashela katakan mungkin 3 kali belum menunjukkan kesannya. Rawatan yang diperlukan sekurang-kurangnya adalah 10 kali & mengikut kepada keseriusan masalah kulit anda. 


Walaupun perubahan tidak begitu ketara, namun apa yang aku sedar pori di muka semakin mengecil, kesan bekas jerawat juga lebih kurang 10-30% menghilang dan wajah lebih cerah sedikit. 

So, last but not least... terima kasih banyak-banyak pada Klinik Mediviron UOA terutama pada Joan, Dr.Lashela, Fara &  semua staff disitu. Sekarang ni Klinik Mediviron ada promotion, mana tahu korang berminat. 



Untuk maklumat lanjut, boleh layari : 

WEBSITE : 

FACEBOOK : 

ALAMAT LOKASI :

KLINIK MEDIVIRON UOA,
LG 9, Lower Ground Floor,
Wisma UOA II, Jalan Pinang, 
50450 Kuala Lumpur. 
(Berhadapan dengan Kuala Lumpur Convention Centre)





4 comments:

  1. patutlah masa birthday Tammy tu jumpa Kak Nanie lawa semacam kulitnya! Kita nampak tau ada beza dulu dengan sekarang :)

    ReplyDelete
  2. wow, kulit nanie mmg nmpak improve! nice!

    http://www.sabrinatajudin.com

    ReplyDelete
  3. Sangat best kalau dapat buat rawatan ni tau..

    ReplyDelete
  4. terasa nak buat time2 dah nak dekat kawin ni..haha..tapi tunggu la..duit tak cukup kang..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork