Tuesday, January 14, 2014

Review : Make Up Brushes by Cerro Qreen

Assalamualaikum semua


To have my own make up brush set is a great dream! Seriusly beb, aku memang dah lama mengimpikan punya brush set tersendiri. Walaupun skill make up tidak sehebat Wiida Ribbon, apatah lagi Ayeen Kadir... kalau dah nama perempuan kan, kena lah feeling! Heheheh. Than, Natta Cosme tiba-tiba mencari beauty blogger untuk review set Cero Qreen Brushes mereka, terus aku submit nama dan Alhamdulillah, berjaya!!! :)


Dari segi packagingnya memang bagus. Menarik, mudah dibawa & terjamin kebersihannya. Dengan flip cover ia dapat melindungi bristle dari rosak. Material bagnya jugak kukuh dan tak mudah koyak. Handy & travel size tu buatkan ia mudah untuk dibawa kemana saje!



Nama Produk :
Cero Queen Makeup Brushes
(7 Set)

Sumber Bahan :
 Semulajadi (Pony's Hair & Goat's Hair) 

Harga : 
RM 29.52

Terdiri daripada 7 set brushes yang diperbuat daripada bulu haiwan iaitu (Pony's Hair & Goat's Hair), pada aku set ni sangat sesuai bagi beginner user. Kesemua brushesnya adalah set untuk kegunaan basic seperti eye shadow, bibir & pipi. 



Hanya sebesar palm-size, ia mudah dibawa dan mudah untuk dipegang juga. Ringan, kukuh dan menjadikan kayu sebagai pemegangnya memberikan grip yang bagus semasa solekan. 


Cero Qreen Brushes Set : 

1. Eyeliner Brush
2. Lips Brush
3. Eyebrow Brush
4. Modifying & Blended Brush
5. Eye shadow Brush (small)
6. Eye shadow Brush (large)
7. Blushes Brush




Daripada pembacaan aku, Goat's Hair merupakan antara bristles terbaik untuk make-up brush. Ia akan memberikan kesan yang optimum dalam penggunaannya. Mudah untuk diaplikasi kan dalam teknik solekan dan paling penting sangat tahan lama & sukar untuk rosak teksturnya. 

Overall, memang sesuai untuk mereka yang beginner. Dengan harga yang murah, berpatutan dan servis yang bagus, Natta Cosme menjanjikan produk terbaik untuk kaum wanita di luar sana yang suka pada kecantikan. Ada banyak pilihan warna lagi tau!


Bagi mereka yang berminat nak dapatkan satu set Cero Qreen Make up Brushes, boleh layari laman web Natta Cosme di bawah ni :

Website Natta Cosme: 
http://www.nattacosme.com/

Facebook : 


3 comments:

  1. comel comel je haaaa..
    berkenan plak tgok..

    ReplyDelete
  2. bkenan bila tgk makeup2 ni semua comel2 jer tp seyes innanie kak shida xpndai makeup tau huhuu..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork