Wednesday, January 29, 2014

Review Nature Republic Magic Remover Facial Tissue

Assalamualaikum semua

Kalau korang masih ingat, dua minggu lepas aku shopping sakan di Nature Republic Berjaya Times Square dengan voucher RM 150 (KLIK LINK). Siap ada Mini Giveaway lagi aku buat tu kan... Jangan lupa join ok! Jadi, salah satu beauty product yang aku nak cuba adalah Nature Republic Magic Remover Facial Tissue. 



To be honest, aku tak suka make up remover yang oily. Since sometimes dia akan menyebabkan muka aku lebih berminyak. Bagi sesetengah water proof make up product, oily remover adalah yang terbaik. Tapi kalau kau nak instant remover contoh untuk solat atau just untuk light make up, this product Nature Republic Magic Remover Facial Tissue will help you a lot! 



Magic Remover Facial Tissue ni terdapat dalam dua saiz. Satu saiz besar dan satu saiz travel. Yang saiz besar ada 60 sheets dan travel saiz ada 15 sheets. Untuk permulaan since aku tak pernah guna lagi product ni, aku beli dua pek yang travel saiz. Paketnya kecil, mudah dibawa atau diletakkan dalam handbag. 

Opener hole nya juga boleh dilekatkan semula dengan bagus. Ini akan mengekalkan kelembapan tissue dan boleh mencuci segala kesan make up dengan bagus!


On the packaging, it states "This gentle cleansing tissue conveniently cleanses the skin with soft feeling". Produk ni mengandungi 100mg Chamomile Essences (Daisy-like flower) yang berfungsi untuk melembutkan dan melembapkan kulit wajah dan membuang segala kotoran. 

Dried Chamomile Flower


PENGALAMAN SENDIRI 


Tisunya memang lembut, tidak mudah terkoyak (tebal) dan sangat sesuai untuk facial tissue. Ada cooling sensation sikit dan berbau wangi yang segar. Dari segi kelebarannya juga ia agak besar. Boleh cover satu muka! 


Kat atas ni aku gunakan untuk first swipe. Dengan light make up, sekali swipe memang boleh tanggal semua kesan make up. Tak perlukan sentalan yang kuat, cukup sekadar sapuan biasa. Rasa bersih dan lembut sangat kulit muka bila pegang selepas bersihkan dengan Nature Republic Magic Remover Facial Tissue ni! 



Tak cukup lagi, aku buat eksperimen dengan Water Proof Mascara. Yes, dengan sekali swipe sahaja memang dapat tanggal kesan mascara. Sangat berkesan dan mudah untuk digunakan. Untuk kegunaan di mata jugak tak menyebabkan kepedihan

Overall memang aku cukup puas hati even though baru pertama kali gunakan produk ni. Memang berbaloi, murah dan berkualiti serta berikan kesan yang bagus kepada kulit muka. Kalau korang berminat, cepat ke mana-mana outlet Nature Republic. Promotion Buy 2 Free 1 masih ada sehingga 31 Januari 2014 ni ye! :)

INFO PRODUK 
Nama Produk : NATURE REPUBLIC MAGIC REMOVER FACIAL TISSUE
Berat : 85g (15 sheets)
Harga : RM 11.90/ pek (travel size)
Store : Nature Republic Outlet (Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, One Utama, Queensbay Mall, Mahkota Parade dll.)
Beli Lagi : Yes! Of course!!! :) 
Bintang : 4.5 / 5 Bintang



p/s : Join my Nature Republic Mini Giveaway Here! (KLIK LINK)

17 comments:

  1. Assalamualaikum nanie, wahh magic sangat! not bad. sheila suka beli facial tissue ni kat guardian. yang murah2 jelah. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila. Ok jugak kalau ada di Guardian. As long as boleh tanggal make up dengan mudah kan. Lagi bagus kalau boleh moiture kan kulit kita! :)

      Delete
    2. Waalaikumsalam Sheila. Ok jugak kalau ada di Guardian. As long as boleh tanggal make up dengan mudah kan. Lagi bagus kalau boleh moiture kan kulit kita! :)

      Delete
  2. nak try jugak ni..tapi bile ntah nak kesana ..huhu

    ReplyDelete
  3. wahhhh mmg best ni.. tp saye jrng sgt pkai mekap.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. but sometimes untuk wipe kotoran pun boleh guna! :)

      Delete
  4. Macam best jer wipe tissue ni.. Sempat lagi nak gi shopping.. Hehe..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam, wow! I love your blog! Suka sangat your style of reviewing products! :D
    Tak pernah pulak try wipe tissues as makeup remover. It does sound compelling to those who're on the rush most of the time like me.
    Anyway, I'll be looking forward to your reviews on the other products that you got from NR. :)
    xx, Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear,

      Thank you so much for your compliment! I'm really happy for that.... yep, i think this product is suitable for those who rush. Hahahah just like me....

      Insya Allah i will post my review soon! :)

      Delete
  6. ni yang rasa nak try ni, hehe! kita so far pakai Guardian punya wipes, cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pernah try Guardian punya. How much ye dear? :)
      Wah sampai tahap cemerlang tu!

      Delete
  7. Itulah sya beli yg oily makeup remover, memang oily. Kena basuh muka dgn pencuci jugak lepas tu. Hope dengan ada magic remover ni, senanglah nak buang mekap time solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep memang oily make up remover kena pakai dengan cleansing foam... another thing dia akan buat mata macam kabur.... tu tak suka.

      lagi satu memang dia mudah untuk bawak solat!

      Delete
  8. Huhu..za xpnh gn wet tissue pn nk bersihkn muka..lawak je kn..sental jgk gn air..just eyes removal je za ada sbb nk hilgkn eyeliner..

    ReplyDelete
  9. mahalnyer 11.90...nad gune antibacterial je..sekarang gune pixy

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork