Thursday, January 9, 2014

Review : NYX Soft Matte Lip Cream

Assalamualaikum semua

Selain daripada target untuk diri sendiri, Blog Coklateyes pun aku letak jugak satu-dua-tiga target. Kata orang supaya lebih berfokus sikit lah hala tujunya. Salah satu target aku untuk BCE adalah, aku cuba perbanyakkan review mengenai kosmetik/beauty product. Sebelum ni bukan tak nak buat, tapi macam tak confident. Insya-Allah time-by-time aku akan improve lagi ok! 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beauty Stuff pertama yang aku nak review adalah NYX Soft Matte Lip Cream. Seriously, this is my best lipstick ever! Sebelum ni memang tahu ramai orang cakap produk NYX best, especially their lip's product. Memang ternyata betul! 



Dari segi teksturnya, memang ringan & matte finishing. So bila kau pakai, tak rasa terlalu berat di bibir. Rasa macam takde pakai lipstick pun. Paling best, bau dia. Fuh, memang betul-betul lebih kurang bau butter cream. 


Untuk tempoh ketahanannya pulak, pada aku agak memuaskan. Boleh tahan sampai 5-6 jam jugak. Packaging pun mudah dibawa. Kecik & kedap udara. 



Aku gunakan NYX Soft Matte Cream dengan kod 08 San Paulo. Walaupun pada mulanya aku cuak nak pakai warna ala-ala pinkish ni, tapi seriously memang terbaik colour ni. Actually dia tak lah terlalu pink atau terlalu merah. Sesuai dengan tona kulit aku. Even warna dia indoor & outdoor juga tak banyak berubah. Masih cantik. Bila aku upload gambar kat bawah ni kat Instagram, one of my friend yang jugak fashion advisor untuk Hanis Zalikha iaitu Melle Marli pun cakap dia suka dengan produk NYX. 


REVIEW CONCLUSION :

Harga : RM 26.00
Colour : San Paulo
Store : SEPHORA KLCC
Rating Star : 4/5


Buat mereka yang mungkin berada di luar KL, ada banyak Instashop yang jual barang makeup terutama dari NYX. Ada yang directly from US lagi. So boleh search tag #NYX di Instagram ok! 

17 comments:

  1. apa lagi. jual la ni fatin. ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah stock susah dapat ni beb. Ada tak de terus direct Nyx US je :)

      Delete
    2. yup. menyesal dulu kat US xbeli byk. sana murah sangat. sebatang $3 $4 mamcm tu je

      Delete
  2. Love NYX soft matte lip cream too!!! <3

    ReplyDelete
  3. sama cam k lily punye je. bagus nyx ni..

    ReplyDelete
  4. dah lama berkenan tapi tak beli lagi.

    ReplyDelete
  5. sab xpernah lg try yg ni. nampak cam best je!

    ReplyDelete
  6. u tak kering ke? but nice color!!
    btw, feel free to join my beauty giveaway :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope. So far tak kering and memang best bila digunakan! :) try la satu than i'm sure you will love it too!

      Delete
  7. memang cantik warna dia..cantik lg si pemakainya..hehe

    ReplyDelete
  8. Warna lipstick kita sama la! Hehe. Saya pun pilih San Paulo. Baru beli beberapa hari lalu dan mencubanya terus jatuh hati. Tekstur ringan dan tak rasa pakai lipstick pun. Paling best ianya tahan lama. :)

    www.allaboutmeputeripanda.blogspot,com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes agreed! memang best dan tahan lama. warna dia tu memang matching dengan apa je warna kulit kan!

      Delete
  9. memang shantik! nampak fresh gitu :)

    ReplyDelete
  10. kena beli juga la, dah baca review semua best je. cumanya kalau bibir jenis ada line gelap sket, lipstick ni cover x?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork