Thursday, January 16, 2014

SNOWDROP Cloth Pad Kurangkan Risiko Kanser Di Kalangan Wanita

Assalamualaikum semua

Bila 'datang bulan' atau period, perkara yang paling penting adalah pad. Pad yang biasa dan sangat meluas di jual di pasaran adalah pad pakai buang dan memang dari dulu jugaklah kita di ketengahkan dengan pad pakai buang ni. Tapi, tahukah korang bahawa pad pakai buang ni sebenarnya memberi kesan buruk pada kesihatan kita untuk jangka masa panjang? 


Berdasarkan daripada pembacaan aku, lebih dari 62% wanita di seluruh dunia mengalami jangkitan kuman pada bahagian kemaluan akibat daripada kebersihan yang tidak terjamin dari sanitary pad. Bukan tu je, kalau korang nak tahu kebanyakan sanitary pad yang ada di pasaran menggunakan recycle paper sebagai sebahagian daripada pembuatannya. Jadi secara tidak langsung jika tidak diurus & dirawat dengan betul, banyak bakteria yang boleh membiak di situ. Ngeri kan? 


Atas dasar menjaga kesihatan diri & kebersihan alam sekitar, satu jenama pad hasil idea dan keluaran anak Malaysia telah diperkenalkan, SNOWDROP. Bermula sekitar tahun 2009, SNOWDROP mencuba sedaya upaya untuk membantu wanita Malaysia meningkatkan tahap kualiti kesihatan mereka dengan penghasilan cloth pad & cloth liner.


So, baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba dan menguji sejauh mana keselesaan, keberkesanan & kemampuan cloth pad SNOWDROP ni. Of course lah soalan yang pertama sekali bermain di fikiran aku adalah " Tak bocor ke?". Selalu kan kita gunakan kapas, ni tiba-tiba gunakan kain? Macam mana kadar serapan kain kan? Huih, risau jugak aku. Tapi, takpe... kita cuba dulu! 


Menurut SNOWDROP, terdapat 9 ciri-ciri terbaik dalam penghasilan cloth pad ni. Semuanya melalui hasil kajian, R&D dan ujian yang relevan bagi memastikan keselesaan, kebersihan juga ciri keselamatan bagi wanita yang haid. 


Ini aku lampirkan sekali jadual perbandingan antara Cloth pad & Pad pakai buang. Dari sini korang dapat menilai dan melihat perbezaan ketara antara keduanya. 

Pad Kain(Cloth Pad)
Pad Pakai Buang
Diperbuat dari lapisan-lapisan kain sahaja tanpa bahan kimia.
Diperbuat dari kertas kitar semula dan plastik(dirawat secara kimia semasa proses pelunturan, ia tidak steril)
Selamat, selesa dan mempunyai sistem perudaraan yang baik (mesra kulit), ia tidak menyebabkan kegatalan dan kerengsaan apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Menyebabkan kegatalan, jangkitan, senggugut, tempoh haid yang panjang dan pelbagai masalah lain seperti ketaksuburan dan kanser yang disebabkan oleh pendedahan pada toksik Dioksin pada jangka masa yang lama.
Lebih bersih, kerana darah keluar sepenuhnya semasa dicuci. Jadi ia boleh digunakan semula selama bertahun-tahun tanpa risiko jangkitan.
Tidak bersih, kerana ia diperbuat daripada kertas kitar semula dan plastik, ia hanya dilunturkan untuk menjadi putih dan tidak steril; oleh itu boleh menyebabkan kegatalan dan jangkitan apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Digunapakai untuk bertahun-tahun, dalam lingkungan 5-10 tahun, bergantung kepada kekerapan penggunaan untuk setiap pad, ia lebih menjimatkan kos untuk jangka panjang.
Memerlukan kos yang tinggi, kerana anda perlu membeli pad yang baru setiap kali anda datang haid.
Mesra alam kerana ia mengurangkan pembuangan sampah.
Pad pakai buang mengambil masa 300-500 tahun untuk hancur(mungkin bukan sepenuhnya), bayangkan berapa banyak ia menyumbang ke tapak sampah.
Tidak berbau, pad kain tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang bertindak balas dengan darah yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Anda akan terkejut bahawa darah anda tidak berbau busuk seperti yang anda sangka.
Mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, membuatkan anda berfikir bahawa darah itu sendiri adalah kotor tetapi hakikatnya darah haid adalah steril pada masa ia keluar dari faraj anda. Kimia yang terdapat di dalam pad yang bertindak balas dengan darah dan mengeluarkan bau yang busuk.



BAHAN YANG DIGUNAKAN



Lapisan atas SNOWDROP cloth pad diperbuat daripada fabrik minky yang sangat lembut. Bagi lapisan dalamnya pula, SNOWDROP telah menggunakan lapisan mikrofiber yang mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan lapisan kalis air nilon bersalut PU yang berciri anti kebocoran manakala lapisan belakang sekali adalah terdiri daripada kain kapas yang diimport dari USA. Fabrik yang digunakan ini turut mengetengahkan ciri mudah dicuci dan tak mudah lekat kesan degil.



SAIZ CLOTH PAD


Saiz jugak penting dalam menentukan keselesaan kita. Lebih-lebih lagi untuk hari-hari awal datang haid, aliran banyak kan. Mestilah kita perlukan satu-satu pad yang dapat menampung sepenuhnya aliran tu. 

Dimensi : 
Panjang - 11 inci
Lebar depan - 4 inci
Lebar belakang - 4.5 inci 


Untuk tambah lebih selesa dan selamat jugak, setiap pad SNOWDROP dilengkapi dengan 2 button yang membolehkan ia dilaraskan dan grip pada seluar dalam. So far sepanjang aku gunakan memang takde masalah dan memang selesa! Penggunaan selama 3-5 jam pun takde masalah. As long as ia aliran biasa, bukan heavy lah! 



Satu perkara yang memang buat aku tertarik pada SNOWDROP ni adalah packagingnya yang comel, pocket size dan ada design lawa-lawa. Sekali tengok macam coin purse pun ada. Heheheh. Siap ada bag lagi tau. Jadi SNOWDROP cloth pad @ cloth liner boleh disimpan dengan bersih. 



PENJAGAAN SELEPAS GUNA & PEMBERSIHAN

Bagi mengekalkan kelembutan dan kebersihan fabrik. Ada beberapat peraturan yang perlu diingat oleh setiap pengguna. Jika tak ikut, berkemungkinan fabrik rosak dan tak dapat menyerap dengan baik. 

1. JANGAN GUNAKAN AIR PANAS
2. BASUH ATAU RENDAM SECEPAT YANG BOLEH SELEPAS GUNA
3. ELAKKAN GUNA PELUNTUR, PELEMBUT PAKAIAN MAHUPUN SEBARANG DETERGENT. 
4. JANGAN GOSOK DENGAN BERUS

Sebagaimana yang diberitahu, untuk penjagaan nombor 3 tu kan, korang boleh gunakan sabun serbuk juga liquid detergent seperti jenama Fab, Breeze dan lain-lain. Yang tak boleh digunakan adalah softener, dan sabun mandi jenis buku. Softener tidak boleh digunakan sebab ia akan menutup lubang-lubang pada liang fabrik mirofiber  dan ini akan menyebabkan ia kurang menyerap. 


Bagi meningkatkan kualiti mereka juga, setiap cloth pad di jamin sehingga satu tahun untuk sebarang kerosakan yang berpunca dari pengeluaran. Contohnya macam butang longgar mahupun jahitan terkoyak. 


HARGA,  CADANGAN PENGGUNAAN & BERBALOI ATAU TIDAK? 

Untuk cadangan penggunaan, actually bergantung pada aliran individu. Tapi aku boleh cadangan dari kuantiti. Aku sarankan at least kena ada 3 helai cloth pad ni. Bukan apa kalau satu basah/lembap, kita ada sehelai lagi. 

Mungkin jugak ada yang bertanya, berapa lama boleh pakai cloth pad @ cloth liner ni. Maksudnya jangka hayatnya. Menurut SNOWDROP, jangka hayat bagi sehelai cloth pad @ cloth liner boleh mencapai sehingga 5-10 tahun! Atau sehingga ianya belum rosak. 

Dari aspek harga pulak, aku kategorikan sebagai mampu milik. 

CLOTH PAD : RM 19 - RM 38 / sehelai
CLOTH LINER : RM 12 - RM 19 / sehelai


Kalau tanya berbaloi atau tidak, aku melihat SNOWDROP sebagai sesuatu yang berbaloi dalam jangka masa panjang yang mana korang tak perlu beli pad tiap-tiap bulan. Bayangkan setiap bulan kena spend around RM 10 - RM 15. Darabkan dengan 12 bulan...dah berapa kat situ kan? Tapi cloth pad beli sekali je! Jadi penjimatan dapat dilakukan disitu. SNOWDROP jugak ada sediakan pakej tau. Jadi bolehlah korang pilih pakej yang bersesuaian dengan bajet & keperluan korang. Pakej bermula serendah RM 100 sehingga RM 254.

sumber: Cik Lily Putih

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SNOWDROP CLOTH PAD

Secara jujurnya lah kan, kalau ditanya pada pengalaman aku yang dah gunakan SNOWDROP Cloth Pad ni, aku rasa ia takde beza dengan sanitary pad biasa. Malahan LEBIH SELESA. Memang tak akan rasa basah, was-was, atau geli ke apa. Setiap kali keluar, mesti cepat rasa penyerapannya. Walaupun heavy flow.

Seperkara lagi, untuk cucian pembersihan juga mudah. Asalkan korang cuci cepat-cepat dan jangan nak tinggal lama-lama sampai berjam-jam Insya Allah segala kotoran akan tanggal dan tak meninggalkan bekas.

Last but not least, sebagai seorang yang sayangkan alam sekitar aku sangat-sangat menyokong penggunaan cloth pad @ cloth liner ni dalam menyelamatkan alam sekitar. Sebabnya kita tak buang cloth pad tapi digunakan berulang kali. Secara tak langsung, boleh lah kurangkan pembuangan sisa pepejal.

Tak syak lagi, kesihatan dan kebersihan diri juga alam sekitar semakin bagus dengan SNOWDROP! Bertukarlah sekarang dan buatlah pilihan bijak demi kebaikan diri anda sendiri. 


Bagi korang yang berminat & nak tahu lebih lanjut boleh layari :

WEBSITE SNOWDROP :

FACEBOOK SNOWDROP :

HQ SNOWDROP :
366, 1ST FLOOR,
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, 
TAMAN PERMAI, 
30020, IPOH PERAK. 

TEL : 
+6013 436 1180 (NISA) 

21 comments:

  1. Assalamualaikum nanie. macam bagus je ni.. maternity punya pun ada. hmm nak fikir2 dlu, boleh beli ke tidak. hehehe. btw thanks nanie share benda bagus ni. sheila pun dah lama tak pakai pad, mesti ruam2 nanti. huwaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cloth pad pun ada untuk maternity jugak sheila
      Nanti masa berpantang boleh cuba pakai ")

      Delete
    2. okey dear, nanti sheila cuba bagi suami baca entri ni. hehehe. btw blog kamu dah semakin cantik! suka tengok header awesome tu >_______<

      Delete
    3. Haaa bagus jugak tu Sheila... mana tahu nanti dia berkenan dan boleh belikan Sheila.
      Thanks for the compliment. Memang dari dulu kita need header yang simple, clear & pastel.

      Heheheh! Rindu pulak kat awak ni dear.

      Delete
    4. kita pun rindu nanie, rindu kat semua girl dalam Butterfly Project! Harap boleh join illy's baby shower! hehee.

      in shaa Allah, kena bodek lebih sikit nak beli barang sendiri. hihi nowdays, fikirkan kepentingan baby je. hihi excited yang amat ni >___<

      Delete
  2. Berbaloi sangat harganya. Sepadan dgn pad ni.

    Hai kak. Lama Neesa tak dtg jenguk :)

    ReplyDelete
  3. macam menarik je snowdrop cloth pad ni..lebih terjamin..corak pun cecantik je tengok..harga pun kira ok sebab pakai lama pun kan :)

    ReplyDelete
  4. Baru boleh claim 100% fashionista lepas ni. From head to toe bergaya haha but a very interesting pad indeed! Tempting nak try satu.

    ReplyDelete
  5. Wah bagus nih...jimat duit mcm nih kalo leh tahan bertahun tahun kan...akak memg lme tau pad yg de kat pasaran xelok..sblm nih akak guna pad yg herba tuh

    ReplyDelete
  6. Memang sgt bagus dahn mudah utk dicuci dan dibawa. Sihat dan lebih selamat

    ReplyDelete
  7. mcm menarik je...huhu...rupanya pad kita tu kertas yg dikitar semula & plastik?...baik pakai kain kan?...rasa cam nak cuba la...tq sudi kongsi info ni

    ReplyDelete
  8. Pehhh.. Cantiknya pad! Kalah seluar dalam.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Kak nani....pad tu melekat ke kat sluar dalam....like mcm pad lain kt luar sne tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aleya, nak pakai dia sama macam kita pakai pad yang wing. Nampak tak butang kiri kanan tu kan, so kita klip kan di bahagian seluar dalam... jadi dia tak gerak-gerak. Aleya boleh rujuk gambar. Akak baru letak untuk kefahaman Aleya & pembaca lain! :)

      Delete
  10. ragu-ragu lagi nak guna. nantilah try beli dan cuba. btw kak, tulisan kelabu sangat. mata saya kadang kadang tak berapa nak cerah mana la. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masa awal-awal pun kita ragu-ragu. But then ok.
      akak dah ubah dah warna tulisan. Pakai black je senang.

      Thanks ye dik, atas teguran! :)

      Delete
  11. macam menarik barang ni akak nak try laaa kalau oke boleh rekemen kat orang lain kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat kan, nak rekemen pada orang lagi lah digalakkan kak Mila oi!
      saya dah cuba and memang best!

      Delete
  12. Interesting nih.. HQ kat Ipoh lak tu kan? Boleh jadi stokis tak agak2? Hehe.. =)

    ReplyDelete
  13. menarik..cntik je ..berwarna wrni..tapi macam lain macam je kalau nak try..hehee..yela kain die macam lain sikit

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork