Wednesday, January 15, 2014

YADAH X The Butterfly Project : Serlahkan Kecantikan Semulajadi di Tahun Baru!

Assalamualaikum semua


Mana yang follow Instagram aku (@innanieariff) mesti tahu macam mana cara aku mulakan tahun baru 2014 dengan The Butterfly Project Malaysia. Yes, aku telah terpilih sebagai 10 orang pertama untuk menyertai event bersama Yadah Malaysia. I'm really happy you know. Yadah is one of my favourite brand! Wooho!!! (KLIK SINI UNTUK BACA ENTRY)

Terima kasih pada Aidazura sebab sudi tumpangkan kita untuk ke Little Wonton, TTDI. Mujur aku tahu jalan, walaupun agak lewat ke sana sebab hujan lebat tapi Alhamdulillah tak terlalu lewat jugaklah kami sampai. 

Little Wonton, TTDI memang superb cantik. Boleh rasa feel ala-ala China Town. Dan ini memang sangat kena dengan tema event hari tu iaitu Spring Festival bersempena Tahun Baru Cina akhir bulan Januari ni kan?

Walaupun Yadah menjadi antara brands favourite aku, tapi ada banyak benda yang aku tak tahu pasal Yadah. Cuma tahu ianya adalah Nature's Product. Tapi ingredient apa yang digunakan dan apa 'secret weapon' mereka memang aku tak tahu. 


YADAH : range of Korean botanical skincare products formulated with natural plants extract like essential oil, floral water, traditional herbs and barks that work in the perfect harmony towards the skin. Priding itself in being 100% FREE artificial colouring, mineral oil, sulphate and animal materials. This brands based are made from powerful anti-flammotary and highly moisturizing natural ingredients.  - Elaine, YADAH representative. 


1. Nama saintifik bagi kaktus.
2. Natural menjadi prinsip pengeluaran produk YADAH.
3. Memberi kesan yang baik & semulajadi pada pengguna.


Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Jadi di depan kami disediakan kesemua produk YADAH. Kami boleh sentuh, hidu dan apply untuk tahu sejauh mana kehebatan setiap produk. Haaa, part ni lah paling aku suka kan! Ye lah, bukan senang kita nak dapat test semua produk! So, its play  time! 











Kami juga diberikan peluang untuk cuba dan tengok sendiri keberkesanan produk paling laris YADAH iaitu Bubble Deep Cleanser mereka. Ujian ni menggunakan eyeliner waterproof yang memang kita semua tahu, susah nak tanggal tak iya-iya kan? 




Bila dah cuba tu, wow! Memang hebat. 100% kesan eyeliner water proof tu hilang. Kena sental kuat sikit lah macam biasa. Tapi tetap hebat sebab takde tinggal sebarang bekas pun. Ada dijual di semua store SaSa dengan harga RM 49.00 untuk 150ml. Disebabkan ia dalam bentuk bubbles, jadi sikit je dah mencukupi untuk dapatkan bubbles yang banyak! Jadi boleh tahan lebih lama lah! 

Ada game jugak untuk kami semua hari tu, antaranya kiteorang semua kena pilih antara 3 Sun Block Cream A,B dan C yang mana dirasakan paling bagus & berkesan untuk semua jenis kulit. Setelah cuba kesemuanya, semua orang berpakat dan pilih B. Nak tahu B tu apa? 


Yes, produk yang dilabel sebagai B adalah produk dari YADAH iaitu produk terbaru mereka iaitu Oh My Sunblock. Rupanya pada hari tu jugak YADAH telah melancarkan produk tersebut dan kami semua jadi penggunanya yang pertama! Best! :)


Akan dilancarkan pada akhir Januari ini, YADAH Oh My Sunblock merupakan sun block cream dengan SPF yang sangat bersesuaian dengan kulit orang Asia. Menurut Elaine, tidak semestinya SPF yang tinggi menjadikan sesuatu produk itu bagus, kerana SPF yang tinggi bermakna kandungan bahan kimianya juga tinggi. Tekstur bagi Oh My Sun Block ini ringan, matte finishing & dengan ciri khas iaitu sebum control yang mana dapat mengawal pengeluaran minyak pada muka!


Ada banyak lagi sebenarnya range product YADAH ni. Lengkap dari skincare, hair care, make up range, serum, ampoule semua dia ada. Kau pilih je nak yang mana. Harga juga berpatutan dan mampu milik. Paling penting berkesan dan tidak dicampur dengan bahan kimia. 100% menggunakan formulasi semulajadi yang sangat baik untuk kulit dan kesihatan kita.

Maklumat lanjut ada di Facebook YADAH Malaysia & SaSa Malaysia;

Facebook YADAH :

Facebook SaSa :



Tak sah lah kalau pergi event Butterfly Malaysia kalau balik dengan tangan kosong kan? Yeay!!! Its goodie-time. Setiap Butterfly yang join event ni bawak pulang goodie-bag worth RM 300. Fuhyoh! 

Photo Credit : Shivani from Penmyblog.com 
1. Voucher SaSa Malaysia 
2. YADAH Lip Tint Balm 
3. Bloom Mascara
4. YADAH Oh My Sunblock Cream 
5. Sweet Milky Tint
6. Anti-T Emulsion
7. Anti-T Toner
8. Brightening Ampoule 
9.Limited Edition YADAH Eco Tote Bag
 (fly exclusively from Korea for Butterflies!)


Last but not least, at the end of the event kami semua kena tulis 2014 Resolution pada lantern kat belakang tu. Fuh masing-masing memang penuh kotak lah tulis beauty resolution tersendiri. Semuanya mengharapkan yang terbaik sepanjang tahun 2014 ni. 




6 comments:

  1. nice entry..me mmg x pernah guna sasa brand hehe. might try someday. anyway just blogwalking. hope we can be friend. add me on ur circle ya.. thnx :p

    ReplyDelete
  2. tengok entry kak nanie teringat pula how happy i was with everyone during the event. yadah memang best! cute pula tu, hehe :D

    ReplyDelete
  3. wow..teruja tengok..sangat ohsem la dapat test semua tu..berbaloi dan rezeki tu..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. seronoknyaaaaa uols. cmne i nak join event camni, teringinnyaaaa ! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak nak join boleh, awak just kena hantar entry bila ada event. Kalau awak buat entry betul-betul Insya Allah terpilih! :)

      Delete
  5. terasa nak join beauty blogger ni tapi nad tak secantik kamu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork