Thursday, February 27, 2014

Food Review : Savaro, Setia City Mall

Assalamualaikum semua


Food Review : Savaro, Setia City Mall | Hari ni aku nak perkenalkan satu tempat makan yang sangat best dan memang HIGHLY RECOMMENDED untuk korang. Aku berani jamin memang makanannya terbaik & sedap hingga menjilat jari. Aku yang sekali pergi je pun, sampai sekarang ni haaa terliur dan terasa lagi sedapnya tau! Perkenalkan kepada korang : SAVARO [Restaurant & Shoppe]


LATAR BELAKANG SAVARO 

Berkonsepkan English Garden, Savaro merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah FELDA. Savaro mengambil nama bersempena gabungan Served + Aroma menjadikan makanan tempatan yang sihat dan dengan sentuhan antarabangsa sebagai tarikan utama pelanggan ke kedai mereka. Selain daripada mempromosikan makanan tempatan, Savaro juga menjadi pusat sehenti untuk menjual produk keluaran FELDA.

Buat masa ni, dua buah cawangan telah dibuka di sekitar Lembah Klang & Shah Alam iaitu di Setia City Mall, Setia Alam dan di Publika. Coming soon, lebih 10 buah cawangan bakal dibuka malahan terkini di Puteri Harbour, Danga Bay, Johor Bharu. Pada awal Mac yang akan datang, sebuah cawangan Savaro bakal dibuka di Korea. Hebat kan?





Sewaktu aku melangkah masuk ke Savaro, Setia City Mall ni aku memang suka pada konsepnya. Walaupun agak minimalis tapi cosy, selesa dan ada sentuhan vintage. Gabungan warna-warna ala Inggeris seperti warna putih & coklat gelap kayu buatkan restoren ni nampak sedikit klasik. Lagi-lagi dengan tambahan side bar yang cukup menarik. Konsep open kitchen jugak pada aku sesuatu yang unik. Memang nampak tema ala Inggerisnya tu! 

Kata orang, kalau dah nama food review...mestilah sah-sah kena cuba makanan mereka. Baru tahu sejauh mana hebat tak hebatnya restoren tu kan? Jadi, jom aku bawak korang tengok hidangan lazat yang disediakan di Savaro. 

MINUMAN
Harga Minuman :  RM 9.80/gelas
Fresh juice yang dihidangkan Savaro semuanya memang unik dan memukau pandangan. Sekali tengok semua menarik kan. Mana tidaknya, fresh juice yang dihidangkan adalah campuran buahan-buahan dan sayuran yang segar dan berkhasiat : 

1. SAVARO SODA LIME - Strawberry + Soda lime + Pudina
2. SAVARO GREEN JUICE - Jambu batu + Soda lime
3. WATERMELON CRUSH -  Tembikai + Carrot + Lime 
4. SKY GREEN - Celery + Timun +  Soda lime

PEMBUKA SELERA
Savaro Salad : RM 4.80
Prawn Mango Salad : RM 8.80
Pembuka selera di Savaro menghidangkan sesuatu yang agak berbeza. Macam aku bagitau tadi, ia adalah makanan tempatan yang diubah suai sedikit dengan citarasa antarabangsa dan fusion. Dua salad yang disediakan adalah Savaro Salad & Prawn Mango Salad. Antara dua ni, untuk aku lebih menggemari Prawn Mango Salad. Rasanya masam + manis dan juicy sebab udang yang digunakan gebu semacam dan di grill sahaja. Saladnya jugak memang fresh. Kalau yang allergic dengan seafood, Savaro Salad jugak tak kurang hebatnya. Siap ada keropok ubi pedas dan sedikit sambal belacan. Masam manis dan segar! Cukup untuk bukak selera bagi hidangan seterusnya!

SOUP OF THE DAY
Cream Corn of Chicken Soup : RM 4.80

Garlic Bread
Masa aku datang tu, soup of the day adalah Cream Corn of Chicken Soup. Fuh... yang ini pun memang terbaik lah. Supnya pekat dan lazat. Tak sangka, gabungan jagung, crouton dan ayam menjadi. Tak pernah lagi aku makan sup dengan gabungan macam ni. Lagi sedap, cicah dengan garlic bread! 

Oxtail Soup : RM 7.80
Walaupun ini bukan soup-of-the-day, tapi aku kategorikan dia under sup lah ye. Ox Tail Soup atau Sup Ekor Lembu. Kalau korang nak tahu, aku bukanlah peminat Sup Lembu. Tapi di Savaro ni, Ox Tail Soup nya sangatlah berbeza. Bukan macam sup biasa yang banyak minyak tu. Dia lebih kepada rasa stew. Lemak, manis dan of course lah lazat. Dagingnya lembut dan tak terasa atau bau lembu pun. 

HIDANGAN UTAMA

Nasi Lemak Pandan : RM 8.80
NASI LEMAK PANDAN

Walaupun mungkin nampak biasa, tapi ada kelebihannya. Tang nasi tu. Perasan tak nasi nya bewarna hijau? Kelebihannya, mereka tidak menggunakan apa-apa bahan pewarna. Untuk dapatkan warna hijau pada nasi tu, sepenuhnya mereka gunakan daun pandan. Rasanya lemak & wangi. Sambal tumisnya tidak lah terlalu pedas tapi cukup 'kick' bila dimakan bersama dengan nasi. 

Savaro Noodles : RM 12.80
 SAVARO NOODLES

Ini hidangan unik! Kalau korang nak tahu, Savaro Noodles menggabungkan dua jenis hidangan mee yang cukup popular di Johor iaitu Mee Bandung & Mee Jawa. Korang memang boleh rasa gabungan dua kuah yang sama sedap. Malahan hidangan Savaro Noodles ni menjadi permintaan tinggi di kalangan pelanggan kerana kuahnya yang sangat lah persis Mee Bandung Muar yang terkenal tu. Dengan gabungan isi ayam & daging, lagi lah tambah enak di makan panas-panas!


Curry Noodles : RM 9.80
CURRY NOODLES

Rasa kari pekat, lemak dan cukup segala rempah nya buatkan mee kari ini tidak kurang hebatnya. Walaupun mungkin agak simple jika dibandingkan dengan Savaro Noodles, tapi untuk peminat mee kari tak salah rasanya untuk mencuba sendiri hidangan ini. Lengkap dengan tauhu, fish ball, udang dan ayam. 


Nasi Goreng Belacan : RM 8.80
NASI GORENG BELACAN 

Walaupun dengar ada belacan di situ, tapi jangan risau. Kata makanan Melayu. Tak sah lah kan kalau takde belacan. Nasi Goreng Belacan diinspirasikan daripada makanan Terengganu. Dengan gabungan ayam goreng yang dibalut dalam pandan, keropok serta sambal belacan resipi rahsia Savaro, Nasi Goreng Belacan cukup digemari. Agak sedikit masin untuk aku, tapi bila dah campur semua memang kena dengan tekak orang Malaysia!


Nasi Goreng Selasih : RM 12.80
NASI GORENG SELASIH 

Nampak lebih kurang sama dengan Nasi Goreng Belacan, tapi yang bezanya adalah kehadiran kerabu mangga kat situ. Fuhyoh! Memang mengancam dan kena betul lah. Masam manis dan lemak masin. Sedap! Ayam goreng pandan, keropok dan sambal resipi rahsia Savaro turut di hidang sama. Terbaik lah!!!

PENCUCI MULUT 

Sagu Gula Melaka : RM 6.80

SAGU GULA MELAKA

Selain daripada mak aku yang buat, Savaro punya Sagu Gula Melaka memang aku bagi full rating. Ya Allah, dia punya kesedapan tu memang semua cukup. Tak perlukan gula melaka yang banyak, cukup sekadar dilimpahkan atas sagu tu sendiri dan hasilnya memang perfect. Rasa yang lazat, lemak, manis dan boleh aku katakan ia memang menepati rasa dessert Melayu yang sebenar! 




 Pengat Pisang : RM 6.80

 PENGAT PISANG

Alahai kalau kat KL ni, punyalah payah nak dapat Pengat Pisang. Di Savaro, sama macam Sagu Gula Melaka tadi, dessert ala Melayu ni memang aku puji 100%. Rugi sangat kalau korang tak cuba. Penggunaan pisang & sagu nya memang ngam-ngam. Sedap lain macam. Kuah dia tu... kau jangan sebut lah. Aku sampai sekarang ni taip entry pun tertelan-telan air liur mengingat rasa dia yang super sedap tu. Memang rasa pengat yang macam kat kampung lah! Terbaik ganda dua aku bagi!


Roti Jala with Chicken Curry @ Beef Rendang : RM 6.80

ROTI JALA  with CHICKEN CURRY @ BEEF RENDANG 

Ini jugak aku tahu menjadi kegemaran ramai orang. Aku sarankan kalau korang cuba roti jalan di Savaro, korang try dengan rendang daging dia. Kau tahu rasa dia, sama macam rendang waktu raya woi! Sedap dia memang kemain lah... Makan pulak dengan roti jala yang gebu tu. Panas-panas... cukup untuk menggembirakan perut korang! Serius ni beb... memang lazat dan sedap yang teramat. 


PRODUK FELDA

Kacang Dal : produk keluaran FELDA

Produk FELDA yang pelbagai
Macam aku bagitau atas tadi, selain menyediakan hidangan makanan, Savaro jugak bertindak sebagai salah satu pusat sehenti untuk mengedarkan produk FELDA. Jadi, di Savaro ada banyak produk FELDA yang boleh korang beli. Antaranya adalah kerepek ubi, kerepek pisang, kuih siput, rempeyek, kacang dal dan banyak lagi. Packaging nya cukup menarik & international kan. Memang tak de di pasaran sebab kebanyakannya dipasarkan di luar negara. Jadi kalau korang nak rasa produk FELDA dengan packaging cantik macam ni kena pergi ke Savaro. Harga jualan lebih kurang RM 3.00 ++ sebungkus.

OVERALL & RATING

Secara keseluruhan, aku memang suka konsep yang cuba diketengahkan Savaro ni. Dengan tema English Garden tapi membawa dan mempromosi makanan Malaysia, pada aku ia satu langkah yang cukup bijak. Lebih menarik, kesemua pelayan restoran adalah anak Melayu FELDA sendiri. Bukan warga asing! 

Selain rasa dan servis yang memang terbaik, harga makanan nya juga sesuatu yang boleh aku highlightkan. Tidak terlalu mahal dan pada aku ia cukup murah dengan potion sebegitu di bandar besar. Restauran ini memang sesuai untuk menjamu selera bersama keluarga mahupun kawan-kawan. 

Nama Restoran : Savaro (Anak Syarikat FELDA)
Lokasi : LG 75, Setia City Mall, No. 7 
            Persiaran Dagang, Bandar Setia Alam, Selangor
Tema : English Garden
Tema Hidangan : Malaysian & Local Cuisine

Kelazatan : 4.9/5 Bintang
Kebersihan : 5/5 Bintang
Servis : 4.8/5 Bintang
Harga : 4.8/5 Bintang
Keselesaan : 4.6/5 Bintang


Selain di Setia City Mall, Setia Alam sebuah lagi cawangan Savaro adalah di Publika, Solaris Dutamas. Kat sana pun ada satu lagi keunikan dan promosi terbaik mereka. Kalau korang nak tahu, kena tunggu next entry aku. Insya Allah dalam Isnin depan aku publish entry untuk Savaro di Publika ya. Nantikan!!! Manakala orang Shah Alam, apa tunggu lagi cepat-cepat bawak family dan kawan-kawan menjamu selera di Savaro!

Untuk maklumat lanjut & update promosi, korang boleh LIKE Facebook Savaro : 

                                                




17 comments:

  1. Nampak sedapppppp semua makanan tu kak innanie ;D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang sedap Asyik! Cubalah makan kat sini. murah pulak tu

      Delete
  3. Ya Allah, meleleh tengok semua gambar T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... memang pun Izzah. kita tengok pun geram je satu-satu :)

      Delete
  4. datang setia alm tak bgatu..dekat dah dengan rumah kite...heehhe..nanti bolehla nad try kat sini..hehee..jangan lupe jmput dtg umah bulan 4..kad akan dibagi..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah tak tau pulak rumah Nad dekat dengan Setia City Mall. Oh, makan nasi minyak lah ye bulan 4 ni? Insya Allah takde apa-apa kita sampai :)

      Delete
  5. Akak, sy baru follow akak.

    Thanks sbb review savaro.
    Mmg teringin nak pergi lps baca psl Savaro dlm paper, Felda! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Athirah follow akak. really appreciate it.

      Jom makan di Savaro. sedap dan murah dik :)

      Delete
  6. Assalamualaikum nanie. alaaaa sodapnya. mak terliur tengok roti jala tu. kuikuiiii. baiklah.. rasanya nak ke sini gak sebab tak pernah jejak setia city mall lagi. hihi thanks nanie buat review awesome ni ~~~

    ReplyDelete
  7. wow menariknya hidangan semua menu.tempat pun macam best.apatah lagi menu dia ye tak.bestnya kalau dapat merasa

    ReplyDelete
  8. whoaaa.....bestnya dapat buat review kat sini yea.... diorang punya pengat pisang memang champion kan...nanti abang nak share pulak pengalaman guna kupon GROUPON diorang.....

    ReplyDelete
  9. Dah cuba pergi semalam (20/9/14) tapi hampir semua menu tak ada. Jadi saya keluar makan tempat lain. Sedih campur bengang juga lah -_-

    ReplyDelete
  10. Savaro still available kat setia city mall..? Level & area..share please.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork