Friday, February 14, 2014

Maybelline Lip Polish : Majlis Pelancaran & Makeup Makeover @ Naked Restaurant

Assalamualaikum semua


Maybelline Lip Polish : Majlis Pelancaran & Makeup Makeover | Minggu lepas bertempat di Naked Restaurant, Plaza Damas seramai 5 orang Butterflies telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Maybelline Lip Polish by Color Sensational. Of course lah, perempuan bila dengar lipstick memang suka gembira senyum penuh muka! Termasuk lah aku. 



Sebelum pelancaran, semua yang hadir berpeluang untuk Makeup Makeover daripada Maybelline Professional Makeup Artist. Untuk kesesuaian penggunaan Lip Polish ni, boleh pilih antara 3 solekan seperti kat bawah ni. 


Mira Cikcit sedang di-make over! Juga memilih smokey eyes + fiery vixen look!
Disebabkan aku suka kepada warna merah & mahu nampak yakin maka aku pilih solekan pertama, Fiery Vixen. Manakala Aidazura, pilih Trendy Fashionista. Kalau dah nama makeup artist pro kan, sekejap je dia calit-calit terus berubah wajah kiteorang! Paling tak sangka, selama ni aku ingat smokey eyes tak boleh guna untuk aku since dark circle aku agak ketara, tapi macam aku cakap tadi... rupanya dengan teknik dan produk yang betul smokey eyes berjaya dilakukan dan sesuai dengan mata panda aku ni! :) 



Pada mulanya, aku agak takut jugak nak kenakan Lip Polish Pop 6 yang merah menyala tu. Sebab takut terlalu over. Tapi setelah dipakaikan, aku rasa ok je warnanya. Memang nampak garang sikit lah. Kata nak nampak yakin kan tadi? Untuk Aida pulak, aku suka dengan solekan matanya. Kena dengan warna tudung tu. Nampak natural dan chic kan? Comel Aida! 




Tidak seperti lips product yang sebelum-sebelum ni, Maybelline kali ini tampil dengan membawa kelainan. Untuk Maybelline Lip Polish ini, dilengkapi dengan 3in1 potion iaitu boleh bertindak sebagai lip balm, lip gloss dan sudah semestinya lip colour (lipstick) hanya dalam satu tiub!


Pop 6 
Boleh bertahan sehingga 5-6 jam, bibir jadi lebih mungil, berkilat dan lembap dengan pemakaian Maybelline Lip Polish ni. Guna sikit je pun dah boleh cover seluruh bibir. Kalau di pasaran US, ada terdapat 20 shades yang ditawarkan. Tapi untuk pelancaran di Asia, hanya 10 shades yang dibawa masuk bersesuaian dengan tona kulit orang kita. Walau apa pun, kesemua 10 shades tu memang cantik belaka dan boleh tampilkan kelainan. Memukau gitu! 



Selain daripada teknologi 3in1, Maybelline Lip Polish jugak buat aku tertarik dengan design dan packagingnya. Comel, tricky dan mudah dibawa kemana-mana. 


Kalau sekali tengok, mesti ingat designnya sama macam lipstick biasa kan? Tapi tidak... Maybelline Lip Polish bawakan trick lipstick dalam bentuk lip gloss. Nak tengok bentuk sebenarnya? 


Sama macam lip gloss kan? Applicatornya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan sesuai dengan bentuk bibir yang runcing di hujungnya. Lembut dan tidak meninggalkan kesan comot apabila digunakan. Comel kan? 

lepas dah minum @ makan kena touch up semula kan?
Guna Lip Polish Pop 6

INFO PRODUK 




Nama : Lip Polish by Color Sensational (3in1 - gloss,color & balm)
Brand : Maybelline
Berat : 5.0ml / 0.17 fl.oz
Ketahanan : 5-6 jam 
Harga : RM 32.90
Store : Mana-mana store kecantikan yang menjual produk Maybelline
             (cth : Watson & Guardian)


Insya-Allah dalam masa terdekat aku akan review beberapa shades yang aku ada. Supaya korang boleh tengok macam mana tone dia sebenar. Overall, Lip Polish boleh aku kategorikan sebagai produk yang berbaloi untuk dibeli dan best bila dipakai! 



20 comments:

  1. wah...seksi la bibir lepas nie..warna memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh!!! betul warna dia semua glossy and cantik! Tunggu kita review ok! :)

      Delete
  2. merah yg innanie pakai tu memang cantik...terus terasa nak beli n try tau....hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kak, sila beli satu. Warna sweet pink tu pun cantik! Tak terlalu pink. Another thing for me, its affordable kan... :)

      Delete
  3. Replies
    1. Heheh! warna dia semua boleh bagi confident!

      Delete
  4. Replies
    1. kan! comel sangat kot Mira bermekap! she is too cute and bubbly! :)

      Delete
  5. Cantik sgt2.. suka produk dr maybelline. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Asyik, pada kita Maybelline ni antara produk yang bagus sebab sangat mudah dapat, affordable dan berkualiti. Dari zaman sekolah lagi kita mula pakai Maybelline! suka sangat :)

      Delete
  6. Replies
    1. Hehehe. Terima kasih Mira cikcit yang comel lotey bum bum nyum nyum!

      Delete
  7. cantik warna dia..menyerlah.wahh best semua di make up kan.makin cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Fizah, memang semua cantik colour dia. tertawan hati kita...

      hahahah the power of make up dear.

      Delete
  8. ni mesti dapat stok lipstik free kan.. makin cantik la bibir lepas ni. cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah... memang dapat stock lipstick. sorang 3 :)

      Delete
  9. Oh...ingatkan Lip Polish ini lipstick tapi rupanya functionnya macam lip gloss.
    Interested in Natural Charmer punye colours!
    Cantik!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tricky kan. Kita pun mula-mula ingat dia lip stick function. rupanya ala-ala lip gloss with 3in1 potion.

      Natural based memang lebih mudah dengan semua tone kulit.

      Delete
  10. comey-comey semua...merah menyala kau..hehe tapi anggun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. colour dia tu Nad memang menggoda. ada yang sesuai untuk kegunaan siang dan ada yang sesuai untuk malam jugak!

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork