Assalamualaikum semua
Ninetology U9Z1 : Pengalaman Sendiri & Review Lengkap | Sewaktu Ninetology buat review session bersama para blogger, aku antara yang terawal menghantar nama untuk session tersebut dan diterima sebagai batch pertama untuk review. Tapi masa tu takde rezeki. Plan awal nak bawak & uji kehebatan gadget Ninetology di bumi Tambun. Bila fikir, risikonya tinggi sebab tempoh cubaan seminggu dan ini bukan hak aku. Kalau apa-apa jadi susah! Jadi aku tarik diri dari session tu. Sedih sekejap.
Allah itu Maha Kaya. Telah merancang dan memberi aku sesuatu yang lebih baik. Bila mana nama aku naik untuk Lucky Draw daripada Ninetology Malaysia (KLIK SINI) . Hadiahnya memang sesuatu yang diluar jangkaan iaitu sebuah handphone Ninetology U9Z1. Alangkah gembiranya aku sebab di saat itu memang aku sedang mengumpul duit untuk mencari pengganti handphone lama. Alhamdulillah.
Jadi, sekarang ni aku nak buat review mengenai handphone Ninetology U9Z1 hadiah kemenangan ni. Kawan-kawan semua ramai yang bertanya dan nak tahu sehebat mana gadget keluaran Ninetology ini.
SPESIFIKASI
![]() |
Sound di bahagian belakang & bawah |
HARGA
Bila aku baca review dari para blogger, perbincangan di forum-forum ramai yang beranggapan harga RM 1199 untuk Z1 ni agak mahal. Sebagai penerima hadiah memanglah aku suka, sebab mahal kan. Tapi untuk review ni aku letak diri aku sebagai pembeli. Adakah berbaloi?
Secara jujur aku katakan setelah menggunakannya lebih dari 4 bulan, aku berani kata yang HARGANYA AMAT BERPATUTAN & BERSESUAIAN DENGAN PERFORMANCE handphone ni. Kenapa? Sebab bagi satu jenama baru untuk meletakkan produk mereka di pasaran yang sengit memang satu cabaran besar. Pada aku Ninetology telah meletakkan effort yang tinggi untuk bersaing & harga tersebut aku kategorikan sebagai mampu milik untuk satu gadget yang berkualiti.
BODY & SKRIN
First time aku pegang handphone ni, ia memang agak besar saiznya kalau dibanding handphone jenis-jenis lain. Malahan lebih besar dari Note 2 dan Note 3. Untuk berat pula, pada aku ia tidaklah berat mana. Masih sesuai diletakkan dalam handbag. Tapi kurang sesuai atau tak sesuai diletakkan dalam poket seluar.
Ninetology U9Z1 ni, dikhabarkan menggunakan teknologi terkini iaitu Gorilla Corning Glass untuk skrinnya. Gorilla Corning Glass ni berfungsi untuk kurangkan kesan calar dan lebih tahan lasak berbanding skrin lain. Ia nya memang betul! Sepanjang aku guna, walaupun ada skrin protector, tapi di bahagian yang tak cover screen memang sukar untuk calar & tahan lasak!
Lebar skrin juga best! Sebagaimana aku kata atas tadi lebih besar dari Note 2 dan Note 3, jadi memang puas kalau tengok You Tube dalam handphone ni. Aku dengan Akim selalu je, pasang You Tube tengok dalam kereta bila stuck dalam jam. Dah macam mini tab pulak! Bagi gamers lagi seronok. Skrin besar kan, puas hati main game. Adik aku selalu rembat nak main game dalam handphone.
SPESIFIKASI
Aku akan cerita part ni secara mana yang aku tahu. Yang pada aku menampakkan betapa best nya Ninetology U9Z1 ni. Kalau dulu-dulu, bila aku nak beli handphone perkara pertama yang aku titik beratkan adalah cameranya.
Dengan menjanjikan 12MP untuk main camera, secara jujurnya aku kategorikan camera untuk Ninetology U9Z1 ni sebagai masih bagus dan memuaskan hati. Walaupun dalam keadaan kurang cahaya, ia masih memberikan gambar yang berkualiti. Jika dibandingkan dengan camera handphone Samsung, pada aku untuk satu brand baru seperti Ninetology , performance camera nya telah memberikan yang terbaik.
Kalau korang follow Instagram aku (@innanieariff) hampir 90% gambar dalam tu semua aku gunakan handphone ni aje. Memang best! Kadang tu, bila camera tak sempat charge, ke event-event pun aku gunakan camera handphone. Tidak mengecewakan!
BATERI
Bateri untuk Ninetology U9Z1 ni adalah build-in battery. Maksudnya tak boleh tanggal-tanggal atau tak perlu diganti. *wishing that* Ok, part ni memang aku nak tekankan. Seriously beb, bateri untuk Ninetology U9Z1 sangat WIN berbanding jenama-jenama hebat lain. Sangat tahan lama!!!
Pengalaman aku sendiri, bukan sekali dua... banyak kali. Aku gunakan handphone ni dalam tempoh masa yang lama. Full dengan penggunaan internet @ wifi dan juga camera. Sangat awesome ye! Charge full 100%, guna bermula pukul 2 petang dan sehingga jam 2 pagi, sisa bateri masih ada 40%. Penggunaan lebih 12 jam hanya 60% saje. Terbaik kan? Ni takde guna powerbank ke apa tau! Memang sekali charge aje.
Bagi gamers pulak, aku tak pasti. Berapa lama bateri ni bertahan jika guna untuk main game. Tapi kalau dah dengan fully internet and camera pun tahan sampai lebih 12 jam, i think its not too bad to perform well for gamers right? Kawan-kawan aku semua pun terkejut bila aku cerita part ni. Yelah, memang common sekarang susah nak cari handphone yang bertahan lama dengan sekali charge bateri kan? Tapi Ninetology U9Z1 jawapannya!
SISTEM DALAMAN
Aku tak tahu sangat bab-bab dalaman handphone ni. Tapi apa yang aku boleh katakan, sepanjang 4 bulan aku pakai, Ninetology U9Z1 yang aku guna ni belum pernah lagi hang. Malahan, CPU Quad Core 1.2GHz memang laju. Aku ada baca perbincangan di forum-forum dan para peminat gadget, dengan speed sebegini ianya meletakkan Ninetology U9Z1 sebagai antara gadget yang terbaik dari aspek ini berbanding brand lain. Wah!
DUA SIM KAD
Part ni pun best. Sebelum ni aku memang tak pernah guna apa-apa handphone dengan dua sim kad. Mula-mula tu fikir macam leceh lah jugak dua sim kad ni. Tapi bila aku guna Ninetology U9Z1 ni, aku memang mengakui rupanya dua sim kad ni lagi mudah.
Yelah, sebelum ni aku guna satu Blackberry untuk nombor Maxis dan Samsung untuk nombor Celcom. Ke hulu ke hilir bawak handphone banyak-banyak. Dengan Ninetology ni just bawak satu handphone tapi semua ada. And currently I'm using Digi for my post-paid internet service and Celcom for my phone call! Mudah kan?
MEMORY
Memory Ninetology U9Z1 juga adalah build-in dan tak memerlukan external memory card. Ada tak bagusnya sebab susah untuk move apa-apa file sekiranya beli handphone baru kelak. Sepanjang aku guna, memory belum lagi jadi masalah pada aku. Jika aku compare pada kawan-kawan yang guna jenama Samsung, memory space memberi masalah kan pada mereka tapi aku Alhamdulillah takde masalah. Banyak jugak aplikasi bersaiz besar yang aku install. Semua diurus dengan baik & secara automatik diletakkan dalam Internal Storage sebab Phone Storage aku dah penuh.
AKSESORI
Pada aku Ninetology bijak. Disebabkan dia brand baru di pasaran, maka susah untuk jumpa aksesori seperti casing dan screen protector. Jadi, setiap pembelian disertakan sekali dengan casing handphone & screen protector. Memang bagus kan? Malahan kalau korang beli U9Z1+ lagi gembira, sebab siap dapat power bank lagi!
Well, dah nama pun produk baru kan mesti ada kelemahan dan kekurangannya. Sedangkan handphone dengan well-known brand pun ada kurangnya jugak kan? Actually ada beberapa perkara yang aku fikirkan Ninetology perlu ubah suai atau upgrade. Tapi ia bukanlah satu major changing. Sekadar penambahbaikan.
BOX
Bagi aku yang sayangkan bumi ni, box Ninetology terlalu besar. Memang cantik, sebab dikategorikan sebagai Premium Gift Box kan tapi susah untuk disimpan. Sebab ianya besar. Dan ini juga tak bagus untuk eco green. Aku meminati packaging Iphone & Samsung yang lebih compact dan 'back to nature' style. Lebih mudah disimpan & jimat ruang.
BUTTON
Aku baca banyak juga pengguna yang share sama opinion dengan aku. Button untuk volume dan lock screen nya terlalu nipis. Rasanya ia lebih sesuai jika ditebalkan sikit supaya lebih mudah untuk ditekan dan digunakan. Begitu jugak untuk print screen. Kena tekan lock screen + volume down button secara serentak. Agak susah jugak kat situ. Ye lah button nipis dan kena tekan serentak.
PHONE CALL
Untuk membuat panggilan atau save number guna Ninetology U9Z1, agak tricky lah pada aku. Banyak kali jugak aku keliru. Nak save number, ter call pulak. Sebab pada aku info atau button yang ada menggunakan simbol yang tak familiar. Lagi satu untuk search contact number pun kadang-kadang leceh. Mungkin agaknya lama sikit baru familiar kot.
CASING HANDPHONE
Walaupun casing handphone diberikan, tapi seperkara yang aku realize casing handphone nya adalah mudah crack. So sad part ni. Yang sekarang ni aku gunakan dah masuk dua casing. Dua-dua mengalami masalah yang sama. At the top corner click tu crack! :(
Mungkin careless aku bila nak keluarkan phone dari casing, tapi its too fragile. Dua kali di tempat yang sama pulak tu. Walaupun tak menjejaskan performance handphone sama sekali, ia menjejaskan pandangan aku. Rasa geram je pandang! Haih!!!
Lagi satu, mengenai casing jugak disebabkan ia produk baru di pasaran, memang susah nak jumpa casing handphone Ninetology. Melainkan melalui pengedar mereka yang sah atau ke Low Yat saje. Apatah lagi nak jumpa casing yang fancy-fancy. Memang harapan! I really hope satu hari nanti, para pengeluar casing handphone ni boleh keluarkan casing yang fancy dan comel-comel untuk U9Z1 aku. Supaya aku gembira dengan handphone sendiri!
SOUND
Untuk sound nya, masih lagi good condition. Tapi jika terlalu kuat ada dengar sedikit pecah. Especially yang loud music. Bila guna dengan ear phone, semua ok. Memang best dan smooth je soundnya! So, aku sarankan Ninetology perlu upgrade lagi sound system mereka supaya boleh digunakan tanpa ear phone.
INFO PRODUK
Nama Produk : U9Z1
Brand : Ninetology
Harga : RM 1199/set (complete with screen protector & casing)
Nak beli : Ninetology Retail Outlet Nationwide (CLICK HERE)
Website : http://ninetology.com/landing.html
Facebook : https://www.facebook.com/NinetologyMalaysia
Rating : 4 / 5 Bintang
Secara keseluruhan aku MEMANG SUKA & BERSYUKUR sebab hadiah dari Ninetology ni memang yang terbaik. Walaupun ia masih baru di pasaran, tapi sebagai satu jenama hasil buatan Malaysia dan kini meluaskan pasaran ke seluruh Asia, Ninetology bukanlah satu jenama yang perlu diperlekeh. Cuba bersaing dengan jenama-jenama terkenal, kualiti produk Ninetology masih boleh dibanggakan.
Pengalaman aku sendiri yang menggunakan handphone Ninetology U9Z1 selama hampir 4 bulan membuatkan aku betul-betul gembira dan yakin bahawa Ninetology boleh melangkah lebih jauh. Seperkara yang aku fikirkan, tidak semestinya barang well-branded @ trending itu menjanjikan kepuasan. Kalau korang mahukan satu handphone yang bagus dan masih dalam bajet yang berpatutan, Ninetology U9 Series memberikan jawapannya!
Entry Lain berkaitan Ninetology : (KLIK SINI) & (KLIK SINI)
p/s: Sekiranya korang nak tanya apa-apa berkaitan handphone ni, boleh tulis kat comment and Insya-Allah aku jawab kalau aku tahu ok! :)
41 Inspirasi Dari Pembaca
menarik jugak hp ni.
ReplyDeleteagak2 ada x tab 10" jenama ni?
sekarang ni misi mencari tablet.
before ni survey lenovo tapi paling besar 7". saya nak lg besar sikit.
hp saya sangat berpuas hati dengan xperia z. sekarang dh upgrade ke android 4.3. lagi laju. hihi
I think Dhiera so far mereka belum keluarkan any Tablet.
DeleteWah mesti seronok dah upgrade android tu kan?
actually fon ni rebranded dari syarikat india, micromax name dia, fon dia just mid range product kos guna chipset mtk dari syarikat cina, fon ni kira ok la pada sape bajet rendah.bagi aku la, x proud sagat pon kos malaysia lom penah kuar kan fon sendiri, setakat ni semua rebranded contoh csl,ninetology,mmobile, dan lain2
ReplyDeletebetul tu "tanpa nama", macam Black Pearl 2 dari ninetology adalah asal dri Wiko, buatan France...
Deleteoh baru tahu jugak info ni. terima kasih banyak Anonymous. Walaupun awak tak proud sangat sebab dia tiru brand lain, tapi saya tetap proud sebab saya menang lucky draw! hehehehe :)
Deletesebelum beli hp yang sekarang pun mmg target nk beli ninetology,, hmm.. berkenan sangat tapi,, dah low bajet balik dah sekarang :'(
ReplyDeletemuja rasanya di Ninetology ada jugak beberapa handphone yang murah. cuba usha & cari yang sesuai ikut bajet
Deleteperghh, terbaikk,,, "bau kedai" tgok handphone ni... Ninetology...
ReplyDeleteguna Smart Launcher tu... nice Jelly bean features.. camera pun HD
mula-mula pun akak tak tahu smart launcher tu dik,
Deleteadik akak yang suggest pakai.
memang best sebab dia manage apps kita semua ikut kategori :)
Saya dah guna sebulan mmg superb z1 ni. Berbaloi bli nak compare dgn brand yg lain. Front facing camera 5mp. Main camera 12mp. Kalau brand lain rasanya x dpt harga 1199.
ReplyDeleteYerp, saya pun fikit begitu.
DeleteDengan harga RM 1199, Ninetology boleh berikan satu kualiti yang bagus.
Kata orang boleh bersaing dalam pasaran.
nmpk best je enpon ni..
ReplyDeletetp xberkemmpuan pulak nk beli..
sobsobsobss
Takpe Ezy, kumpul duit. Tapi tak silap sekarang ni sempena CNY ada promotion for U9Z1, harga dia less than 1k, RM 899 kot. agak murah tu. Banyak beza dengan actual price.
DeleteB4 ni za usya nk beli brand ni..tp ada sbb2 tertentu yg buatkn kena beli lain..akhirnya xperia jd pilihan..lucky for u sbb mng kn..hihi..
ReplyDeleteheheheh. rezeki kak Ieza... kita pun tak sangka. Mak oi, Xperia lagi mahal. lagi hebat kan? :)
DeleteMcm best je....murah rezeki awk dik dpt hadiah best mcm nih
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, rezeki dari Blog Coklateyes.
DeleteMemang syukur sangat sebab Allah berikan rezeki yang tak tersangka ni :)
bagus review ni... ok sgt dah tu dgn harga..berbaloi2... kalo nk beli hp bolehlah amik kira hp ni
ReplyDeleteTerima kasih kak Lin Azlina. I try to be fair. Review yang bagus bukan sekadar bagi yang positif je kan.
DeleteYep, saya pun rasa kalau ada orang yang plan nak beli handphone, rasanya Ninetology boleh di consider.
Alhamdulillah.Tahniah nanie :D
ReplyDeletebestnya dapat merasai ke'best'an smartphone yang hebat ni..nampak memang cantik gambar² dari phone ni :)
ReplyDeletenice info. trutama utk bhgian kelamahan tue
ReplyDeleteAssalamualaikum nanie, sheila pun pakai brand ni tapi jenis old skool sikit la. Awak punya memang mantap habis. hehehe. Sheila suka kamera dia. Boleh tahan la nak bergambar cumanya selalu 'hang' sekarang ni. tension pula.
ReplyDeleteSheila dah beli pencuci + toner (2 in 1) safi. perghh best gila rasa. kulit kurang kering sekarang. thanks nanie bantu sheila (>____________<)
Waalaikumsalam Sheila.
DeleteHeheheh, Sheila pakai bukan series U9 ye? hehehe takpe, kecek cik abe, mintak belikan baru. hehehehe.
Best kan Safi tu? Seriously, kita pun sampai sekarang suka. Sebab dia memang balanced balik ph and moisture kan kulit muka kita.
Sama-sama Sheila :) nanti buatlah review ye sayang!
Camera depan 5mp..selfie jerawat abes nampak..5mp utk front camera kire awesome!!!!
ReplyDeleteFfcaravan
5mp for front camera..awesome!!!
ReplyDeleteCamera depan 5mp..selfie jerawat abes nampak..5mp utk front camera kire awesome!!!!
ReplyDeleteFfcaravan
huntungnyer nani..alhamdulillah.rezeki nani..
ReplyDeleteAssalam.. Ye akak, sy setuju fon ni mmg best. Setakat ni sy baru pakai dalam sebulan lebih. Alhamdulilah, still tak ada apa2 n harap nya camtu lah. U9 Z1 mmg pergh! Camera takyah cakap.. :D Happy lak bila jumpa front camera 5mp, blakang 12mp.. (biasalah, nak duk berselfie bagai) Akak, sy cuma nak ty..akak selalu beli casing fon ni kat mana? Dah byk tempat sy pergi, mmg tak ada kot. Huhu
ReplyDeletemcm mana nk print screen (copy screen) utk z1 ni..pls email me at zaidiawg@gmail.com
ReplyDeletetolong ajar camna nk copy screen
ReplyDeletemacam mana pula dengan GPS/AGPS?
ReplyDeletecepat fix location x? pastu battery cepat drain x kalau pakai gps?
U9Z1 and U9Z1+? which one is better?
macam mana dengan GPS/AGPS? GPS cepat fix location x?
ReplyDeletekalo pakai gps, batery cepat drain x?
U9 Z1 and U9 Z1+? which one is better?
macam mana nak silent kan bunyi shutter kamera? x jumpa lah...
ReplyDeleteMmber aku ada citer gak...Aku dgr hrga dh trun...nk g survey la...lupakn iphone 5. Haha
ReplyDeletedah murah da hp ni. RM699 kekekekekek. nk print screen sng je. Power Button + Volume Down.
ReplyDeleteSaya pun guna henfon ni. Tau x cmane nak transfer data/pictures from fon ni ke laptop? Bila saya connect ke laptop, die charging je, laptop x detect phone.
ReplyDeleteafter connect tu, akan keluar noti. pilih "USB connected". then click "turn on USB storage". tadaa. lepastu transfer laa puaspuas yee ^^
ReplyDeleteuntuk ketahanan bateri tu, saya nii gamers tegar orangnya. setakat nii paling hardcore main pun 4jam. bateri 100% tapi still tak habis lagi. masih berbaki
ReplyDeletetahu tak kat mana nak cari casingnya ? susah jugak nak jumpa benda alah nii :'D
ReplyDeleteSesiapa yang nak flashing Stock Rom/Custom Rom..and mod system storage 2GB..boleh whatsapp sya..ninetology U9Z1..01137629527
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!