Wednesday, February 19, 2014

Review LOREAL Lucent Magique BB Cream Skin Luminating

Assalamualaikum semua

Selepas baca review dari blog Sabrina Tajudin, aku teringin nak cuba LOREAL Lucent Magique BB Cream ni. Untuk aku, BB Cream yang bersesuaian dengan kulit aku adalah mesti bukan oily-based. Sebab muka aku cepat berpeluh, so bila oily-based once berpeluh confirm nampak lebih melekit. 



First time aku tengok produk ni, of course aku tertarik sebab gold cap nya. Aku kan pantang nampak brownish-color. Bersaiz kecil dengan isipadu 30ml dengan tweezers cap, ia mudah dibawa dan dikawal pengeluarannya. Takdelah picit sikit je terus keluar banyak kan? 


WHAT PRODUCT CLAIMS 

The self-adjusting BB Capsules are encapsulated with a blend of skin-perfecting pigments. When activated it magically evolves to your skin tone revealing not only a flawless finish but a-lit-from within complexion. 

HIGHLIGHTS 

- minimizes pores
- smoothens skin teksture
- cover spots 
- reduce the appearance of fine lines
- luminous finish
- 24 hrs hydration
- light feel textures
- SPF 19PA+++


LOREAL Lucent Magique BB Cream berbeza dari BB Cream yang ada di pasaran. Dari segi teksturnya, tone warna juga coverage. Untuk LOREAl Lucent Magique BB Cream ia memberikan tone cream putih. Walaupun begitu, tone cream putih ini mudah untuk diblend dan sangat sesuai dengan apa tona sekalipun dengan syarat ia diblend dengan baik. 


Dari segi teksturnya pulak, pada aku ia tidaklah selembut BB Cream biasa. Agak kesat, tidak berminyak dan nampak kering tapi bila di blend boleh jadi seperti powdery base. Untuk coverage pulak, untuk aku ia tidak dapat cover full atau pun menutup cela. Sekadar bagus untuk menutup pores. Tapi kau tahu lah bila tutup pores ni bahaya sikit. Kena sental lebih ye masa cuci nanti. 


Aspek ketahanan pulak, disebabkan ia hanya light coverage, jadi ketahanan lebih kurang 4-5 jam. Sesuai kan untuk muslimah sebab senang nak cuci masa solat. Bila apply tu, memang nampak natural dan tetap kekalkan tone kulit semulajadi kita. Bila berpeluh, memang tak melekit dan tak cracked selepas guna compact powder. 


So secara kesimpulannya, aku berpendapat LOREAL Lucent Magique BB Cream Skin Luminating ni bersesuian bagi mereka yang suka pada light coverage dan non-sticky BB cream. Cuma sekali lagi aku ingatkan, masa nak remove tu kena sental kuat sikit lah sebab dia waterproof dan high potential untuk menutup liang pori.

INFO PRODUK 

Nama : LUCENT MAGIQUE BB CREAM SKIN LUMINATING (SPF 19 PA+++)
Brand : LOREAL 
Isipadu : 30 ml
Harga : RM 49.90 
Store: Mana-mana beauty store yang menjual produk LOREAL 
            (cth : Watson, Guardian) 
Ketahanan : 4-5 jam
Rating : 3.5/5 


14 comments:

  1. Tak pernah lagi guna apa2 brand bbcream

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cuba, kena pilih yang betul-betul sesuai dengan tona kulit dan jenis kulit kite :)

      Delete
  2. kita pakai jugak lucent magique bb cream ni tapi yg trial size la sebab dapat banyak sample, hehe! suka sebab dia betul2 macam apa kak nanie explain kat atas, and kurang berminyak kalau nak compare dgn bb cream lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp memang kurang berminyak kan....
      BB cream Maybelline pada akak agak berminyak.

      Delete
  3. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi dan suka baca blog saya. Insya Allah nanti saya singgah blog kamu ye :)

      Delete
  4. kulit muka awk lebih kurang same ngan kita...muka cepat berpeluh...so kena la cari produk yg sesuai ngan muka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tu memang masalah orang cepat berpeluh. So memang kena cari produk yang betul-betul sesuai dengan kita kan?

      Kalau awak ada jumpa produk best, bagitau ye. share-share info! :)

      Delete
  5. waterproof memang bagus untuk kulit cepat berpeluh kan..bagus jugak bb cream ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Fizah... waterproof.... tapi kena sental lebih sikit lah masa cuci nanti. hehehehe

      Delete
  6. tak pakai bb cream sebab rasa mcm muka ni susah nak bernafas. (muka pun bernafas jugak ye, kemain. hehehe). tp kawan2 selalu pakai yg maybelline tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually BB cream bukanlah asas make up pun. cuma kalau nak tutup cela je. kalau awak tak pakai bb cream and kulit muka sihat, baguslah macam tu. itu tanda kulit muka awak dalam keadaan yang baik. hehehehe :)

      Delete
  7. Replies
    1. nope nad. foundation lain. bb cream lain. Insya Allah nanti kita buat entry info beza dua ni ye. nantikan :)

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork