Friday, February 28, 2014

Review Maybelline Lip Polish by Color Sensational

Assalamualaikum semua

Review Maybelline Lip Polish by Color Sensational  | Lama pulak tak buat beauty review kan? Heheheh. Ok, straight to the point. Ingat lagi tak korang lebih kurang 2 minggu lepas aku pergi launch Maybelline Lip Polish? Kalau tak ingat atau belum baca lagi, korang boleh KLIK LINK SINI


Semasa majlis, semua peserta di berikan 3 shades Maybelline Lip Polish dalam goodie bag masing-masing. Disebabkan warna kegemaran aku takde, makanya aku terus ke Watson dan beli lagi tiga batang. Boleh hadiahkan kat adik dengan akak aku sekali. Kat atas tu adalah 6 jenis colour yang aku ada. 

1. POP 6 : merah mak ngah gitu
2. GLAM 3 : coral pink & nampak natural
3. GLAM 2 : sweet pink 
4. GLAM 3 : aku beli dua sebab satu bagi akak aku...
5. POP 5 : mula-mula nampak macam ala-ala Nicki Minaj kan? Tunggu result dia...
6. GLAM 6 : dark purple 


Sebagaimana aku pernah bagitau dekat entry yang pertama, aku suka pada bentuk dia. Tricky dan mudah di bawa kemana je. Kecil dan comel. Senang nak bubuh dalam handbag. Walaupun ia liquid tapi dengan botol yang kedap sebegitu, tak mudah untuk tumpah seperti kebanyakan lip gloss lain. 



Bahagian Applicator nya paling aku suka. Dengan teknologi dan memberi kemudahan untuk pemakaian yang sempurna, Maybelline menggunakan applicator berbentuk daun. Bahagian depannya leper & runcing di hujung supaya dapat mencapai sehingga hujung bibir dengan mudah. Berus yang digunakan jugak lembut dan mudah di gunakan pada bibir. 

Gunakan GLAM 3 : Natural & Coral Pink Colour
Maybelline Lip Polish adalah 3in1. Bertindak sebagai lip gloss, lip stick & lip balm, untuk aku ia agak melekit tetapi cepat kering. Dengan hanya 1 sapuan dah memadai untuk cover seluruh bibir. Sekali pakai je, bibir nampak lebih berkilat dan dapat cover garis halus pada bibir. Dari aspek ketahanan pulak, Maybelline Lip Polish mampu bertahan sehingga 5-6 jam. Tapi bila makan atau minum, confirm lah melekat pada straw atau sudu


Walaupun nampak warna Maybelline Lip Polish seperti terlalu pekat & berat, tapi sebenarnya bila di guna ia memberikan hasil yang sempurna dan tidak terlalu menonjol. Sebagai contoh kau tengok aku gunakan GLAM 6 (Purple). Bila di apply pada bibir, aku rasa ia agak sesuai jugak digunakan untuk tona warna kulit orang Malaysia. Malahan, pada aku lah mesti colour tu cantik jika dipakai untuk dinner atau pada waktu malam. Sebab nampak lebih eksklusif dan shinning dia tu memukau! 


Kalau korang tanya aku mana colour yang cantik, aku suka GLAM 3 untuk natural look dan penggunaan di siang hari. Manakala kalau nak nampak yakin dan confident lebih kepada POP 6 sebab merah mak ngah dia tu memang nampak kan bibir lagi seksi dan mungil. Jangan risau, kalau tak sure korang boleh tengok carta kat bawah & sesuaikan ikut tona warna kulit korang. Aku confident je tibai semua... hahahahah!


INFO PRODUK 

Nama : Lip Polish by Color Sensational (3in1 - gloss,color & balm)
Brand : Maybelline
Berat : 5.0ml / 0.17 fl.oz
Ketahanan : 5-6 jam 
Harga : RM 32.90
Store : Mana-mana store kecantikan yang menjual produk Maybelline
           (cth : Watson & Guardian)
Rating : 4/5 Bintang



14 comments:

  1. cantik2..tp kat sini x kuar lg lah.. ni akk fatimahearts..i am probably using my husband's account..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo akak! ingatkan sapa lah tadi. heheheh :)

      Ye ke kat sana belum keluar? ingat kan Msia yang lambat...
      Alaaa tapi akak dah banyak kot. Lagi best-best semua kan!

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahah, ramai yang cakap macam tu dekat IG.
      Kadang guna jugak, tapi kalau nak warna merah gitu kena tengok event. Tak semua boleh bantai merah mak ngah. hehehe

      Delete
  3. love maybelline so much! especially the compact powder n BB cream.

    follow sini :) akak dulu time blogger kt the mines, akak pegi jugak ke ? mcm perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp, masa mula pakai compact powder, Maybelline lah jadik idaman sebab harga student gtu kan.

      Masa kat Mines akak tak pergi dik, pelanduk dua serupa mungkin?

      Delete
  4. cantek kaler die! menawan ati betol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menggoda kan? sekali tengok pun dah cair hati ni woi :)

      Delete
  5. glam 6 memang lawa..sesuai untuk pergi event..yang glam 3 untuk natural..dua ni nad suka..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerp kalau hari biasa (day use) memang kita suka Glam 3 :) mudah dan natural

      Delete
  6. warna2 memang mengancam taw... :D
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork