Tuesday, February 25, 2014

Review Movie : Pompeii

Assalamualaikum semua

Semalam berkesempatan tengok wayang lagi. Actually unplanned pun. Mula-mula cadang nak beli luggage je, tapi tup-tup dia kata nak tengok movie. Terus je lah on kan! Cerita yang menjadi pilihan kami adalah Pompeii. Aku baca twitter Sabrina Tajudin, dia kata dari mula sampai akhir budak Sab ni suka cerita ni. Siap bagi 5 bintang lagi. Jadi aku pun nak tengok lah, apa yang bestnya. 



SINOPSIS 

Pompeii menceritakan bagaimana puak Gladiator menentang puak aristokrat yang hanya menindas dan mempergunakan mereka untuk kepentingan diri sendiri. Puak Gladiator ini juga dijadikan hamba abdi dan boleh dibunuh sesuka hati. Namun, tidak mudah untuk menentang puak aristokrat apatah lagi jika salah seorangd daripada mereka turut mencintai dan ingin menjadikan kekasih hati si Gladiator sebagai isterinya. 

Lakonan mantap dari Kit Harrigton dan Emily Browning benar-benar terkesan dengan babak-babak romantic mereka. Namun kehadiran Senator Corvus lakonan Kiefer Sutherland betul-betul buat penonton geram! 


REVIEW 

Pada asalnya, bila aku tengok poster secara automatik aku fikir filem ni mengisahkan bencana alam - gunung berapi tu menelan dan menghancurkan Pompeii. Tapi rupanya tidak. Sama sekali ia berbeza dengan apa yang aku sangkakan. Permulaan filem dah buat aku terkejut. Filem dengan rate 18SG ni memang agak kejam. Awal-awal dah ada scene potong kepala yang mana Senator Corvus (puak aristokrat) membunuh kesemua ahli keluarga Celt/Milo (gladiator). 

Celt/Milo - nyum-nyum-nyum

Cassia - kekasih hati Celt & menjadi rebutan antara Celt & pemerintah Rom
Dari situ lah permulaan dendam Celt yang akhirnya membawa dia menjadi seorang hamba dan seorang gladiator. Kemunculan Celt di arena gladiator Pompeii memang terbaik. Fuh... badan dia.... nyum-nyum-nyum! Watak Celt tak banyak cakap. Tapi cara dia lawan memang thumbs up lah!

Celt & Atticus
Banyak scene pergaduhan antara gladiator. Masing-masing memang nampak real dan ganas lah of course. Dua-tiga kali jugak aku tutup telinga supaya elak dari menjerit. Hehehe! Babak romantis dalam cerita ni pada aku sangat minimalis. 


Tidak seperti kebiasaan filem Barat yang mana hero-heroin asyik bercium aje kan? Tidak. Filem ni memang betul-betul paparkan kehidupan Gladiator yang tak mudah patah semangat dan sanggup berkorban untuk kekasih hatinya. Konflik muncul bila kekasih hatinya (anak pemerintah Pompeii) turut menjadi rebutan dengan pemerintah Rom yang dulunya membunuh ibu bapa gladiator tadi. 


Babak-babak persahabatan juga diwujudkan. Memang best lah bila sesama Gladiator membantu satu sama lain untuk bebaskan diri dari dijadikan hamba abdi. Terutama hubungan Celt dengan Atticus. 



Dalam cerita ni, disebabkan aku suka sejarah dan memang belajar sejarah Rom secara mendalam, so memang dapat dilihat bagaimana membangunnya Tamadun Rom ketika itu. Dengan coliseum, tempat mandi awamnya, saluran air dan sebagainya memang nampak real. Pengakhiran cerita ni kembali kepada gunung berapi tu. Letusan gunung berapi tu menghancurkan keseluruhan kota Pompeii. Takde sapa yang terselamat.  Dan pengakhirannya, sangatlah romantik & sweet!


Aku sarankan sapa-sapa yang suka action + history movie boleh pergi tengok cerita ni. Memang tak akan rugi dan full of suspend. Dari mula sampai akhir tak ada babak buat kau tidur lah senang cerita. Takde babak cakap-cakap panjang-panjang pun. Semua memang terbaik. Effect dia pun hebat. Banyak kali aku rasa bangunan tu jatuh depan muka aku. Fuh memang terbaik!


INFO MOVIE 

Tajuk : Pompeii (18SG)
Pelakon : Kit Harrington (yang nyum-nyum tu! hehehe...cuba google), Emily Browning, Kiefer Sutherland, Jarred Harris, Jessica Lucas
Durasi : 1 jam 45 minit 
Genre : Action & History
Rate : 5/5 Bintang



14 comments:

  1. Replies
    1. Yep dik. memang best. sangat best lah!

      Delete
  2. menarik jugak jalan cerita ni.Boleh suggest kat husband tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi fizah... movie date with Abang lah... heheheeh

      Seronoknya dah ada suami kan? boleh ajak jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak semua boleh.
      Tanpa batasan kan...

      Doakan kita juga ye Fizah. :)

      Delete
  3. macam menarik, :D nak tengok la sbb ika suka epik filem mcm ni
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau Ika suka epic movie memang dah sah-sah lah kena tengok filem ni. Terbaik Ika!

      Delete
  4. Aku tgk dah cite ni. Byk sgt meletup. sigh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok banyak kali jugak terkejut... tapi effect dia boleh tahan real kan?

      Delete
  5. Replies
    1. yerp dear! Memang full rate kita bagi. best!

      Delete
  6. follow sini :) http://kikirie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. lama dah tak tengok wayaang..takpela..beli kat astro first kalau keluar..ahha..ade ke..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kat astro first pun kita nak subscribe lah... sebab best gila Nad :)

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork