Thursday, February 6, 2014

Tips Menentukan Jenis Kulit Yang Anda Miliki

Assalamualaikum semua

Tips Menentukan Jenis Kulit Yang Anda Miliki | Aku yakin ada ramai di antara pembaca aku di luar sana yang masih was-was atau mungkin tak tahu jenis kulit apa yang mereka miliki. Mengetahui jenis kulit kita sangat-sangat-sangat penting ye. Sebabnya, jenis kulit kita berbeza-beza dan ia juga menentukan kesesuaian dan ketepatan pemilihan produk skin care.


Biasanya, kita berfikir jenis kulit adalah sesuatu yang semulajadi. Maksudnya memang kita ditakdirkan atau dilahirkan dengan jenis kulit sebegitu. Tapi tahukah korang bahawa jenis kulit juga dipengaruhi oleh pemakanan dan hormon badan kita. Sebab itu ia kerap berubah. Sebagai contoh, perempuan yang mengandung lebih kerap mengalami masalah kulit kering daripada yang tidak mengandung. 

Basically, ada 5 jenis kulit yang ada :
  1. NORMAL
  2. DRY (KERING)
  3. OILY (BERMINYAK)
  4. COMBINATION (DRY + OILY)
  5. SENSITIVE 
Jadi untuk membantu korang menentukan jenis kulit, aku akan try bagi ciri-ciri setiap jenis kulit tu dan korang nilai sendiri, ada tak ciri tu pada kulit muka korang. Ok?




NORMAL SKIN
Normal skin adalah paling bagus antara semua jenis kulit. Senang cerita paling kurang bermasalah. Ianya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ianya kelihatan sihat, bersih dan segar. Walaupun dengan minimum care, tapi kesihatan kulit itu dapat dilihat. 

  • hampir tiada masalah kulit
  • tiada alahan atau sensitif pada apa-apa persekitaran
  • liang pori yang kecil dan hampir tidak kelihatan

DRY (KERING)
Masalah kulit kering ni nak detect senang. Dengan gunakan oil control film, masa korang wipes pada kulit memang tak de kesan minyak. Tapi, selepas korang wipe tu kulit muka akan rasa tight dan mungkin akan rasa sedikit kemerahan atau irritation. Kebiasaannya, masalah kulit kering banyak dimiliki oleh mereka yang tinggal di negara-negara sejuk.

  • hampir tiada kelihatan pores
  • dull (tidak bermaya) 
  • ada kemerahan pada kulit
  • kurang anjal
  • visible line jelas kelihatan dan banyak


OILY (BERMINYAK)
Untuk kulit berminyak pulak, macam tadi jugak ujiannya dengan gunakan oil control film. Dah nama berminyak kan, of course lah bila wipes tu memang nampak tompokkan minyaknya. Kebiasaannya, minyak yang berlebihan boleh didapati pada beberapa bahagian muka seperti hidung, dahi dan pipi (T-Zone). Jenis kulit berminyak merupakan jenis kulit yang paling bermasalah kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat mahupun jeragat. 

  • kulit kelihatan sangat greasy dan shiny 
  • liang pori kelihatan besar
  • mempunyai blackhead, jerawat dan active acne


COMBINATION (DRY+OILY)
Combination skin berlaku apabila dua jenis kulit bertemu iaitu Dry & Oily. Typically ia terjadi apabila sebahagian part berkulit kering dan sebahagian lagi iaitu the center part atau T-Zone (dahi + hidung + dagu) berminyak. Untuk combination skin ni, mereka memerlukan dua jenis produk yang berbeza untuk mengawal kedua-dua masalah tadi. 

  • liang pori yang kelihatan
  • blackhead, acne di bahagian T-Zone
  • fine lines yang jelas 
  • redness patch pada muka

SENSITIVE 
Kulit sensitive adalah kulit yang sangat kering. Kadang-kadang masalah kulit sensitive ini boleh berlaku akibat reaction daripada ketidak sesuaian produk yang kita gunakan. Kulit sensitive ni memerlukan penjagaan yang rapi dan bukan senang dalam pemilihan produk penjagaan kulit. Biasanya mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, merasa tindak balas jika tidak sesuai dalam masa yang sangat cepat berbanding jenis kulit yang lain.

  • kemerahan pada pipi
  • fragile type of skin
  • mudah meninggalkan parut sekiranya ada masalah
  • cepat rasa pedih jika kandungan pH pada produk berasid

Untuk aku, biasanya aku antara Normal skin atau combination skin. Dulu masa zaman remaja je yang banyak sikit oily skin. Sekarang ni Alhamdulillah, oily dah takde sangat. Jadi, most of the time dia normal skin. Cuma untuk aku, liang pori dan masalah blackhead masih ketara.

Insya - Allah next entry aku akan cuba share, untuk setiap jenis kulit ni produk dan kandungan mana yang sesuai atau tak sesuai dengan korang. Semoga perkongsian ni bermanfaat. 



10 comments:

  1. Assalamualaikum nanie, alhamdullilah. lepas guna safi tu berkurangan sikit tompok kering kat muka. heee thank you my dear. Tak sabar nak baca entri selanjutnya (",)

    ReplyDelete
  2. wow. this helps! soo, saya ialah normal i guess? ingatkan saya dry all this while.

    http://justmeandeu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. aKAK YANG NO 3 TU..KETARA SANGT..SEBENARNYA MELAUI PENGALAMAN AKAK LA LAGI SUSAH NAK ATASI MASALAH KULIT KERING BERBANDING KULIT BERMINYAK.

    ReplyDelete
  4. saya kulit normal/dry. berminyak kat t-zone. terpaksalah tempek bedak setiap masa. huhu

    ReplyDelete
  5. mungkin fiza jenis normal/oily kot..susah nak jaga =__='

    ReplyDelete
  6. muka nad berminyak..kadang-kadang pakai mekap berminyakk

    ReplyDelete
  7. kadang2 berminyak, kadang2 kering, betollah.sebab hormon kot...

    http://miricabeauty.com

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Pemilihan komestik dan skincare yang betul perlu mengambil kira Jenis jenis Kulit Terlebih Dahulu .Kulit yang sihat tidak semestinya putih melepak bak salji tetapi mestilah bebas dari bakteria dan kuman baik luaran dan juga dalaman :)

    ReplyDelete
  9. Kak, saya still confuse dgn jenis kulit saya. Saya takda jerawat langsung and kalau senyum macam ada garis senyum kat tepi mulut, nampak macam jenis kulit kering kan ?
    Tapi boleh dikatakan setiap masa berminyak lagi lagi time bangun dari tidur rasa takboleh pegang muka langsung sebab melekit. Member member kata kulit kering tapi rasa macam oily. Dan sekarang ni takut nak guna skincare takut salah pilih jenis. Akak rasa jenis muka saya ni apa ye ?

    ReplyDelete
  10. Info yang bagus sis

    http://seriwanita.com/
    https://www.facebook.com/seriwanitablog/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork