Friday, February 7, 2014

Usia Termuda Hamil Luar Nikah Di Malaysia

Assalamualaikum semua

Usia Termuda Hamil Luar Nikah Di Malaysia | Semalam aku tengok satu dokumentari kat TV2. Tak ingat pulak tajuk dia. Kononnya nak menambah baik Bahasa Inggeris, aku pun layan lah dokumentari english ni kan. Sambil-sambil layan instagram. Tiba-tiba telinga aku dapat tangkap something. 


"Wedlock pregnancies rate in Malaysia 
is getting higher each year. 
The youngest age is 12 years old!

Gulp! 

Daripada Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat lebih dari 300,000 sijil lahir didaftarkan tanpa nama bapa dari tahun 2002-2012. Secara purata kira-kira 2,500 anak luar nikah dilahirkan sebulan dan sebanyak 83 kes setiap hari. Nauzubillah! 

Aku terus berhenti main instagram. Ya Allah betul ke aku dengar ni. Tapi apanya tak betul pulak kan? Tak mustahil. Sekarang ni masalah sosial di kalangan remaja perempuan di Malaysia pada aku lah bukan sekadar membimbangkan, tapi cukup dasyat dan menakutkan. 

Aku perempuan. Aku pun ada adik beradik perempuan. Kawan-kawan perempuan. Yes, kami juga bersosial. Kadang keluar malam, kadang jalan-jalan dengan kawan-kawan lelaki. Tapi tidaklah sampai terlalu bodoh untuk menyerahkan maruah diri diratah buaya!

Kadang aku terfikir, apa lah yang sedap sangat melakukan hubungan seksual tanpa ikatan sah ni? Takde langsung ke rasa bersalah? Takde langsung ke rasa takut pada tuhan? Pada mak ayah? Aku ingat lagi ustazah aku masa kat sekolah agama cerita, sebelum hubungan halal, yang sedap tu bukan kau... tapi setan! Yes, nafsu setan yang sedap. Sampai sekarang aku teringat. 

Aku sendiri pernah tengok macam mana hidup seorang perempuan yang mengandung luar nikah. Aku tak rasa pun hidupnya senang. Semasa mengandung, selepas bersalin, sepanjang besarkan anak. Semua susah! Bukan sekadar susahkan diri. Susahkan keluarga. Susahkan semua. Lagi tambah sedih, dapat pulak lelaki tak bertanggungjawab. Nauzubillah! 

Peringatan buat aku yang perempuan, buat kawan-kawan perempuan dan buat semua pembaca Blog Coklateyes ni... aku harap sangat, jagalah maruah diri seeloknya. Sedapnya sekejap. Malunya selama hayat kau. Tercemar keturunan kau selamanya tau!

Semoga kita semua dipertemukan dengan lelaki yang baik dan menjaga maruah kita seeloknya! 




14 comments:

  1. itulah yg terjadi pada remaja sekarang nie..terlalu mudah...selalu mengingatkan diri sendiri dan sekeliling...supaya berhati-hati...masyallah...

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Nanie.For me, Remaja skang lebih suka bersosial dan tiada halangan dari ibu bapa..atau mungkin tak dengar cakap ibu bapa.remaja kan suka memberontak..tapi pemantauan dari ibu bapa sangatlah perlu apa apa pun..tak semua remaja camni..ada yang bagus tu alhamdulillah..act,banyak faktor memingkatkan kes camni..mungkin pendedahan ilmu bersosial terlalu banyak kot dari segi media social yg ada sampai tak focus pada study..Moga² kes² ni dapat di elakkan dan mereka yang bergelar perempuan jagalah maruah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yangg, takutnya baca. camne depa tempuh 9 bulan nak lahirkan anak luar nikah.. kadang2 tanpa pengetahuan ibu bapa.. buang anak lepas bersalin. Allahurabbi..kesian kat baby tu. Btw nanie, sheila harap kamu delete gambar kat entri ni.. sebab penyebaran gambar tak tutup aurat orang lain, kita pun terpalit dosanya.. sheila harap nanie faham ye.. maaf kalau buat nanie tersinggung Y____Y

    ReplyDelete
  4. It's a scary world out there, but apa yang lebih sedih is that this kind of things happen in Malaysia, sebuah negara Islam. Nice post btw!

    ReplyDelete
  5. Salam singgah... berusahalah utk menjauhkn dri dari bergaul bebas dgn bukn muhrim.... tu usaha pertama... sbgai wanita kene ade sikap malu... bile hilang malu, hilang juga maruah... nauzubillah.... takut dgr berita2 n kes2 hamil luar nkah ni....

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang nih memg menakutkan...akak nih walaupun anak pmpn dua org msih kecik lg akak tetap riso

    ReplyDelete
  7. nauzubillah min zalik kak nanie. Mintak dijauhkan perkara-perkara begini daripada keluarga, rakan diri sendiri dan umat manusia. Memang dunia sekarang ni seram sangat. Ada setengah perempuan layankan je lelaki tu bila lelaki mintak, bila sekali dah terjebak dengan benda-benda negatif ni, memang payah sangat nak stop. :'/

    ReplyDelete
  8. Dorg klu bersalin xpnh pn dgr ada prob songsang ke hape..plik sgguh..smoga mereka diberi hidayah..

    ReplyDelete
  9. memang sedih melihat bayi yang tak bersalah dibuang..ya Allah...jauhkanlah semua ni

    ReplyDelete
  10. kita menuju ke penghabisan zaman. Di mana pada zaman ini telah berlaku fitnah terbesar.

    http://pentekan.blogspot.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork