Monday, February 10, 2014

VISTA Eye Specialist : Pengalaman Menjalani Ujian Pra-LASIK

Assalamualaikum semua


VISTA Eye Specialist : Pengalaman Menjalani Ujian Pra-LASIK | Selama ni aku memang pernah dengar pasal LASIK. Maklumlah, orang pakai cermin mata macam aku ni memang sentiasa kena tahu teknologi terkini pasal mata. Buat mereka yang tak pakai cermin mata atau tak rabun, aku sarankan baiklah korang jaga betul-betul mata korang. Pakai cermin mata bukanlah satu perkara mudah dan seronok. Ada banyak aspek perlu dijaga dan diambil peduli. Ye lah, mata antara pancaindera yang sangat-sangat sensitif tau!


Lebih kurang 2 minggu lepas, aku dan Tammy diberi peluang untuk menjalani pemeriksaan mata secara intensif & pra-lasik. Maksud intensif kat sini, adalah kami berjumpa dengan pakar mata atau Ophthalmologist iaitu Dr. Shamala Ganesan dari VISTA Eye Specialist. Bertempat di One City Mall, USJ 25  ini merupakan outlet ketujuh mereka.

Memang pada awalnya, aku nervous. Sebab setahu aku lah, LASIK adalah melibatkan pembedahan kecil. Dan seperkara lagi, memang seumur hidup aku tak pernah jumpa pakar mata. Sekadar cek mata biasa di kedai cermin mata. Itu pun sebab nak buat cermin mata. Bukannya secara terperinci. 

Sebelum aku cerita panjang lebar lagi, mari aku cerita dulu apa itu LASIK. Aku yakin tak ramai dari kita yang tahu secara details pasal LASIK kan? 


LASIK merupakan singkatan bagi Laser-Assisted in situ Keratomieliusis. Ia adalah satu pembedahan laser keatas kornea mata yang berfungsi untuk memperbetulkan pandangan mata kita. 

Biasanya LASIK dijalankan bagi membantu mereka yang mengalami masalah myopia, hypermetropia dan astigmatism. Pembedahan ini mestilah dijalankan oleh Ophthalmologist yang diiktiraf kerana ia melibatkan pembentukan semula (reshaping) kornea mata kita.

Kesan yang menakjubkan hasil dari pembedahan LASIK adalah pesakit tidak lagi memerlukan cermin mata mahupun contact lens selepas itu kerana pandangan kabur mereka atau rabun mereka telah dirawat!

OPHTHALMOLOGIST 


Ini dia doktor kami pada hari tu, Dr. Shamala. Banyak betul aku belajar mengenai mata dengan dia. Seorang yang bepengalaman luas & mempunyai pengiktirafan terbaik mengenai mata, Dr. Shamala sangat mesra & baik. Beri penjelasan dengan terperinci dan mudah untuk kami faham. Yang penting, dia graduate UM :) 



SIAPA YANG TIDAK SESUAI GUNAKAN LASIK? 

Walaupun LASIK mampu merawat rabun, namun ada sesetengah individu tidak boleh melakukan LASIK. Ini adalah demi menjaga keselamatan dan mengelakkan kesan selepas pembedahan dilakukan.  Mereka yang tidak sesuai menggunakan LASIK adalah :

1. HIGH PRESCRIPTIONSPatients with extreme eyeglass prescriptions (high myopia or high hyperopia) may not be good candidates for LASIK because too much corneal tissue would need to be removed to safely perform the procedure

2. THIN CORNEARS Because all excimer laser surgery (LASIK and surface ablation) requires the removal of small amounts of corneal tissue to correct your refractive error, the thickness of your corneas must be measured before surgery. Patients who have very thin corneas are at risk for excessive corneal weakening after surgery and may not be good candidates for LASIK. In these cases, surface ablation or other procedures may be more appropriate

3. ABNORMAL CORNEAL CURVATURE : Many devices used today to measure the overall shape and curvature of your cornea. These devices are called topographers and are an essential part of your initial evaluation. Abnormalities in the shape and curvature of your cornea may indicate that your cornea is weaker than that of the average person, and this will exclude you from having LASIK safely

4. DRY EYES Patients with dry eye symptoms, such as burning, redness, and tearing may have worse symptoms after LASIK surgery. This occurs because corneal nerves are cut during this procedure, and these nerves are partly responsible for stimulating tear secretion. All patients have a full return back to their baseline state after surgery otherwise they are not candidates. However, patients with significant dry eye before surgery may not be approproate surgical cadidates. Dry eye is rarely seen in LASIK eye groups as these are younger than 50 years old. Serious dry eyes are associated with autoimmune disease such as  rheumatoid arthiritis, systemic lupus erythematosus (SLE) etc. 

5. LARGE PUPILS Patients with larger pupils may be more prone to noticing these things, so your screening evaluation should include measurement of your pupil size in a dark room. However the iLASIK2 surgery help reduce high order aberration and also glare, thus these patients are advised for this procedure. 



PROSEDUR

Jadi apa yang bakal aku & Tammy lakukan ni adalah prosedur untuk mengenal pasti sejauh mana kesesuaian mata kami untuk pembedahan LASIK dan juga serba sedikit menimba ilmu mengenai penjagaan mata. Secara basicnya ada 4 stage prosedur yang perlu dilalui sebelum doktor tentukan kesesuaian & kesihatan mata kita untuk LASIK. 

Antara prosedurnya ialah : 

1. Measuring Corneal Thickness
2. Refraction & Corneal Mapping
3. Air Pressure
4. Pupil Dilation 
Untuk menjalani kesemua prosedur atas ni, beberapa peralatan berteknologi tinggi digunakan. 



Kesemua prosedur ini perlu dilakukan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan semasa pembedahan LASIK dijalankan. Diingatkan juga, sepanjang prosedur berlangsung, pesakit mestilah berterus terang dengan pemeriksa supaya pemeriksa dapat mengenal pasti ketepatan dan kejituan rabun mata kita



Seperti biasa, sepanjang ujian dijalankan, takde langsung rasa sakit. Menurut Dr. Shamala, bagi membolehkan seseorang melakukan LASIK, ujian mata individu mestilah berada di tahap 6/6. Alhamdulillah aku pass! Full marks!

Keputusan semua direkod disini
Untuk mengukur diamter kornea & retina

Malahan, sejarah keluarga juga perlu diambil kira & diketahui. Sebagai contoh, ada tak dalam keluarga yang diabetes atau mungkin yang mengalami glaucoma, katarak dan sebagainya. Selain tu, kali terakhir kita pakai contact lens pun perlu diberitahu. Ini bagi membolehkan pakar menentukan waktu sesuai untuk pembedahan LASIK dijalankan. Untuk menjalani LASIK, keadaan mata mestilah segar, moist dan tidak mengalami sebarang jangkitan. 



my flowery eyes. 

KESEDARAN PENJAGAAN MATA

Daripada apa yang Dr.Shamala beritahu, rakyat Malaysia belum lagi mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai penjagaan mata. Apatah lagi untuk membuat pemeriksaan mata secara tahunan. Kebiasaan kita check mata bila nak buat cermin mata je. 

Pemeriksaan mata yang pertama perlulah dilakukan pada usia 20 tahun jika sewaktu kecil tiada masalah mata. Namun  jika di usia muda, kanak-kanak kelihatan kerap menggosok mata, mengecilkan mata ketika menonton tv atau mungkin mengadu pandangannya kabur, disarankan ibu bapa perlu bawa anak ke doktor mata seawal usia 10 tahun


GLAUCOMA

Glaucoma adalah salah satu masalah mata yang paling serius. Ia terjadi akibat daripada kerosakan saraf mata yang menyebabkan pandangan semakin hari menjadi kabur. Dr.Shamala bagitau, pesakit Glaucoma pada awalnya memang tak perasan mengenai masalah pandangan mereka sehinggalah bukaan pandangan mereka semakin berkurang daripada 180' dan boleh mengecil. Glaucoma hanya dapat di kesan melalui pemeriksaan intensif sahaja. Untuk mereka yang mengalami Glaucoma pula, pemeriksaan mata perlulah dibuat setiap 3 tahun. 

saraf yang bengkak & boleh sebabkan pendarahan

GENETIK GLAUCOMA

Jika dalam ahli keluarga korang ada yang mengidap Glaucoma contohnya seperti ibu, bapa atau pakcik/makcik, adalah disarankan korang membuat pemeriksaan glaucoma. Sebab Glaucoma merupakan penyakit genetik juga. 





contoh pandangan pesakit glaucoma


PEMAKAIAN CONTACT LENS

Bukan tu je, Dr. Shamala turut memberitahu mengenai bahaya pemakaian contact lens jika tidak dijaga dengan baik. Bukan sekadar cara penjagaan contact lens saje perlu diambil kira, cara pakai, kebersihan bekas serta tempoh pemakaian juga perlu dijaga. Paling penting, jangan sekali-kali tidur apabila memakai contact lens. Lagi satu, kalau korang nak beli contact lens bewarna di pasaran pastikan ianya mendapat pengiktirafan KKM kerana ada kes yang terjadi, ink dari contact lens tersebut memberi jangkitan kuman pada mata. 

Contoh mata pesakit yang rosak akibat pemakaian contact lens & penjagaan yang tidak betul 

PENJAGAAN MATA 

Dr. Shamala sangat berpesan pada kami bahawa mata memang perlu dijaga sejak dari usia muda lagi. Salah satu perkara yang aku ingat Dr. Shamala beritahu adalah, mata ni memang betul-betul sensitif. Jika terjadi apa-apa pada saluran darah mata mahupun terdapat kesan parut pada cornea mata, maka parut tersebut tidak dapat hilang dan pandangan tidak akan pulih normal. Huih, ngeri betul! 

Dari segi diet dan pemakanan juga boleh membantu kita untuk menjaga mata. Dr.Shamala sarankan mereka yang nak mata terang, cerah dan tidak bermasalah perlulah banyakkan makan makanan yang mempunyai kandungan Omega 3, Vitamin A, C dan B yang tinggi. Antara makanan yang kaya dengan omega 3 dan 6 ni ialah sayuran dan ikan. Selain tu, jaga mata dengan mendapat rehat yang cukup juga penting. 


Last but not least adalah Ujian Pupil Dilation. Ujian ni membesarkan pupil mata yang berperanan untuk melihat retina dan saraf optik (optic nerve). Sejenis ubat dititiskan dan dalam masa 5-10 minit, pandangan jarak jauh masih clear tapi jarak dekat jadi kabur. Sekiranya individu tersebut mengalami masalah retina atau sarf optik maka penglihatan tidak boleh diperbetulkan kepada 20/20 disebabkan oleh urat mata yang rosak. 


Bagi tahap begini, pesakit akan diberitahu tahap terbaik pencapaian penglihatan mereka dan sekiranya mereka faham barulah LASIK akan dijalankan.


Nak tengok macam mana mata aku bila pupil dibesarkan? Macam mata alien pun ada jugak. Ni bawah ni gambarnya. Doll's eye sangat kan? Ke ngeri sebenarnya??? Heheheh.

Selepas Pupil Dilation

Sebelum Pupil Dilation
Nampak tak bezanya? Atas ni gambar sebelum pupil dibesarkan. Selepas prosedur pembesaran pupil, dinasihatkan supaya tidak memandu dalam tempoh 3-4 jam sebab memang pandangan jadi kabur & tak dapat ukur jarak dengan betul.

Alhamdulillah setelah segala ujian dan prosedur dilalui, Dr. Shamala beritahu mata aku dan Tammy amat bersesuaian untuk melakukan LASIK. Kiranya kami berdua lulus ujian lah! Kedua-dua mata kami memiliki ketebalan kornea yang bagus dan sesuai untuk LASIK. Yeay!!!


Terima kasih banyak-banyak pada VISTA Eye Specialist terutama Dr.Shamala sebab memberi kami info dan maklumat mengenai LASIK & penjagaan mata ni.

Diakui sememangnya LASIK merupakan teknologi yang hebat dan mampu memperbetulkan rabun ke tahap yang lebih baik daripada cermin mata & contact lens. Ini kerana kaedah pembetulan dibuat didalam mata itu sendiri dan dengan menggunakan teknlogi yang tinggi.

Walaupun banyak teknologi yang mampu membantu kita merawat rabun, namun masih tak sama dengan pandangan mata yang clear kurniaan Tuhan. Jadi, untuk elak masalah di kemudian hari terutama hari tua, pastikan korang jaga mata elok-elok!



31 comments:

  1. Teringin nak buat Lasik jugak.. Tapi agak mahal jugak kan kak Innanie.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sally, memang agak mahal jugak harganya.
      Tapi yang bagus sebab dia permanent kan?

      Akak rasa, its better buat orang yang power tinggi & setiap tahun power naik kaw-kaw.
      Cermin mata bila power tinggi, lagi mahal kan? :)

      Delete
    2. Good sharing. KPJ Pusat Pakar Mata Centre for Sight now available a type of Lasik call ReLEx SMILE. It will carve out a small piece of tissue called a lenticule in the cornea, which is removed through a small keyhole incision (about 2.5mm to 4mm). See a blog feedback at:
      http://kidbuxblog.com/kpj-pusat-pakar-mata-centre-for-sight/

      Delete
  2. Untuk menjaga mata,saya stop dah pakai contact lens...la nie pakai spec pun takpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus!!! Akak pun memang dari dulu kurang berminat pakai contact lens sebab kadang-kadang buat ia tak selesa. memang prefer pakai cermin mata je dik. :)

      Delete
  3. berminat nak buat tapi takut! memang agak leceh pakai cermin mata. kena jaga betul2. lebih2 lagi kalau pakai contact lens. tp saya lebih suka pakai daily contact lens. lepas pakai terus buang. tak perlu nak basuh n beli solution. lg pun, jarang keluar n pkai contact lens. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada daily contact lens ni pun kadang bagus jugak. its better bagi rehat untuk mata. Yerp, kalau diikutkan kita pun teringin nak buat lasik ni. Tapi mahal jugak kos nya. :)

      Delete
  4. Suka la entry ni..tetiba rasa brsalah pd mata sbb selalu sgt pkai lens ):

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. boleh nak pakai lens, tapi kena penjagaan yang super hygiene and jangan pakai straight lama-lama. kena bagi rest jugak kat mata. sebab bila pakai lens, oksigen kurang masuk mata kan?
      another thing, jangan sekali kali bawak sampai tidur. penat macam mana pun, tanggalkan dulu lens tu! :)

      Delete
  5. mcm2 teknologi kan skrg. menarik bg mereka yg pki spek. yelah, leceh kan hdup ngn spek mata. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik zek. macam-macam ada sekarang. semuanya memudahkan orang dan membuatkan orang rasa selesa.

      tapi walau apa pun, lebih baik kita jaga sementara dia elok. :)

      Delete
  6. bagus entry ni susah kalau mata ade prob ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah khalid kyle... once mata ada masalah memang payah sikit nak ubat!

      Delete
  7. Kalau dekat Mesir murah LASIK ni, boleh dapat dalam RM1500. Dan dekat sana memang jadi trend sebab harganya yang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, tapi kan ada kawan kita cerita which is kawan dia budak Arab buat Lasik harga segitu lah di Arab tapi selepas beberapa tahun rabunnya jadi balik... wallahualam mana satu yang betul.

      Kalau dapat buat lasik best jugak kan! :)

      Delete
  8. Disebabkan mata akak ni rabun, akak macam terpengaruh je nak buat lasik ni.. tp mesti mahal kan.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ieza... tu lah pasal. kalau kita banyak duit, kita pun nak buat lasik.
      Harganya tu mesti cecah ribu-ribu kak...

      Delete
    2. Dik awak buat ujian kesesuaian mata ni berapa kosnya ya?harap response ye sbb macam planning nak buat juga

      Delete
  9. untung sangat kalau dapat buat lasik.Tak perlu pakai spek or contact lens.senang kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fizah. Kalau dapat buat Lasik memang untung sangat.
      Mana tau rezeki kan...

      fizah rabun ke? macam tak pakai spectacles je kan?

      Delete
  10. dari dulu lagi nad jaga mata ni betul2..first kalau boleh memang taknak pakai spek..pakai contact lens lagila tak beani..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus Nad.... jaga mata elok-elok....

      kita ni memang satu family rabun. adik beradik semua pakai spectacles. mak je tak pakai.

      Delete
  11. brapa harga kos lasik ni? tingkat bpe tmpat ni kt one city mall kan?

    ReplyDelete
  12. kira-kira berapa fee operasi lasik di malaysia ??

    ReplyDelete
  13. sy pnah jalani lasik kt thoneh pj. 27 sept ni genap setahun.. alhamdulillah..sgt ok..rm4400 for both eyes..mmg terbaiklah..

    ReplyDelete
  14. Thank you for posting such informative and resourceful article! primary eye care

    ReplyDelete
  15. Erm........... very thank you, this blog has alert me about my eye care.......

    ReplyDelete
  16. Preventing is better than cure..... thank you for sharing such a informative and resourceful article, this might help to educate some people that may not know how to take care of their eye, especially for the young generation, personally encourage them to have their primary eye care check up every years......

    ReplyDelete
  17. Saya buat lasik dah 7 minggu, mata masih kering (setiap 30 minutes guna eyedrop). Mata kering juga menyebabkan masih ade kekaburan, night vision agak teruk dgn adanya glare and haloes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lasik di mn ye?? N brp kos utk lasik 2??

      Delete
    2. Buat lasik di mn ye?? N brp kos utk lasik 2??

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork